Kenapa 2 Orang Ni Ditahan Sprm




Desa HM


 Kenapa Aliff Teega dan Aishah Hijanah direman SPRM? Kenapa bukan PDRM? Kenapa bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009?







Kenapa tak kesalahan tipu orang bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan? Jom kita selidik undang-undang.


Bab undang-undang ini, kalau perhati betul-betul memang menarik. Mengikut laporan media mereka berdua ditahan reman bagi siasatan bawah S.23 Akta SPRM.


Jadi kita semua tahu, tahanan reman bukanlah hukuman penjara kerana didapati bersalah. Reman adalah antara proses paling awal lagi. Belum tuduh atau didakwa di mahkamah pun. Mereka ditahan untuk siasatan.


Kenapa Seksyen 23 bawah SPRM pula tu? Kita lihat dulu apa kesalahan Seksyen 23 ini iaitu kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan. 


Maknanya gunakan kedudukan atau jawatan contoh pangkat, profesion atau kedudukan untuk dapat suapan. Suapan tu apa? Suapan ini dijelaskan secara terperinci dalam Seksyen 3 tafsiran akta yang sama bermaksud wang, derma,fi, hadiah. 


Itu antara maksud suapan. Banyak lagi maksud suapan, lihat gambar di bawah juga. Jadi jelas kesalahan Seksyen 23 ini adalah mereka yang menggunakan jawatan atau kedudukan yang mendapat suapan atau habuan.


Seterusnya Seksyen 23(1) memperuntukkan mana-mana adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan dan kedudukan untuk suapan sama ada tak kiralah untuk diri sendiri, saudara atau sekutu.


Jadi di sini timbul isu apa itu pegawai badan awam? Penjawat awam ke? Pengawai Kerajaan ke? Macam mana pula Aishah dan Alif ini jadi penjawat atau pegawai awam? Takkan main pakai sebat reman? Majistret pula benarkan reman sehingga 4 hari? Game apa ni?


Waktu permohonan reman oleh SPRM, peguam mana-mana suspek boleh membantah reman. Antara alasannya, tak ada keperluan tahan, boleh je siasat tanpa ditahan. Suspek akan bagi kerjasama. 


Kenapa perlu tempoh yang lama? Apa proses yang hendak diambil? Suspek tidak melakukan kesalahan berdasarkan Seksyen yang disiasat. Ini antara alasan-alasannya untuk membantah reman.


Tapi dalam kes ini, Majistret tetap membenarkan 4 hari tahanan reman terhadap mereka berdua. Bermakna ada asas untuk siasatan. Jadi saya pun selidiklah tentang undang-undang S.23 Akta SPRM ini.


Seksyen 23 ini, tentang mana-mana pegawai badan awam. Perkataannya pegawai badan awam tau, bukan penjawat awam atau bukan juga pegawai am kerajaan. 


Jadi nak tahu siapa pegawai badan awam ini, kenalah rujuk maksud yang diberikan dalam Seksyen 3 tafsiran akta yang sama.


Pegawai badan awam ini, antaranya bermaksud anggota, pegawai, pekerja (nanti rujuk senarai lain dalam gambar) “dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada orang awam”.


Jadi bila tulis dan mana-mana orang ini membawa maksud tak semestinya pegawai awam atau anggota. Boleh jadi mana-mana orang yang terima saraan dari wang awam iaitu dana awam. Boleh jadi kita yang terima suapan melalui dana awam. Boleh jadi Aishah, boleh jadi Alif. Itu maksud mana-mana orang.


Bawah Seksyen ini juga kata, suapan yang dia dapat tu, boleh jadi diambil untuk diri dia sendiri atau saudara maranya atau sekufunya. Kalau orang bagi alasan, ya saya kutip tetapi suapan bukan untuk saya tetapi untuk orang lain.


Makanya kita pergi lihat siapa maksud sekutu bawah tafsiran Seksyen 3, sekutu adalah sama ada penama, pekerja atau organisasi. Jadi tak kisahlah suapan akibat kedudukan atau jawatan untuk kita atau orang lain tetaplah kesalahan bawah Seksyen ini.


Jadi celah mana sekalipun kalau saya selidik dan saya kaji dari segi kedudukan undang-undang. Ada elemen kesalahannya contoh Jawatan atau kedudukan-Fi-Hadiah-Wang-Derma-Saraan daripada wang awam-sama ada diri sendiri atau sekutu.


Begitulah setakat elemen kesalahan undang-undang dan akan ditentukan di mahkamah itu nanti. Benar atau tidak mereka melakukan kesalahan bawah Seksyen ini? Kita tunggu.


Isu berkaitan dengan dana awam ini, sekian hari semakin menjadi-jadi. Dulu hendak scam orang, tidak buat dalam skala besar begini tetapi sekarang ini makin menjadi-jadi. 


Bila saya selalu follow dan baca muatnaik dalam PW Community ini, saya jadi peka bab-bab scam begini. Tambah pula semakin menjadi-jadi sekarang. Buat secara besar-besaran dan terang-terangan.


Mangsanya kita, mak ayah kita, keluarga kita, orang sekeliling. Kesian ditipu duit pencen atau duit simpanan . Mereka pun tak nikmati hasil simpanan sendiri. 


Bab perlaksanaan undang-undang kutipan awam ini pula pada saya masih ‘baby step’. Tak tegas dan tak serius. Jarang kita dengar ada pendakwaan, apa entah lagi jika dana awam dikutip oleh orang ternama, jarang orang berani sentuh.


Saya harap selepas ini, undang-undang tambah lagi tegas! Elakkan kami ramai-ramai jadi mangsa.


Oleh Nor Zabetha








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/kenapa-2-orang-ni-ditahan-sprm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seleweng Kutipan Derma Suami Isteri Pempengaruh Ditahan Sprm

Seleweng Kutipan Derma Suami Isteri Pempengaruh Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 157 hits
Wartawan HMam hmetro com myKuala Lumpur Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Menurut sumber pasangan suami isteri dita...
Aduhai Tak Tahu Apa Nak Jadi 3 Penguat Kuasa Sprm Terima Rasuah Rm20 000 Ditahan

Aduhai Tak Tahu Apa Nak Jadi 3 Penguat Kuasa Sprm Terima Rasuah Rm20 000 Ditahan

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 205 hits
Rasuah gugur kes penipuan SPRM tahan 3 penguat kuasaBernamaKUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa yang disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai balasan untuk menggugurk...
42 Wanita Warga Asing Ditahan Dalam Op Noda Khas Di Seremban

42 Wanita Warga Asing Ditahan Dalam Op Noda Khas Di Seremban

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 242 hits
SEREMBAN Seramai enam lelaki tempatan dan 42 wanita warga asing masing masing berusia 16 hingga 65 tahun ditahan dalam Op Cantas Noda Khas yang dijalankan di enam buah premis hiburan sekitar daerah ini pada hari Jumaat lalu Pemangku Ketua P...
Penguat Kuasa Ditahan Berkait Suapan Rm60 000

Penguat Kuasa Ditahan Berkait Suapan Rm60 000

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 119 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta wang suapan sebanyak RM60 000 daripada seorang individu sebagai balasan bagi menutup kes melibatkan ...
Pasangan Kekasih Jual Topi Keledar Tiruan Berjenama Popular Ditahan

Pasangan Kekasih Jual Topi Keledar Tiruan Berjenama Popular Ditahan

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 150 hits
ALOR SETAR Sebanyak 95 unit topi keledar tiruan berjenama popular serta 133 beg sarung topi keledar berlabel jenama itu dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sebuah kediaman di sini kelmarin Pengarah KPDN Kedah...
4 Warga Asing Samun Wang Tunai Rm360 966 Ditahan

4 Warga Asing Samun Wang Tunai Rm360 966 Ditahan

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 101 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myAmpang Berpura pura terbabit urusan jual beli emas sebelum menyamun mangsa Taktik itu digunakan empat warga asing sebelum melarikan wang tunai RM360 966 milik lelaki tempatan di Jalan Sula...
Dua Sahabat Ditahan Bersama Dadah Seberat 8 12 Kg

Dua Sahabat Ditahan Bersama Dadah Seberat 8 12 Kg

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 99 hits
SEPANG Dua sahabat ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 8 12 kilogram dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sini semalam Dalam serbuan polis di Cyberjaya dan Dengkil itu suspek berusia 23 dan 29 tahun itu masing masing bekerja seba...
Jurutera Kilang Ditahan Rakam Video Di Tandas Wanita

Jurutera Kilang Ditahan Rakam Video Di Tandas Wanita

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 104 hits
BernamaBALIK PULAU Polis menahan seorang jurutera kilang kerana disyaki merakam gambar dan video di dalam tandas wanita di sebuah kompleks perniagaan di Lengkok Mayang Pasir Bayan Baru di sini semalam Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Je...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025