Kenapa Iceland Lebih Hijau Greenland Pula Berais Begini Rupanya Kisah Di Sebalik Nama Pulau Pulau Ini


Walaupun adakalanya nama sesuatu tempat kelihatan tidak berkaitan dengan geografi lokasi berkenaan, ia seringkali mempunyai kisah tersendiri di sebalik nama tersebut berdasarkan cerita penduduk tempatan.
Hal yang sama berlaku bagi dua pulau negara Nordik ini iaitu Iceland dan Greenland. Jika dilihat pada nama kedua-duanya, kita pasti berfikir bahawa Iceland diliputi ais dan Greenland diliputi tumbuhan menghijau.
Namun begitu, hakikatnya agak bertentangan kerana 80 peratus Greenland ditutupi ais manakala hanya 11 peratus kawasan diliputi ais kekal di Iceland. Hairan, kan? Jom teruskan bacaan untuk mengetahui kisah di sebalik nama pulau-pulau ini.
Kedua-duanya dinamakan oleh pengembara Viking Menjadi resam kelompok pengembara ini menamakan sesuatu tempat mengikut apa yang mereka lihat. Sebagai contoh, anak kepada Erik the Red, Leif Eríksson pernah menamakan satu tempat di Kanada sebagai Vinland setelah melihat anggur liar (atau kemungkinan beri hitam) tumbuh di pantai.
Terdapat beberapa kisah mengenai asal usul nama pulau-pulau ini setelah diteroka oleh pengembara berbeza. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita teruskan bacaan.
Iceland Populasi setakat 2017:  338, 349 orang
Kredit: National Geographic Pulau ini ditemui lebih 100 tahun sebelum Greenland pada tahun 874 sebelum masihi (A.D.)
Permukaan laut pulau ini 6°C lebih tinggi berbanding Greenland. Iklim yang lebih sederhana ini (berbanding Greenland) membuatkan suhu musim panas negara itu lebih tinggi – bermakna lebih banyak tumbuhan di seluruh pulau berkenaan.
Walaupun begitu, 11 peratus kawasan di pulau ini diliputi oleh ais kekal manakala glasier terbesar di Eropah, Vatnajökull terletak di Iceland.
Menurut sebuah kisah, Naddador merupakan pengembara Nordik pertama yang tiba di sini. Dia menamakan pulau ini sebagai Snæland atau snow land kerana ia diliputi salji pada ketika itu.
Setelah itu, seorang Viking dari Sweden, Garðar Svavarosson pula menuruti jejak Naddador ke pulau berkenaan dan menamakannya sebagai Garðarshólmur (“Garðar’s Isle”).
Tidak terhenti di situ, seorang pengembara lain bernama Flóki Vilgerðarson menuju ke pulau tersebut bersama keluarganya pada musim sejuk di mana anak perempuannya maut kelemasan ketika pengembaraan.
Keluarga tersebut teruji lagi apabila haiwan ternakan yang dibawa untuk kelangsungan hidup mereka turut mati akibat kesejukan. Tertekan dengan situasi tersebut, Flóki memanjat gunung di mana dia melihat terusan di antara lembah (fjord) yang dipenuhi ketulan ais.
Disebabkan itu, dia menamakan pulau tersebut sebagai Iceland.
Greenland Populasi setakat 2017: 56,171 orang.
Perkampungan nelayan di Greenland ketika senja. (Kredit: Weimen Chu/NatGeo) Menurut National Geographic, pulau terbesar di dunia ini lebih hijau pada tahun 982 sebelum masihi (A.D.) ketika Erik Thorvaldsson tiba di barat daya pulau berkenaan berbanding hari ini.
Erik dikenali sebagai seorang penduduk Iceland yang dikenali dengan sikap panas baran dan mempunyai rambut berwarna merah, menyebabkannya digelar Erik the Red.
Oleh sebab dia pernah membunuh tiga individu dalam satu persengketaan, dia diusir dari pulau berkenaan. Sejak itu, dia belayar mencari tempat tinggal baru dan menemui sebuah pulau.
Menurut Guðni Thorlacius Jóhannesson, seorang profesor dalam bidang sejarah merangkap Presiden Iceland terkini, Erik meninggalkan negara itu dan menuju ke pulau di sebelah barat sebelum menamakannya Greenland – sebagai cara untuk mengkomersialkan lokasi itu.
“Ketika musim panas, Erik pergi ke pulau berkenaan dan menamakannya Greenland, dengan anggapan orang akan tertarik untuk ke sana jika ia mempunyai nama yang menarik,” katanya.
Selain itu, ada juga yang berpendapat kelompok Viking di Greenland mengamalkan ekonomi agraria pada awal penemuannya, membuatkan tanah di sana diliputi tumbuhan hijau.
Berdasarkan penemuan cangkerang dari tahun 800 hingga 1300 A.D., selatan pulau ini lebih hangat namun pada abad ke 14, suhu maksima musim panas di sini menurun.
Disebabkan suhu yang menurun, tumbuhan sukar untuk hidup dan ais lautan semakin bertambah sehingga menyebabkan populasi Nordik di sana terpaksa meninggalkan tempat tersebut.
Kini, rakyat tempatan memanggil negara itu Kalaallit Nunaat yang bermaksud ‘Tanah Kami’ dalam bahasa Inuit.
Perubahan Iklim Ais lautan Greenland semakin mencair akibat perubahan iklim. (Kredit: CNET) Menurut National Geographic, ais yang meliputi Greenland mula mencair dan menyebabkan Atlantik Utara semakin sejuk hingga boleh melambatkan pengaliran Gulf Stream.
“Jika tren ini berterusan, Iceland akan mengalami penurunan suhu manakala Greenland akan semakin hangat dan menyebabkan pencairan aisberg.
“Dalam satu atau dua abad lagi, Greenland mungkin akan semakin menghijau dan Iceland akan semakin berais, sepertimana nama mereka seribu tahun lalu,” kata portal berkenaan.

Sumber: National Geographic, Name Explain, History Of Greenland


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/01/kenapa-iceland-lebih-hijau-greenland-pula-berais-begini-rupanya-kisah-di-sebalik-nama-pulau-pulau-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Misteri Tiang 56 Di Jambatan Pulau Pinang

Kisah Misteri Tiang 56 Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 905 hits
Jika anda pernah berkunjung ke Pulau Pinang pasti akan melalui Jambatan Pulau Pinang Jambatan yang mempunyai jarak hampir 13 5 kilometer itu menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai Ji...
Bmkg Aktivitas Kegempaan Di Kaltim Lebih Rendah Dari Pulau Jawa

Bmkg Aktivitas Kegempaan Di Kaltim Lebih Rendah Dari Pulau Jawa

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 236 hits
Daryanto mengakui memang ada potensi gempa di sekitar ibukota baru tapi lokasinya cukup jauh Sehingga kalaupun ada gempa tidak akan menimbulkan daya rusak
Lebih 10 Artis Ditipu Bitcoin Kesian Begini Caratipu

Lebih 10 Artis Ditipu Bitcoin Kesian Begini Caratipu

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 321 hits
HALAMAN HIBURANLEBIH 10 artis tanah air dikesan menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan pembelian mata wang digital yang menjanjikan bayaran bonus hingga ratusan ribu Ringgit selepas dilantik sebagai ejen mempromosi pelaburan itu Seorang...
Elly Mazlein Tak Kisah Bakal Suami 10 Tahun Lebih Muda

Elly Mazlein Tak Kisah Bakal Suami 10 Tahun Lebih Muda

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 532 hits
Bakal menamatkan zaman solonya menjelang tahun 2020 Elly Mazlein tidak kisah bakal suaminya itu 10 tahun lebih muda daripada Menurut Elly sikap The post appeared first on
Pergh Ini Rupanya Pendapatan The Rock Patutlah Dia Lebih Suka Berlakon Dari Bergusti

Pergh Ini Rupanya Pendapatan The Rock Patutlah Dia Lebih Suka Berlakon Dari Bergusti

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 382 hits
Sumber Gambar Hari tu Ohmedia kongsi kisah perkahwinan pelakon aksi Hollywood dan bekas ahli gusti WWE The Rock iaitu Dwayne Johnson bersama pasangannya Lauren Hashian Tahniah Ohmedia ucapkan sebab akhirnya kahwin juga kan walaupun dah bera...
Ingin Makanan Cepat Saji Lebih Sehat Begini Cara Mudah Yang Bisa Kamu Lakukan

Ingin Makanan Cepat Saji Lebih Sehat Begini Cara Mudah Yang Bisa Kamu Lakukan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 291 hits
Untuk mengubah makanan cepat saji milikmu menjadi lebih sehat disarankan untuk menghilangkan sejumlah penambah rasa yang ada di dalamnya Perubahan rasa ini bisa membuat makanan yang kamu konsumsi lebih sehat serta keinginanmu untuk terus me...
Tangan Penuh Bertatu Macam Gangster Ingatkan Nak Samun Rupanya Nak Tolong Kisah Orang Malaysia Kerja Di Singapura

Tangan Penuh Bertatu Macam Gangster Ingatkan Nak Samun Rupanya Nak Tolong Kisah Orang Malaysia Kerja Di Singapura

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 488 hits
The ReporterHaih nak menangis pula membaca perkongsian lelaki ini mengenai orang Malaysia saling bantu membantu apabila berada di tempat orang Tak nak intro panjang baca terus please Semoga perkongsian dari Muhammad Nur Fae Kasmadi ini berm...
Kisah Emen Punya Tinggi Badan 2 Meter Lebih Kesulitan Cari Ukuran Sepatu

Kisah Emen Punya Tinggi Badan 2 Meter Lebih Kesulitan Cari Ukuran Sepatu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 418 hits
Remaja bernama Armenda Jamel memiliki tinggi badan yang berbeda dari teman temannya Siswa kelas 1 di SMAN 4 Kecamatan Tanah Putih Kabupaten Rokan Hilir Riau itu memiliki tinggi badan 2 meter lebih 6 sentimeter
Ingatkan Gambar Edit Rupanya Betul Betul Mcdonald Ganti Nama Mekdi Sempena Hari Kebangsaan

Ingatkan Gambar Edit Rupanya Betul Betul Mcdonald Ganti Nama Mekdi Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 858 hits
Baru baru ini McDonald s cawangan Bukit Bintang telah menamakan semula outlet mereka sebagai gelaran Mekdi yang sinonim dengan sebutan lidah Melayu untuk menaikkan semangat patriotik Perubahan itu dibuat sempena hari kemerdekaan yang bakal ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii