Inilah Sebabnya Kenapa Si Kecil Dah Pandai Cemburukan Papa Mama


Jangan terkejut bila si kecil dah pandai cemburukan papa dan mama! Anda tentu biasa berhadapan dengan situasi begini kan? Anak yang baru berusia setahun ke atas akan marah apabila anda sengaja menyakatnya dengan memeluk atau mencium mama atau papanya.
“Sayang mama. Ini papa punya mama…,” sakat Papa pada Ammar sambil memeluk mama.
“Jangan…ni Ammar punya mama!” jerit Ammar sambil cuba menolak papanya daripada memeluk mama.
Mengapa mereka sudah pandai merasa cemburu? Ini antara sebabnya:
1. Mama kepunyaan saya seorang!
Biasanya si kecil lebih rapat dengan mama. Jadi dia beranggapan mama hanya miliknya seorang. Bila perhatian bukan diberikan kepadanya, dia jadi marah dan cemburu.
2. Tak tahu bagaimana nak luahkan
Oleh kerana masih kecil, dia tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaannya. Menangis, menolak atau memukul papa supaya menjauhi mama adalah cara yang akan dilakukan sebagai satu amaran jangan mengambil ‘hak miliknya’.
3. Tak nak berkongsi
Si kecil hanya mahu mama menjadi milikinya dan tak boleh berkongsi dengan orang lain termasuk papa! Dia fikir hanya dia sahaja yang mama perlu peluk dan cium.
4. Si kecil rasa terancam
Merasakan tempatnya cuba diambil alih oleh orang lain. Oleh kerana dia rasa terancam maka hanya tangisan dan kemarahan sahaja menjadi senjatanya untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

5. Mahu perhatian
Sebenarnya anak anda mahukan perhatian sentiasa diberikan kepadanya. Rasa cemburunya tak dapat dibendung bila melihat papa dan mama saling berkasih sayang tanpa memberikan dia perhatian.
6. Rasa diri tak disayangi
Rasa bimbang dirinya sudah tidak disayangi oleh mama. Oleh kerana dia belum faham tentang erti hubungan kekeluargaan dan suami isteri maka dia merasakan bila mama memeluk atau mencium papa seperti mama lakukan ke atas dirinya bermakna dia sudah tidak disayangi lagi.
7. Dunianya masih kecil
Oleh kerana masa si kecil lebih banyak dihabiskan bersama papa, mama dan pengasuh maka dia masih tidak faham tentang luasnya erti kasih sayang. Apabila dia semakin besar dan punya ramai kawan dan melakukan banyak aktiviti, si kecil akan lebih faham tentang kasih sayang antara papa dan mama.
Apa patut dilakukan?
Sebenarnya ia adalah perkara normal bila anak anda cemburu pada papa atau mama. Dia mungkin tidak tahu bagaimana meluahkan rasa cemburunya selain daripada menangis. Maka penting untuk anda berdua memujuk dan memberitahunya, tetapi jangan berhenti menunjukkan kasih sayang antara kalian suami isteri di depan anak kerana amat penting bagi mereka melihat ibu bapa yang saling sayang menyayangi.
* Cuba buat “group hugs” dan “group kisses” iaitu sentiasa ‘masukkan’ anak sekali semasa memeluk pasangan suami/isteri. Barulah dia tak rasa dipinggirkan.
* Sentiasa beritahu anak yang mama sangat sayangkan dia dan papa.
* Wujudkan suasana gembira dan menyeronokkan dengan mencium dan memeluk si kecil secara bergilir-gilir dengan suami/isteri. Dengan cara ini dia tahu mama tetap sayangkan dia walaupun dalam masa yang sama sayangkan papa juga.
* Sentiasa curahkan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil yang baru mengenal kehidupan.
Oleh kerana si kecil adalah peniru yang hebat, maka menjadi tugas ibu bapa untuk sentiasa menunjukkan kasih sayang antara suami isteri tetapi dalam cara yang berhemah. Dalam masa yang sama jangan abaikan dirinya yang masih belum faham tentang perkongsian kasih sayang sekeluarga. Apa yang si kecil tahu, mama adalah hak miliknya seorang!
 
The post Inilah Sebabnya Kenapa Si Kecil Dah Pandai Cemburukan Papa & Mama! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/inilah-sebabnya-kenapa-si-kecil-dah-pandai-cemburukan-papa-mama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cungkil Minat Dan Bakat Anak Sejak Kecil Mama Papa Kena Turut Serta Ya

Cungkil Minat Dan Bakat Anak Sejak Kecil Mama Papa Kena Turut Serta Ya

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 507 hits
Setiap bulan atau minggu kita belikan mainan anak bukan saja saja Begitu juga bila kita hasilkan beberapa mainan DIY buat anak Selain menguji minda dan motor otak mereka benda benda yang dimiliki anak mendorong untuk otak lebih berfikir Aka...
Rezeki Bukan Soal Banyak Atau Sikit Ia Tentang Berkat Atau Tidak Papa Mama Jangan Terlepas Pandang

Rezeki Bukan Soal Banyak Atau Sikit Ia Tentang Berkat Atau Tidak Papa Mama Jangan Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 742 hits
Sering kali kita melihat rezeki yang tiada keberkatan itu seperti air yang mengalir Petandanya macam macam Antaranya poket bocor perniagaan tak menjadi dan anak yang makin lewa tidak mendengar kata ibu ayah Formula keluarga bahagia yang dir...
Gelagat Yusoff Dah Pandai Nak Ikut Mama Datin Sri Shahida Dilema Nak Pergi Kerja

Gelagat Yusoff Dah Pandai Nak Ikut Mama Datin Sri Shahida Dilema Nak Pergi Kerja

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 406 hits
Nak ikut mama pergi kerja itulah gelagat si comel Yusoff Al Qardawi Telatahnya ini membuat mamanya rasa dilema untuk meninggalkannya ke pejabat Video Yusoff telah dimuatnaik Datin Sri Shahida ke Instagram Pembantu beliau memujuk Yusoff dan ...
Sepahkan Rumah Memang Tugas Si Kecil Mama Jangan Marah Baca Penjelasan Pakar Tentang Habit Ini

Sepahkan Rumah Memang Tugas Si Kecil Mama Jangan Marah Baca Penjelasan Pakar Tentang Habit Ini

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 309 hits
Bila anak main bersepah kita bising dan marah Tapi itu memang fitrah kanak kanak Kadang kadang yang bergelar ibu bapa kurang ilmu tentang perkembangan awal kanak kanak Apa yang diketahui anak mesti jangan buat sepah di rumah Kalau dah naman...
Anak Lambat Bercakap Walau Dah Masuk 2 Tahun 15 Perkara Drastik Mama Papa Wajib Buat

Anak Lambat Bercakap Walau Dah Masuk 2 Tahun 15 Perkara Drastik Mama Papa Wajib Buat

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 403 hits
Bila anak sudah masuk dua tahun pastinya mama papa sudah mula risau anak masih tak bercakap Sebenarnya memang patut mama papa risau bila anak dah cecah usia dua tahun Walaupun masih belum boleh bercakap lancar anak pada usia ini sepatutnya ...
Apakah Yang Tersembunyi Dalam Susu Anak Anda Mama Papa Wajib Ambil Tahu

Apakah Yang Tersembunyi Dalam Susu Anak Anda Mama Papa Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 560 hits
Susu mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh kanak kanak seperti vitamin dan mineral Kalsium yang terkandung di dalamnya juga amat penting untuk perkembangan tulang manakala karbohidrat dan protein pula penting untuk tumbe...
Video Fake Pandai Mereka Berlakon Netizen Tampil Bongkar Penipuan Video Viral Hantu Namun

Video Fake Pandai Mereka Berlakon Netizen Tampil Bongkar Penipuan Video Viral Hantu Namun

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 553 hits
Semalam viral di media sosial video penampakan makhluk halus dalam video live seorang wanita yang sedang buat review produk kosmetik Bagaimanapun tampil seorang pengguna Twitter mendakwa video itu fake atas beberapa perkara yang dibangkitka...
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 473 hits
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut
Gempa Bumi Biar Pandai Beza Bala Dan Bencana Alam

Gempa Bumi Biar Pandai Beza Bala Dan Bencana Alam

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 463 hits
Jom dengar nasihat Ustaz Azhar Idrus Semoga manfaat kepada anda semua
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point