Kenapa Ahli Politik Suka Menabur Janji


Harga barangan melambung. Cukai-cukai bertambah. Korupsi semakin teruk. Pemimpin kian kurang ajar dan tidak sedar diri. Kemudian timbul pula barisan pembangkang yang mengULANGi slogan-slogan oportunistik. Katanya jika diundi, mereka akan membetulkan segalanya.

Gambar hiasan

Itu ialah populisme, sebuah gerakan yang ingin mengusir keluar pemerintah yang tidak bertindak demi rakyat. Fenomena yang membarah dalam hampir semua bangsa.

Dalam sirah Islam pun, elemen populisme jelas wujud apabila Rasulullah SAW ditawarkan manfaat-manfaat duniawi andainya mengetepikan ajaran tauhid. Cuma situasinya terbalik dimana "rakyat" yang menawarkan "ketua" kerana takutkan reformasi sosialnya.

Dalam agenda-agenda populisme, terdapat dua terminologi yang sangatlah masyhur. "Rakyat” (the people) yang ditatang dan dijulang sebagai suci dan "elitis" (the elites) yang biasanya disebut sebagai kapitalis bangsat.

Cetusan komunisme pun pada asalnya bertatahkan elemen populisme juga dengan sebutan "the bourgeois" yang dinilai secara materialisme. Apa-apa pun, populisme yang menongkah arus daripada Karl Marx (malah sebelum beliau lagi) masih terngiang-ngiang dalam ucapan-ucapan politik semasa.

Malah Ketua Pembangkang United Kingdom iaitu Jeremy Corbyn juga mengimarahkan slogan "untuk semua, bukan segelintir" (for the many, not the few) walaupun terdapat jurang besar antara perjuangan Labor dan populisme.

Seorang pemimpin populis biasanya mengagungkan diri sebagai penyatu harapan rakyat (the will of the people) yang bertindak untuk membuang sampah (drain the swamp).

Malaysia pun menerima tempias populisme, terutamanya sejak Pilihanraya Umum Ke-12. Manifesto pembangkang bagi pilihanraya 8 Mac 2008 itu dilancarkan untuk memerangi kadar jenayah, inflasi harga dan korupsi kejayaan.

Sekitar tahun 2007-2008, arus dibawa Anwar Ibrahim melaungkan supaya harga minyak diturun daripada paras RM2.70 dengan subsidi. Lima tahun kemudian datangnya semarak api pendidikan percuma. Dan antara 2016-2018, tol menjadi sasaran populis.

Antara dogma disebut-sebut (atau lebih tepat lagi, diULANG) hari ini memang, esok (itu dan ini). Tuntut janji selepas menang.

Disebabkan itulah ahli politik dan lampin mempunyai persamaan. Kedua-duanya harus ditukar – atas sebab yang sama. Namun suatu keanehan wujud rata-ratanya dalam kalangan pembangkang atau kerajaan yang bermasalah dengan rakyat.

Ahli-ahli politik jika ingin menerajui negara dengan populisme mempunyai formula serupa: berbelanja melampau, membuat pinjaman antarabangsa, mencetuskan hiperinflasi dan memohon bantuan kewangan.

Semasa Pilihanraya Presiden 2016 pun, Donald Trump menggunakan kempen ala-ala populis untuk kepentingan peribadi. Pentadbiran Barack Obama dilihat begitu berbirokrasi dianggap sebuah paya bertakung (the swamp) yang perlu dibersihkan (drain).

Namun, naiknya beliau menyaksikan pelantikan orang korporat bertali leher seperti Rex Tillerson (orang besar ExxonMobil) dan Steven Mnuchin antaranya. Semasa berkempen pun, Trump menyebut dengan lantang untuk menyekat kemasukan umat Islam yang digagalkan Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat.

Namun, populisme itu tidak bertakung di Amerika Syarikat (atau Malaysia) sahaja. Di sebelah Amerika Selatan pun berdirinya kerajaan-kerajaan yang memanjakan rakyat.

Venezuela pada hari ini menunjukkan kepada dunia bahawa sosialisme dan populisme ditakdirkan untuk gagal. Sebelum ini Hugo Chavez mengimarahkan fahaman peti ais murah dari China – hari ini pula rakyat Venezuela tenat dengan kelaparan berpanjangan.

Malnutrisi mengancam kesihatan kanak-kanak. Makanan terlalu mahal sehingga daging busuk pun jadi rebutan (dan agak mahal harganya).

Sosialisme dan populisme telah menggagalkan Venezuela dalam dasar-dasar kawalan harga, nasionalisasi kilang dan ladang, pengagihan makanan dan sebagainya angkara korupsi, kronisme dan kegagalan.

Venezuela sekarang terbelah dengan matlamat sama: "sang Syaitan".

Bagi Nicolas Maduro, syaitan itu ialah Amerika Syarikat. Bagi rakyat pula, syaitan wujud dalam peti undi. Malah Hugo Chavez sendiri pernah mengisytiharkan bahawa "rakyat takkan mengundi saya – sebaliknya rakyat sedang mengundi rakyat. Saya hanyalah alat rakyat."

Masalah di Venezuela meruncing kerana selama 14 tahun, Chavez menggunakan keuntungan hasil jualan minyak untuk memuaskan hati rakyat dengan program sosialis yang negara tidak mampu tampung sendiri.

Walaupun harga minyak global mahal, bajet kerajaan tetap defisit. Jadi bayangkanlah apa berlaku apabila harga minyak jatuh.

Berikut juga bencana yang menimpa Mesir. Apabila menjadi ketua negara, Abdel Fattah el-Sisi berdepan dengan suatu kemelut besar yang telah menjadi genetik sosial. Selama 50 tahun, rakyat dimanjakan dengan subsidi melampau.

Sebagai contohnya, kerajaan Malaysia mendapat kutipan sebanyak AS$51.25 bilion (2017). Daripada angka tersebut, pentadbiran Najib Razak telah membelanjakan AS$60.63 bilion untuk semua jabatan. Kerajaan Mesir pula pada masa itu berbelanja sebanyak AS$96 bilion HANYA UNTUK SUBSIDI.

Pemansuhan subsidi ini dikatakan Abdel Fattah sebagai "sebuah usaha yang 50 tahun tertangguh."

Jadi, sementara kalian menunggu siaran Liga Perdana Inggeris percuma, ketahuilah poket kerajaan boleh terkoyak rabak.

Kalau ingin menuntut janji tersebut, pertama sekali tumiskanlah siapa yang menjanjinya dengan sambal berbentuk sindiran pedas. Hiriskan emosi mereka dengan pesanan cerdik dan gaulkan garam dengan pemikiran cilik.

"Saya ulang! Sindiran pedas. Pesanan cerdik. Pemikiran cilik."

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Politik Adalah Untuk Memilih Parti Yang Paling 'Kurang Najisnya''Wang Nadi Politik Yang Menjengkelkan'
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/kenapa-ahli-politik-suka-menabur-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Bakal Terajui Kerajaan Melaka Dikecam Kerana Merokok Di Kawasan Larangan Merokok

Ahli Politik Bakal Terajui Kerajaan Melaka Dikecam Kerana Merokok Di Kawasan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 588 hits
Ini bukan zaman bodek atau zaman jilat pemimpin yang tidak tahu hormat undang tidak layak menjadi pemimpin Hormatilah orang yang tidak merokok di kawasan itu Walaupun Kerajaan lama dah tumbang tapi undang tetap berjalan
Kepercayaan Rakyat Terhadap Ahli Politik Di Tahap Rendah Kata Penganalisis

Kepercayaan Rakyat Terhadap Ahli Politik Di Tahap Rendah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 314 hits
KOTA KINABALU Kemelut politik selama seminggu di Malaysia memberi kesan kepada rakyat sehingga kepercayaan mereka kepada ahli politik berada pada tahap yang rendah kata penganalisis Timbalan Dekan Universiti Malaysia Sarawak Arnold Puyok be...
5 Senario Yang Mungkin Berlaku Kepada Lanskap Politik Malaysia Dan 3 Soalan Ydpa Kepada Ahli Parlimen

5 Senario Yang Mungkin Berlaku Kepada Lanskap Politik Malaysia Dan 3 Soalan Ydpa Kepada Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 463 hits
Senario 1 Tun Mahathir jadi PM dan lantik kabinet dengan muka baharu Senario 2 Tun Mahathir bersama Muafakat Nasional tubuh Kerajaan baharu Senario 3 Tun Mahathir jadi PM kepada Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang kabinet dilantik berdasar...
Warkah Terbuka Untuk Ahli Ahli Politik Dan Penyokong Keadilan

Warkah Terbuka Untuk Ahli Ahli Politik Dan Penyokong Keadilan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 262 hits
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Saudara yang dihormati sekalian Saya mengajak saudara hidup berprinsip dan bermaruah Saya pernah berjumpa sedara Azmin Ali di kantin parlimen pada bulan November 2018 yang lalu...
Covid 19 Ahli Politik Pertama Meninggal Dunia Al Fatihah

Covid 19 Ahli Politik Pertama Meninggal Dunia Al Fatihah

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 521 hits
Kejadian di Iran Ahli politik pertama meninggal dunia akibat penularan virus Covid 19 Al Fatihah Baca selanjutnya Covid 19 Ahli Politik Pertama Meninggal Dunia AL FATIHAH
Tak Pandai Menipu Xlayak Jadi Ahli Politik 9809

Tak Pandai Menipu Xlayak Jadi Ahli Politik 9809

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 578 hits
Allah berfirman yang bermaksud Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya Firman Allah yang bermaksud Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk Fahamilah Ya Tuhan kami berilah kami...
Zizie Ezette Tak Nak Jadi Ahli Politik Tak Berbakat Macam Suami

Zizie Ezette Tak Nak Jadi Ahli Politik Tak Berbakat Macam Suami

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 403 hits
Meskipun suaminya seorang ahli politik Datin Seri Zizie Ezette berkata beliau tidak pernah ada keinginan mahupun berhasrat untuk menceburi dunia tersebut Zizie The post appeared first on
Kes Src Perbicaraan Diteruskan Di Tengah Tengah Kemelut Politik

Kes Src Perbicaraan Diteruskan Di Tengah Tengah Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 242 hits
HIDIR REDUAN ABDUL RASHID LANGSUNG Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 83 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini Malaysiakini melapork...
Artis Pun Berdebar Menanti Drama Politik Negara

Artis Pun Berdebar Menanti Drama Politik Negara

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 355 hits
NADIA AZAM Penyanyi Aishah mengaku drama politik yang tercetus sejak Ahad menjadi semakin menarik untuk diikuti perkembanganya Pun begitu Aishah 55 berkata biarlah apa jua situasi politik berlaku dalam negara semuanya diharapkan agar selesa...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1