Kenapa Anwar Tak Arah Polis Sprm Siasat Zahid Isu Lcs


bharian.com.my
Oleh Faris Fuad 
[email protected]
- April 4, 2023 @ 5:51pm
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan atau membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan Perdana Menteri sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini, didakwa amat lantang bersuara hingga menyatakan Ahmad Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan sebagai pemimpin yang perlu menjawab isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Menerusi penyataan pembelaan difailkan terhadap saman oleh Perdana Menteri, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata, Anwar menyatakan Ahmad Zahid bersubahat dan bersekongkol dalam perolehan LCS, selain menerima rasuah itu dirasakannya (Ahmad Zahid) lebih penting dari negara.

"Satu konklusi jelas bahawa kerajaan plaintif (Anwar) akan cuba melindungi atau melengahkan penyelesaian isu membabitkan sekutu politik terkini, namun akan bingkas dan tegas terhadap seteru politik terutama Perikatan Nasional (PN).

"Maka ini yang dimaksudkan oleh defendan (Awang) sebagai strategi dan kaedah mengugut yang secara jelas bukannya merujuk kepada satu perlakuan jenayah, namun adalah strategi dan kaedah politik yang digunakan terutama dalam politik sebenar.

"Oleh demikian, kenyataan defendan adalah pandangan peribadi dan politik berdasarkan fakta yang sebenar," katanya dalam penyataan pembelaan difailkan firma guaman mewakilinya, Tetuan Tengku Amalin & Faizi di Mahkamah Tinggi, semalam.

Pada 3 Mac lalu, Anwar, 76, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memfailkan saman menerusi Tetuan SN Nair & Partners selaku plaintif dengan menamakan Awang sebagai defendan tunggal.

Anwar mendakwa, bekas timbalan menteri itu mengeluarkan kenyataan fitnah apabila mendakwa sikap pendendam Perdana Menteri berhubung pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Awang membuat kenyataan berhubung pendakwaan terpilih itu ketika ditemui media di lobi Parlimen pada 21 Februari lalu.

Dengan merujuk pendakwaan terhadap bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta, Awang dilaporkan mendakwa, ia adalah permulaan daripada tindakan Perdana Menteri.

Awang berkata, pertuduhan ke atas Wan Saiful pada 21 Februari lalu, hanya kira-kira tiga bulan daripada tarikh Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Beliau berkata, tindakan sepantas itu yang dimaksudkannya sebagai permulaan Perdana Menteri ke-10.

"Kontroversi paling besar dalam sejarah pentadbiran Dr Mahathir adalah Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987, membabitkan penahanan ratusan orang termasuk pemimpin politik seperti Lim Kit Siang (DAP), mendiang Karpal Singh (DAP), (Datuk Dr) Ibrahim Ali (UMNO) dan Halim Arsyat (PAS).

"Operasi Lalang ini lanjutan daripada bantahan Dong Jiao Zong terhadap guru tiada kelayakan bahasa Cina dihantar oleh Kementerian Pendidikan (yang dipimpin Anwar ketika itu) ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.

"Jika dibandingkan tindakan kontroversi kerajaan Dr Mahathir dengan tindakan kontroversi kerajaan plaintif ketika ini jelas menunjukkan dari jangka masa, kerajaan Dr Mahathir melakukan Operasi Lalang hanya enam tahun selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Pertuduhan terhadap seteru politik dibuat plaintif pula hanya dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.

Awang menegaskan dia tidak angkuh, namun hanya menyatakan pandangan peribadi dan politik berdasarkan fakta sebenar.

"Sememangnya plaintif memfailkan banyak saman atas isu politik. Gelaran 'bapa saman negara' adalah jolokan 'in jest' (gurauan) kepada seseorang yang memulakan satu trend baharu iaitu dalam kes ini menyaman pengkritik politik plaintif," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/kenapa-anwar-tak-arah-polis-sprm-siasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nota Kepada Anwar Fahami Apa Yang Rakyat Mahu Dalam Isu Najib Dan Zahid Hamidi

Nota Kepada Anwar Fahami Apa Yang Rakyat Mahu Dalam Isu Najib Dan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 224 hits
Tulisan kali ini saya titipkan khas buat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan doa agar kekal istiqamah melawan rasuah Saya tidak pasti sama ada beliau punya masa membaca tulisan saya kali ini tetapi saya yakin orang orang kanan Anwar dan pe...
Empat Beradik Maut Dalam Kebakaran Polis Siasat Unsur Kecuaian Ibu Bapa

Empat Beradik Maut Dalam Kebakaran Polis Siasat Unsur Kecuaian Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 175 hits
Siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor di sini pada malam Rabu akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azm...
Laporan Polis Dakwa Anwar Bohong Untuk Lindungi Guan Eng Aniayai Muhyiddin

Laporan Polis Dakwa Anwar Bohong Untuk Lindungi Guan Eng Aniayai Muhyiddin

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 238 hits
Setakat mana Menteri KDN dan PM akan berperanan dalam laporan ini Apakah akan menjadi sejarah pertama kalinya PM semasa yang berkuasa akan disiasat PDRM dan didakwa secara penuh dan sah di mahkamah Jika tuduhan ke atas PM siapakah yang akan...
Isu Anwar Bakal Pm Reda

Isu Anwar Bakal Pm Reda

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 104 hits
Isu Anwar ganti Mahathir yang selalu dibangkitkan oleh penyokong Anwar atas rasa bimbang mereka kini reda sekurang kurangnya sementara Tiada sabotaj cuma ada segelintir dari PKR sendiri ada yang tidak bersetuju kata Anwar Kenapa tidak setuj...
Isu Wanita Pas Masuk Tv Menteri Kena Pro Aktif Siasat Singkir Yang Habis Kontrak Sebab Itu Deep State Masih Berjalan

Isu Wanita Pas Masuk Tv Menteri Kena Pro Aktif Siasat Singkir Yang Habis Kontrak Sebab Itu Deep State Masih Berjalan

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 197 hits
Apabila lihat status kalian di media sosial ramai yg kata elok bg si Lokman Adam ja mengepalai Jkom tu Kemudian marah ke Fahmi Fadzil Ini nak beritahu J Kom itu di kepalai oleh sdra Prof Agus manakala Kementerian Komunikasi Digital itu sdra...
Zambry Perlu Jawab Dan Bertanggungjawab Isu Lawatan Anwar Ke Arab Saudi

Zambry Perlu Jawab Dan Bertanggungjawab Isu Lawatan Anwar Ke Arab Saudi

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 216 hits
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang mencetuskan masalah malah dianggap banyak pihak telah memalukan beliau selaku ketua kerajaan Semalam di sebalik Anwar telah menjela...
Armada Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng Dan Anwar Ibrahim

Armada Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng Dan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 165 hits
BEBERAPA pemimpin Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini memfailkan laporan polis terhadap pengerusi kebangsaan DAP Lim Guan Eng dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat Laporan tersebut ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


An Extensive Guide To Understanding Fixed Deposits In Malaysia

Perbandingan Gambar Banjir Bah Kuning Dengan Situasi Terkini Di Kelantan

Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Surah Al Kahfi Terjemahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

10 Cctv Rumah Yang Murah Tapi Berkualiti Bawah