Kenapa Kerajaan Lanjutkan Lagi Operasi Lynas



KUALA LUMPUR: Keputusan memberikan lanjutan tempoh operasi selama enam bulan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) diambil hanya untuk mengelak rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global terkesan.
Justeru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata berkuatkuasa 1 Januari 2024, Lynas perlu memastikan loji pemecahan dan peresapan (C&L) di luar negara mula beroperasi kerana syarikat itu tidak lagi dibenarkan untuk mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi ke Malaysia.
Beliau berkata, keputusan itu muktamad berdasarkan Seksyen 32(5) Akta Perlesenan Tenaga Atom dan ia dibuat selepas mengambil kira kepentingan ekonomi, perlindungan alam sekitar dan kesihatan awam.
"Kerajaan memahami kepentingan industri nadir bumi dan komited untuk memastikan sebarang urusan perniagaan yang dijalankan berkaitan industri terbabit tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
"MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan industri nadir bumi di Malaysia berkembang secara bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta piawaian yang ditetapkan," katanya melalui kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kerajaan memberikan Lynas tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.
Beliau berkata, lanjutan masa itu bagaimanapun disertai syarat ketat dan akan sentiasa dipantau.
Mengulas keputusan itu, Lih Kang berkata, satu sesi pendengaran diadakan pada 28 April lalu bagi mendengar rayuan daripada Lynas berhubung keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang menolak permohonan syarikat itu menggugurkan empat syarat lesen ditetapkan sebelum ini.
"Selepas proses pertimbangan dibuat, saya memutuskan untuk menolak rayuan pengguguran empat syarat lesen terbabit.
"Bagaimanapun, mengambil kira kesan keputusan berkenaan terhadap rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global, saya bersetuju melanjutkan tempoh operasi kilang C&L berkenaan sehingga 31 Disember," katanya.
MOSTI sebelum ini mengadakan tribunal tertutup untuk mendengar rayuan Lynas terhadap empat syarat yang dikenakan terhadap syarikat itu oleh AELB.
Ia termasuk aktiviti C&L, penjanaan residu 'water leach purification' (WLP) dan pengimportan pekatan lantanid dari Australia.
Mengikut Akta Pelesenan Tenaga Atom, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mempunyai kuasa untuk memutuskan rayuan Lynas - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/kenapa-kerajaan-lanjutkan-lagi-operasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Jamin Kaji Semula Gaji Penjawat Awam

Kerajaan Jamin Kaji Semula Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 325 hits
NURUL HUDA HUSAIN01 MAY 2023Anwar menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani di PICC hari ini Foto Bernama PUTRAJAYA Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan menilai dan mengka...
Terkini Gaji Penjawat Awam Dikaji Semula Jaminan Kerajaan Tahun 2023

Terkini Gaji Penjawat Awam Dikaji Semula Jaminan Kerajaan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 1073 hits
Terkini Gaji Penjawat Awam Dikaji Semula Jaminan Kerajaan Tahun 2023 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan jaminan untuk menilai di Malaysia terutamanya mereka yang bekerja dalam kategori gred rendah dan menengah...
Khalid Samad Buat Kenyataan Sumbang Terlupa Umno Dan Amanah Dalam Kerajaan Sama Terpaksa Mohon Maaf

Khalid Samad Buat Kenyataan Sumbang Terlupa Umno Dan Amanah Dalam Kerajaan Sama Terpaksa Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 322 hits
Oleh Adam MalikAmat malang apabila pemimpin tidak matang dan masih bermain naratif lapuk dan tidak ikut perkembangan semasa Antara pemimpin yang dimaksudkan adalah Khalid Abdul Samad Isu yang tiada keuntungan politik atau kesan politik kepa...
Betulkah Perbalahan Pemimpin Umno Parti Sekutu Ph Boleh Gugat Kerajaan Perpaduan

Betulkah Perbalahan Pemimpin Umno Parti Sekutu Ph Boleh Gugat Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 215 hits
Mohd Nasaruddin Parzibhnews bh com myKuala Lumpur Perbalahan di antara pemimpin UMNO dan parti sekutunya dalam Pakatan Harapan boleh menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan ketika ini andai ia berterusan Perang mulut terbaru adalah berkait i...
Umno Perlu Belajar Hidup Kahwin Paksa Dalam Kerajaan Campuran

Umno Perlu Belajar Hidup Kahwin Paksa Dalam Kerajaan Campuran

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 303 hits
agendaily com01 05 2023UMNO BN kini menyertai kerajaan Pakatan Harapan Dalam hidup rumah tangga kahwin paksa setiap pasangan perlu menelan asam garam kehidupan walaupun pahit Pasangan kahwin paksa perlu belajar menerima kekurangan dan keleb...
Nak Jatuhkan Kerajaan Mesti Berani Seperti Anwar

Nak Jatuhkan Kerajaan Mesti Berani Seperti Anwar

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 257 hits
Minggu lalu sekali lagi timbul desas desus mengenai komplot untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim Kali ini komplot itu dikatakan akan dicetuskan melalui tindakan sejumlah Ahli Parlimen BN meletakkan jawatan secara sere...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang