Kenangan Lalu Permainan Di Waktu Rehat


Awal pagi tadi sambil bersarapan nasi goreng cendawan bunashimeji bersama encik suami, kami berbual tentang kenangan permainan di zaman sekolah rendah kami iaitu sekitar tahun 80-an. Saya dan encik suami beza umur setahun saja dan masing-masing bersekolah di Johor

Sememangnya keseronokan pergi ke sekolah bagi saya adalah kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan dan bermain macam-macam permainan. Sudah tentu waktu rehat adalah waktu yang menyeronokkan sebab lepas siap makan di kantin atau di bilik darjah, kami bebas bermain. Biasanya ada beberapa kumpulan yang bermain beberapa jenis permainan, terpulanglah kita nak ikut serta permainan yang mana satu

Berikut merupakan permainan yang selalu saya main pada waktu rehat di sekolah rendah :
Permainan tingting (saya sebut : teng-teng). Biasanya kami lukis petak permainan tingting di kaki lima bahagian belakang kelas. Lukis menggunakan kapur putih yang diambil dari bilik darjah. Permainan ni biasanya dimainkan oleh murid perempuan. Cara bermainnya saya kurang ingat secara tepat, tapi kalau nak tau bolehlah buat carian di internet

Permainan cuit tiang. Yang ni paling senang. Guna je tiang yang ada di laluan yang dikenali sebagai ‘gajah menyusu’. Secara asasnya, konsep permainan cuit tiang ni macam kita berebut tiang. Biasanya saya bermain bersama kawan perempuan dan kadang-kadang bercampur murid lelaki dan perempuan. Permainan ni pun saya gagal mengingat secara tepat bagaimana cara ia dimainkan

Permainan kad kenderaan. Saya dulu main guna kad gambar kereta. Kad akan diagihkan kepada setiap pemain secara terbalik (tak nampak depan kad). Selepas tu setiap pemain bolehlah ambil dan lihat kad yang diagihkan. Sebelum bermain, kami akan capai kata sepakat nak berlawan ikut ciri-ciri kenderaan mana satu. Biasanya main ikut ‘cc’ kenderaan. Masa tu bukan faham pun maksud ‘cc’ bagi kenderaan 😄. Cuma faham lagi tinggi angka ‘cc’ maka lebih power kenderaan tersebut. Secara asasnya, konsep bermain kad kenderaan ni siapa ada kad dengan ‘cc’ lebih tinggi, maka dia jadi pemenang. Permainan kad ni biasanya kami main bersama-sama murid lelaki dan perempuan. Juga tak terhad semasa waktu rehat, ia biasa dimainkan bila ada sela waktu pertukaran subjek

Permainan lawan ‘king’. Permainan paling tak bagus sebab melaga binatang. Tapi masa kecil dulu tak ambil berat berkenaan hukum melaga binatang. Cara main - lagakan dua ekor labah-labah ‘king’ kepunyaan dua orang pemain, labah-labah siapa yang berundur maka pemain tersebut dikira kalah. Labah-labah ‘king’ merujuk kepada labah-labah hitam dengan jaluran putih di badan. Permainan ni biasanya dimainkan oleh murid lelaki, tetapi ada juga murid perempuan yang main iaitu saya 😅. Boleh baca entri khas saya berkenaan memori lawan ‘king’ DI SINI

Permainan lain yang biasa dimain sewaktu rehat - permainan kad ‘happy family’, batu seremban, main ceper (penutup botol air gas), permainan galah panjang dan baling bola (saya tak pasti nak panggil apa, maka sebut saja ‘baling bola’)

Baling bola ni dimainkan dalam kumpulan besar bersama murid lelaki dan perempuan. Konsep mainnya mudah je, siapa terkena balingan bola kecil (kalau tak silap ingatan, bola tenis warna kuning tu) maka dia dikira kalah dan terkeluar permainan. Permainan yang paling meriah sebab melibatkan ramai pemain dan jeritan bila bola berjaya mengena seseorang. Tetapi ia juga agak menyakitkan badan bila terkena balingan bola kecil tersebut. Alhamdulillah belum pernah ada yang cedera sewaktu bermain permainan ini

Begitulah secebis catatan kenangan semasa saya bersekolah rendah pada tahun 1985-1990 di Sekolah Tunku Mahmood Iskandar (1), Pontian. Suatu tempoh yang seronok kerana berkawan-kawan dan bermain dengan gembira. Kecuali pada tahun terakhir persekolahan, seingatnya dah tak bermain di waktu rehat mahu pun bermain di dalam kelas kerana ia tahun di mana kami perlu fokus untuk peperiksaan UPSR


* nota - semua foto di atas hasil carian internet. Saiz foto kecil, agak kurang jelas









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/01/kenangan-lalu-permainan-di-waktu-rehat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potret Sederhana Ayu Ting Ting Habiskan Waktu Dengan Keluarga Saat Tahun Baru

Potret Sederhana Ayu Ting Ting Habiskan Waktu Dengan Keluarga Saat Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 183 hits
Pedangdut Ayu Ting Ting memilih merayakan momen pergantian tahun bersama kerabat dan keluarga tercinta Ayu menanti malam pergantian dengan makan bersama Penampilan Ayu Ting Ting mencuri perhatian Penampilannya dipuji tetap cantik
Satu Ni Takde Bergegar Dunia Anak Asyik Nak Dukung Awal Ashaari Tak Menang Tangan Layan 2 Anak Waktu Bercuti

Satu Ni Takde Bergegar Dunia Anak Asyik Nak Dukung Awal Ashaari Tak Menang Tangan Layan 2 Anak Waktu Bercuti

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 230 hits
Melancong ke luar negara dengan anak kecil memang mencabar Malah perlukan kesabaran yang tinggi Hal ini turut diakui oleh pengacara hebat Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang turut berdepan hal sama ketika bercuti Pasangan itu yang kini seda...
Bila Penat Tak Sedar Sampai Menangis Waktu Nilah Pentingnya Suami Anak Ada Dengan Kita

Bila Penat Tak Sedar Sampai Menangis Waktu Nilah Pentingnya Suami Anak Ada Dengan Kita

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 105 hits
Kena rajin rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita Peluk juga anak anak Dengan melakukannya banyak manfaat yang akan kita perolehi Berpeluk ni memang nampak biasa nak buat pun tak susah Tapi ia memberi kesan terbaik untuk kesihatan fiz...
Tak Bawa Anak Kena Matahari Punca Kurang Vitamin D Doktor Kongsi Waktu Sesuai Bawa Anak Main Matahari

Tak Bawa Anak Kena Matahari Punca Kurang Vitamin D Doktor Kongsi Waktu Sesuai Bawa Anak Main Matahari

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 176 hits
Kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membawa anak anak bermain dan pendedahan kepada cahaya matahari Tambah pula bagi yang tinggal di kawasan rumah bertingkat Sebolehnya luangkan sedikit masa untuk baw...
Kim Hyesoo Seronok Luangkan Waktu Bersama Anak Anak Dari Under The Queen S Umbrella

Kim Hyesoo Seronok Luangkan Waktu Bersama Anak Anak Dari Under The Queen S Umbrella

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 141 hits
Meskipun Under the Queen s Umbrella sudah lama tamat pelakon pelakon dari drama berkenaan nampaknya masih rapat sehingga kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 29 Disember Kim Hye soo telah berkongsi beberapa foto dan video di laman Instagram ...
Jarak Dan Waktu

Jarak Dan Waktu

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 308 hits
JARAK DAN WAKTU Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum semua TEWAS atau menang dek jarak dan waktu Ada masanya manusia tewas kerana jarak dan waktu Tidak kurang yang memang dan terus mara kerana jarak dan wa...
Berhenti Rehat Sekejap Di Rnr Gunung Semanggol Arah Selatan

Berhenti Rehat Sekejap Di Rnr Gunung Semanggol Arah Selatan

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 195 hits
RNR Gunung Semanggol arah selatanRNR Gunung Semanggol arah selatanKalau dari arah utara nak ke selatan RnR Gunung Semanggol ni antara tempat yang selalu orang singgah la Dekat sini bukan saja ada food court RnR ada juga restoran KFC dan jug...
Tak Pernah Cukup Rehat Tapi Bahagia Itulah Pengorbanan Ibu Untuk Keluarga Tersayang

Tak Pernah Cukup Rehat Tapi Bahagia Itulah Pengorbanan Ibu Untuk Keluarga Tersayang

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 103 hits
Dalam banyak perkara para ibu biasanya mendahulukan suami dan anak anak Ada sesetengah ibu akan rasa bersalah jika mendahulukan keperluan diri Walaupun cuba menjadi ibu paling sempurna anda perlu sedar diri tidak sekuat mana selama lamanya ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024