Kenapa Air Laut Masin


Telah lama Tedi berfikir kenapa air laut boleh menjadi masin?
Pada mulanya Tedi berasakan bahawa ada banyak bangkai haiwan laut tenggelam di dasar laut menyebabkan ia masin (mungkin ia sedikit benar?). Tapi setelah membaca beberapa artikel barulah Tedi faham bahawa sangkaan Tedi itu adalah propaganda semata, tapi tak semestinya tak betul kan?
Ini adalah penjelasan kenapa air laut itu boleh menjadi masin.
Garam di lautan datang dari batu-batuan di daratan.Air hujan yang meresap ke dalam daratan mengandungi karbon dioksida yang diserap daripada udara. Ia menyebabkan air hujan sedikit berasid disebabkan oleh asid karbonik  (dikenali juga sebagai asid udara) yang terbentuk daripada gabungan air dan karbon dioksida. Berlaku satu tindakbalas kimia di sana yang kira-kiranya lebih kurang air + karbon dioksida = asid karbonik.
Apabila air hujan ini meresap ke dalam batu-batuan, asid di dalamnya akan melarutkan batu tersebut. Proses ini akan menghasilkan ion, iaitu partikel atom yang mempunyai caj elektrik.
Kita boleh melihat dalam gua bagaimana ada pembentukan stalaktit dan stalagmit daripada aktiviti pelarutan batuan batu kapur oleh air.
Ion akan dibawa melalui parit dan sungai sehinggalah ke laut. Kebanyakan ion akan digunakan oleh organisma di dalam lautan menyebabkan ia hilang dari air, tetapi ion yang tidak digunakan pula dan terkumpul pada masa yang lama akan menyebabkan kepekatannya meningkat dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh ion kalsium akan digunakan oleh batu karang dan tiram menyebabkan ia hilang dengan cepat dari dalam air.
Dua jenis daripada ion yang biasa ditemui dalam air laut adalah klorida dan sodium. Gabungan kedua-duanya menguasai 90% (sembilan puluh peratus) daripada ion yang terkandung dalam lautan. Kedua-dua ion klorida dan sodium ini adalah garam.
Sodium diserap oleh tanah liat tetapi ia berlaku dengan perlahan, oleh sebab itu jumlahnya banyak dalam air.
Kepekatan garam dalam air laut adalah 35 per 1000 iaitu 3.5% daripada berat air laut datangnya daripada garam terlarut tersebut. Jika diukur dalam kiraan batu persegi air laut, berat garam tersebut dalam bentuk sodium klorida adalah dianggarkan seberat 120,000,000 (seratus dua puluh juta) tan atau 108,862,168,800 (satu ratus lapan billion dan lapan ratus enam puluh dua juta dan satu ratus enam puluh lapan ribu dan lapan ratus) kilogram. Berbelit lidah Tedi nak menyebutnya.
Jika nombor-nombor itu tidak membantu, kita boleh bayangkan jika semua garam di lautan diambil dan disapu secara rata ke atas semua permukaan tanah di Bumi, ia akan membentuk satu lapisan garam setebal 500 (lima ratus) kaki atau 152.4 (satu ratus lima puluh dua perpuluhan empat) meter, iaitu setinggi bangunan 40 (empat puluh) tingkat.
*** sudilah kiranya kawan-kawan menderma dengan melawat iklan tabung pendidikan Tedi ya... \(^0^)/ ***
Sumber: Why is the ocean salty


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/03/kenapa-air-laut-masin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin

Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 561 hits
Ini adalah artikel ke 889 dalam blog aku dan yang ke 14 streak tanpa henti tentang postingan memancing haha Nasib la korang Tulisan harini aku nak tulis pendek je kot berkenaan pendapat aku tentang perbezaan penggunaan reel baitcasting dan ...
Kedai Cik B Kena Sihir Vida Renjis Air Rendaman Daun Bidara Buat Halau Jin

Kedai Cik B Kena Sihir Vida Renjis Air Rendaman Daun Bidara Buat Halau Jin

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 170 hits
Baru baru ini usahawan sensasi Dato Seri Vida meluahkan rasa kecewanya apabila perniagaan anaknya Cik B dikatakan sendu sejak kebelakangan ini Menurutnya kedai Cik B dulu dipenuhi dengan pelanggan yang kebanyakkannya datang untuk menikmati ...
Cek Fakta Tidak Benar Jemaah Haji Dilarang Bawa Air Zamzam Karena Dinilai Radikal

Cek Fakta Tidak Benar Jemaah Haji Dilarang Bawa Air Zamzam Karena Dinilai Radikal

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 193 hits
Larangan jemaah haji membawa air zamzam bukan karena dinilai radikal Tetapi terkait aturan atau regulasi keselamatan dan standar penerbangan internasional
Oppo First Pad Air Debuted At An Accessible Price Point

Oppo First Pad Air Debuted At An Accessible Price Point

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 195 hits
The OPPO Pad Air debuted at the OPPO Reno8 Series 5G launch event earlier this afternoon The all new OPPO Pad Air has been meticulously developed in terms of design technology performance configuration and system interaction experience with...
Air Mineral Jampi Rm1 000

Air Mineral Jampi Rm1 000

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 196 hits
Yusmizal Dolah Alingam hmetro com myKuala Lumpur Ada perawat yang sengaja menggunakan nama Islam untuk menarik pelanggan bagi mendapatkan keuntungan lumayan walaupun sebenarnya mereka banyak menyimpang dari ajaran sebenar Mereka tidak menda...
Sayur Labu Air Masak Lemak Putih

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 400 hits
Sayur Labu Air Masak Lemak Putih Labu air sedap dimasak bening atau sup dan juga masak lemak putih Dah lama sebenarnya saya tak makan labu air entah kenapa bila nampak labu air di pasar tak terfikir nak beli Tapi bila ada restoran jual dah ...
T20i13 My Place Cafe At Kunci Air Di Sungai Besar Di Selangor Di Malaysia

T20i13 My Place Cafe At Kunci Air Di Sungai Besar Di Selangor Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 227 hits
PrologSemuanya bermula apabila Master berjaya install aplikasi Google Map dalam kereta Subaru XV STI kami sebelum kami pergi ke rumah Mak Long di Sungai Besar Bermulalah ekspedisi kami menjelajah tiap lorong yang kelihatan menuju ke laut ke...
Oppo Pad Air Hadir Ke Pasaran Tempatan Dengan Harga Serendah Rm1 099

Oppo Pad Air Hadir Ke Pasaran Tempatan Dengan Harga Serendah Rm1 099

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 156 hits
Dalam acara sama yang menyaksikan pelancaran siri OPPO Reno8 jenama itu juga memperkenalkan OPPO Pad Air untuk pasaran Malaysia Tablet ini dijana cip Snapdragon 680 mempunyai RAM sebesar 4GB dan pilihan storan ROM sebesar 64GB dan 128GB Kam...
Kini Giliran Bos Perusahaan Bentukan Act Diperiksa Terkait Dana Korban Lion Air

Kini Giliran Bos Perusahaan Bentukan Act Diperiksa Terkait Dana Korban Lion Air

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 244 hits
Masih sama terkait penyimpangan dana dari Boeing dan donasi lainnya oleh Yayasan ACT jelasnya
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik