Najib turut meluahkan rasa kesal apabila didenda kerana memberikan wang kepada UMNO.Berdasarkan keterangan saksi, sebanyak RM300,000 disalurkan dari akaun Najib kepada UMNO Johor Bahru, RM1 juta ke Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan RM50,000 kepada Ketua UMNO Padang Serai, Asmade Abu Talib pada 2015.“Banyak lagi contoh perbelanjaaan seperti itu yang bukannya untuk kepentingan peribadi ataupun untuk keselesaan hidup saya, tetapi untuk menolong rakyat dan untuk parti,” katanya lagi.Kesian Najib kan…kira-kiranya beliau layak digelar “Rohin Hood Malaysia” berdasarkan pembelaan diri yang diluahkannya ini.Tetapi, jangan pula kita lupa, Botak Chin pun dilaporkan mengaku beliau melakukan rompakan untuk tujuan menolong orang-orang miskin juga.Dalam hal ini, undang-undang tetap undang-undang dan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nadzlan Ghazali tidak silap dalam menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya dengan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta itu.Memberi wang kepada orang miskin dan susah tidak menjadikan perbuatan mengambil wang melalui rasuah atau dengan cara yang salah bertukar menjadi halal dan dibenarkan.Kalau begitu, semua orang yang mencuri atau merompak akhirnya akan menggunakan alasan yang sama?Apakah boleh orang yang ditangkap mencuri makanan di pasaraya dilepaskan begitu saja jika mereka melakukannya demi kelangsungan dan kesusahan hidup?Selain itu, dengan Najib secara terbuka mempertikaikan keputusan hakim terhadapnya, tidakkah beliau sebenarnya boleh dianggap telah menghina mahkamah?Apakah tindakan tidak boleh diambil terhadapnya?Kenapa Najib perlu mempertikaikan keputusan hakim, walhal beliau masih ada peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?Begitu pun, jangan pula kita lupa, walaupun Najib mendakwa, beliau membelanjakan wang yang masuk ke akuan peribadinya itu untuk anak-anak yatim, golongan susah dan mereka yang memerlukan, semasa perbicaraan turut difaktakan beberapa perbelanjaan mewah telah dilakukannya.Ia antaranya, pembelian di butik mewah di AS berjumlah RM543,530, penginapan di hotel mahal di Bangkok sebanyak RM127,017.46, membeli hadiah untuk isterinya, Rosmah Mansor sebanyak RM466,330 dan RM3.3 juta membeli hadiah untuk isteri Perdana Menteri Qatar.Yang itu macam mana pulak?Adakah mereka juga termasuk dalam golongan susah dan anak yatim? (Shahbudinditcom 04/08/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |