Buah Dabai Musim Kini Bermula


Kali ini aku nak share salah satu buah exotic yang ada di Sarawak. Sepanjang aku hidup belum pernah lagi jumpa buah ini dijual di semenanjung Malaysia. Dulu masa aku belajar di ITM Shah Alam, aku suruh ibu hantar buah dabai guna post apabila musim buah ini tiba. masa tu pos laju mahal tau lebih-lebih lagi kalau barang yang berat guna parcel dari Sarawak ke Semenanjung mengambil masa seminggu dua macam tu hahaha sampai diterima di tangan sedihhh buah dah kerepot. makan jer lah ingin nak makan.

Apabila tiba musim buah dabai, peniaga tani akan menjual buah ini dengan cukup murah kalau nak dibezakan dengan harga zaman sekarang, Kalau dulu pakai KONG = "CUPAK" RM1.00 sekitar tahun 1990an ada pakai timbang kati (600gm) guna dacing batu tau. masih ingat lagi nie memori zaman dulu dulu.

Dulu aku tinggal di Sibu dalam tahun 1994 masa tu aku kerja di KFC Sibu selepas tamat tingkatan 5, pulang kerja petang memang singah jap di pasar tani beli secupak. Sampai rumah nah ko rendam cepat-cepat tak sabar nak makan tue.
Sekarang pun buah nie dah jadi buah Mahal. Sekilogram boleh mencecah RM50 mengikut daerah. Pernah di khabarkan di bintulu buah ini boleh mencecah RM50++ perkilogram. punya lah mahalkan. Saya pernah labelkan buah ni makanan orang kaya. hahah pandai-pandai je aku labelkan ya.

Cara memasak buah ini cukup mudah. Buah Dabai amat sensitif dengan haba panas. Jika kena panas memang masak dan boleh dimakan. Sedap pulak tu. 
Buah yang telah masak di rendam jangan dibiar kena habiskan kalau dibiar lama warna kuning nya akan berubah warna hitam. rasa nya juga sudah menjadi rasa jeruk dabai.

Ibu aku pernah ajar cara memasak buah dabai secara perfect kata kami kat Sarawak. Masukkan buah dabai dalam bekas (ikut suka banyak mana buah nya tak ada sukatan yang khusus. 
Kemudian tambah air sejuk or air paip separuh dari bekas dan tambah dengan air panas mengelegak dalam bekas tu kemudian biarlah selama 15 minit (anggaran masa je nie)
Nak tahu dia boleh makan .. kena picit buah tu jangan picit kuat-kuat nanti hancur. kalau rasa lembut-lembut kulit dia boleh ngap lah.. hahahaha kalau dah lembut tu buang air nya dan sedia untuk di makan.
Tetapi peringatan " Jangan direbus macam merebus telor " buah yang direbus akan keras macam batu dan tidak boleh dimakan kalau keras.
Cara Hidangan biasa kami makan buah dabai.

1. Campurkan buah dabai dengan garam sedikit ikut rasa. boleh juga cicah dengan garam. biasa kami akan gaul dengan sedikit garam supaya kulit hitam nya ada rasa masin2 sikit.

2. Kicap + gula kemudian masukkan buah dabai yang masak dalam kicap dan gula tadi. 

3. Makan buah macam tu sahaja pun boleh tak ada masalah.

buah dabai di makan bersama nasi putih adalah kombinasi yang perfect. Rasa nya memang sedap kompem nasi akan bertambah. Rasa nya berlemak berkrim disukai ramai.


Selain itu, ada juga yang akan menjeruk "Preserve" buah ini dalam bentuk Dabai Masin. Tapi aku kurang suka rasanya sebab terlalu masin . kalau ibu aku buat memang kurang masin yang ini aku makan. 

Tip untuk mengekalkan kesegaran buah dabai. Bungkus buah dabai yang belum di masak dengan menggunakan surat khabar. Balut dengan tebal ye. Kemudian masukkan dalam pendingin beku. kalau nak makan boleh rendam jer dengan air suam. Rasa nya maintain masih segar. Boleh tahan 3 bulan di dalam pendingin beku.
Kerajaan Negeri Sarawak telah merasmikan produk berasaskan buah dabai baru baru ini iaitu Ais Kream Dabai Sarawak. Punya lah aku xcited nak rasa. seluruh kuching aku drive akhirnya jumpa. kata supermarket aiskream dabai memang cepat laku. akhirnya sempat gak rasa memang sedap ais kream perisa dabai.



Kalau nak tanam biji dia pun boleh juga. Tanam jer tunggu dia pecah dan tumbuh.. perlu ingat biji buah ni memang keras. sebab itu ambil masa yang lama dia nak tumbuh.
Satu rahsia lagi.. Biji buah ini di belah dua menggunakan pisau.. isi di dalam dia boleh di makan.. sedap... hahahhah boleh cuba...kalau yang belom pernah makan...
Buah Dabai - Sebelum di makanBuah Kenyat - Apabila isi nya sudah di makan tinggal biji




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://2packsay.blogspot.com/2015/11/buah-dabai-musim-kini-bermula-hanya-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021

13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 784 hits
13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021 Assalammualaikum semua Rancangan kegemaran ramai bakal menyinari hari Ahad kita Menjadi aktiviti kami sekeluarga menantikan rancangan tele...
Musim Tengkujuh Seluruh Negara Dijangka Bermula Rabu Ini

Musim Tengkujuh Seluruh Negara Dijangka Bermula Rabu Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI Gambar hiasanPETALING JAYA Permulaan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut bagi seluruh negara dijangka akan bermula Rabu ini sehingga Mac tahun depan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi...
Hiburan Pengalaman Yang Luar Biasa Akhmal Nazri Kini Bergelar Seorang Bapa

Hiburan Pengalaman Yang Luar Biasa Akhmal Nazri Kini Bergelar Seorang Bapa

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 397 hits
Pelakon dan pengacara Akhmal Nazri berkongsi khabar gembira apabila isterinya Lyssa Jean selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Akhmal dia bersyuk...
Hiburan Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular Ds Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

Hiburan Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular Ds Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 302 hits
Belum tamat nampaknya cerita mengenai pelanggan pelanggan sebuah kedai makanan hasil laut di Langkawi yang khabarnya teraniaya gara gara harga juadah yang tidak masuk dek akal ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTular di media sosial kisah kisah...
Sudah Pindah Ke Belanda Bersama Sang Kekasih Sejak April Lalu Gracia Indri Kini Resmi Dilamar

Sudah Pindah Ke Belanda Bersama Sang Kekasih Sejak April Lalu Gracia Indri Kini Resmi Dilamar

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 190 hits
Mantap pindah ke Belanda untuk memulai perjalanan baru impian Gracia untuk menikah sebentar lagi akan terwujud Kita doakan ya
Hiburan Disangka Bersara Dari Dunia Lakonan Diana Johor Kini Bahagia Hidup Bermadu

Hiburan Disangka Bersara Dari Dunia Lakonan Diana Johor Kini Bahagia Hidup Bermadu

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 275 hits
Sudah lama kita tidak mendengar atau melihat aktres jelita Diana Johor menghiasi kaca televisyen dengan lakonannya sejak kebelakangan ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementNama tenggelam timbul sejak empat tahun yang lalu mungkin juga ramai ya...
Bitcoin Mengemas Kini Paras Tertinggi Sepanjang Masa Bukanlah Penyelesaian Untuk Anda Berhati Hati

Bitcoin Mengemas Kini Paras Tertinggi Sepanjang Masa Bukanlah Penyelesaian Untuk Anda Berhati Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 213 hits
Bitcoin telah memperbaharui paras tertinggi sepanjang masa mencecah 68 500 000 setiap syiling hari ini Adakah pertumbuhan akan berterusan sekarang dan apakah pemangkin yang akan mendorong mata wang kripto utama kepada nilai rekod baharu Ins...
Siapa Kenal Adam Af Kini Pengiran Adam Enam Tahun Menduda Tak Serik Cari Pasangan Hidup

Siapa Kenal Adam Af Kini Pengiran Adam Enam Tahun Menduda Tak Serik Cari Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 202 hits
Siapa Kenal Adam AF Kini Pengiran Adam Enam Tahun Menduda Tak Seri Cari Pasangan Hidup ENAM tahun bergelar duda penyanyi Adam akui tidak pernah menutup pintu hati atau serik untuk mencari pasangan hidup Adam 38 yang kini mahu dikenali sebag...
Dah 5 Hari Berdiam Diri Kini Nynaa Harizal Tampil Kongsikan Rakaman Ini Dan Buat Ramai Tertanya Tanya

Dah 5 Hari Berdiam Diri Kini Nynaa Harizal Tampil Kongsikan Rakaman Ini Dan Buat Ramai Tertanya Tanya

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 278 hits
Video Nynaa bersama adik lelakinya selepas tiga hari suaminya membuat laporan polis Lima hari mendiamkan diri selepas didkwa dicvlik bapa sendiri di set penggambaran pelakon Nynaa Harizal muncul di media sosial pada malam Jumaat
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin