Kenapa Kena Baca Buku Ibrah Sirah Untuk Bisnes
Salam dears… Naik susah, jatuh senang. Nak kekalkan pun, bukan mudah! Itu lumrah dalam bisnes, betul tak? Mama pun pernah merasainya. Lama dulu…Mama pernah berniaga. Alaa bisnes kecil-kecilan ja jual telekung travel dan perfume. Masa tu, Alhamdulillah jualan laku.
Tapi entah kenapa, semangat nak teruskan perniagaan tu semakin lama semakin pudar. Mungkin juga tuntutan kerja hakiki pada masa tu makin bertambah, jadi tumpuan kepada bisnes sampingan pun kurang. Lama kelamaan Mama give-up dan bisnes terkubur begitu saja. Sayang kan?
Tapi…apa yang terjadi semasa dunia dilanda pandemik Covid-19, membuka mata Mama yang Mama perlu bangkit dan lakukan perubahan dalam hidup! Hmm…banyak lah yang terjadi, payah untuk diceritakan disini. Tapi korang pun mungkin merasainya kan?
Ramai yang hilang punca pendapatan, kena buang kerja, kena potong gaji, yang bisnes lingkup pun ada. Alhamdulillah, Mama ni masih bergaji, tapi tetap terasa kesannya. Dan dilema…antara kerjaya dan anak-anak, apa yang aku perlu buat ni??
Fikir punya fikir, Mama rasa Mama perlu buat perancangan dan mengorak langkah baru dalam hidup ni. Untuk itu, Mama perlukan kekuatan. Perlukan semangat dan panduan, dan salah satu cara Mama ‘mencari arah’ ialah dengan membaca buku buku motivasi dan ilmiah.
Tepat pada masanya, buku ‘Ibrah Sirah Untuk Bisnes’ ni hadir dalam hidup Mama. Fuhhh macam dramatik ja bunyinya kan? Hahaha. Tapi itu lah yang Mama rasa…macam dah tertulis ‘nahhh kau kena baca buku ni, for your future’ gittewww
Buku ‘Ibrah Sirah Untuk Bisnes’ Lain Daripada Yang Lain
Buku ‘Ibrah Sirah Untuk Bisnes’ ni ditulis oleh Abdul Hadi bin Abdul Raman atau nama penanya, Abu Ammar al-Mahmudi, seorang yang dah lama berkecimpung dalam bisnes. Pengalamannya selama 15 tahun menguruskan jemaah haji dan umrah dengan pasang surut dunia bisnes, telah mendewasakan beliau dalam bidang perniagaan.
Bila hadapi cabaran, beliau back to basic dan mengambil ibrah daripada kehidupan Rasulullah. Ohh yaa…ibrah bermaksud pengajaran atau teladan. Daripada mana lagi nak diambil teladan yang terbaik, kalau bukan daripada pemimpin terulung iaitu Rasulullah sendiri, betul tak?
Dan itulah pendekatan dalam buku ‘Ibrah Sirah Untuk Bisnes’ ni. Buku ni bukan bercerita tentang perjuangan Baginda dalam bisnes tau. Tapi segala peristiwa, perlakuan, keputusan, pengurusan dan pemikiran Baginda dilihat dan dikupas daripada sudut aplikasinya dalam bisnes. Ada 4 adaptasi sirah untuk bisnes yang dikupas iaitu daripada segi tauhid, akhlak, kepimpinan dan pengurusan.
Hmm sebelum ni Mama dah biasa baca atau dengar tentang kisah hidup dan perjuangan Rasulullah, tapi tak terfikir bahawa cabaran yang Baginda hadapi dan cara yang Baginda guna dalam berdakwah menyebarkan syiar Islam semuanya ada sisi yang boleh diadaptasikan dan dijadikan landasan dalam berbisnes.
Contohnya kisah penghijrahan Baginda ke Madinah, bagaimana Baginda mengatur strategi dan bukan sekadar cari lokasi saja. Dalam bisnes pun begitu juga kan, bukan sekadar ‘aku nak buka kedai kat situ lah, nak jual benda ni lah’.
Tapi perlu susun strategi, kenalpasti dengan siapa perlu bekerjasama, kenali target market, tinjau lokasi dan ehh macam macam lagi lah yang boleh dipelajari daripada kisah hidup Rasulullah dan para sahabat. Sebab tu lah bagi Mama, buku Ibrah Sirah Untuk Bisnes ni lain daripada yang lain!
Mula mula baca kata-kata ni, Mama agak tersentap laa juga. Habis tu, tak boleh buat bisnes sebagai side income ke? Tapi bila difikir secara mendalam, ya…ada betulnya kata-kata tu. Nak berjaya dalam sesuatu memang kena fokus!
Mungkin masa mula-mula berbisnes, ianya sebagai ‘duit tepi’ ja. Tapi kalau nak betul betul kembangkan bisnes dan jadi usahawan yang berjaya, maka kena fokus pada bisnes. Kalau berniaga untuk cari ‘duit tepi’, sambil bekerja ‘makan gaji’ macam Mama dulu…lama kelamaan tumpuan tentulah lebih kepada kerja hakiki.
Kalau tak pandai uruskan masa dengan betul, boleh timbul masalah. Mama ingat dulu, rasa bersalah kalau menjawab order pelanggan ketika waktu kerja pejabat. Risau kalau kalau gaji tak berkat huhuhu.
Bak kata penulis, “menjadi usahawan tidak sekadar mengejar keuntungan, bahkan menjadikan bisnes sebagai ‘saham akhirat’ untuk mendapat reda Allah”. Keberkatan rezeki itu lebih penting daripada keuntungan semata mata!
Hmm jujur Mama katakan, masa baca buku ni…banyak points yang sambil Mama baca, sambil angguk angguk kepala dan dalam hati terdetik “betul lah…betul…boleh guna ni”. Ada benda yang dah tahu…tapi terlupa, tak ambil berat atau tak digunakan sepenuhnya. Nak tahu apa? Itu korang kena baca sendiri lah yer hehe
Ohh yaa…sekarang buku ni harganya RM60 saja (harga biasa RM68). Hardcover dan kualiti kertas yang digunakan pun bagus. Cetakan yang jelas dan mudah dibaca. Bagi Mama, memang berbaloi untuk dimiliki.
Kalau nak beli, korang boleh order daripada link ni: https://linktr.ee/AbuAmmarAlMahmudi
Selamat membaca! Moga segala ilmu yang diperolehi daripada buku ni akan menjadi asbab untuk kita berjaya bukan saja dalam bisnes, tapi juga hidup yang penuh keberkatan dan reda Illahi, Aaminn…
31 total views, 31 views today
The post Kenapa Kena Baca Buku Ibrah Sirah Untuk Bisnes? appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2020/07/kenapa-kena-baca-buku-ibrah-sirah-untuk-bisnes.html/