Kenapa Ikan Buntal Beracun Memudaratkan Manusia


bahrian.com.my
Oleh Wartawan BH 
[email protected]
- Mac 29, 2023 @ 11:04am
Ikan Buntal yang juga disebut 'ikan fugu' yang tergolong ke dalam satu jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia.
KUALA LUMPUR: Jumaat lalu, seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), di Kluang, Johor selepas dikatakan memakan hidangan ikan buntal.

Kenapa ikan buntal beracun dan boleh membawa maut?

Ikan buntal atau pufferfish adalah sejenis ikan yang ramai mengenalinya dari famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes yang sering dijumpai di negara kita.

Ia juga disebut 'ikan fugu' yang tergolong ke dalam satu jenis racun semula jadi yang paling bahaya.

Ikan buntal sering kali digunakan sebagai bahan makanan dalam masakan di Jepun seperti sushi atau sashimi.

Disebabkan oleh kandungan racun tetrodotoksin di dalamnya maka memang tidak semua orang boleh mengolah ikan unik itu menjadi hidangan yang lazat.
Dalam kalangan masyarakat di pinggir laut dan sungai di Malaysia, kebanyakan mereka tahu bagaimana untuk menyiang ikan buntal beracun ini sehingga boleh dimakan.

Adalah memang disyorkan untuk memperhatikan terlebih dahulu fakta ikan buntal yang sangat beracun ini sebelum dimakan.

Dilaporkan di mana jenis racun yang dikenali sebagai tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.

Racun itu didakwa lebih mematikan berbanding racun sianida (cyanide).

Di negara Jepun sendiri pernah dilaporkan di mana ada sekitar lima hingga 10 kes keracunan ikan buntal setiap tahun berlaku. Meskipun begitu, ada kes keracunan akibat ikan buntal yang masih dapat diselamatkan dengan rawatan segera oleh doktor perubatan.

Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal.

Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus supaya daging ikan tidak tercemar dengan racun tersebut.

Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh chef yang pakar membuatnya sahaja.

Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan.

Menurut blog Anim Agro Technology, jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya.

Ada empat tahap gejala keracunan ikan buntal iaitu tahap 1 kawasan sekitar mulut terasa kebas atau mati rasa, gangguan pencernaan, seperti mual, muntah, sakit perut, yang biasanya muncul 10 hingga 45 minit selepas memakan ikan itu.

Gejala tahap 2 ialah mati rasa di wajah, sukar berbicara, kehilangan keseimbangan, dan tubuh terasa lemah dan sukar bergerak manakala gejala tahap 3 pula keracunan ikan buntal akan membuat tubuh menjadi lumpuh atau tidak mampu bergerak dan pupil mata membesar.

Gejala tahan 4 pula menyebabkan pesakit gagal bernafas, kadar oksigen di dalam tubuh berkurangan (hipoksia), jantung berdetak lebih lambat dari biasanya (bradikardia), penurunan tekanan darah (hipotensi), gangguan degupan jantung, dan penurunan kesedaran.

Gejala keracunan ikan buntal biasanya muncul dalam hitungan 20 minit hingga 3 jam setelah racun ikan buntal masuk ke dalam tubuh.

Pada Jun 2021, empat maut di Desa Hoder di Sika, Nusa Tenggara Timur, Indonesia kerana memakan ikan buntal beracun manakala 13 lagi orang dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang serius.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/kenapa-ikan-buntal-beracun-memudaratkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Makan Ikan Buntal

Bahaya Makan Ikan Buntal

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 301 hits
Ikan buntal adalah ikan laut yang dikenali dengan keunikan kulitnya yang berduri Ikan ini biasanya ditemui di kawasan perairan tropika seperti di Asia Tenggara Afrika Timur dan Pasifik Barat Terdapat pelbagai jenis ikan buntal tetapi yang p...
Warga Emas Maut Suami Di Icu Selepas Makan Ikan Buntal

Warga Emas Maut Suami Di Icu Selepas Makan Ikan Buntal

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 305 hits
Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata pasangan itu mendapatkan bekalan daripada penjual secara pra tempahan menerusi laman Facebook JOHOR BAHRU Seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas manakala suaminya...
Sambal Ikan Goreng Berapi Simple Tapi Buat Makan Nasi Bertambah

Sambal Ikan Goreng Berapi Simple Tapi Buat Makan Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 510 hits
Sambal ikan goreng berapi ini memang nampak simple Tapi sambal macam ini lah yang boleh buat kita makan nasi bertambah tambah Memang simple tapi sangat membuka selera Kalau makan dengan nasi putih panas panas dah tak perlu lauk lain dah Mak...
Resipi Lauk Pantang Orang Dulu Dulu Ikan Masak Lemak Lada Hitam Sedap Makan Dengan Nasi

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu Dulu Ikan Masak Lemak Lada Hitam Sedap Makan Dengan Nasi

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 301 hits
Ketika berpantang pengambilan makanan yang berkhasiat bukan hanya penting untuk ibu tetapi bayi juga Apabila si ibu makan menu yang tinggi khasiat susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti Ada sesetengah ulam yang bagus untuk ibu menyusu s...
Cara Mudah Buat Ikan Masin Ikan Budu Ikan Jeruk Secara Homemade

Cara Mudah Buat Ikan Masin Ikan Budu Ikan Jeruk Secara Homemade

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 341 hits
Suka maka Ikan Masin Ada juga yang panggil Ikan Budu Ikan Jeruk Sangat sedap dan membuka selera lebih lebih lagi jika dimasak tatkala bulan puasa Ramai suka guna ikan masin begini dalam masakan seperti Nasi Goreng gulai dan bermacam macam l...
Chatgpt Cerdas Bikin Manusia Was Was Bisa Menjawab Pertanyaan Secara Detail

Chatgpt Cerdas Bikin Manusia Was Was Bisa Menjawab Pertanyaan Secara Detail

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 281 hits
ChatGPT Cerdas Bikin Manusia Was WasBisa Menjawab Pertanyaan Secara DetailChatGPT terus jadi perbincangan karena kemampuannya merespons dan menjawab berbagai pertanyaan Namun kehadiranya juga membawa dampak negatif apa saja Pintar ChatGPT B...
Kari Ikan Jenahak Azie Kitchen Yang Sedap

Kari Ikan Jenahak Azie Kitchen Yang Sedap

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 326 hits
Sebelum saya meneruskan jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan klik follow blog ya Terima kasih Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa setiap manusia akan diuji Jika kita merasa kita susah pasti ada lagi orang yan...
Misteri Hujan Ikan Di Ethiopia

Misteri Hujan Ikan Di Ethiopia

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 374 hits
Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta juta ikan tiba tiba jatuh dari langit Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal Charles Fort yang turut merekodkan kejadian hujan katak siput malah bua...
Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Lima 25 Kicks Off With Spectacular Aerial Display By Rmaf

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuaca Panas Kering Luar Biasa

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Malang Tidak Berbau