Kenapa Arah Kiblat Berubah Sedangkan Kedudukan Ka Bah Tidak Berubah Rileks Media


Setiap tahun pasti ada waktu-waktu yang ditetapkan untuk kita memastikan kembali arah kiblat. Kita dapat lihat,ada diantara masjid-masjid berubah kedudukan kiblatnya. Tidak hanya masjid,malah arah kiblat dikbur juga dilihat turut diubah.
Kesannya,dapatlah kita lihat kedudukan kbur itu tidak selari,malah ada yang senget benget. Mengapa hal ini boleh terjadi sedangkan Ka’bah di Mekah masih tetap diatas kedudukannya?
Menurut satu ceramah Ustaz Abdul Somad daripada Indonesia. Dulu katanya ada Professor daripada Institut Teknolgi Bandung, beliau mengatakan sebuah teori iaitu kerak bumi ini bergeser seperti kain alas meja liar bergeser. Maka ketika terjadinya Tsunami pada tahun 2004,banyaklah terjadi geseran di kerak-kerak bumi khususnya di Sumatera. Oleh sebab itu banyaklah kiblat-kiblat di masjid itu ikut bergeser.
Hal ini telah menyebabkan masjid-masjid sibuk mengukur arah kiblat. Tetapi tidak lama selepas itu datang pula seorang profesor lain daripada institut yang sama mengatakan sebenarnya kerak bumi ini tidak bergeser kerana ada pasak atau paku-paku yang telah dipasang oleh Allah di muka bumi. Hal ini merujuk kepada surah An Naba’ Ayat 6-7 yang bermaksud Bukankah Kami telah menjadikan Bumi itu sebagai hamparan? dan gunung-gunung sebagai pasak?,”
Anologinya sama seperti kain alas meja yang ada paku-paku ditepinya tidak akan bergerak bila adanya paku tersebut. Hikmahnya daripada teori tersebut maka banyak masjid-masjid mula mengukur semula arah kiblat dengan cara yang betul. Ada dua masjid yang jarak keduanya hanya 500 meter. Satu berubah kiblat,lagi situ tidak.
Kesimpulannya,hal ini bukan disebabkan berlaku pergeseran kerak bumi,tetapi sebenarnya banyak masjid-masjid yang telah tersalah ukur. Samalah juga apa yang terjadi di Malaysia. Kebanyakan masjid mengukur kembali kiblat adalah disebabkan telah tersalah ukur sejak sekian lamanya. Maka dengan teknologi yang ada sekarang dapatlah digunakan untuk mengukur kembali arah kiblat supaya lebih tepat.
Arah kiblat yang tepat sangat penting. Bagi yang mengatakan tidak apa salah sikit arah kiblat,ketahuilah satu atau dua darjah berganjak dari arah kiblat menyebabkan anda tersasar 126 kilometer daripada Ka’bah.

Persoalan arah kiblat Arah kiblat adalah di mana umat Islam menghadapkan diri mereka apabila menunaikan solat dan perkara-perkara yang disunat menghadap ke arahnya.
Ahli falak menakrifkan ia adalah arah ke kaabah yang terdekat di atas blob bumi. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah wajahmu ke aras Masjidil Haram…(al-Baqarah: 149)
Disebabkan kedudukan Malaysia yang berada jauh dari Mekah, maka ulama berijtihad dalam menentukan arah kiblat. Sebabnya, ulama sepakat bahawa menghadap ke kiblat adalah syarat sah solat.
Bagi yang mengambil sikap tidak apa jika arah kiblat lari satu atau dua darjah, ketahuilah satu darjah bermakna kita lari 126 kilometer dari kaabah.
Bagi Mazhab Syafie ada tiga kaedah berhubung syarat sah menghadap kiblat:
1. Kiblat yakin– bagi orang yang berada di Masjidil Haram, wajib menghadapnya dengan yakin (melihat) atau menyentuhnya (bagi yang cacat penglihatan) atau dengan cara lain yang boleh dipastikan asal ada keyakinan.
2. Kiblat zonni– bagi yang berada jauh dari Masjidil Haram hendaklah menghadap ke arah masjid secara zonni iaitu melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Mekah.
3. Ijtihad– Bagi seseorang yang berada di luar Tanah Suci Mekah, hendaklah menghadap ke arah Tanah Suci dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau kaabah. Ini bergantung kepada ijtihadnya untuk melaksanakan tuntutan syarak.
Kaedah menentukan kiblat Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi menentukan arah kiblat sama ada cara moden atau tradisional. Antaranya:
Berpandukan buruj orion Buruj ini dikenali sebagai buruj kiblat atau bintang kiblat. Ia mempunyai tiga bintang berderetan iaitu Mityaka, An-Nilam dan an-Nitak.
Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan ketiga-tiga bintang ini ke arah barat. Namun, buruj ini boleh kelihatan pada bulan tertentu sahaja iaitu:
a) Julai- Pada waktu subuh.   b) Disember- Kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam.   c) Mac- Berada di tengah-tengah langir pada waktu maghrib.
Berpandukan bintang qutbi atau kutub Bintang qutbi menunjukkan arah utara benar. Bintang ini terletak dalam buruj yang dinamakan ‘Biduk Kecil’ dan berada di hujung tangkai buruj.Ia berada di langit Malaysia waktu tengah malam pada Julai hingga Disember setiap tahun. Arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68 darjah (bagi Malaysia) ke kiri dari bintang qutbi.
Berpandukan matahari terbenam Kaedah ini semata-mata adalah tidak tepat. Sebabnya, matahari sentiasa berubah iaitu enam bulan ke utara dan enam bulan ke selatan.Maka pengetahuan akan perbezaan azimut matahari terbenam dengan azimut kiblat amat penting bagi menentukan arah kiblat yang betul.
Matahari istiwa’ di atas kaabah Di Malaysia peristiwa ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan 16 Julai pukul 5.28 petang.Apabila peristiwa ini berlaku, bayang-bayang sesuatu objek akan menunjukkan arah ke kaabah.
Perlu diingat, memandangkan fenomena ini berlaku waktu petang, maka bayang objek akan jatuh ke arah timur. Oleh itu, arah yang menunjukkan kiblat adalah bayang yang menghadap ke arah objek itu.
Tongkat istiwa’ Kaedah ini adalah kaedah tradisional bagi mendapatkan arah utara dan selatan pada sesuatu tempat. Ia bukan sahaja mudah tetapi tetapi. Bagaimanapun, ia perlu mengikut enam cara yang ditetapkan.
Penggunaan rubu’ mujayyab Ini adalah kaedah tradisional yang digunakan sejak berkurun lamanya. Alat serbaguna ini direka oleh seorang ahli falak yang terkenal di Syria pada abad ke-14 iaitu Ibn Syatir.
Ia berbentuk sukuan yang diguna bagi mengukur ketinggian matahari atau objek di langir, arah kiblat, waktu solat, kedudukan (longitud dan latitud) sesuatu tempat serta menyelesaikan masalah hitungan dengan mudah.
Penggunaan kompas Kompas adalah alat yang mudah diperoleh dan diguna untuk menentukan arah kiblat. Cara menggunakannya perlu betul kerana alat tersebut amat sensitif dengan tarikan magnetik seperti besi, arus elektrik, alat elektronik dan sebagainya.
Namun ia masih boleh digunakan sebagai langkah ijtihad terakhir dalam menentukan arah kiblat. Kegunaannya adalah untuk peribadi sahaja.
Arah kiblat dalam kapal terbang dan laut Jika penumpang tidak dapat menghadap kiblat disebabkan keuzuran atau kesukaran, maka dia wajib tunaikan solat pada waktu itu. Maka bolehlah dia melakukannya sekalipun tanpa menghadap kiblat demi menghormati waktu. Namun, ia wajib mengulanginya solat itu apabila tiba di destinasi.
Arah kiblat dalam hutan Jika tersesat dalam hutan pada waktu malam sedangkan kita tidak dapat mengesan arah kiblat, ketika dalam darurat itu bolehkah menghadap ke arah mana pun yang kita anggap betul.Pada ketika itu, yang paling penting ialah kiblat hati iaitu Allah SWT. – Mohd. Radzi Mohd. Zin
Rujukan 1: Ceramah Ustaz Abdul Somad
Rujukan 2: Utusan
Ditulis oleh : Realmerah
Source link
The post Kenapa arah kiblat berubah? sedangkan kedudukan Ka’bah tidak berubah. – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/kenapa-arah-kiblat-berubah-sedangkan-kedudukan-kabah-tidak-berubah-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat Sah Atau Tidak Rileks Media

Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat Sah Atau Tidak Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 271 hits
Soalan Salam ust kami duduk dalam sebuah rumah sewa setelah setahun duduk baru kami sedar selama ini kami solat dalam keadaan kiblat tersalah Jadi adakah kami perlu qada kesemua solat tersebut Jawapan Wasalam pertamanya kita perlu faham bah...
Zaman Telah Berubah Ini Teguran Lembut Dr Fadzilah Kamsah Untuk Ibu Bapa Rileks Media

Zaman Telah Berubah Ini Teguran Lembut Dr Fadzilah Kamsah Untuk Ibu Bapa Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 294 hits
Dulu dulu mak ayah selalu pesan Kalau ada barang baru jangan tunjuk depan kawan nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu Kalau makanan ada sedikit jangan makan depan kawan nanti dia terliur Betapa indah pembentukan akhla...
Inilah 2 Surah Al Qur An Yang Akan Jadi Pembela Pembacanya Di Hari Kiamat Nanti Rileks Media

Inilah 2 Surah Al Qur An Yang Akan Jadi Pembela Pembacanya Di Hari Kiamat Nanti Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 320 hits
Ada seratus empat belas surah didalam Al Qur an yang diturunkan oleh Allah Dalam semasing surat ada kelebihan yang tidak dipunyai surat lain Kelebihan iaitu kelebihan tetapi bukan bermakna satu surah lebih rendah dari pada surah lain Dua su...
Jangan Biar Isteri Kita Kekosongan Dan Keseorangan Baca Pesanan Ustaz Kazim Elias Rileks Media

Jangan Biar Isteri Kita Kekosongan Dan Keseorangan Baca Pesanan Ustaz Kazim Elias Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 393 hits
Disini admin ingin kongsikan kepada pembaca semua rahsia rumahtangga untuk membina keluarga bahagia khas dari Fr Fadzila Hamsah Berikut adalag 50 Tips terbaik membina keluarga bahagia 1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik Tan...
Banyak Lubang Lubang Misteri Terus Muncul Di Bumi Apakah Tanda Dunia Akan Beraakhir Renungkan Rileks Media

Banyak Lubang Lubang Misteri Terus Muncul Di Bumi Apakah Tanda Dunia Akan Beraakhir Renungkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 544 hits
Empat kawah besar muncul secara misteri di Siberia Rusia Utara Kemunculan lubang besar ini memicu kekhawatiran bahawa pemanasan global dapat menyebabkan gas dari bawah tanah meledak Kawah baru yang pertama ditemukan diberi nama B1 menunjukk...
9 Tanda Taubat Kita Telah Diterima Rileks Media

9 Tanda Taubat Kita Telah Diterima Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 315 hits
Bagaimana caranya kita mengetahui apakah taubat yang kita lakukan tersebut diterima atau tidak oleh Allah Ta ala sedangkan mungkin dosa yang kita perbuat sangat besar dan terasa sangat sulit untuk diampuni Manusia tidak pernah lepas dari sa...
Rahsia Dan Fadhilat Solat Di Awal Waktu Rileks Media

Rahsia Dan Fadhilat Solat Di Awal Waktu Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 382 hits
Saya juga seperti anda kadangkala terleka dengan urusan dunia sehinggakan mengabaikan solat di awal waktu Antara Rahsia Dan Kelebihan Solat Di Awal Waktu Kepentingan solat di dalam rukun islam kita merupakan rukun yang kedua setelah Menguca...
Sebab Kita Disunahkan Jilat Jari Selepas Makan Bukannya Pengotor Rileks Media

Sebab Kita Disunahkan Jilat Jari Selepas Makan Bukannya Pengotor Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 415 hits
Diantara sunnah Rasulullah SAW adalah makan dengan menggunakan tangan kanannya Beliau memakan makanannya dengan tiga jari lalu menjilati ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya Dan bila ada satu suap makanan terjatuh dari tangan Rasul ...
7 Keistimewaan Dzikir La Ilaha Illallah Dibaca 100 Kali Dalam Sehari Ini Yang Akan Kamu Dapatkan Rileks Media

7 Keistimewaan Dzikir La Ilaha Illallah Dibaca 100 Kali Dalam Sehari Ini Yang Akan Kamu Dapatkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 305 hits
Subhanallah Inilah Keistimewaan Dzikir La Ilaha Illallah Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah mengatakan Kalimat Tauhid memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin bisa dihitung Mungkin diantara kita masih ada yang belum tahu Keis...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint