Dalam bebelan terbarunya, selain barangkali sudah buat kali yang ke 1001 menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir agar kekal di kerusi Perdana Menteri sehingga habis penggal, beliau sekali lagi menyatakannya perkara itu.Kali ini, oleh kerana tempoh peralihan kuasa semakin hampir menjadi kenyataan, beliau mencadangkan agar Anwar membuat usul undi tidak percaya di Parlimen.“Pihak yang nak sangat jadi PM ni, buat undi tak percayalah kepada Tun Mahathir,” katanya.Kesian Tok Guru Hadi ini, ada ilmu agama, mengajar pula di sana sini, tetapi hati penuh dengan perasaan hasad dan dengki.Apa agaknya yang diperolehinya daripada membaca Al-Quran setiap hari?Tidakkah Hadi tahu, soal peralihan kuasa kepada Anwar adalah perjanjian dalam PH yang sudah pun dipersetujui oleh Tun Mahathir sendiri sejak sebelum PRU14 lagi, di mana ketika itu beliau tengah asyik mahsyuk berdakap mesra dengan UMNO dan Najib Razak.Tidak sekadar itu, ketika itu juga, Hadi sibuk melabel Tun Mahathir dengan pelbagai kata-kata penghinaan seperti sudah tua, kitar semula dan lebih layak menjadi doktor di klinik 1Malaysia berbanding menjadi Perdana Menteri.Oleh kerana ia sudah ada dalam perjanjian, tiada keperluan untuk Anwar membuat usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, sebaliknya yang perlu ialah menunggu tarikh serah kuasa itu ditetapkan yang masanya mungkin tidak berapa lama lagi.Tambahan pula, Tun Mahathir sudah pun mencecah usia 95 tahun, berapa sangatlah lagi boleh hidup di dunia ini?Jika Anwar boleh bersabar, mengapa Hadi pula yang tidak sabar-sabar sehingga mencadangkan usul undi tak percaya diadakan?Yang pelik dengan Hadi ini, dulu bukan main menghina Tun Mahathir, kenapa sekarang menjilat semula orang yang pernah dihina dahulu?Kenapa sibuk-sibuk dengan urusan peralihan kuasa dalam PH yang tiada kena mengena dengannya?Lagi pun, bukankah Pas sudah ada kerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional dan kenapa tidak Hadi tumpukan saja perhatian dan tenaganya kepada gabungan itu sepenuhnya?Atau lebih baik tumpu saja kepada dua tiga bini yang ada sekarang ini? (ShahbudinHusin 02/02/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |