Kenapa Menteri Yang Salahkan Polis Tidak Turun Ke Kuil Redakan Keadaan


Pecat Waytha Moorthy, tangkap perusuh pelampau agama dan kaum di kuil USJ 25

Hujan lebat pagi ini dilihat pastinya menyejukkan suasana panas sekitar kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya.

Sudah berlaku dua siri rusuhan di laluan yang sibuk di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dengan pengguna mahu ke Shah Alam itu.

Suasana di kuil yang tapaknya sudah menjadi milik syarikat pemaju, One City itu malam tadi sudah semakin melampau.

Para demonstran sudah sampai tahap membuat sekatan jalan dan mengganggu pengguna jalan raya. Tindakan itu jelas menganggu ketenteraman awam. 

Isu perpindahan kuil dan politik pengurusan kuil dengan kemunculan dua kumpulan berbeza semakin beralih kepada isu perkauman dan agama.

Pemaju One City yang mahu tapak kuil mereka dan duit pampasan jutaan ringgit juga sudah diperoleh salah satu pihak yang mengaku pengurusan kuil itu, pihak berkuasa dan orang awam pula jadi mangsa.

Mereka antara 2,000 orang yang berkumpul di situ lewat malam tadi ada yang sudah berani menyerang dan membaling objek ke arah lori bomba! Kenapa sampai tahap begitu? Sebab, anggota itu Melayu?

Kumpulan perusuh itu juga selamba menahan tujuh trak Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tiba di hadapan kuil itu jam 10.30 malam tadi.

Akibatnya, trak FRU itu sejam terkandas ditahan kumpulan beraksi ganas itu. Dilaporkan juga, sebuah kereta Perodua Kembara milik orang awam yang lalu di hadapan kuil kira-kira jam 9 malam tadi ditahan dan dipecahkan.

Perusuh juga cuba menghalang petugas media yang berada di lokasi daripada membuat rakaman - satu aksi yang jarang berlaku hatta ketika kerajaan BN memerintah dulu.

Seorang wanita Melayu juga memberitahu, keretanya ditumbuk dan cermin kereta pecah ketika terperangkap dalam kerumuman perusuh itu.

Wanita itu juga beritahu sebuah kereta juga dibakar dengan letupan kuat! Perusuh pelampau Hindu sudah makin keterlaluan!

Semalam, sudahlah 18 kenderaan dibakar dan sebuah MPV polis dibaling batu! Sampai bila kerajaan PH harus berlembut dengan golongan pelampau dan membiarkan aksi ganas itu berlarutan?!

Arahan polis supaya mereka bersurai juga tidak dipedulikan sehingga memaksa polis mengadakan kawalan selama 24 jam di kawasan itu.

Pihak berkuasa masih ada budi bicara lagi itu ketika mereka nampaknya memang tidak puas hati sungguh dengan polis mengalahkan rasa marah mereka kepada Menteri kaum mereka dan pengurusan kuil itu serta pihak pemaju yang menghantar samseng ke situ kelmarin.

Kalau yang berkumpul itu majoriti orang Melayu sudah lama kena tangkap angkut bawa ke lokap! 

Bekas pengerusi jawatankuasa kuil itu, M Nagaraju dilapor berkata, majoriti individu yang berkumpul di luar kuil itu bukan penduduk tempatan.

Nah! Siapa sebenarnya mereka? Apa motif mereka berkumpul dan mencetuskan provokasi di situ? Paling penting, SIAPA ELIT POLITIK ATAU ELIT EKONOMI YANG MENJADI DALANG sebenar di sebalik aksi ganas itu?

Nagaraju juga berkata, "Kami cuba nasihatkan mereka, tapi mereka enggan dengar."

Nampak? Enggan dengar nasihat kaum mereka sendiri menyebabkan perhimpunan yang tidak dihalang jika mengikut semangat demokrasi itu hanya akan mengundang aksi luar kawalan sehingga boleh menumpahkan darah malah meragut nyawa orang lain yang tidak bersalah!

Semua aksi ganas bermotifkan kaum dan agama ini berlaku selepas beberapa jam iaitu di sebelah siangnya "Menteri Perpaduan" yang ramai sudah gelar Menteri Perpecahan menyalahkan pihak polis konon lambat bertindak. Sebelum ini, pemimpin Hindraf inilah yang galak mahu ICERD diterima.

Menteri Perpecahan itulah  10 tahun dulu juga memfitnah dan memalukan Malaysia di Belanda apabila mendakwa 10,000 kuil dimusnahkan selain penganut Hindu dipaksa memeluk Islam untuk bekerja dengan kerajaan.

Selain dia dalam sidang media petang semalam, empat lagi Menteri/Timbalan Menteri berketurunan India juga hadir tanda bersolidariti. Mereka ialah:

- Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar (PKR)

- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo (DAP)

- Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran - yang pernah mengapi-apikan kaum India dan Melayu dengan memanggil Melayu sebagai bangsa pendatang! (DAP)

- Ahli Parlimen Jelutong, R S Rayer (DAP).

Hairannya, setakat pagi ini, pemimpin India DAP dan PKR yang tidak puas hati dengan polis itu tidak pula turun ke lokasi rusuhan pelampau kaum dan agama di Putra Heights, Subang Jaya itu. Mengapa mereka tidak turun menenangkan kaum mereka yang seperti sedang dirasuk itu?

Sebaliknya, Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman (Ketua Wira bagi Parti Warisan Sabah) pula awal pagi tadi yang turun meninjau lokasi kejadian susulan rusuhan kedua.

Ribuan orang India yang berkumpul di kuil itu sehingga merosakkan kereta orang awam dan memprovokasi pihak berkuasa berlaku selepas seorang Adun India DAP yang juga Exco kerajaan negeri Selangor menulis serangan di kuil kelmarin dilakukan "kumpulan Muslim" sebelum diedit kepada "kumpulan gangster" itupun apabila dihujani kecaman warganet.

Oleh itu, kerajaan PH mesti cepat ambil tindakan ke atas Menteri/Timbalan Menteri berketurunan India yang mengapi-apikan sentimen kaum dan agama.

Tangkap juga perusuh terbabit sebelum kerosakan harta benda berubah menjadi kehilangan nyawa! Ini bahaya tiada siapa untung!

Halang mereka daripada berkumpul begitu sampai menyekat jalan di laluan yang orang ramai sibuk dengan urusan harian.

Pemimpin politik kaum mereka pula mesti tampil tenangkan masyarakat mereka bukan lagi menyimbah petrol.

Pada masa sama, pemimpin Melayu PH juga mesti ambil IKTIBAR bahawa sikap pelampau kaum dan agama bukan milik orang Melayu sahaja.

Jangan asyik minta orang Melayu saja jangan rasis, orang bukan Melayu pun mesti sama dinasihatkan jangan bersikap melampaui batas. Negara ada undang-undang.

Sekarang terbukti, pemimpin dan masyarakat berketurunan India (bukan semua tapi ramai) juga jauh terserlah lebih rasis dan tidak mengikut saluran undang-undang dalam menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=525051221295710&id=100013725092306

#PecatWaythaMoorthy
#TangkapPerusuhKuil

Tulisan Arif Atan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/kenapa-menteri-yang-salahkan-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Salahkan Polis Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman

Menteri Salahkan Polis Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 896 hits
Beberapa menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya awal pagi tadi Menteri di Jabatan Perdana...
Menteri Tidak Patut Salahkan Polis Jangan Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum Polis

Menteri Tidak Patut Salahkan Polis Jangan Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum Polis

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 565 hits
Polis memberi amaran kepada semua pihak termasuk penulis blog supaya tidak mengambil kesempatan terhadap insiden di tapak Kuil Sri Mariamman di Selangor untuk menimbulkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat Timbalan Ketua Polis Negara...
Menteri Tegur Cara Polis Tangani Isu Rusuhan Di Kuil

Menteri Tegur Cara Polis Tangani Isu Rusuhan Di Kuil

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 661 hits
Diterbitkan 26 Nov 2018 3 53 petangLima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi melibatkan dua kumpulan bangsa India...
Salahkan Polis Cara Berkesan Menteri Perpaduan Selesaikan Isu Perbalahan

Salahkan Polis Cara Berkesan Menteri Perpaduan Selesaikan Isu Perbalahan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 944 hits
MyMetro melaporkan bahawa BEBERAPA menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya awal pagi tadi ...
Rusuhan Kuil Sri Mariamman Dap Tuduh Orang Islam Menteri Jadikan Polis Kambing Hitam

Rusuhan Kuil Sri Mariamman Dap Tuduh Orang Islam Menteri Jadikan Polis Kambing Hitam

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 602 hits
Exco DAP Tuduh Orang Islam Punca RusuhanAhli Exco Selangor V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya awal pagi tadi hingga mencetuskan rusuhan Tanpa mengemukakan bukti Ahli...
Rusuhan Kuil Jangan Sampai Kredibiliti Menteri Dipertikai

Rusuhan Kuil Jangan Sampai Kredibiliti Menteri Dipertikai

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 310 hits
ALOR SETAR Isu kuil Sri Maha Mariamman perlu diuruskan sebaik mungkin oleh menteri berkaitan bagi memastikan rakyat tidak hilang kepercayaan sehingga menyebabkan protes yang lebih teruk Exco Armada Bersatu Nasional Muzzammil Ismail berkata ...
Rusuhan Kuil Polis Tubuh Pasukan Khas

Rusuhan Kuil Polis Tubuh Pasukan Khas

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 464 hits
POLIS menubuhkan pasukan khas bagi memburu suspek yang terbabit dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights Subang Jaya sejak Isnin lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan khas dari Bukit...
Hina Mahkamah Pihak Yang Mempertahan Kuil Termasuk Menteri Berdepan Hukuman Penjara

Hina Mahkamah Pihak Yang Mempertahan Kuil Termasuk Menteri Berdepan Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 327 hits
Pertahankan kuil hina mahkamah TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN KUALA LUMPUR Mana mana pihak mengeluarkan kenyataan mempertahankan kuil Sri Maha Mariamman daripada dipindahkan bakal berdepan dengan hukuman penjara Peguam kanan Adnan Seman ...
Rusuhan Kuil Bomba Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

Rusuhan Kuil Bomba Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 635 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 28 November 2018 11 17 PM SUBANG JAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menafikan kenyataan yang mendakwa anggotanya yang ce
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba