Kenangan Membonceng Motosikal Dengan Ayah Semasa Kecil


 

Assalamualaikum. Setelah sebulan ayah pergi ke alam baqa rasa rindu terhadapnya semakin terasa. Memang betul la orang kata...bila org yg kita sayang itu tiada barulah kita begitu terasa akan kehilangannya. Jadi kepada rakan2 blogger yang masih ada ibubapa itu, hargailah mereka. Berbakti kpd mereka selagi mampu kerana bila mereka sudah tiada, hanya doa yang mampu kita sampaikan kpd keduanya.
Berbalik kepada kisah abam kie dengan Allahyarham ayah ni. Keluarga kami pada zaman dahulu kiranya susah la juga. Memang la ayah ada banyak tanah padi dan getah namun hasil pendapatan daripada mengerjakan tanah2 tersebut tak la sebanyak mana. Namun kami sekeluarga tak pernah berlapar. Tapi kalau nak beli barang mahal tu kena la kumpul duit dulu.
Seingat abam kie la... Pada tahun 1981 semasa di darjah 2, barulah ayah mampu membeli motor Honda terpakai. Plet no DB ****. Sebelum tu kalau nak ke mana2 kena naik basikal je. Atau pun guna bas SKMK. Jika ada urusan penting di Machang, ayah akan menaiki basikal sehingga jalan utama dan menunggu bas. Jikalau nak beli barang anak2, terpaksalah kami membonceng basikal sampai ke perhentian bas. 
Tapi bila dah ada motor ni mudah la nak ke pekan. Tak perlu lagi menunggu bas. Jarak dari pekan ke rumah cuma 6km je. Semasa di sekolah rendah abam kie dihantar oleh ayah ke sekolah. Tapi selalunya abe kie membonceng basikal dengan abang. Beza kami 3 tahun. Kadang2 tu berjalan kaki je ke sekolah terutama sekali pada musim hujan. 
Semasa di darjah 6, semasa kami menaiki motosikal ke pekan, tetiba ada seekor lembu melintas jalan. Ayah tak sempat nak brek. Terus terlanggar lembu tu dan kami tercampak ke atas jalan. Ayah patah sebatang gigi manakala abam kie patah lengan. Dekat 2 minggu juga abam kie tak ke sekolah. Selain daripada mendapatkan rawatan di hospital, abam kie turut juga pergi berurut dengan tok bomoh patah. Alhamdulillah. Dalam masa sebulan lengan abam kie kembali normal. 
Semasa abam kie bersekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Machang selama 5 tahun, ayah pasti akan datang melawat abam kie setidak2nya setiap 2 minggu. Jadi dengan motor inilah ayah datang ke sekolah pada petang Jumaat. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 14km sahaja. Bila dia datang, pasti ada sedikit buah tangan yg dibawanya. Biasanya makanan tu abam kie kongsi dengan rakan2 sedorm. 
Apabila tamat SPM pada tahun 1990 tu, ayah datang mengambil abam kie di asrama dengan menaiki motor je. Barang2 spt buku dan pakaian abam kie sudah diambil oleh ayah sikit demi sedikit sepanjang SPM tu berlangsung. Jadi pada hari terakhir di SMACH tu cuma satu beg je yang perlu dibawa balik. Mana2 barang yang tak penting, abam kie tinggal je di dorm. Buku2 pun letak di bilik bacaan asrama. Junior yang nak, silakan ambik je. 
Begitulah kenangan abam kie membonceng motosikal dengan ayah semasa kanak-kanak dan remaja. Masa abam kie bersama ayah tidak banyak kerana sejak usia 13 tahun abam kie duduk di SBP. Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya selama 6 tahun. Lepas tu mengajar di Papar, Sabah selama 4 tahun. Bila pulang mengajar ke Kelantan pada 2001 barulah ada ruang untuk menghabiskan masa bersama ayah. 
Terima kasih kerana sudi membaca coretan abam kie ini, anak yatim piatu. Tiada berayah, tiada beribu. Jika sudi, bantulah anak yatim ini untuk meneruskan kehidupannya dengan sempurna sebelum maut menjemputnya. Sekian. Terima kasih.

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2021/12/kenangan-membonceng-motosikal-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Anak Kecil Ni Lah Kita Kena Jaga Hubungan Rugi Kalau Ayah Tiada Masa Untuk Anak Anak

Masa Anak Kecil Ni Lah Kita Kena Jaga Hubungan Rugi Kalau Ayah Tiada Masa Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 262 hits
Sememangnya seorang ayah sentiasa sibuk setiap hari keluar mencari rezeki Kadang kadang keluar sebelum subuh balik selepas maghrib Boleh dikatakan masa bersama anak anak sangat limited Namun bagi seorang anak lebih lebih lagi anak yang masi...
Kulit Gatal Gatal Sampai Timbul Biji Biji Kecil Mungkin Itu Penyakit Dishidrosis

Kulit Gatal Gatal Sampai Timbul Biji Biji Kecil Mungkin Itu Penyakit Dishidrosis

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 330 hits
Kulit Gatal Gatal sampai Ada Biji Biji Kecil Mungkin itu Penyakit Dishidrosis Hai korang Pernah mengalami sesuatu seperti gambar di bawah Tetiba biji biji kecil timbul Uish kalau gini korang jangan garu garuuu Mungkin ianya sejenis penyakit...
Masuk Usia 2 Tahun Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

Masuk Usia 2 Tahun Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 313 hits
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa Untuk lebih lanjut berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda Jenis gigi anak Terdapat empat jenis gigi utama Setiap satunya adalah uni...
New Normal Same Cancer Menyeru Tindakan Awal Saringan Kanser Semasa Covid 19

New Normal Same Cancer Menyeru Tindakan Awal Saringan Kanser Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 232 hits
Akibat dilanda pandemik ramai pesakit kanser tidak dapat membuat pengesanan awal dan ini akan menyebabkan peningkatan risiko kanser peringkat lanjut yang lagi sukar untuk dirawat Kanser sememangnya tidak akan berhenti untuk COVID 19 Atas se...
Adakah Emas Akan Kekal Bertahan Semasa Inflasi Semasa

Adakah Emas Akan Kekal Bertahan Semasa Inflasi Semasa

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 211 hits
Minggu ini emas mencatatkan prestasi terburuk sejak 18 Jun walaupun harga meningkat pada awal Jumaat Selepas rehat dalam dagangan yang disebabkan oleh Hari Kesyukuran pelabur mencari emas sebagai tempat selamat di tengah tengah peningkatan ...
Anak Kecil Dibiarkan Sorang Kat Blkg

Anak Kecil Dibiarkan Sorang Kat Blkg

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 344 hits
Masalahnya sini dia hanya tumpu pada jaga penampilan diri saja usaha habiskan duit untuk putih pakaian jenama serta produk komestik semua Ya saya tak kisah min saya tau dia buat suma tu untuk saya tapi saya str3ss min dia tak jaga makan pak...
Masa Anak Kecil Bawa Mereka Ke Zoo Pengalaman Anak Di Zoo Bantu Perkembangan Otak Mereka

Masa Anak Kecil Bawa Mereka Ke Zoo Pengalaman Anak Di Zoo Bantu Perkembangan Otak Mereka

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 296 hits
Memperkenalkan jenis jenis haiwan secara real kepada anak anak yang sedang membesar sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan mereka Bukan hanya untuk perkembangan otak mereka malah untuk kemahiran motor mereka Salah satu cara untuk perken...
Fashionista Sejak Lahir Foto Fazura Ketika Masih Kecil Cvri Perhatian Ramai

Fashionista Sejak Lahir Foto Fazura Ketika Masih Kecil Cvri Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 294 hits
Umum mengetahui aktres jelita Nur Fazura mempunyai citarasa tinggi dan bijak mengatur gayanya dalam berfesyen Isteri kepada aktor Fattah Amin itu sering kelihatan fabulous dan dilabel sebagai salah seorang ikon fesyen di Malaysia Terbaru Fa...
Anda Hanya Perlu Buat Sedikit Perubahan Kecil Sahaja Untuk Ubah Perjalanan Hidup

Anda Hanya Perlu Buat Sedikit Perubahan Kecil Sahaja Untuk Ubah Perjalanan Hidup

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 281 hits
Dari darjah 1 sampai darjah 6 setiap hari saya akan keluar rumah jalan kaki pergi ke jalan utama di Pekan Penanti Bukit Mertajam Jalan utama terletak dalam lingkungan 500 meter saja dari rumah Tak sampai 5 minit berjalan akan sampai ke pint...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid