Kenali Tiga Golongan Puak Syiah


Islam agama ilmu. Islam juga memerangi kejahilan. Oleh itu, umat Islam diperintahkan agar mencari ilmu. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: "Menuntut ilmu diwajibkan kepada setiap muslim".


Daripada ayat al-Quran yang pertama diturunkan iaitu Iqra', Allah SWT menghendaki manusia membaca dan pembacaan itu merupakan pintu kepada memperolehi ilmu.

Al-Quran itu sendiri merupakan kitab ilmu dan al-Quran telah menjadikan ilmu sebagai kayu pengukur kepada kelebihan seseorang manusia di atas dunia ini.

Justeru ketika menilai sesuatu pegangan dan aliran mestilah daripada perspektif ilmu agar tidak terpedaya dengan syaitan. Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran, golongan Syiah agak ke hadapan daripada pelbagai sudut seperti ketenteraan, disiplin, penampilan dan sebagainya.

Apatah lagi setelah berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka.

Banyak golongan dan ajaran sesat yang berjaya menzahirkan penampilan hebat, namun akhirnya apabila ditimbang dari sudut ilmu, amat mengecewakan bahkan termasuk dalam ajaran yang menyeleweng.

Jika persepsi menjadi ukuran, sudah tentu masyarakat akan mudah terikut dengan akidah dan pegangan orang Jepun.

Orang Jepun masyhur dengan semangat kerja mereka, disiplin yang tinggi, bahkan amalan kebersihan yang sangat dipuji sehinggakan ada menyatakan bahawa seseorang itu boleh tidur dalam tandas di Jepun lantaran tandas mereka yang sangat bersih!

Namun, apakah kehebatan dan penampilan masyarakat Jepun itu mewajarkan kita mengamal dan menganut agama Shinto mereka yang syirik itu? Sudah tentu tidak!

Oleh yang demikian, ilmu hendaklah dijadikan suatu ukuran untuk menerima sesuatu pegangan dan ajaran.

Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

3 Golongan Syiah

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah).

Daripada tiga golongan Syiah ini, Syiah Rafidah atau Imamiyah merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini.

Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.

Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.

Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum (bebas daripada segala dosa dan kesalahan).

Mereka ini juga dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.

Namun wasiat ini pada dakwaan Syiah telah diketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Oleh yang demikian mereka mengkafirkan para sahabat Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan selainnya.

Jelasnya, Syiah bukanlah suatu ajaran yang boleh diikuti, bahkan ia merupakan ajaran sesat yang diasaskan oleh seorang Yahudi dari Yemen yang bernama Abdullah bin Saba'.

Dia merupakan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Dia pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak menipu orang. Dia juga digelar Ibnu Sauda'.

Setelah Abdullah bin Saba' memeluk Islam secara berpura-pura, dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali, bahkan mengkafirkan mereka.

Bermula dari sinilah, dapat dilihat dengan jelas bahawa ajaran Syiah Rafidah terpengaruh dengan agama Yahudi. Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Islam daripada persada kebenaran.

Syiah dan al-Quran

Bahaya Syiah jelas apabila melihat kepada pandangan mereka terhadap kitab suci al-Quran. Syiah tidak menganggap kitab suci al-Quran adalah kitab yang terpelihara. Bahkan mereka beranggapan telah berlaku penyelewengan pada ayat-ayat al-Quran.

Buktinya adalah nas yang dikemukakan oleh al-Kulaini iaitu ulama hadis Syiah dalam kitab hadisnya al-Kafi dengan menyatakan bahawa: "Daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, a.s berkata, al-Quran yang didatangkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 17,000 ayat".

Pegangan golongan Syiah ini jelas menunjukkan bahawa mereka beranggapan al-Quran yang ada pada umat Islam hari ini masih tidak sempurna kerana ayat al-Quran yang ada hanya berjumlah 6,236 ayat sahaja, sedangkan mereka beranggapan bahawa al-Quran sebenar iaitu yang dikenali sebagai mushaf Fatimah mengandungi 17,000 ayat.

Ini bermakna dua pertiga ayat al-Quran sudah diselewengkan. Pegangan Syiah ini jelas sesat kerana Allah SWT telah menjamin kesucian al-Quran.

Kitab suci itu terpelihara sehingga hari kiamat, tidak akan berlaku penyelewengan terhadap al-Quran walau satu huruf sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."

Allah juga berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji."

Syiah dan Hadis

Golongan Syiah menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmidzi dan kitab-kitab hadis ahli sunah yang lain. Mereka menolak mentah-mentah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Bagi mereka, kitab hadis yang menjadi pegangan mereka ialah al-Kafi tulisan al-Kulaini, yang diriwayatkan daripada Imam Maksum.

Mereka juga menganggap para sahabat menjadi kufur dan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Al-Kulaini yang dianggap oleh golongan Syiah setaraf dengan Imam Bukhari meriwayatkan bahawa, para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah SAW kecuali tiga orang daripada mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Ini jelas menunjukkan kebiadaban puak Syiah kerana perbuatan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW, sedangkan para sahabat mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda.

Secara tidak langsung, puak Syiah juga telah memperkecilkan serta menghina Rasulullah SAW.

Golongan Syiah juga sangat biadab terhadap para isteri Rasulullah SAW dengan mengatakan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Hafsah sebagai munafik dan kafir.

Mereka mendatangkan riwayat palsu yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda.

Syiah dan Taqiyah

Sebenarnya konsep taqiyah itu ialah konsep yang berasaskan kepada perbuatan berdusta, berbohong dan berpura-pura namun, konsep ini telah dijadikan asas oleh golongan Syiah dalam memartabatkan keimanan mereka kepada Allah SWT.

Disebabkan sikap taqiyah ini, para ulama tidak mahu menerima riwayat yang dibawa oleh golongan Syiah ekoran pembohongan yang dilakukan oleh mereka.

Ajaran Syiah itu sendiri sebenarnya ditegakkan di atas dasar taqiyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitab beliau al-Kafi: "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah".

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Fakta Sejarah Membuktikan Puak Syiah Adalah Munafik Terulung15 Ciri-ciri Munafik Penganut Syiah
sumber: utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/09/kenali-tiga-golongan-puak-syiah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 195 hits
Walaupun pengikut Syiah mendakwa mereka tidak sesat Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 antara lain telah memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada...
Biskut Sarang Semut Biskut Hasil Ramuan Tiga Jenis Tepung Patut Ler Sedap

Biskut Sarang Semut Biskut Hasil Ramuan Tiga Jenis Tepung Patut Ler Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 772 hits
Tengah cuti ni best jugak kalau buat biskut kudapan sedap dimakan masa menonton tv Bagi min biskut Sarang Semut suatu ketika dulu dah dianggap cukup moden dah Biskut ni dibuat dari tiga jenis tepung iaitu gandum kastad dan tepung jagung Tap...
Kakitangan Utusan Melayu Adakan Piket Tuntut Gaji Tertunggak Tiga Bulan

Kakitangan Utusan Melayu Adakan Piket Tuntut Gaji Tertunggak Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 278 hits
Astro Awani Piket yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 1 petang itu diadakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini Foto Astro AWANI KUALA LUMPUR Lebih 100 kakitangan Utusan Melayu Berhad mengadakan piket di luar ...
Tiga Warga M Sia Cedera Susulan Kekecohan Di Gelora Bung Karno

Tiga Warga M Sia Cedera Susulan Kekecohan Di Gelora Bung Karno

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 211 hits
MALAYSIAKINI Tiga warga Malaysia cedera dalam kekecohan ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 antara Malaysia dan skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta yang menyaksikan skuar Harimau Malaya menewaskan t...
Tiga Pilihan Buat Geng Kartel

Tiga Pilihan Buat Geng Kartel

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 254 hits
Pendirian Anwar Ibrahim dalam menangani tindakan sesetegah pemimpin PKR yang tidak hadir mesyuarat sejak sekian lama yang kemudian disusuli dengan sebahagiannya menunjukkan perangai mengada ngada nampaknya cukup jelas dan tidak sukar lagi d...
Hadis 40 14 Tidak Halal Darah Seorang Muslim Melainkan Dengan Tiga Perkara

Hadis 40 14 Tidak Halal Darah Seorang Muslim Melainkan Dengan Tiga Perkara

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 256 hits
Hadis 40 14 Tidak halal darah seorang Muslim melainkan dengan tiga perkara HADITS KEEMPAT BELAS Kosa kata Halal Darah Yang sudah menikah Orang yang berzina Yang meninggalkan Memisahkan dirinyaTerjemah hadits Dari Ibnu Mas ud radiallahuanhu ...
Kisah Dibalik Kesunnahan Angka Tiga

Kisah Dibalik Kesunnahan Angka Tiga

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 191 hits
Angka tiga dalam ajaran Islam identik dengan istilah Sunnah Rasul Hal ini disebabkan oleh anjuran anjuran Nabi yang serba tiga misalnya kesunnahan rangkaian wudhu kesunnahan makan dengan tiga jari memerintahkan memuliakan ibu yang diulang t...
Selalu Sangat Sakit Pinggang Masa Drive Amalkan Tiga Posisi Penting Ini

Selalu Sangat Sakit Pinggang Masa Drive Amalkan Tiga Posisi Penting Ini

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 234 hits
Keselesaan ketika memandu kenderaan seperti kereta bas dan lori merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan oleh semua pemandu Pemanduan yang selesa sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya Selain itu ke...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation