Kisah Misteri Tiang 56 Di Jambatan Pulau Pinang
Jika anda pernah berkunjung ke Pulau Pinang, pasti akan melalui Jambatan Pulau Pinang.
Jambatan yang mempunyai jarak hampir 13.5 kilometer itu menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Jikalau anda merupakan penduduk tetap Pulau tersebut pasti anda pernah mendengar kisah seram klasik berkenaan jambatan tersebut.
Gambar sekadar hiasan
Kisah mengenai mistik tiang jambatan yang ke 56 sudah tidak asing lagi kepada penduduk Pulau Pinang. Diceritakan bahawa pada zaman80 an, ketika mula pembinaan terdapat kesulitan yang sehingga hampir tidak masuk akal yang membantutkan proses pembinaan. Sehinggakan pemaju akhirnya mengambil jalan mistik untuk menghubungi pawang dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.
Menurut pawang tersebut, kawasan laut tersebut mempunyai penunggu dan diperintah ketua Jin yang memerintah Selat Melaka. Ketua Jin tersebut berasa terganggu dengan pembinaan jambatan tersebut. Di perut laut tersebut wujudnya seekor buaya putih yang dahagakan darah manusia sebagai santapan malam purnama, barulah proses pembinaan berjalan lancar
Selain itu, dikatakan juga bahawa setiap tiang di jambatan tersebut disumbat kepala manusia yang mati ketika aktiviti pembinaan dijalankan, yang tidak lain tidak bukan sebagai santapan buaya putih tersebut.
Namun kenapa dalam banyak-banyak tiang, tiang 56 yang paling puaka? Kisah tiang 56 ini wujud apabila seorang staff Universiti di Pulau Pinang kehilangan kedua penglihatannya akibat sumpahan tiang tersebut. Kebanyakan nelayan juga mengelak untuk berada di kawasan tersebut, namun dikatakan kawasan tersebut mempunyai sumber rezeki yang paling banyak berbanding kawasan laut yang lain. Namun, pengalaman para nelayan yang sering terlihat pusaran air seperti wanita tua yang ingin menyedut mangsanya menjadi kisah seram yang tidak terungkai hingga ke hari ini
Tiang 56 juga digelar tiang mulut puaka oleh kebanyakan nelayan. Hampir 20 nelayan mendakwa mereka pernah cuba disedut masuk ke dalam laut sebesar padang bola sepak ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge juga mendakwa pernah melihat wajah seperti wanita tua muncul tiba tiba sambil membuka mulut seperti ingin menyedut sesuatu. Kakitangan tersebut cuba merakam kelibat tersebut namun gagal akibat cuaca yang tiba tiba buruk. Kakitangan tersebut berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melepaskan tembakan daripada senjata api kecemasan.
Gambar sekadar hiasanika anda ingin mengetahui dimanakah terletaknya tiang 56 di jambatan pulau pinang, boleh cuba memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul-betul di bawah anda jika memandu 80km/j (kira - kira 2 minit) dari tengah-tengah jambatan. Nak lebih mencabar, bacalah mantera ini jika ingin berjumpa dengan nenek tua tersebut
Kalam sakti aro bangsawa,Niang merilik sawo metera,Ayo sekalian alam tunduk,Tuanmun bitok jelma,Serahlah jiwo, serahlah segala,Salam meliling tuan aro.Siapakah wanita tua yang digambarkan itu? terus kekal menjadi misteri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/kisah-misteri-tiang-56-di-jambatan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29