Kenapa Menteri Masih Cari Helah Pertahan Icerd


siti hafidah Konvensyen antarabangsa pinggir norma lazim negara: Zainul Rijal

BANGI – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mempersoalkan sikap segelintir pihak yang masih berkeras mempertahankan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), walaupun kerajaan sudah memutuskan tidak akan meratifikasinya

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, meratifikasi ICERD hanya akan memusnahkan jati diri negara kerana ia menodai kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sudah diterima rakyat sekian lama

Malah beliau berkata, konvensyen antarabangsa berkenaan meminggirkan norma lazim negara yang sudah sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia

“Jemaah Menteri dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah bersetuju menolak ICERD kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan

“Tetapi kenapa masih ada menteri yang berdolak dalik mencari helah masih mahu mempertahankan ratifikasi ICERD? Kenapa media khususnya portal masih tidak mahu akur dengan keputusan kerajaan tersebut

“Kenapa NGO liberal masih berfalasi menyatakan Perlembagaan Persekutuan masih tidak akan tergugat dengan penandatangan ICERD?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Zainul Rijal berkata, walaupun Perlembagaan Persekutuan masih kekal jika ICERD ditandatangan, Malaysia masih tetap terikat dengan peruntukan yang termaktub dalam konvensyen antarabangsa itu

Pada masa sama, beliau turut menolak dakwaan bahawa ratifikasi ICERD tidak akan menjejaskan tindakan afirmatif kepada orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak, kerana kebenaran di dalam Artikel 1(4) ICERD

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, beliau berkata, ICERD mensyaratkan tindakan afimatif tersebut mestilah tidak mengadakan hak berasingan kepada dua kumpulan berbeza dan akan dimansuhkan bila tujuan keistimewaan dicapai

“Perlembagaan Persekutuan memberikan hak berbeza antara orang Islam dan bukan Islam, antara orang Melayu serta Bumiputera dan bukan Bumiputera

“Sebagai contoh undang-undang keluarga Islam yang berlainan bagi orang Islam dan bukan Islam, larangan pemilikan tanah tertentu kepada golongan tertentu seperti bukan anak Sabah tidak boleh memiliki tanah tertentu di Sabah

“Hal ini juga berlaku di beberapa negeri lain seperti Kelantan, Sarawak. Malah tanah adat di Negeri Sembilan hanya boleh dimiliki oleh wanita tempatan anak negeri sahaja,” katanya

Jelas beliau, kesemua hak berkenaan tidak dinyatakan tempoh, dan ia dilaksana selagi tiada pindaan kepada undang-undang

“Oleh itu syarat di dalam Artikel 1(4) ICERD tersebut tidak boleh dinikmati oleh Malaysia.
Kesemuanya perlu dipinda jika ICERD diratifikasi,” katanya.

Beliau berkata, tanpa ICERD, rakyat berbilang agama masih bebas menganut dan mengamalkan agama mereka, malah orang bukan Melayu tetap diberi hak membina kekayaan dan mengumpul harta

“Tanpa ICERD pun tiada diskriminasi kaum di Malaysia. Tanpa ICERD pun orang bukan Melayu bersama-sama orang Melayu boleh berkongsi kuasa memerintah negara,” katanya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/kenapa-menteri-masih-cari-helah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Nilai Dirinya 9 95 Dari 10 Sebagai Masih Belajar Bukan Seorang Menteri

Maszlee Nilai Dirinya 9 95 Dari 10 Sebagai Masih Belajar Bukan Seorang Menteri

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 308 hits
Dalam masa yang singkat Maszlee Malik daripada seorang ahli akademik menjadi ahli politik dan kemudian menteri pendidikan Harapan terhadapnya adalah begitu tinggi
Menteri Lebih Teruk Dari Penagih Tolak Icerd

Menteri Lebih Teruk Dari Penagih Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 437 hits
Oleh Subky LatifKETIKA Tok Hakim Tok Mufti ulama dan politikus bukan kerajaan kata Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah bencana buat umat dan Malaysia maka ada menteri yang tidak dipilih rakyat...
Menteri Besar Pahang Tolak Icerd Tindakan Tepat Kerajaan

Menteri Besar Pahang Tolak Icerd Tindakan Tepat Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 426 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyifatkan keputusan kerajaan Pusat untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum adalah tindakan tepat Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ternyata bantaha...
Ahmad Faizal Masih Menteri Besar Perak Rileksmedia

Ahmad Faizal Masih Menteri Besar Perak Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 455 hits
IPOH Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 14 Perak berakhir semalam selepas berlangsung mulai 27 November lepas Paling penting selepas berakhirnya sidang DUN berkenaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih lagi menteri besar Perak seterusnya ...
Tolak Icerd Tidak Perlu Ke Parlimen Kata Menteri

Tolak Icerd Tidak Perlu Ke Parlimen Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 257 hits
Diterbitkan 2 jam yang lalu pada 24 November 2018Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata persoalan membawa ICERD ke Parlimen tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia telah dipersetujui Kabinet Foto oleh Yusof Mat IsaMELAKA 24 Nov Keputusan kerajaan...
Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 329 hits
LANGKAWI Pegawai kanan kerajaan diminta bersabar dengan sikap menteri timbalan menteri dan pegawai lantikan politik yang mungkin tidak sependapat dalam cara kerajaan baharu ditadbir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kebanyaka...
Icerd Tanggungjawab Rakyat Pertahan Perlembagaan

Icerd Tanggungjawab Rakyat Pertahan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 311 hits
BANGI 15 Rabiulawal 1440H Jumaat Menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan negara kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Menerusi kenyataan ringkas di Twitter rasminya hari ini Tunku Ismail...
Gagal Melindungi Puteri Diana Sewaktu Masih Kecil Putera Harry Nekad Pertahan Isteri

Gagal Melindungi Puteri Diana Sewaktu Masih Kecil Putera Harry Nekad Pertahan Isteri

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 299 hits
JIKA baru baru ini gempar mengenai hubungan antara Meghan Markle dan Kate Middleton yang dikatakan semakin renggang kini timbul pula berita mengenai suami mereka Menurut The Sun hubungan di antara dua pewaris diraja Britain itu semakin keru...
Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Skuy Project Semua Akan Baik Saja Chord

Breaking News Legal Problems Are Rising For Scout

Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Liga Super Selangor Fc Raih Kemenangan 2 0 Berjaya Lunaskan Dendam Terhadap Sri Pahang Fc


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Resepi Makmur Pandan

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik