Kenapa Bn Yakin Kemenangan Di Melaka Akan Berulang Di Johor


 


Keberanian Barisan Nasional (BN) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sehingga menyebabkan pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan disandarkan kepada keyakinan mereka akan mengulangi kejayaan seperti di Melaka hujung tahun lalu.
Di Melaka walaupun menang 21 daripada 28 kerusi DUN, sebenarnya pertambahan undi yang diterima BN tidaklah begitu tinggi. Kurang daripada 1 peratus
Berlaku peningkatan sokongan yang amat kecil tetapi hampir sama dengan undi yang diterima gabungan pimpinan Ahmad Zahid Hamidi itu pada pilihan raya umum 2018.
Akan tetapi BN tetap yakin bakal menang besar di Johor disebabkan dua faktor utama.
1) PERATUSAN KELUAR UNDI RENDAH
Peratusan keluar mengundi yang rendah semasa PRN Melaka iaitu sebanyak 64.1 peratus, sudah tentu memberikan kelebihan kepada BN yang mempunyai jentera yang lebih kuat di akar umbi berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Dan situasi ini dijangka akan berulang di Johor.
Apabila jentera kuat, mudah bagi BN untuk memastikan penyokong-penyokong mereka keluar mengundi sehingga ke tahap boleh membawa setiap pengundi ke tempat pembuangan undi.
Jika dilihat pada PRU14 pada 2018, apabila peratusan keluar mengundi tinggi sebanyak 83.4 peratus, BN berjaya ditumbangkan oleh PH walaupun sudah memerintah negeri itu selama lebih 60 tahun.
Ini kerana jentera BN hanya mampu membawa keluar penyokong dan pengundi mereka tetapi tidak mampu menampung gelombang golongan atas pagar yang jumlahnya jauh lebih besar.
Di Johor, dijangka peratusan keluar mengundi akan kekal rendah disebabkan varian Omicron Covid-19 yang menyebabkan angka kes harian kembali mencecah puluhan ribu.
Ini ditambah lagi dengan PRN Johor diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina yang pastinya kurang memberikan motivasi kepada pengundi Cina yang menetap di negeri lain untuk pulang mengundi.
2) MUSUH BN BERPECAH BELAH
Semasa PRN Melaka BN hanya dicabar oleh PH dan BN, tetapi di Johor suasana lebih meriah.
PRN Johor bulan depan bakal menyaksikan kemunculan parti-parti baru seperti Pejuang, Muda dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Sementara Warisan yang asalnya berpusat di Sabah kini mahu melebarkan sayapnya di Semenanjung dan turut bertanding pada PRN Johor.
Kehadiran parti-parti ini tidak akan menyebabkan undi kepada BN berkurang akan tetapi menyebabkan undi terhadap PH dan PN terjejas.
Mari kita lihat keputusan PRN Melaka.
Daripada analisis data keputusan PRN Melaka yang dibuat, dapat dilihat BN hanya memperolehi 39 peratus undi popular.
Sementara PH memperolehi 36 peratus undi popular dan PN memperoleh 25 peratus.
Jika disatukan undi popular PH dan PN, ianya berjumlah 61 peratus.
Di kerusi seperti DUN Tanjung Bidara, Ab Rauf Yusoh tidak akan menang sekiranya undi PN dan PH tidak berpecah.
Keputusan menyaksikan Rauf mendapat 3559 undi, Mas Ermieyati Samsudin (PN) mendapat 3,195 undi dan Zainal Hassan mendapat 489 undi.
Jika dicampurkan undi PN dan PH, Rauf akan kalah.
Di kerusi DUN Duyong yang berlaku pertembungan enam penjuru, calon BN Mohd Noor Helmy Abu Halen tidak akan menang sekiranya PH dan PN berada dalam satu pasukan.
Keputusan menyaksikan Helmy mendapat 4,684 undi, Damian Yeo (PH) mendapat 4,484 undi dan Kamarudin Sedik (PN) mendapat 2,874 undi. Sementara tiga lagi calon, Gan Tian Soh (Bebas) mendapat 60 undi, Muhamad Hafiz Ishak (Bebas) 57 undi dan Mohd Faizal Amzah (Putra) 52 undi. Jika dicampurkan undi PH dan PN, BN akan dikalahkan dengan mudah.
Objektif PH dan PN ialah sama iaitu untuk menghalang BN kembali berkuasa dan kumpulan “kluster mahkamah” kembali berkuasa selepas PRU15.
Begitu juga dengan parti-parti baru yang lain.
Seperti dikatakan ramai pemimpin politik dari PH dan PN, PRN Johor ini diadakan sebagai satu strategi kumpulan kluster mahkamah untuk kembali berkuasa.
PRN demi PRN diadakan untuk melonjakkan semangat jentera BN di seluruh negara demi merampas kembali kuasa mutlak di Putrajaya pada PRU15 yang mereka hilang pada 2018.
Akan tetapi kerjasama antara penentang-penentang BN tidak mungkin akan berlaku kerana masing-masing mempunyai ego yang besar.
Dan ego inilah yang sedang dimanfaatkan oleh kumpulan kluster mahkamah untuk kembali berkuasa.
Walaupun tidak begitu lama dahulu pada 2018 sudah terbukti BN yang berkuasa selama lebih 60 tahun dapat dikalahkan apabila terdapat penyatuan dalam kalangan penentang-penentangnya.
Kamarul Khairy Penulis dan pemerhati politik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/02/kenapa-bn-yakin-kemenangan-di-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Jangan Leka Dengan Kemenangan Melaka

Prn Johor Jangan Leka Dengan Kemenangan Melaka

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 175 hits
SHAH ALAM Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua jentera Barisan Nasional untuk tidak leka di sebalik kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini Beliau berkata sebaliknya jadikan kejayaan tersebut sebag...
Bn Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada Prn Johor Penganalisis

Bn Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada Prn Johor Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 147 hits
BN Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada PRN Johor Penganalisis Barisan Nasional dijangka mampu mengulangi kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Negeri Melaka 20 Nov tahun lalu pada PRN Johor yang dijadualkan 12 Mac depan...
Kenapa Ph Kalah Teruk Di Prn Melaka Prn Johor Bagaimana Pula

Kenapa Ph Kalah Teruk Di Prn Melaka Prn Johor Bagaimana Pula

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 221 hits
HANYA YANG FAHAM SAHAJAYANG MAMPU MENTELAAHDATA DATA DI BAWAH INIDIKEMASKINIPADA22 2 22OLEHCIKGU LINA KEPUTUSAN PRN MELAKAB KEPUTUSAN PRU 14C KEPUTUSAN PRN MELAKA 2021D PERBEZAAN PENCAPAIAN PRN 2021 PRU 14E PERBEZAAN PARTI MASING MASING SEK...
Kemenangan Umno Di Johor Mungkin Buka Laluan Kepada Pru 15 Adakah Ismail Sabri Bersedia

Kemenangan Umno Di Johor Mungkin Buka Laluan Kepada Pru 15 Adakah Ismail Sabri Bersedia

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 195 hits
agendaily com15 2 202215 Ahli Parlimen UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyddin Yassin sebelum ini Risiko lebih besar bakal dihadapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya UMNO bakal meraih satu lagi kemenangan besar pa...
Kenapa Parti Pejuang Ada Telur Di Johor Tiada Telur Di Melaka

Kenapa Parti Pejuang Ada Telur Di Johor Tiada Telur Di Melaka

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 154 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMahathir sayang orang Johor tapi tak sayang orang Melaka kah Kepentingan apa parti PEJUANG ada di Johor yang tiada di Melaka Di Melaka PEJUANG tidak berani tapi di Johor PEJUANG berani pula Adakah kaitan dengan Singapur...
Johor Polls A Repeat Of Melaka On The Cards

Johor Polls A Repeat Of Melaka On The Cards

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 175 hits
While many believe the Johor elections will see a triumphant Barisan Nasional the 700 000 young voters added to the electoral roll could still spring a surprise PETALING JAYA Nomination day has arrived officially kicking off the Johor state...
Prn Johor Pertambahan 28 Pengundi Baharu Penentu Kemenangan Ph

Prn Johor Pertambahan 28 Pengundi Baharu Penentu Kemenangan Ph

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 144 hits
Jentera pilihan raya KEADILAN perlu memanfaatkan kehadiran 28 pertambahan pengundi baharu pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac ini Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan Zahir Hasan Undi 18 dan Undi 21 yang berj...
Ph Mahu Kerajaan Bn Perak Kekal Hingga Pru Tidak Perlu Diadakan Prn Seperti Melaka Dan Johor Mujahid

Ph Mahu Kerajaan Bn Perak Kekal Hingga Pru Tidak Perlu Diadakan Prn Seperti Melaka Dan Johor Mujahid

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 180 hits
February 15 2022 Pakatan Harapan Perak mahu pentadbiran kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional terus kekal sehinggalah Pilihan Raya Umum diadakan kelak Pengerusi PH Negeri Datuk Seri Mujahid Yusof berkata pentadbiran yang ada k...
Apakah Missi Pkr Utk Pecahkan Undi Pembangkang Supaya Umno Menang Mudah Di Prn Melaka Dan Kini Johor

Apakah Missi Pkr Utk Pecahkan Undi Pembangkang Supaya Umno Menang Mudah Di Prn Melaka Dan Kini Johor

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 361 hits
1 MoU sekadar MENJADIKAN Pembangkang diikat kaki dan tangan 2 Menggunakan lambang sendiri di PRN Melaka dan kini johor bagi menggambarkan PH yang berpecah 3 MUDA yang punya potensi di krisiskan dengan tidak bincang awal kerusi sebaliknya te...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm