New Normal Same Cancer Menyeru Tindakan Awal Saringan Kanser Semasa Covid 19


Akibat dilanda pandemik, ramai pesakit kanser tidak dapat membuat pengesanan awal dan ini akan menyebabkan peningkatan risiko kanser peringkat lanjut yang lagi sukar untuk dirawat. Kanser sememangnya tidak akan berhenti untuk COVID-19. Atas sebab ini, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) telah bekerjasama untuk melancarkan kempen 'New Normal, Same Cancer' dengan sokongan AstraZeneca Malaysia untuk menangani kesan berterusan akibat pandemik COVID-19 mengenai penjagaan kanser sambil menggalakkan orang ramai untuk bertindak awal lalu menjalankan pemeriksaan penjagaan kesihatan yang sesuai.



Dilancarkan sempena bulan kesedaran kanser payudara, paru-paru dan prostat, kempen 'New Normal, Same Cancer’ ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, bersama Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM, Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, Dr. Anand Sachithanandan, Pengasas Bersama dan Presiden LCNM, dan Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia.



Kanser merupakan satu kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia merupakan punca kematian kedua utama di dunia dan di Malaysia. Menurut penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini, Covid-19 Impact on Cancer Care oleh IQVIA, terdapat penurunan drastik sebanyak 74% dalam diagnosis kanser sejak dunia diserang pandemik. Ramai doktor telah berkongsi bahawa mereka mengalami kelewatan dalam susulan untuk pengesanan, pemeriksaan, dan rawatan untuk pesakit kanser dan kumpulan berisiko tinggi.



Dengan penurunan drastik dalam kadar diagnosis dan kadar saringan para pesakit, ketiga-tiga organisasi ini telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan populasi pesakit yang belum lagi didiagnosis atau dirawat. Selain daripada pendidikan mengenai penjagaan kanser yang betul melalui media sosial dan laman mikro kempen, 'New Normal, Same Cancer' bertujuan menggalakkan para pesakit untuk kembali menerima rawatan pada waktu norma baharu ini dengan menyediakan baucar saringan dan konsultasi bagi kanser payudara, paru-paru dan prostat di hospital di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini.


"COVID-19 boleh meragut nyawa, begitu juga kanser. Sejak satu setengah tahun yang lalu, penjagaan kanser mungkin tidak diutamakan kerana sistem penjagaan kesihatan kita telah menghadapi jumlah kes COVID-19 yang tinggi. Kanser adalah pembunuh senyap dan tanpa disedari ramai, penyakit ini mungkin sudah pun menjejaskan kesihatan mereka. Sambil kita menyesuaikan diri dengan norma baharu ini, kita tidak boleh lagi mengabaikan masalah yang besar ini. Diagnosis kanser yang lewat akan merendahkan peluang hidup dan meningkatkan kos rawatan dan penjagaan. Kita perlu mempertingkatkan kepentingan pengesanan awal, dan masa untuk kita bertindak adalah sekarang,” kata Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

 
Menurut Dato’ Dr. Saunthari, kempen bersama LCNM yang disokong oleh AstraZeneca ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat: meningkatkan kesedaran kanser di kalangan orang ramai, menyerlahkan kepentingan pengesanan awal, dan menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan.

 
“Kanser paru-paru adalah salah satu kanser yang paling biasa dengan kadar kelangsungan hidup yang paling rendah di Malaysia kerana sebahagian besarnya dikesan terlalu lewat pada peringkat 3 dan 4. Jika dikesan awal, ia adalah penyakit yang boleh disembuhkan dengan hasil yang baik. Wabak dan sekatan COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan dengan kelewatan dan gangguan untuk pemeriksaan berjadual dan saringan kanser. Ini langsung mengakibatkan lebih banyak diagnosis dibuat pada peringkat lanjut,” kata Dr. Anand Sachithanandan.




“Kami memahami keengganan orang ramai untuk datang menjalani pemeriksaan kanser semasa pandemik. Atas sebab ini, LCNM berbesar hati untuk memainkan peranan dalam kempen ini demi meningkatkan kesedaran bahawa saringan kanser paru-paru untuk individu yang berisiko boleh dilakukan dengan selamat dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya. Matlamat kami adalah untuk mencapai peralihan peringkat dan mengesan lebih banyak penyakit pada peringkat awal yang boleh dirawat dengan lebih berkesan,” jelas Dr. Anand.

 
“Di AstraZeneca, kami komited untuk melampaui pil dengan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan hasil rawatan. Aspek ini termasuk pendidikan dan kerjasama awam-swasta untuk memacu diagnosis awal bagi pencegahan kanser. Kempen ‘New Normal, Same Cancer’ ini merupakan inisiatif global sejak 2020 dimana kami telah bekerjasama dengan organisasi profesional dari beberapa negara untuk membawa pesakit kanser kembali ke penjagaan kesihatan,” kata Dr Sanjeev.

 
“Kerjasama dengan NCSM dan LCNM membantu memastikan kemajuan dicapai dalam rawatan kanser untuk memastikan kelangsungan hidup. Selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik, kami berhasrat untuk memberi inspirasi untuk melakukan tindakan awal, menggalakkan orang ramai untuk menghubungi doktor mereka jika mereka mempunyai sebarang tanda atau gejala kanser,” kata Dr. Sanjeev lagi.




Kelewatan dalam pemeriksaan dan diagnosis kanser telah mengakibatkan pesakit lambat menerima rawatan yang berkesan. Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang gangguan dalam kesinambungan penjagaan kanser boleh memudaratkan hasil rawatan, jadi adalah penting untuk para pesakit kembali mendapatkan rawatan kanser.
 
Untuk menggalakkan pesakit dan orang ramai meneruskan rawatan berjadual dan saringan awal, baucar saringan boleh dimuat turun dari laman mikro kempen. Untuk kemudahan tambahan, tempahan untuk saringan boleh dilakukan dengan 18 hospital yang mengambil bahagian di pelbagai wilayah di Malaysia.




SENARAI HOSPITAL YANG MENGAMBIL BAHAGIAN :

Bagan Specialist CentreBeacon HospitalBorneo Medical CentreDarul Makmur Medical CentreGleneagles Hospital Kuala LumpurKPJ Puteri Specialist HospitalMahkota Medical CentreNational Cancer Society Malaysia Cancer & Health Screening ClinicNilai Medical CentrePantai Hospital Ayer KerohPantai Hospital Kuala LumpurPenang Adventist HospitalPutra Medical Centre Alor SetarPutra Specialist Hospital MelakaSALAM Specialist Hospital Kuala TerengganuSri Kota Specialist Medical CentreSubang Jaya Medical CentreSunway Medical Centre
 
Kanser tidak menunggu, anda pun jangan tertunggu-tunggu. Bertindak sekarang. Hubungi doktor anda. Dapatkan pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘New Normal, Same Cancer’ dan baucar saringan, sila rujuk: www.newnormalsamecancer.org





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2021/11/new-normal-same-cancer-menyeru-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yii Serenades To Melaka Voters In New Normal

Yii Serenades To Melaka Voters In New Normal

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 220 hits
Yii and Wong serenade voters in Melaka to rally support for Kerk 8211 Screengrab from Facebook Kelvin Yii Lee Wuen MIRI Limited by Covid standard operating procedures to campaign for election some get creative to reach out
Keperluan Semasa Di Wad Nuklear Untuk Rai Kanser Dos Tinggi

Keperluan Semasa Di Wad Nuklear Untuk Rai Kanser Dos Tinggi

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 201 hits
KEPERLUAN SEMASA DI WAD NUKLEAR UNTUK RAI KANSER DOS TINGGI Seperti yang kita sedia maklum RAI kanser dos tinggi mesti di kuarantin di wad nuklear selama lebih kurang 5 hari Keperluan semasa di wad nuklear untuk RAI kanser dos tinggi Gambar...
Covid Hit Czech President To Name New Pm On Sunday

Covid Hit Czech President To Name New Pm On Sunday

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 222 hits
File photo taken on October 3 2019 Czech President Milos Zeman reacts during a press conference after the presidential summit of Visegrad Group plus Slovenia and Serbia countries in Lany chateau Central B
5 097 New Covid 19 Cases

5 097 New Covid 19 Cases

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 301 hits
PETALING JAYA The health ministry has reported 5 097 Covid 19 cases in the past 24 hours This is a slight dip from the 5 501 cases reported yesterday In a Twitter post health director general Dr Noor Hisham Abdullah said the total number of...
Covid 19 Only 10 Out Of 311 New Cases In Sarawak Today In Categories 3 5

Covid 19 Only 10 Out Of 311 New Cases In Sarawak Today In Categories 3 5

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 290 hits
According to SDMC in its daily update on the pandemic 110 cases were in Category 1 involving asymptomatic patients and 191 in Category 2 with mildly symptomatic patients 8211 Bernama photo BINTULU A total of 301 out of 311 new Covid 19 cas
Six With Lung Infection Out Of 300 New Covid 19 Cases In Sarawak

Six With Lung Infection Out Of 300 New Covid 19 Cases In Sarawak

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 258 hits
Only six of the 300 Covid 19 positive cases recorded in Sarawak today are having lung infection and requiring respiratory support The State Disaster Management Committee in a statement said 294 of the cases had mild or no symptoms The new c...
Hiburan Pengesan Tanda Awal Peningkatan Kes Covid 19 Kkm Akan Perkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi

Hiburan Pengesan Tanda Awal Peningkatan Kes Covid 19 Kkm Akan Perkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 244 hits
Bagi mengekang penularan kes COVID 19 Kementerian Kesihatan bakal memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda tanda awal peningkatan kes COVID 19 dalam negara Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin menerus...
Prn Melaka Daftar Pemilih Semakan Awal Pengundi Keperluan Semasa Mengundi

Prn Melaka Daftar Pemilih Semakan Awal Pengundi Keperluan Semasa Mengundi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 261 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa