Kenapa Ekonomi Malaysia Semakin Muram


 
ZAMZURI ARDANI
Pastinya ada banyak punca. Sesuatu malapetaka besar itu biasanya adalah gabungan dari beberapa faktor utama. Faktor-faktor yang pelbagai ini bercantum pada waktu dan ketika yang tertentu menyebabkan 'perfect storm' melanda.

Pemikiran feudal adalah salah satu punca besar. Pemikiran feudal tidak semestinya wujud hanya dalam sistem feudal. Beberapa negara Eropah masih mengekalkan sistem beraja, tetapi rakyatnya tidak berfikiran feudal. Beberapa negara Arab seperti Mesir dan Yaman tidak punya raja, tetapi rakyatnya masih berfikiran feudal.

Asas kepada pemikiran feudal ialah terlalu mengagungkan tokoh pemimpin. Akhirnya kita mempunyai pemimpin yang tidak tahu waktu untuk bersara. Sudah hampir setengah abad berada di pentas politik, masih tidak tahu berundur. Bukan seorang. Bukan dua orang. Tapi sebahagian besarnya begitu. Kebanyakan pemimpin utama politik negara di negara kita adalah tokoh-tokoh usang yang tidak mampu lagi menggarap cabaran dunia baru. Kita tidak punya inovasi. Tidak punya dinamisma. Tidak progresif. Isu-isu besar dalam wacana politik kita hanya berkisar dengan isu yang sama berdekad-dekad lamanya.

Antara punca besar juga ialah menjadikan bangsa dan agama sebagai komoditi politik kuasa. Kita gadaikan kejujuran, ketelusan, integriti, urustadbir yang baik, kompetensi, dan nilai demokrasi kononnya untuk pertahankan bangsa dan agama. Padahal kita telah menjual bangsa dan agama itu dengan pembohongan, kecurangan, salahlaku, dan kezaliman.

Masyarakat Eropah dulu tidak menolak peranan agama dalam tatacara kenegaraan tanpa sebab. Mereka ada sebab yang kuat. Mereka sedar, selama ratusan tahun masyarakat Eropah tertipu dengan lakonan para bangsawan dan agamawan di kalangan mereka sehingga mereka hidup di zaman gelap begitu lama.

Kalau kita sayang bangsa dan agama kita, jangan biarkan ianya dijadikan komoditi politik kuasa. Kelak nanti, kita akan mengulangi kebodohan masyarakat Eropah selama ratusan tahun.

Akibat menjadikan bangsa dan agama sebagai komoditi tawar menawar politik kuasa, kita menghancurkan potensi kebangunan rakyat secara bersepadu. Kita jadi 'over-protective', tidak kompetetif. Kita jadi manja. Kita tidak resilien.

Antara faktor besar juga adalah kegagalan sistem pendidikan nasional yang usang. Kita ada sekolah yang bagus. Ramai guru yang cemerlang. Ibubapa yang tinggi semangatnya. Tetapi, semua itu beroperasi dalam sistem pendidikan yang sudah usang. Sistem pendidikan kita melahirkan pekerja, bukan inovator atau pencipta ekonomi baharu. Seorang rakan saya dari luar negara pernah berkata kepada saya, "Kalau Bill Gates lahir di Malaysia, dia tidak akan mampu mengasaskan Microsoft".

Wacana ilmiah kita sangat kurang berbanding jiran tetangga kita seperti Indonesia, Thailand, Filipina, dan Singapura. Buku-buku yang dihasilkan oleh sarjana kita juga sangat kurang dan kualitinya tidak begitu membanggakan.

Sistem kewangan dan perbankan kita juga sangat konservatif. Amat sukar untuk mendapat pembiayaan bagi inisiatif perniagaan yang berisiko tinggi yang boleh membawa pulangan yang besar dari sudut jangka panjang. Pembiayaan untuk inisiatif penyelidakan dan pembangunan sangat terhad.

Kita sebenarnya masih terperangkap dalam kerangka politik, pemikiran, dan sistem kenegaraan yang usang.

Samada kita mahu keluar dan terus berada di situ. Kalau kita mahu keluar dari kepompong ini, saya mengharapkan tokoh-tokoh politik yang sudah lama beraksi itu berundurlah. Tidak kita dari kelompok dan blok politik mana sekali pun. Anda telah gagal sebenarnya. Kita kalah dengan Jepun. Kalah dengan Korea. Kalah dengan Thailand. Kalah dengan Singapura. Malah Vietnam dan Indonesia sudah mula memintas kita. Kalau itu bukan kegagalan, apa lagi?

Kita serahkanlah kepada pemimpin generasi baru. Percayalah, mereka lebih berani dan bijak dari kita.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/kenapa-ekonomi-malaysia-semakin-muram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dolar As Semakin Lemah Dan Ekonomi As Sangat Memerlukan Pakej Rangsangan Lain Gambaran Keseluruhan Usd Eur Dan Gbp

Dolar As Semakin Lemah Dan Ekonomi As Sangat Memerlukan Pakej Rangsangan Lain Gambaran Keseluruhan Usd Eur Dan Gbp

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 254 hits
Jumlah tuntutan pengangguran awal meningkat sebanyak 742 ribu sepanjang minggu yang lebih tinggi daripada yang diramalkan dan menunjukkan perlambatan pemulihan pasaran buruh Kurangnya kemajuan dalam Kongres dalam paket stimulus fiskal baru ...
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 Di Malaysia

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 409 hits
No Ruj 11 20 08 20 Nov 2020 Embargo Untuk Siaran Segera Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 di Malaysia Duit syiling perin...
Kebolehjangkitan Covid 19 Semakin Menurun Di Malaysia

Kebolehjangkitan Covid 19 Semakin Menurun Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 284 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati kadar nilai kebolehjangkitan atau R naught Covid 19 di negara ini sudah menurun Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kebolehjangkitan itu sudah menurun kepada kurang darip...
Politik Ekonomi Malaysia Memberi Tekanan Kepada Fakta Kebenaran

Politik Ekonomi Malaysia Memberi Tekanan Kepada Fakta Kebenaran

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 281 hits
SHAH ALAM Bekas Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Mohamed Nazir Razak menegaskan di Malaysia tidak wujud ekonomi sebaliknya yang ada hanyalah politik ekonomi Menurutnya beliau menyatakan demikian kerana kerap diajukan persoalan tentang ekonom...
Gandingan Ratu Irama Malaysia Amp Ratu Dangdut Paling Dinanti Ini Lagu Duet Di Gv7 Esok

Gandingan Ratu Irama Malaysia Amp Ratu Dangdut Paling Dinanti Ini Lagu Duet Di Gv7 Esok

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 333 hits
Sebaik sahaja tema duet Doble Special diumumkan ramai yang menantikan persembahan para bintang pada minggu keenam Antara yang menjadi sebutan peminat GV7 ialah gandingan Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris dan Ratu Dangdut Amelina yang diber...
Deepavali Suram Bagi Rakyat Malaysia Terkandas Di Luar Negara

Deepavali Suram Bagi Rakyat Malaysia Terkandas Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 384 hits
Paul Dinesh bersama isterinya Gayatri Vangadasalam dan anak perempuannya Nadelyn Sharvina ketika sambutan Deepavali tahun lalu PETALING JAYA Sambutan Deepavali tahun ini suram bagi kebanyakan warganegara Malaysia yang terkandas di negara la...
Malaysia Ada 32 Juta Penduduk Ada Beberapa Orang Layak Jadi Pm Tetapi Sorang Je Yang Kemaruk

Malaysia Ada 32 Juta Penduduk Ada Beberapa Orang Layak Jadi Pm Tetapi Sorang Je Yang Kemaruk

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 374 hits
Dah ada peluang dah sampai kotak penalti malang lefri tiup wisel offside curi ayam Masih nak salahkan penonton
Malaysia Meterai Rcep Selepas 8 Tahun Berbincang

Malaysia Meterai Rcep Selepas 8 Tahun Berbincang

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 331 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan pemeteraian perjanjian RCEP yang ditandatangani oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali CYBERJAYA 8211 Malaysia hari ini memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau selepas perbincangan yang...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa