Kenapa Menteri Suruh Mangsa Keganasan Bawa Laporan Perubatan




Kenapa menteri suruh mangsa keganasan bawa laporan perubatan?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 31, 2022
SharePihak polis tidak mempunyai sebarang pilihan selain mengambil laporan berkenaan keganasan rumahtangga sekiranya mangsa membuat aduan.
Menurut Senator Dewan Negara, Fadhlina Siddiq, komen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang mencadangkan mangsa keganasan rumahtangga datang semula ke balai polis bersama laporan perubatan adalah tidak wajar dilakukan dan tidak tepat.
“Semalam menteri wanita berkata sekiranya wanita pergi ke balai polis dan balai tak nak terima aduan tersebut maka perlu bawa pula laporan perubatan. Ini mengarut.
“Tugas polis, apabila ada laporan keganasan rumah tangga tak perlu lihat laporan perubatan, kecualilah wanita ini ke One Stop Crisis Centre yang memang ada hospital di situ.
“Kalau tak ada, ambil dulu laporan dan kemudian siasatlah. (Ini masalahnya) wanita yang dapat jaminan dari kerajaan (undang undang) tetapi terpaksa lalui pelbagai perkara yang kita panggil ‘stesen’ sebelum sampai ke proses perlindungan. Ini tidak adil,” katanya dalam forum Borak Feminin, terbitan Studio Dahsyat, malam tadi.
Menurut Fadhlina lagi, wanita yang menghadapi kes rumahtangga juga menghadapi kitaran kemiskinan dan perlu dibantu oleh pihak kerajaan.
Terutama untuk menguruskan kes penceraian yang melibatkan pelbagai prosedur dan juga kewangan.
“Berlaku kitaran kemiskinan wanita yang menghadapi kes kes rumahtangga.
“Seorang wanita nak failkan kes akan mengalami kemiskinan akses. Tak ada peguam, dia kena pergi ke kerajaan yang memerlukan temu janji yang lama.
“Ini bahagian yang tidak ada mana mana NGO nak selesaikan. Anak anak tak ada rumah, pusat transit penuh. Contohnya seorang wanita dipukul tak ada yang nak ambil kerana perlu jalani PCR (ujian kesan Covid). Berapa kos jalani ujian dengan anak anak? Ini semua kitaran kemiskinan multidimensi.
“Apa yang penting kita kena tumpukan dasar lebih kukuh. Dasar ini bukan nak zahirkan dalam rekod, inilah perlindungan wanita dalam bentuk terminalogi. Saya rasa dah banyak tengok (terminalogi) tetapi rakyat tidak diwakili (sebaik baiknya dengan) terminologi.
“Komuniti perlu ada program pembangunan masyarakat, pendidikan masyarakat. Juga program advokasi keluarga supaya bilangan terkait rapat dengan kemiskinan maklumat, akses maklumat selepas penceraian ini boleh diselesaikan,” katanya.
Selain itu, Fadhlina juga membincangkan mengenai isu penceraian di waktu pandemik Covid 19 dan pasca pandemik meningkat mendadak berbanding waktu sebelumnya.
Hal itu, kata beliau bersangkutan dengan ekonomi keluarga yang memburuk pada waktu ini berikutan pembuangan pekerjaan dan menimbulkan masalah kepada keluarga.
“Saya memang nak ulang dan tegaskan penceraian salah satunya penyebab terbesarnya adalah ekonomi keluarga. Kebanyakan punca disebabkan kegagalan suami beri nafkah.
“Apatah lagi pasca pandemik ini ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan. Dalam konteks rumah tangga ada 4 perkara penting. Pertama makan minum, tempat tinggal, pakaian dan juga perubatan.
“4 perkara ini suami wajib sediakan. Dalam isu penceraian, nafkah ini gagal disediakan. Ini bermakna benda asas pun gagal (suami berikan) maka tidak ada harapan rumahtangga itu diselamatkan
“Ini sangat membimbangkan, apatah lagi keadaan yang kita panggil sebagai kos sara hidup yang cukup tinggi dan beri kesan besar kepada isu nafkah ini,” katanya lagi.
Justeru, Fadhlina mencadangkan komuniti melakukan advokasi kepada keluarga keluarga bermasalah di sekitar mereka, terutama pusat khidmat wakil rakyat yang sering menjadi tempat isteri mengadu masalah sekiranya terdesak, perlu para pegawainya diberi pengetahuan atau latihan bagi menangani kes kes berkaitan rumah tangga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/kenapa-menteri-suruh-mangsa-keganasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Balik Kampung Bawa Kereta Baharu

Rezeki Balik Kampung Bawa Kereta Baharu

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 226 hits
Hanif bergambar bersama kereta Proton X70 1 8L Executive 2WD yang berjaya dimenanginya pada majlis penyampaian kempen LBS Fabulous 2021 di KITA Cybersouth hari ini SEPANG Seorang bapa kepada dua anak tidak menyangka memenangi cabutan bertua...
Lama Mendiamkan Diri Daud Kim Bawa Diri Tunai Umrah Berpuasa Di Tanah Suci

Lama Mendiamkan Diri Daud Kim Bawa Diri Tunai Umrah Berpuasa Di Tanah Suci

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 202 hits
Sebelum ini Youtuber Korea Daud Kim menjadi perbualan hangat warganet selepas tular sebuah video seorang lelaki yang dipercayai Daud Kim berada di sebuah kelab malam di Turki serta mender4 isterinya secara fizikal Namun begitu Daud Kim pern...
Ditangkap Bawa Rokok Dalam Poket Sebelum Petang Sedia Berdepan Dengan Notis Jaim

Ditangkap Bawa Rokok Dalam Poket Sebelum Petang Sedia Berdepan Dengan Notis Jaim

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 164 hits
MELAKA Jabatan Agama Islam Melaka akan mengeluarkan notis kepada umat Islam yang dikesan membawa rokok di dalam poket pakaian sebelum pukul 2 petang Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Datuk Che Sukri Che Mat berkata tindakan itu dibuat bag...
Jaim Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

Jaim Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 184 hits
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Che Sukri Che Mat berkata notis terhadap perokok itu itu bukan untuk kompaun atau denda sebaliknya satu cara berhemah bagi mengekang perbuatan menjurus kepada ponteng puasa PETALING JAYA Jabatan Agama Isl...
Ada Tak Ahli Parlimen Bawa Isu Ni

Ada Tak Ahli Parlimen Bawa Isu Ni

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Kemampuan isi rumah untuk membeli rumah masih membimbangkan susulan berlaku ketidakpadanan dari segi harga yang ditawarkan pemaju Susulan itu pasaran dilihat gagal menyediakan rumah mampu milik yang secukupnya untuk rakyat Mala...
Disyaki Jadi Tekong Darat Wanita Ditahan Bawa 9 Pati

Disyaki Jadi Tekong Darat Wanita Ditahan Bawa 9 Pati

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 202 hits
Pendatang asing tanpa izin warga Myanmar berhimpit dalam MPV yang dipandu seorang wanita PETALING JAYA Seorang wanita dipercayai tekong darat ditahan kerana menyeludup sembilan pendatang asing tanpa izin warga Myanmar semalam Semua warga as...
Lori Bawa Asid Sulfurik Terbalik

Lori Bawa Asid Sulfurik Terbalik

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 119 hits
Sebuah lori membawa asid sulfurik terbalik di Simpang Tiga Pondok Labu Seberang Perai hari ini Foto IHSAN BOMBA SEBERANG PERAI Sebuah lori membawa tujuh tong berisi asid sulfurik terbalik dalam kejadian kemalangan di Simpang Tiga Pondok Lab...
Agenda Persendirian Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama Mn Kini Tergendala

Agenda Persendirian Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama Mn Kini Tergendala

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak tertentu dalam gabungan parti Melayu Islam terbesar yang terdiri daripada partinya UMNO dan BERSATU cuba membawa agenda persendirian sehingga usaha kerjasama melalui Muaf...
Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 222 hits
Membuat keputusan untuk membawa anak makan diluar bukanlah satu hal yang mudah Menunggu masa yang lama dan berada di kedudukan yang sama pada tempoh yang lama sememangnya membuatkan anak tidak senang duduk Ada sahaja keletahnya Namun bagi p...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti