Kemenangan Umno Di Johor Mungkin Buka Laluan Kepada Pru 15 Adakah Ismail Sabri Bersedia


agendaily.com15/2/2022
15 Ahli Parlimen UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyddin Yassin sebelum ini.
Risiko lebih besar bakal dihadapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya UMNO bakal meraih satu lagi kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti yang berlaku di Melaka.

Tidak pasti samaada Perdana Menteri (PM) Kesembilan itu sedar atau tidak dengan episod satu lagi kemelut politik yang bakal dihadapinya selepas PRN Johor, namun beliau wajar bersedia dengan sebarang kemungkinan langkah seterusnya bakal diambil oleh kumpulan Kluster Mahkamah selepas ini.

Kumpulan yang berkuasa dalam UMNO terdiri daripada beberapa individu berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah sedang rancak mencari jalan untuk melepaskan diri, kes-kes mahkamah yang dihadapi sedang menghimpit mereka.

Masa itu emas bagi kumpulan Kluster Mahkamah, sekiranya tidak ada langkah segera diambil berkemungkinan nasib mereka akan berakhir di sebalik tirai besi dan tidak ada jalan lain selain mendesak supaya pilihan raya umum (PRU) segera diadakan.

Seperti ramalan awal Agenda Daily sebelum ini yang sudah dapat menjangkakan PRN Johor akan diadakan selepas Melaka, Ismail Sabri juga bakal berdepan desakan dalam partinya sendiri untuk membubarkan Parlimen selepas Johor nanti.

Mungkin Ismail Sabri sendiri naif dan terlalu lurus bendul tidak dapat membaca percaturan politik yang sedang dibuat oleh kumpulan Kluster Mahkamah, namun dengan rancangan satu persatu kumpulan tersebut diharapkan beliau sudah ada berkesedaran diri realiti yang bakal dihadapinya.

Jika perkara ini berterusan, Ismail Sabri bakal menjadi PM paling singkat dalam sejarah dan perlu menjadi seorang yang berani untuk membuat keputusan politik walaupun terpaksa menelan pahitnya, namun itu adalah realiti sebenar dalam politik.

Musuh sebenar Naib Presiden itu bukan datang daripada Perikatan Nasional (PN) mahu pun parti pembangkang, tetapi musuh sebenar adalah daripada dalam partinya sendiri dan beliau seakan tidak memiliki suara untuk melawan mereka.

Blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sudah memberikan kata dua kepada Ismail Sabri dengan meletak syarat Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu diluluskan pada sidang Dewan Rakyat Mac depan, jika tidak mereka akan menarik sokongan.

Dengan amaran yang datang daripada cikgu Presiden UMNO itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung memberi isyarat bakal sekali lagi akan bergandingan dengan anak muridnya untuk mewujudkan satu lagi kemelut politik.

Krisis politik tahun lalu juga berpunca akibat komplot beregu cikgu dengan anak murid iaitu Anwar dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, nampaknya ia juga bakal mengulang episod sama yang berlaku tahun lalu.

Adakah Ismail Sabri masih tidak percaya kedua-dua cikgu dan anak murid itu mempunyai hubungan istimewa? Apakah hubungan istimewa tersebut? Mungkin Ismail Sabri sepatutnya lebih banyak duduk dan mendengar cerita lama orang politik bagi memahami senario hubungan istimewa tersebut.

Desas-desus kebimbangan dalam kem penyokong Ismail Sabri berhubung tindakan seterusnya kumpulan Kluster Mahkamah selepas PRN Johor sudah menjadi topik perbualan hangat, tetapi mereka tidak mempunyai pengaruh dan daya kemampuan berfikir untuk mencari jalan mematikan langkah tersebut.

Kedudukan Naib Presiden UMNO tidak sekuat atau sama tarafnya dengan Presiden, Zahid yang mempunyai lebih banyak kuasa, malah tandatangannya lebih laku sekiranya sesiapa mahu bertanding dalam PRU selepas ini.

Watikah lantikan calon hanya akan ditandatangani Zahid, perkara itu yang menggusarkan semua orang UMNO dan mahu tidak mahu terpaksa mengikut telunjuk hala tuju yang dirancang oleh anak murid Anwar itu.

Pemilihan parti itu juga sudah ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun tahun lalu, tempoh masa itu memberikan masa untuk Zahid meneruskan sebarang langkah seterusnya tetapi ia mesti dilaksanakan sebelum berakhir pemilihan parti.

Spekulasi PRU akan diadakan sebelum pemilihan parti bukan cerita dongeng, tapi siapakah calon PM yang akan diletak UMNO pada PRU-15 nanti jika ia diadakan sebelum pemilihan parti diadakan?

Zahid tidak akan menamakan dirinya kerana kes mahkamahnya, namun individu dikatakan lebih setia dan mudah mengikut cakap Zahid adalah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan dicalon sebagai PM mewakili UMNO dan bukannya Ismail Sabri.

Selagi pemilihan parti tidak diadakan, Ismail Sabri tidak akan diletak sebagai calon PM pada PRU-15 nanti kerana orang kedua tertinggi dalam parti akan dipilih bagi jawatan nombor satu negara itu.

Sudah bersediakah Ismail Sabri selepas PRN Johor ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/kemenangan-umno-di-johor-mungkin-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Is Umno Bn S Pm Lah Wan Saiful

Ismail Sabri Is Umno Bn S Pm Lah Wan Saiful

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 207 hits
If Umno drops Ismail Sabri and changes PM again it will be bad for them You do not change PMs once a year PMs need at least five years to get the job done properly Covid 19 is still not settled The economy is still bad Inflation and the cos...
We Ve Proven Umno Led Govt Is A Stable One Ismail Sabri

We Ve Proven Umno Led Govt Is A Stable One Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 241 hits
The view that a government without Umno in it would be a more stable one is not even an issue Prime Minister Ismail Sabri Yaakob said today Responding to a recent by Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor on the matter Ismail Sabri said...
Ismail Sabri Tak Perlu Malu2 Kempen Untuk Bn Di Johor

Ismail Sabri Tak Perlu Malu2 Kempen Untuk Bn Di Johor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 222 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerkembangan terkini politik tanahair menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia berada didalam kedudukan tersepit dan terhimpit Pertama kerana UMNO enggan ada kaitan dengan Perikatan Nasional dan mahu Go solo Kedua PPB...
Refuting Pas Leader Pm Ismail Sabri Says Umno Led Govt Stable Due To Historic Mou With Pakatan

Refuting Pas Leader Pm Ismail Sabri Says Umno Led Govt Stable Due To Historic Mou With Pakatan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 208 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri at the Keluarga Malaysia Chinese New Year celebration 2022 in KL Hilton Kuala Lumpur February 13 2022 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Feb 13 Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob today to...
Prn Johor Cetuskan Dilema Umno

Prn Johor Cetuskan Dilema Umno

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 322 hits
satuberita myBy February 11 2022 UMNO dan Barisan Nasional bercita cita untuk menamatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Perikatan Nasional menerusi Pilihan Raya Negeri Johor kali ini BERSATU dan Perikatan Nasional pula berazam untuk mem...
Umno Makin Kecut Di Prn Johor

Umno Makin Kecut Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 147 hits
Umno Makin Kecut Di PRN Johor Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata Pakatan Harapan cuba menumpang imej muda Ikatan Demokratik Malaysia dengan memberi laluan kepada parti itu Katanya perkara itu secara tidak langung diakui m...
Prn Johor Mb Tak Pandai Tadbir Umno Pula Menyusahkan Rakyat

Prn Johor Mb Tak Pandai Tadbir Umno Pula Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 164 hits
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak tahu mentadbir negeri itu walaupun mempunyai majoriti satu kerusi Mengambil contoh keadaan di Kelantan pada 2004 lalu Kera...
2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 233 hits
freemalaysiatoday com February 10 2022 2 06 PMHamzah Zainudin berkata perang psikologi orang politik adalah untuk kepentingan parti mereka PUTRAJAYA Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata spekulasi dua menteri daripada parti itu a...
Ismail Sabri Pemimpin Berani Berpandangan Jauh

Ismail Sabri Pemimpin Berani Berpandangan Jauh

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 177 hits
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai Malaysia Gazette Negara kita telah mengalami tiga pertukaran kerajaan sejak Mei 2018 bermula daripada pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan diikuti oleh pemeri...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco