Kenapa Blog Berhabuk Bersawang
Kenapa Blog Berhabuk / Bersawang??? Tajuk itu sebenarnya sudah ditujukan kepada si penulis itu sendiri. Hahahahaha! Maafkan beliau ye. Setiap blogger mempunyai alasan mereka sendiri yang menyebabkan blog sepi tiada entry. Kalau setahun sepi, tu dah macam nak kena masuk icu dah tu. Tapi kalau nampak sepi seminggu dua tu, mungkin blogger tersebut mengalami masalah kesihatan atau urusan yang lebih penting yang perlu diselesaikan.
Sis Gee ni bukanlah blogger lama yang otai. Blog lama dulu buat 10 tahun lepas kot! Sebelum si sulong lahir. Sulong pun dah umur 9 tahun dah pun. Cuma ketika itu, takde kawan dalam blog maka terjadilah blog syok sendiri takde arah tuju. Hahahahaha! Kemudian bermula serius balik sejak Ogos 2017. Masa tulah lahirnya domain Sis Gee Dot Com ini. Kisah kelahiran domain ni, ada di entry awal - awal dulu, korang scroll cari eh kalau nak baca. Hihi.
Kat sini Gee cuma nak merepek, kenapa blog seseorang blogger itu sunyi dan sepi. Haaa joms lihat kebarangkalian yang ditulis daripada pengalaman diri sendiri. Haha
Kenapa Blog Berhabuk / Bersawang???
#1 Blogger Seorang Pelajar Yang Sibuk Dengan Homework / Assignment
Ramai juga blogger yang masih bersekolah dan belajar di kolej / universiti. Maka priority semestinya pada tugasan dari guru / pensyarah. Mereka ni jadikan medium blog sebagai tambahan pendapatan dan juga hobi bagi mengurangkan stress belajar. Ada juga yang suka menulis berkongsi pengalaman dan perjalanan sebagai seorang pelajar. Hakak salute adik - adik dah bijak berblog seawal usia korang. Hehe
#2 Blogger Seorang Housewife Sibuk uruskan Hal Keluarga
Ini akulah ni! Hahahaha! Ada housewife yang juga buat bisnes online dari rumah. Blog pula hanya untuk bisnes dan hobi. So, kalau blog mereka bersawang tu, percayalah mereka tak redha tu. Jiwa nak update blog, tapi masa mencemburui. Bila selesai urusan memasak, mengemas rumah, badan dah kepenatan. Nak menatap blog pun menguap - nguap. Hahahahha
#3 Terlalu Banyak Kerja Bertangguh
Jangan tangguh terlalu banyak kerja. Ini pun aku jugak! Kat rumah, kalau nampak baju yang belum berlipat tu menggunung, mood menulis memang kelaut. Idea seperti susah je nak keluar. So, kerja yang tertangguh kena selesaikan dahulu. Kemudian, baru boleh menulis dengan aman dan tenteram.
#4 Masalah Internet
Again its me!! Rumah yang baru sewa setahun ni, line dia ya ampun! Sedih! Yang peliknya kat luar rumah helok pulak! Sebab tu kerja update blog jadi lambat dan lambat. Ada juga blogger yang pakai internet prepaid. Bila dah kehabisan kuota, mulalah line menyiput kan. Haha
#5 Mengalami Kerosakan Laptop
Tidak semua blogger suka update blog dengan telefon pintar. Tidak mencapai kepuasan! Sebab itu ada blog sendu entry sebabnya diaorang mungkin mengalami masalah laptop atau komputer. Kalau tengok list entry yang diaorang plan mesti panjang sebabnya lama sangat peram tak dapat update blog!
#6 Sibuk Travel
Ada yang suka update travel terus ke blog. Ada yang suka menikmati percutian dahulu, kemudian akan update di blog selepas balik dari destinasi percutian tersebut. Sis Gee yang mana satu? Personally Gee sangat suka kalau dapat update terus dalam blog bila keluar travel. Namun, komitmen dengan anak - anak dan suami mesti didahulukan, so menjadikan entry travel jadi entry peram jugak. Hahaha
#7 Blog Mengalami Masalah Coding
Ini paling tak suka tau! Dan Gee sangat berharap Blog Sis Gee tak mengalami masalah coding. Leceh kot!! Ada blogger yang mengalami masalah coding yang menjadikan mood mereka nak update blog pun ke laut dalam. Kesian kan? Huhuhu
#8 Ketandusan Idea
Seorang blogger semestinya kena menulis. Takkan nak masukkan point - point utama sahaja bukan? Haha! Terkadang kalau ketandusan idea, Blog Sis Gee pun jadi ketiadaan entry. On laptop, klik new post. Tapi duk krik krik krik. Shutdown! Hahahahahha
Walau apa alasan seorang blogger, namun jangan buat yang satu ini! Mencuri idea atau penulisan orang lain. Kalau takde idea, cubalah cari inspirasi. Bukan cari penulisan untuk ditiru. Kesian orang perah idea, masa yang dikorbankan untuk menulis. Tapi, kita senang lenang copy idea mereka. Lainlah korang minta kebenaran dan buat reference sumber mana yang korang ambil tu.
So korang rasa patut ke isu curi idea untuk hasilkan entry baru di blog? Demi menunjukkan beliau blogger yang aktif menulis walhal penulisan dari orang lain. What say u olls
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2019/06/kenapa-blog-berhabuk-bersawang.html