Kenapa Hj Hadi Bantah Siar Berita Jenayah Seksual Libatkan Ustaz



Pemimpin Pas yang sibuk mengkritik kononnya kebebasan media terancam di bawah Kerajaan Perpaduan dihadapkan dengan persoalan baharu apabila Presiden Pas menyalahkan media menyiarkan jenayah seksual melibatkan ustaz di sekolah agama atau pusat tahfiz.
Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam tindakan Presiden Pas, Hj Hadi Awang membidas media kononnya memperbesar kes jenayah seksual melibatkan agamawan itu amatlah tidak adil.
Menurut beliau, media menjalankan tugas mereka untuk melaporkan kebenaran dan pihak yang terlibat tidak perlu berprasangka buruk.
“Saya terkejut bila seorang tinggi martabat dalam parti politik yang konon memperjuang Islam boleh memberikan pandangan bahawa media digunakan untuk memperbesarkan berita berkenaan kes salah laku yang berlaku di sekolah agama.
“Apa yang kamu cakap wahai Hj Hadi? Kamu tahu tidak sejak kebelakangan ini, 2023 – 2024 terdapat beberapa kes salah laku serius oleh tenaga pengajar yang bergelar ustaz?
“Tahukah kamu kesalahan serius yang dimaksudkan? Antara kesalahan dilaporkan, kes cabul, amang seksual, (seks) luar tabie. Adakah kesalahan ini kamu lihat ringan dan tidak boleh dihebahkan kepada masyarakat?” tanyanya dalam sesi siaran langsung Facebook malam tadi.
Kata Lokman, kes yang melibatkan salah laku seksual dan didedahkan media bukan sahaja melibatkan golongan agamawan Islam tetapi juga berlaku ke atas agamawan lain.
Cuma yang menjadi persoalan, katanya, adakah kerana sekolah yang terlibat dalam pemberitaan jenayah sesual itu cenderung kepada Pas maka ianya dilihat sebagai masalah oleh pemimpin berkenaan.
“Kalau benda ini melibatkan paderi mungkin Hj Hadi tak bising. Tetapi apabila skandal yang berlaku ini melibatkan ustaz di sekolah agama, yang kita tahu kebanyakan mereka terdiri daripada ustaz yang dekat dengan Pas, adakah ianya patut disembunyikan?
“Saya ingin bertanya, apa perasaan ibu bapa yang terlibat dengan kes puak ustaz munafik ini? Kamu tahu niat ibu bapa hantar anak ke sekolah agama untuk menjadi insan bertakwa dan diterapkan ilmu agama? Bukan hantar anak ini untuk jadi pemuas nafsu ustaz munafik,” kata Lokman.
Beliau menegaskan bahawa peranan media amat penting dalam mendedahkan salah laku sekasual tersebut.
Katanya, dengan pendedahan itu maka ibu bapa boleh berwaspada untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah yang benar benar diyakini.
“Peranan media penting jika digunakan secara berhemah. Media menghebahkan untuk beri kesedaran orang ramai terhadap ustaz yang menggunakan agama ke arah perkara jenayah.
“Biar ibu bapa sedar dan berwaspada dengan manusia seperti ini,” ujarnya.
Lokman turut mendedahkan statistik pihak polis mendapati 188 pelajar menjadi mangsa jenayah seksual di negeri Kelantan pada tahun 2021 – 2023.
Mangsa paling muda, katanya berusia 9 tahun. Juga 254 kes kesalahan rogol bawah umur pada 2021 – 2023.
Justeru Lokman menasihatkan Hj Hadi supaya menerima situasi tersebut secara terbuka dan mengarahkan kepimpinan kerajaan negeri Pas untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu berbangkit terutama di negeri Kelantan.
Pada 28 Mei lalu dalam artikelnya bertajuk “Islam sasaran fitnah, di sini PAS sasaran pertama”, Hj Hadi berkata, ‘senjata media digunakan bagi memburukkan wajah Islam dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan Islam.
Apabila berlaku kelemahan manusia pada diri segelintir kumpulan Islam yang terjerumus ke dalam kesalahan moral atau jenayah, maka akan dibesar-besarkan beritanya.
Sekiranya terdapat berita dari sekolah agama, pondok, sekolah tahfiz ataupun seorang ustaz, imam, orang yang berkopiah, apalagi mereka yang berjubah, ada yang sengaja diletakkan kopiah atau jubahnya, atau dipakaikan jilbab wanitanya’.
Keadaan ini laksana peribahasa, kata Hj Hadi, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
The post Kenapa Hj Hadi bantah siar berita jenayah seksual libatkan ustaz? first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37142?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kenapa-hj-hadi-bantah-siar-berita-jenayah-seksual-libatkan-ustaz

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menko Hadi Pastikan Libatkan Masyarakat Seleksi Anggota Kompolnas 2024 2028

Menko Hadi Pastikan Libatkan Masyarakat Seleksi Anggota Kompolnas 2024 2028

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 165 hits
Menko Polhukam RI di Jakarta Jumat mengumumkan sembilan nama Pansel Calon Anggota Komisi Kepolisian Nasional periode 2024 2028
Umur Yang Kedua Dedikasi Buat Ustaz Rasul Dahri Rahimahullah

Umur Yang Kedua Dedikasi Buat Ustaz Rasul Dahri Rahimahullah

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 197 hits
Foto FB Thalhah Mohd ZakiAda beberapa amal yang pahalanya terus mengalir sekalipun pelakunya telah meniggal dunia Dia tidak boleh lagi beramal jasadnya sudah dikubur dalam tanah namun kebaikannya tidak putus Itulah hakikat umur yang kedua U...
Hiburan Saya Cuba Lebih Hati Hati Komen Isu Ustaz Direhatkan Undang Kecaman Nabil Ahmad Mohon Maaf Pada Netizen

Hiburan Saya Cuba Lebih Hati Hati Komen Isu Ustaz Direhatkan Undang Kecaman Nabil Ahmad Mohon Maaf Pada Netizen

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 136 hits
Baru baru ini pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil dengan permohonan maaf kepada orang ramai susulan komen yang diberikan tentang isu Ustaz Don yang direhatkan dari sebuah program baru baru ini Maaf jika menyinggung Menerusi hantaran di...
Ini Salah Terus Ustaz Bukan Kesilapan Don Daniyal Mohon Maaf Isu Hukum Berpuasa Di Hari Tasyrik

Ini Salah Terus Ustaz Bukan Kesilapan Don Daniyal Mohon Maaf Isu Hukum Berpuasa Di Hari Tasyrik

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 253 hits
Pendakwah selebriti Don Daniyal Don Biyajid memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua ketiga dan keempat Aidiladha Ustaz Don mohon maaf isu berpuasa di hari Tasyriq Don Daniyal atau dike...
Ustaz Don Minta Maaf Beri Jawapan Mengelirukan Isu Berpuasa Di Hari Tasyrik

Ustaz Don Minta Maaf Beri Jawapan Mengelirukan Isu Berpuasa Di Hari Tasyrik

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 196 hits
Pendakwah selebriti Ustaz Don minta maaf beri jawapan mengelirukan saat menjawab soalan dariapada pendengar dari salah satu stesen radio Jawab isu tular Hal tersebut susulan tularnya jawapan Ustaz Don Daniyal perihal isu berpuasa pada hari ...
Biodata Ustaz Don Daniyal Pendakwah Usahawan Berjaya

Biodata Ustaz Don Daniyal Pendakwah Usahawan Berjaya

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 383 hits
Sejak beberapa hari ini nama Ustaz Don mendapat perhatian ramai pihak baik dari netizen sendiri mahupun golongan agamawan di Malaysia Semuanya berpunca dari namanya yang digugurkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah di RTM Untuk...
Dapat Derma Rm100k Ambil Komisen Rm30k Itu Haram Ustaz Azhar Idrus

Dapat Derma Rm100k Ambil Komisen Rm30k Itu Haram Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 110 hits
Menurut Ustaz Azhar Idrus sesebuah organisasi atau individu yang menjalankan kutipan derma hanya dibenarkan mengambil sejumlah 2 hingga 4 peratus daripada dana mengikut hukum syarak Ujar pendakwah selebriti itu kini ramai pihak cuba mengaut...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi