Lebih 10 Artis Ditipu Bitcoin Kesian Begini Caratipu
HALAMAN HIBURAN
LEBIH 10 artis tanah air dikesan menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan pembelian mata wang digital (Bitcoin) yang menjanjikan bayaran bonus hingga ratusan ribu Ringgit selepas dilantik sebagai ejen mempromosi pelaburan itu.
Seorang pelakon lelaki popular yang menjadi mangsa penipuan sindiket itu berkata, sebagai ejen promosi mereka dijanjikan habuan lima bonus iaitu bonus tajaan (sponsor bonus), bonus berpasangan (pairing bonus), bonus berkumpulan, wang selisih dan keuntungan bulanan.
Jika membawa masuk ramai pelabur, mereka akan menerima antara 10 hingga 40 peratus bonus tajaan.
“Sebagai contoh, jika artis membawa masuk pelaburan daripada peminat berjumlah RM1 juta, maka komisen diterima antara RM100,000 hingga RM400,000.“Disebabkan itu, artis taasub mempromosi dan mencari pelabur. Namun kami terpedaya hingga memburukkan nama sendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Pelakon berusia 40-an itu berkata, mereka juga dijanjikan bonus berpasangan (bersama rakan) antara lima hingga sembilan peratus jika mendapatkan pelabur.
“Sindiket itu turut menjanjikan bonus berkumpulan antara satu hingga dua peratus, selain kami turut sama membuat pelaburan itu.“Apabila membeli mata wang digital pada harga murah, kami akan menaikkan harga jualan yang tinggi bergantung keadaan semasa. Keuntungan yang diperoleh digelar sebagai wang selisih,” katanya.
Menurutnya, artis juga dijanjikan keuntungan pada kadar 10 peratus sebulan menyebabkan mereka mengeluarkan modal untuk pelaburan.
“Semua ini penipuan kerana sebaik wang terkumpul, syarikat pelabur akan melarikan diri,” katanya yang menyertai pelaburan itu sejak 2017.
Bercerita mengenai modus operandi sindiket terbabit, pelakon itu berkata, wakil sindiket akan mendatangi artis kerana mereka tahu artis memiliki ramai peminat.
“Kami diundang berucap dalam seminar dan dijanjikan bayaran. Sudahlah menipu pelaburan, mereka tidak membayar wang promosi,” katanya.
Katanya, kesilapan artis terlalu mempercayai janji manis sindiket atau syarikat pelabur itu tanpa meneliti latar belakang mereka.
“Syarikat pelaburan ini tidak memiliki premis dan bertemu artis di sesuatu tempat. Mereka juga membina laman web sendiri dan memadamkannya sebaik melarikan semua wang,” katanya.
Katanya, sistem pelaburan itu tidak salah kerana dimainkan di seluruh dunia dan yang menjadi masalah adalah niat sindiket itu yang mahu menipu.
“Jika harga mata wang digital jatuh, syarikat terbabit tidak akan membayar dan sekiranya untung, mereka bolot dengan melarikan diri,” katanya.
Akibatnya, artis yang hadir berucap dalam seminar akan dipersalahkan sebelum mereka dilabel sebagai penipu.
“Semua artis perlu ambil tahu masalah ini dan jangan sesekali menyerahkan tengkuk kepada sindiket terbabit. Saya memiliki pengalaman hadir di seminar di Lembah Klang tetapi tidak menerima bayaran,” katanya.Katanya, dia juga kerugian sebanyak RM55,000 apabila wang pelaburannya dilarikan sindiket itu. (MyMetro)
Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..
Kerja Di Australia, Dibuka..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/09/lebih-10-artis-ditipu-bitcoin-kesian.html