Kenali Personaliti Dan Rahsia Peribadi Anak Tengah


Siapakah yang dipanggil anak tengah dalam keluarga? Adakah anak kedua boleh dikategorikan sebagai anak tengah? Atau, anak ke empat, ke lima, dan seterusnya selagi dia bukan anak bongsu. Bagi saya kategori anak tengah dalam keluarga mudah sahaja, iaiatu selagi dia bukan anak sulung atau anak bongsu, maka secara logiknya dialah yang bergelar anak tengah. Hihi...

Banyak cerita yang saya dengar tentang anak tengah. Dan saya terlebih rajin nak mengautopsi atau menyiasat rahsia personaliti anak tengah kerana ia berkaitan dengan diri saya sendiri. So, kiranya rahsia peribadi anak tengah yang bakal saya kongsikan adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan diri saya. Opss


Kenali Personaliti Dan Rahsia Peribadi Anak Tengah
Mari bersama-sama kita selusuri dan kenali rahsia peribadi anak tengah yang sebahagiannya pasti berkait rapat dengan diri saya sendiri. Secara amnya boleh dikatakan anak tengah seorang yang berdikari, peramah, tahap keyakinan diri yang tinggi dan banyak lagi. (Ehem! ehem! saya lah tu...)

1) Anak Tengah Seorang Yang Peramah 
Faham benar rasanya bila terasing dan tidak mempunyai kawan, jadi anak tengah suka bekerja dengan orang lain, jatuh cinta dan menjalinkan persahabatan. Anak tengah memiliki personaliti yang peramah dan mudah berbual dengan orang yang baru dikenali. Anak tengah selalu berusaha menyenangkan orang lain dan menjadi tali pengikat dan pererat persahabatan teman-temannya. Namun hal ini juga menyebabkan mereka tidak pandai dan tidak berani mengambil keputusan dalam segala hal, terutama yang berkaitan dengan dirinya sendiri, kerana takut merugikan orang lain dan juga bimbang kehilangan kawan.

2) Percayakan Diri SendiriAnak tengah tak kiralah dia anak ke dua, ke tiga atau ke empat, lebih percaya dengan keyakinan sendiri. Senang cerita, sikap percaya diri sangat tinggi. Anak-anak tengah memiliki keberanian yang tinggi. Berani mengambil risiko dan membuat keputusan-keputusan penting. 
3) Lebih berdikari 
Baca : [+] Rahsia Dan Personaliti Anak Sulung

Berbanding dengan anak sulung atau anak bongsu, anak tengah tidak terlalu meminta-minta dengan ibu bapa kerana mereka lebih berdikari. Tidak hairanlah jika sejak sekolah menengah saya pun sudah jrang meminta daripada orang tua. Hinggakan saya buat keputusan sendiri untuk menolak tawaran ke universiti kerana telah bekerja di bank pada ketika itu. Ada ketikanya, anak tengah tidak ambil endah sangat pada adik beradiknya yang lain. Anak tengah pandai cari duit sendiri.

4) TerasingAnak tengah sering merasa terasing dalam keluarganya sendiri. Hal ini disebabkan anak pertama atau anak sulung biasanya mendapatkan rasa diutamakan dan perhatian yang besar dari kedua orang tua kerana inilah pertama kalinya mereka memiliki anak. Dari rasa keutamaan dan kecintaan yang dalam ini, timbul tuntutan dari orang tua bahawa anak pertama mesti berjaya, harus menjadi ikutan adik-adiknya dan macam-macam lagi. Oleh kerana tuntutan tersebut, segala hal tentang anak pertama jadi perhatian kedua orangtuanya. Begitu juga dengan anak bongsu. Mereka diberi pehatian dan perlindungan kerana dianggap paling kecil dan harus dibantu dalam segala hal. Maka tinggallah anak tengah seorang diri, terasing dan kurang diberikan perhatian.




Sewajarnya, orang tua tidak mengasingkan kasih sayang antara anak-anak. Namun, itu semua kadang-kadang berlaku tanpa sedar. Manusia pun tidak sempurna, ada kekhilafan di sana sini.

5) Paling berbezaSebenarnya, diakui atau tidak, setiap anak selalu berjuang untuk memperoleh perhatian dari orang tuanya. Dengan keadaan perhatian orang tua yang demikian, membuat anak tengah berfikir untuk melakukan sesuatu yang lain dari saudaranya. Ya! Anak tengah sukakan cabaran. Sukakan perbezaan. Jika saudaranya yang lain baik, maka anak tengah boleh menjadi pribadi yang tidak menyenangkan dan suka mencari masalah. Sebaliknya, jika saudaranya tidak terlalu baik, maka dia akan berusaha menjadi peribadi yang sangat baik. Bahkan secara penampilan dan gaya hidup, anak tengah akan selalu mencari sesuatu yang berbeza dari saudara-saudaranya. Inilah yang membuatkan mereka berbeza.

6) Kreatif dan bebasOleh kerana sering bersendirian dan bersemangat untuk melakukan sesuatu, menjadikan imaginasi anak tengah berkembang dengan baik. Kerjaya berkaitan seni dan yang memerlukan kreativiti lainnya sangat sesuai dengan anak tengah, namun mereka kurang selesa bekerja di bawah tekanan. Mereka sangat mencintai sesuatu yang bebas, pekerjaan yang boleh membuat mereka bebas bereksperiment dan tidak terikat sangat dengan peraturan. Kelemahannya adalah kebanyakan anak tengah selalu tidak menghabiskan pelajarannya, dan sukar menyelesaikan sesuatu yang sudah dimulainya. Dalam hal ini, anak tengah memerlukan rakan dan pasangan yang boleh membimbingnya.

7) Bermasalah dalam hubunganAda beberapa pendapat bahawa anak tengah sukar menjalin hubungan dengan orang lain atau sering bermasalah dalam sesuatu hubungan. Oleh kerana mereka suka menarik perhatian, timbul ketakutan jika kehadiran mereka tidak dihargai. Prasangka tersebut menjadikan sesetengah anak tengah berasa bimbang jika kehadiran mereka tidak dihargai.

Jadi, sebagai usaha mengatasi masalah ini, ibubapa disaran agar memberikan perhatian kepada semua anak secara sama rata. Jangan amalkan pilih kasih dalam membesarkan anak-anak kerana ia boleh mempengaruhi masa depan mereka.

8) Suka memberontakAnak tengah selalu dilabelkan sebagai seorang yang suka memberontak. Ada sahaja yang hendak dibangkang, tidak puas hati atau yang tidak kena. Ini kerana personaliti anak tengah yang kurang pandai berdiplomasi, pakai hentam kromo saja. Anak tengah juga kurang sikit manjanya dan bukanlah jenis yang suka tergedik-gedik seperti anak bongsu.

Namun begitu, jangan tak caya bahawa anak tengah berbakat menjadi pendamai jika anak sulung atau anak bongsu bertelagah.

9) Sukakan perhatian  Anak tengah sukakan perhatian. Dia tidak suka persamaan antara dirinya dengan adik beradik, rakan-rakan ataupun dengan rakan sekerja. Dia sukakan keunikan untuk mendapatkan perhatian.

Cara berfikir anak tengah juga agak unik dan sering menampilkan sesuatu yang berbeza samada dalam karya seni, cara mempersembahkan pandangan mereka dan juga dari citarasa berfesyen.

10) Terlalu mengalahMaksudnya, dia mengalah kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan terutamanya jika bergaduh dengan adik-beradik ataupun pasangan. Biasanya anak tengah adalah 'follower' yang setia. Bila kita membuat rancangan, anak tengah dengan mudah mengikut dan bersetuju tanpa banyak 'songeh'.

Akhir kata, anggaplah tulisan di atas sebagai panduan dan info untuk memperbaiki diri tak kira walau siapapun kita. Anak sulung, anak bongsu dan anak tengah mempunyai keistimewaan masing-masing.

Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk akhirnya boleh saling menyempurnakan?
Selamat membaca. Semoga dapat dimanfaatkan info yang telah dikongsikan. Yang baik jadikan tauladan.

Sebarkan bahagia.

Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/07/kenali-personaliti-dan-rahsia-peribadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allahuakbar Anak Oii Nasib Baik Kereta Tu Sempat Brek Budak Berbasikal Di Tengah Jalan Nyaris Dilanggar

Allahuakbar Anak Oii Nasib Baik Kereta Tu Sempat Brek Budak Berbasikal Di Tengah Jalan Nyaris Dilanggar

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 470 hits
Tindakan pantas pengguna jalan raya berjaya mengelak dari melanggar seorang kanak kanak berusia lingkungan 6 tahun yang sedang berbasikal di tengah jalan Menurut sumber kejadian itu berlaku di Jalan Changkat Jering Pantai Remis Perak pada j...
Anak Pun Perlukan Ruang Peribadi Cepat Cepat Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tip Paling Berkesan

Anak Pun Perlukan Ruang Peribadi Cepat Cepat Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tip Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 484 hits
Bukan sahaja mak ayah anak anak sendiri akan meminta untuk ruang peribadi mereka bila sampai masanya Sebagai mak ayah kitalah yang perlu mendorong anak untuk segera berdikari dan asingkan tempat tidur ketika waktu kecil Tak sampai hati Penu...
Jangan Rimas Bila Anak Mula Bertanya Itu Ini Otaknya Tengah Berhubung Mama Layankan Saja

Jangan Rimas Bila Anak Mula Bertanya Itu Ini Otaknya Tengah Berhubung Mama Layankan Saja

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 242 hits
Pertanyaan demi pertanyaan dari anak kecil kita adakalanya membuatkan kita rimas Jangan merungut atau mengelak sebaliknya bersyukurlah si kecil kita sudah mula bercakap berbanding dengan ibu bapa lain yang masih menunggu anak bercakap saban...
Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay Kenali 14 Tanda Ini Dulu Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay Kenali 14 Tanda Ini Dulu Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 322 hits
Puas sudah bermain dan merangsang mereka untuk bercakap dan mula mengajuk perkataan mudah tetapi si manja masih berdiam Selaku ibu bapa tentu sekali anda risau akan tingkah laku mereka yang masih diam membisu Ikuti artikel ini yang dikongsi...
Demi Anak Dalam Kandungan Ramirez Toreh Perut Sendiri

Demi Anak Dalam Kandungan Ramirez Toreh Perut Sendiri

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 379 hits
Kaum Hawa sekalian cuba korang bayangkan begini Korang sedang sarat mengandung Bila sampai masa nak bersalin sanggup tak korang ambil pisau dan t0reh sendiri perut yang memboyot Seluk tangan dan keluarkan bayi dalam rahim sendiri Sanggup Hu...
Saya Yang Bersalah Rosakkan Diri Sendiri Abaikan Keluarga Dan Anak Anak Amar Asyraf

Saya Yang Bersalah Rosakkan Diri Sendiri Abaikan Keluarga Dan Anak Anak Amar Asyraf

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 321 hits
TAHUN 2020 boleh dianggap sebagai tempoh yang mencabar buat semua individu di seluruh dunia Perkara sama diluahkan oleh pelakon Amar Asyraf berkaitan dengan tahun 2020 yang disifatkan tahun yang cukup menghampakan buat dirinya Dalam luahan ...
Bangun Tidur Karena Dengar Tembakan Anak Aiptu Teguh Lihat Adik Dan Ibunya Terluka

Bangun Tidur Karena Dengar Tembakan Anak Aiptu Teguh Lihat Adik Dan Ibunya Terluka

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 434 hits
Anak dan istri Aiptu Slamet Teguh Riyanto masih dirawat di rumah sakit Sedangkan jasad Aiptu Teguh sudah dibawa ke Rumah Sakit Polri Kramat Jati Informasi yang didapat anak Aiptu Teguh mengalami luka di dada sehingga harus segera mendapatka...
Mumtaz Rais Kalau Cuma Bikin Nama Partai Anak Saya Bisa

Mumtaz Rais Kalau Cuma Bikin Nama Partai Anak Saya Bisa

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 265 hits
Sejumlah kader Partai Amanat Nasional di Daerah Istimewa Yogyakarta disebut memilih menyeberang dan bergabung dengan Partai Ummat bikinan Amien Rais Menanggapi isu banyaknya kader PAN di DIY yang menyeberang ini Ketua Pembinaan Organisasi d...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul