Kenapa Idm Masih Menjadi Pemuat Turun Diminati Ramai Ini Antara Sebabnya



Internet Download Manager atau IDM, ialah sejenis perisian pemuat turun pintar untuk sistem operasi Windows yang telah sekian lama bertapak tanpa goyah. Ada sebab mengapa ia begitu diminati oleh ramai pengguna setia, tidak kiralah dari yang membeli lesennya secara sah, atau dari kaki-kaki lanun perisian. Sekian lama saya menjadi pengguna Internet Download Accelerator (IDA), tetapi seakan ada sesuatu yang ‘tidak mencukupi’.
Jadi, saya kembali kepada IDM walaupun perlu membeli lesen. IDM punyai pelbagai ciri, yang boleh diubah suai mengikut cita rasa. Ini sesuai sekali untuk mereka yang sememangnya sangat suka mencuba sesuatu perkara baru, dan jika dilihat dalam tetapannya, terdapat berbagai pilihan yang apabila diteliti, tidak dapat disangkal lagi IDM ada ‘sesuatu untuk semua orang’.
Saya cuba rungkaikan serba sedikit antara ciri menarik yang terdapat pada IDM ini, seperti:
1. Ciri imbasan antivirus automatik.
Ini ialah antara ciri yang paling saya suka. IDM boleh bekerjasama dengan antivirus yang anda gunakan untuk mengimbas mana-mana fail yang anda muat turun. Sebagai contoh saya lampirkan tangkap layar di bawah bagaimana saya membuat ESET Internet Security untuk mengimbas fail apabila ia dimuat turun oleh IDM.

2. Ciri ‘Pemaksa’.
Pemaksa atau ‘force download’ ialah ciri tulen IDM sejak mula lagi. Banyak pemuat turun lain sudah cuba mengimplementasi dengan gaya tersendiri tetapi masih kurang menjadi. Dengan adanya ciri ini, sesetengah laman yang gemar ‘menyembunyikan’ pautan sebenar dan seringkali menimbulkan masalah – ia akan dapat diselesaikan.

3. Intergrasi Pelayar Web (Advanced Browser Integration).
Ini juga antara ciri IDM yang selalu cuba ‘ditiru’ oleh pelbagai jenis pemuat turun. Sayang sekali, integrasi yang dibuat belum cukup mantap. Ada yang kadangkala keluar, ada pula yang tidak keluar langsung. Apa yang keluar dan apa yang tidak tu? Tak mengapa. Itu kita akan lihat pada point seterusnya.
Cuba anda lihat pada tangkap layar berikut. IDM dapat berintergrasi dengan mudah pada Chrome hanya dengan memasang extension yang mana ia akan dipasang secara automatik sebaik sahaja anda lengkapkan proses pemasangan IDM pada sistem operasi.

4. Muat turun video di YouTube.
IDM tidak perlu mematuhi sebarang peraturan dari Google. Atas sebab itu, tiada masalah untuk perisian ini memuat turun apa-apa kandungan di YouTube. Inilah dia faedah intergrasi mantap antara IDM dan pelayar web. Anda akan sentiasa dapat melihat butang ‘Download this video’ tersedia di atas menanti untuk diklik. Sesetengah pemuat turun lain agak leceh, apabila memerlukan perisian lain untuk membantu ia ‘menukar’ format video terlebih dahulu.
Apabila anda klik pada butang tersebut, IDM memberikan pula pilihan resolusi video. Dari serendah 360p, hinggalah kepada 1080p (atau 4K), anda boleh pilih mana yang sesuai dengan kehendak anda.

5. Segmentasi fail.
IDM mengimplimentasikan kaedah segmentasi fail, seakan kaedah ‘SuperVOOC’ pada Realme X2 Pro. Bezanya dengan pecahan dua sel bateri, Realme X2 Pro dapat mengecas baterinya dengan sangat pantas. Begitu jualah dengan IDM. Ia dapat memuat turun dengan sangat cepat apabila fail dipecahkan kepada beberapa bahagian, kemudian dicantumkan semula pada akhir proses.

6. Jeda Dan Mulai Semula
Jeda/berhenti seketika atau pause, dan mulai semula atau resume, ialah antara kekuatan IDM. Bagi laman yang menyokong fungsi mulai semula, ini amatlah berguna apabila berlakunya sesuatu yang tidak dijangka, seperti sumber kuasa elektrik yang terpadam seketika (black out), kuasa bateri habis dan anda lupa hendak mengecasnya, atau lain-lain masalah.
Sebaik komputer selesai boot dan anda log masuk, tekan sahaja butang ‘Start’ itu dan anda boleh muat turun semula fail tanpa perlu mencari pautan asalnya kembali.

7. Penjadual Terbina Dalam.
Penjadual (scheduler) ialah sesuatu yang jarang dibincangkan. Tetapi ia boleh digunakan sebagai satu ‘trik’ untuk anda yang bekerja di pejabat. Kebiasaannya, ada sesetengah pejabat mengenakan polisi sekatan ke atas laman-laman tertentu seperti YouTube, Facebook, Twitter, dan pelbagai laman pengehos.
Dengan fungsi penjadual ini, anda boleh masukkan fail-fail yang anda ingin muat turun, tetapi hanya akan dimulakan proses muat turun tersebut pada masa yang anda telah tentukan. Bukan itu sahaja, bahkan anda boleh mengarahkan IDM untuk mematikan komputer apabila selesai muat turun kesemua fail yang dijadualkan.

8. Log Masuk Ke Laman.
IDM dapat digunakan untuk memuat turun fail-fail dari laman ‘premium’. Antara laman tersebut adalah seperti RapidShare, Uploaded.net, DepositFiles, MediaFire, FileFactory, dan sebagainya lagi.
Anda boleh gunakan nama pengguna dan kata laluan untuk laman-laman seperti ini bagi memudahkan lagi IDM ‘menyambar’ fail dari pautan yang disediakan.

Demikianlah antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada IDM. Ya, banyak juga pemuat turun lain turut ada fungsi yang sama, tetapi anda perlu akui, apa yang terdapat pada IDM adalah ciri yang cukup ‘digilap’ (polished).
Tiada ciri yang ‘half-baked’, dan apabila anda gunakannya, anda sendiri boleh rasai betapa banyaknya masa yang diluang oleh para pembangun untuk menjadikan perisian ini sesuatu yang lengkap.
Cuma saya sedikit sedih, apabila ia tiada untuk Linux. Itu sahaja satu-satunya perkara yang jika pembangunnya dapat ciptakan, tiada keraguan lagi saya akan gunakan IDM untuk kedua-dua sistem operasi, iaitu di Windows dan Linux serentak. Jika anda ingin mencuba, anda bolehlah muat turun IDM di:
> Internet Download Manager
Anda boleh cuba IDM selama 30 hari, dan untuk mendapatkan lesennya, anda boleh beli di sini: Internet Download Manager Registration.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/kenapa-idm-masih-menjadi-pemuat-turun-diminati-ramai-ini-antara-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Terus Bertambah Kasus Positif Covid 19 Ibukota Menjadi 27 242 Orang

Masih Terus Bertambah Kasus Positif Covid 19 Ibukota Menjadi 27 242 Orang

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 270 hits
Penambahan kasus baru Covid 19 di Ibukota masih terjadi Tercatat pada hari ini penambahan terdapat 578 Kasus Positif di Ibukota Sehingga total kasus terkonfirmasi sampai hari ini sebanyak 27 242 kasus ujar Kepala Bidang Pencegahan dan Penge...
Ciri Ciri Menjadi Wanita Matang Dan Hebat Mengikut Cara Islam

Ciri Ciri Menjadi Wanita Matang Dan Hebat Mengikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 557 hits
Wanita memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam Allah s w t juga begitu menjaga harkat dan martabat seorang wanita Solehah Hal ini dibuktikan dengan banyak hadis yang menjelaskan tentang keistimewaan seorang wanita Ciri Ciri Menjadi Wanit...
Anda Perlu 10 000 Jam Untuk Menjadi Hebat

Anda Perlu 10 000 Jam Untuk Menjadi Hebat

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 222 hits
Bagaimana perasaan anda jika menjadi antara yang terbaik di dunia dalam bidang yang anda minati Pada tahun 1993 tiga orang pakar bernama K Anders Ericsson Ralf Th Krampe dan Clemens Tesch Romer melakukan kajian di Mereka berusaha mencari ja...
Dropbox Kini Mencapai 1 Bilion Jumlah Muat Turun

Dropbox Kini Mencapai 1 Bilion Jumlah Muat Turun

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 215 hits
Dropbox adalah perkhidmatan storan awan yang mana merupakan pesaing kepada perkhidmatan seperti iCloud OneDrive atau juga Google Drive Ia mungkin tidak sehebat Google Drive kerana Dropbox hanya memberikan percuma storan 5GB dan pengguna per...
Bila Islam Menjadi Alat Meraih Habuan

Bila Islam Menjadi Alat Meraih Habuan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 185 hits
Masih ingat dengan amanat ini Saudara saudara sekelian percayalah Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perle...
Ma Ruf Amin Sebut Tingkat Kemiskinan Turun

Ma Ruf Amin Sebut Tingkat Kemiskinan Turun

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 161 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin memaparkan capaian pembangunan nasional yang dicanangkan dalam Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional 2020 2024 sebelum terjadinya wabah COVID 19 Ma ruf menilai capaian tersebut cukup membanggakan di berbaga...
Dari 91 6 Kg Turun Ke 67 Kg Wanita Ini Kongsi Resipi Oat Yang Berkesan Turunkan Berat Badan

Dari 91 6 Kg Turun Ke 67 Kg Wanita Ini Kongsi Resipi Oat Yang Berkesan Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 493 hits
Ramai yang tahu oat boleh bantu turunkan berat badan Namun tak ramai yang mampu nak telan oat sebab rasanya yang kurang menyelerakan Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Kak Long Faizah berkongsi resipi oat yang sedap namun boleh ba...
Adakah Mencuri Wang Akan Bertukar Menjadi Halal Jika Menolong Anak Anak Yatim

Adakah Mencuri Wang Akan Bertukar Menjadi Halal Jika Menolong Anak Anak Yatim

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 273 hits
Kira kira seminggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram pecah amanah dan salah guna kuasa dalam perbicaraan SRC International Najib Razak tampil menegaskan bahawa RM42 juta wang itu bukanlah digunakan untuk tujuan...
Intel Mengalami Godaman Data Serius Maklumat Sulit Sebanyak 20gb Kini Menjadi Tatapan Umum

Intel Mengalami Godaman Data Serius Maklumat Sulit Sebanyak 20gb Kini Menjadi Tatapan Umum

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 214 hits
Bagai jatuh kemudian ditimpa tangga Itu mungkin perumpamaan yang paling sesuai untuk digunakan buat Intel sekarang selepas pelbagai laporan keluar mengenai isu terbaru yang membelenggu syarikat pembuat cip tersebut Tom s Hardware melaporkan...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord