Kenangan Menonton Wayang Pacak Semasa Kecil



DEKAD 60-an dan 70-an dulu, tayangan gambar 'wayang pacak' Jabatan Penerangan menjadi satu medium utama kerajaan untuk menyampaikan maklumat sambil berhibur secara langsung kepada rakyat khususnya di kampung. Zaman tu cuma orang-orang berada aje yang memiliki TV di kampung. Kalau ada, cuma radio. Itulah sumber utama hiburan dan maklumat kepada penduduk kampung.

Jabatan Penerangan hanya menggunakan peralatan yang agak simple seperti janakuasa, kain layar putih bertiang besi, projektor dan filem 16mm pada era tersebut. Bagaimanapun, peralatan-peralatan itu mungkin yang terbaik dan paling sesuai pada zamannya. "Wayang Pacak" mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kampung-kampung pada era tahun 60an dan 70an. Penduduk kampung tidak memanggilnya "Wayang Pacak", tetapi mereka memanggilnya sebagai "Wayang Penerangan".

Di Kampung Pangkal Meleret, Machang, Kelantan pertunjukan tayangan wayang pacak ini diadakan di tanah kosong milik datuk saudara Abam Kie. Seingat abam kie la, pertunjukan wayang pacak yang terakhir diadakan di situ ialah pada tahun 1981. Pada masa tu abam kie baru berusia 8 tahun. Memang la wayang pacak ni diadakan beberapa kali setahun pada dekad 60an dan 70an namun abam kie x berapa ingat. Apatah lagi masa tu abam kie belum lahir. Kalau lahir pun masih kecil lagi.

Biasanya kakitangan Jabatan Penerangan akan tiba kira jam 6 petang dan akan membuat persiapan menaikkan kain layar dan bertiangkan 2 batang besi. Generator akan ditarik jauh sedikit daripada van Jabatan Penerangan kerana tidak mahu bunyi bising generator itu menganggu peti suara. Selesai saja kerja kerja persiapan untuk tayangan malam nanti lagu patriotik akan dimainkan

Menjelang malam yang pastinya  warga kampung akan keluar menuju ke tempat pertunjukkan sambil membawa tikar mengkuang atau kertas surat khabar sebab tak disediakan kerusi.  Kalau tak bawa tikar atau kertas surat khabar, alamat duduk atas rumput atau tanah la jawabnya. Pasti basah habis punggung. Seronok duduk ramai-ramai atas tikar atau kertas surat khabar sambil mendongak melihat layar putih yang terpampang di hadapan mata, serta menjamu selera dengan kekacang dan air minuman yang dibawa daripada rumah atau pun dibeli di kedai runcit milik bapa saudara abam kie.

Pada kebiasaannya staff Jabatan Penerangan memulakan tayangan wayang gambar selepas waktu Maghrib. Tayangan itu dimulakan dengan filem-filem pendek atau trailer, kemudian diikuti pula oleh filem-filem dokumentari dan seterusnya filem cereka. Lampu dinyalakan dan tayangan dihentikan seketika semasa tayangan filem yang terakhir (biasanya filem cereka) bagi membolehkan Pegawai Penerangan menyampaikan ceramah pendek. Inilah masanya orang-orang kampung mendengar  khabar dari kerajaan mengenai polisi, dan usaha-usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat, penyelesaian masaalah rakyat dan lain-lain. Selepas ceramah barulah filem terakhir disambung semula sehingga selesai.

Kebanyakan filem yang ditayangkan adalah filem hitam putih terbitan Filem Negara yang berbentuk dokumentari dan filem cereka. Kebanyakan filem yang ditayangkan bukannya setakat untuk hiburan semata-mata, tetapi mengandungi mesej-mesej tertentu yang bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Penduduk kampung amat terhibur menonton tayangan wayang gambar Jabatan Penerangan kerana mereka tidak mempunyai pilihan yang banyak untuk mendapat hiburan dan maklumat yang sahih.
.
Semasa mengadakan tayangan wayang gambar, Pegawai Penerangan juga biasanya membawa buah tangan yang mengandungi pelbagai maklumat seperti risalah, buku kecil, poster dan sebagainya untuk diedarkan kepada orang ramai.

Abam Kie masih ingat, sebelum wayang sebenar bermula, pihak jabatan penerangan menayangkan iklan mengenai Amanah Saham Nasional yang baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Hussein Onn. Iklan yang ada tagline 'Merah sangatlah mak ngah! Macam zaman dulu-dulu' tetap menjadi ingatan kepada orang ramai sehingga kini!

Penonton berasa seronok apabila tayangan filem terutama filem Hindi seperti Bobby, Haati Mere Sathi disamping filem arahan dan lakonan Seniman Agung Tan Sri P Ramlee serta drama Dayang Suhana terbitan Filem Negara Malaysia (FNM) ditayangkan

Biasanya tayangan wayang pacak ni berakhir hampir jam 11.30 malam. Lepas kami pun berjalan balik ke rumah masing2. Jarak rumah abam kie pada masa tu hampir 1.5km jugaklah. Tapi bila menapak ramai-ramai tak terasa sangat letihnya. Cuma yang tak bestnya esok kena bangun awal nak ke sekolah

Demikianlah pengalaman abam kie menonton wayang pacak semasa kecil


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2018/10/kenangan-menonton-wayang-pacak-semasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Hal Yang Pasti Kamu Rasakan Sekarang Kalau Semasa Kecil Sering Bertengkar Dengan Saudara Kandung

5 Hal Yang Pasti Kamu Rasakan Sekarang Kalau Semasa Kecil Sering Bertengkar Dengan Saudara Kandung

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 270 hits
Nggak bisa dimungkiri sesering apapun dulu berantem kini malah sering kangen kangenan kalau lagi jauh
Kecil Hati Bila Rakan Rakan Artis Bash Saya Sekali

Kecil Hati Bila Rakan Rakan Artis Bash Saya Sekali

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 257 hits
Pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini penyanyi Haqiem Rusli kini dilihat lebih positif Namun baru baru ini Haqiem meluahkan rasa kesal terhadap The post appeared first on
Kerana Makan Pisang Anak Kecil Ini Nyaris Dibedah

Kerana Makan Pisang Anak Kecil Ini Nyaris Dibedah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 398 hits
Selalunya apa yang bermain difikiran kita apabila makan buah pisang adalah ia membantu melawaskan pencernaan Lebih lebih lagi orang yang ada masalah nak membuang pisang selalunya dimakan untuk mengatasi masalah tersebut Namun begitu jika te...
Ada Ke Bisnes Modal Kecil Tapi Pulangan Lumayan

Ada Ke Bisnes Modal Kecil Tapi Pulangan Lumayan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 536 hits
Dek kerana kepesatan ekonomi sekarang yang membuatkan kita tersepit dengan masalah kewangan akan membuatkan kita perlu membuat bisnes Tapi kalau dalam poket kita cuma ada RM 100 je macam mana nak buat bisnes kan Kena cari bisnes modal kecil...
Inilah Sebabnya Kenapa Si Kecil Dah Pandai Cemburukan Papa Mama

Inilah Sebabnya Kenapa Si Kecil Dah Pandai Cemburukan Papa Mama

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 279 hits
Jangan terkejut bila si kecil dah pandai cemburukan papa dan mama Anda tentu biasa berhadapan dengan situasi begini kan Anak yang baru berusia setahun ke atas akan marah apabila anda sengaja menyakatnya dengan memeluk atau mencium mama atau...
Ibunya Pergi Gadis Kecil Ini Merawat Ayahnya Yang Lumpuh Karena Kecelakaan

Ibunya Pergi Gadis Kecil Ini Merawat Ayahnya Yang Lumpuh Karena Kecelakaan

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 349 hits
Jia Jia saat Membantu Ayahnya Sumber Gambar NakitaBiasanya anak akan dirawat oleh orangtuanya hingga dewasa namun berbeda dengan seorang gadis kecil di Tiongkok terpaksa mengurus ayahnya yang lumpuh setelah ibunya meninggalkan mereka Sang a...
5 Kebiasaan Kecil Dalam Hubungan Yang Ternyata Bisa Jadi Batu Sandungan Menuju Kelanggengan

5 Kebiasaan Kecil Dalam Hubungan Yang Ternyata Bisa Jadi Batu Sandungan Menuju Kelanggengan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 255 hits
Karena sekecil apapun kebiasaan itu kalau tidak baik sudah pasti berdampak buruk juga ke hubungan kalian
Prabowo Saya Dari Kecil Dukung Nkri Tapi Malah Dituduh Bela Khilafah Isis

Prabowo Saya Dari Kecil Dukung Nkri Tapi Malah Dituduh Bela Khilafah Isis

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 238 hits
Calon Presiden nomor urut 2 Prabowo Subianto menghadiri deklarasi dukungan dari Relawan Rhoma Irama di Markas Soneta Jalan Tole Iskandar Depok Jawa Barat Prabowo menyampaikan curahan hatinya kerap dituduh mendukung sistem khilafah
Pening Kepala Bila Si Kecil Asyik Tiru Percakapan Kita Ikuti Panduan Bagaimana Ajar Anak Bercakap Cara Sopan

Pening Kepala Bila Si Kecil Asyik Tiru Percakapan Kita Ikuti Panduan Bagaimana Ajar Anak Bercakap Cara Sopan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 378 hits
Bercakap dengan anak adalah salah satu momen yang paling menyeronokkan buat ibu bapa Malah percakapan yang didengarnya setiap hari akan menjadi bahan rujukan buatnya Ketika ini juga anak anda suka melakukan peniruan percakapan Namun ia perk...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi