Kenapa Muka Sama Masa Bof Netizen Teruja Kim Bum Bawa Watak Antagonis Kacak Dalam Tale Of The Nine Tailed
Sudah 4 tahun berehat daripada dunia lakonan, rasanya ramai yang dah tak sabar nak tonton Kim Bum membawa watak antagonis dalam drama “Tale Of The Nine Tailed” bermula Oktober nanti!
Drama fantasi urban ini menceritakan kisah gumiho lelaki bernama Yi Yeon (Lee Dong-wook) yang mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar dan juga seorang pengarah produksi (Jo Bo-ah) yang bersungguh-sungguh mahu menjejaki makhluk itu.
Kim Bum akan melakonkan watak Yi Ryang iaitu adik tiri kepada Yi Yeon yang dilahirkan separuh darah manusia dan separuh darah gumiho (musang berekor sembilan). Lelaki ini adalah seekor gumiho yang merbahaya kerana emosinya yang tidak menentu dan bakal menyebabkan konflik besar dalam drama ini. Hebat dalam mengubah dirinya, Yi Ryang akan menukar figura apabila melihat ketamakan manusia dan menggunakan keinginan mereka itu untuk membuat pertaruhan.
Dah 4 tahun menyepikan diri daripada dunia drama, Kim Bum dikhabarkan akan membuat transformasi mengejutkan untuk wataknya kali ini. Bahkan ia akan membuktikan kehebatan mutu lakonannya dek versatiliti dalam memilih karakter. Daripada foto yang diriliskan oleh pihak produksi “Tale Of The Nine Tailed” ini menonjolkan emosi Yi Ryang yang berbolak-balik.
Bukan sahaja penonton tapi nampaknya Kim Bum juga tak sabar untuk kembali berlakon,
Rasa gementar dan teruja menjadi dua kali ganda disebabkan ia adalah kali pertama saya sertai penggambaran drama selepas sekian lamanya, tetapi saya rasa dialu-alukan di set terima kasih kepada pengarah, kakitangan dan rakan pelakon lain yang meleburkan rasa gementar yang mendebarkan hati dan badan saya.
Bahkan lelaki kacak ini juga meluahkan bahawa watak Yi Ryang membantunya untuk mencuba konsep baru dan unik yang tak pernah dirasainya dalam naskhah lain sebelum ini.
Melihatkan daripada foto yang dimuat naik ini sahaja, sudah ramai penonton yang meluahkan rasa tak sabar untuk melihat perubahan Kim Bum sebagai seorang pelakon. Walaupun hanya beberapa keping sahaja gambar dimuat naik, tetapi setiap daripadanya menzahirkan emosi yang berbeza.
Kenapa wajahnya nampak sama macam masa Boys Over Flower dulu?
Kenapa dia nampak jahat??
Betullah dia berbakat, dekat luar nampak baik tapi bila dalam ini nampak seperti orang lain. Mungkin jahat atau pun penuh muslihat.
Saksikan “Tale Of The Nine Tailed” pada 7 Oktober nanti di saluran tvN.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kenapa-muka-sama-masa-bof-netizen-teruja-kim-bum-bawa-watak-antagonis-kacak-dalam-tale-of-the-nine-tailed/