Demi Anak Dalam Kandungan Ramirez Toreh Perut Sendiri


Demi Anak Dalam Kandungan,Ramirez Toreh Perut Sendiri Kaum Hawa sekalian, cuba korang bayangkan begini…



Korang sedang sarat mengandung. Bila sampai masa nak bersalin, sanggup tak korang ambil pisau dan t0reh sendiri perut yang memboyot? Seluk tangan dan keluarkan bayi dalam rahim sendiri. Sanggup? Huh, bila bayangkan pun dah terasa pedih, ngilu…
Itu memang kerja gila. Tapi, perbuatan gila itulah yang pernah dilakukan seorang wanita Mexico bernama Ines Ramirez Perez.
Kisahnya begini…Pada tengah malam bertarikh 5 Mac 2000, Ramirez yang hamil bersendirian di rumahnya di Rio Talea, Mexico. Ketika itu dia berasa sakit hendak bersalin. Suaminya tiada kerana keluar

Rio Talea merupakan sebuah perkampungan yang dihuni lebih kurang 500 penduduk dan di desa ini cuma ada sebuah telefon awam. Nak guna perkhidmatan awam agak sukar kerana kedudukannya amat jauh dari kediaman Ramirez. Hendak ke klinik terdekat pula, jaraknya dalam 80 kilometer dan perlu melalui jalan yang teruk

Ramirez tak mampu berbuat apa-apa. Dia cuba bertahan sambil menanti kalau si suami akan pulang. Tapi, setelah lebih 12 jam menahan sakit dan si suami belum juga pulang, Ramirez nekad dengan idea gilanya

Wanita itu ke dapur mengambil sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter. Kemudian dia duduk di sebuah bangku kayu lalu meneguk tiga gelas kecil minuman keras. Dan... bermulalah episod kelahiran mengerikan ini.
Ramirez mula menyiat kulit perutnya menggunakan pisau tadi secara menegak di sebelah kanan pusat sedalam 17 sentimeter. Selepas sejam memotong kulit, lemak, dan otot, rahimnya mula kelihatan

Ramirez kemudian menghiris rahimnya seakan memotong roti tortilla menyebabkan darah membuak keluar. Apabila rahim terbuka, Ramirez terus mencekup dan mengeluarkan bayinya. Dia kemudian memotong tali pusat bayi menggunakan gunting dan meletakkan anaknya di sisi

Setelah itu, Ramirez masukkan semula organ dalamannya yang terkeluar tadi ke dalam perut sebaik mungkin. Tak lama kemudian, Ramirez pengsan tidak sedarkan diri. Bila dia terjaga semula, dia membungkus bahagian perutnya yang terbuka menggunakan baju

Dengan sisa tenaga yang ada, dia menyuruh salah seorang anaknya yang berusia 8 tahun pergi mendapatkan bantuan. Beberapa jam kemudian, pembantu kesihatan desa tiba dan menemui Ramirez terbaring di lantai di samping bayinya yang masih hidup

Melihat keadaan perut Ramirez terburai dengan bermandi darah, pembantu itu membuat jahitan sementara untuk menutup bukaan. Ramirez dan bayinya dikejarkan ke sebuah klinik menggunakan van untuk mendapatkan bantuan kecemasan yang jaraknya mengambil masa 2 setengah jam perjalanan

Dari klinik itu pula, kedua beranak itu dipindahkan ke hospital San Pedro dengan ambulans. Pakar perubatan di hospital tersebut, Dr. Galvin yang menerima kes ini terkejut melihat keadaan Ramirez

Dr. Galvin segera melakukan pembedahan kecemasan. Sepanjang 16 jam pembedahan dijalankan, antaranya proses laparotomi, membaiki uterus, ligasi tuba dan usus bagi melihat sebarang kecederaan. Dinding rahim dan perut ditutup dan dijahit berlapis-lapis

Seminggu selepas dirawat di hospital, Ramirez menunjukkan perubahan positif. Malah, doktor juga kagum wanita ini tidak mengalami pendarahan dalaman dan keracunan darah. Saiz rahimnya juga kembali normal, luka pulih dan tidak menunjukkan tanda jangkitan. Bayi lelakinya yang diberi nama Orlando juga membesar sihat seperti kanak-kanak lain

Ramirez diyakini satu-satunya individu yang diketahui telah melakukan pembedahan untuk bersalin sendiri. Kesnya telah direkodkan dalam ‘International Journal of Gynecology & Obstetrics’ untuk edisi bulan Mac 2004

Apa yang buat Ramirez berani bertindak menoreh perutnya sendiri?
Ujar Ramirez, naluri keibuan yang mendesaknya bertindak gila begitu. Paling penting, dia tidak mahu sejarah lama berulang kembali

Sebelum kelahiran mengerikan ini, Ramirez mempunyai 8 orang anak. Namun, bayi kelapannya meninggal dunia disebabkan air ketuban pecah dan dia tidak sempat ke hospital untuk bersalin. Disebabkan tidak mahu kehilangan anak lagi, Ramirez berusaha menyelamatkan Orlando, biarpun berdepan risiko nyawanya sendiri yang akan melayang

Begitulah kasih seorang ibu..

sumber:Mastika

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2020/12/demi-anak-dalam-kandunganramirez-toreh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Upah Cikgu Datang Rumah Nad Zainal Akui Bukan Senang Nak Mengajar Anak Sendiri

Hiburan Upah Cikgu Datang Rumah Nad Zainal Akui Bukan Senang Nak Mengajar Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 389 hits
Pelakon drama Hati Yang Tersakiti Nad Zainal mengakui bahawa bukan mudah bagi dirinya untuk mengajar anak sulung kesayangan Fahad Ibrahim yang kini berusia 4 tahun di rumah sepanjang musim COVID 19 ini Apa yang membimbangkan Nad apabila dia...
Majlis Khwin Lagi 5 Hari Tapi Bakal Isteri Dh Mgandung Anak Lelaki Lain Aku Tpksa Kahwin Demi Maruah Tapi Bersyarat

Majlis Khwin Lagi 5 Hari Tapi Bakal Isteri Dh Mgandung Anak Lelaki Lain Aku Tpksa Kahwin Demi Maruah Tapi Bersyarat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 428 hits
Foto sekadar hiasan Assalamualaikum admin Mohon hidekan profil saya Saya sekarang dalam dilema Majlis kahwin saya lagi 5 hari lagi tapi Permasalahan saya di sini berkaitan tunang saya Dia dah mengandung 1 bulan Tapi sebelum tu saya nak makl...
Hiburan Masih Dalam Kandungan Mawar Rashid Dah Buka Akaun Instagram Untuk Anak Keduanya

Hiburan Masih Dalam Kandungan Mawar Rashid Dah Buka Akaun Instagram Untuk Anak Keduanya

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 356 hits
Mendedahkan dirinya bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi pelakon Mawar Rashid akui proses kehamilan dalam tempoh pandemik Covid 19 adalah berbeza berbanding ketika hamil anak pertama dahulu Katanya beliau kini seakan perlu berha...
Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri Doktor Kongsi Prosedur Betul Nak Cabut Gigi Kat Rumah

Gigi Susu Anak Dah Goyang Mak Ayah Boleh Cabut Sendiri Doktor Kongsi Prosedur Betul Nak Cabut Gigi Kat Rumah

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 547 hits
Gigi susu anak dah mula goyang goyang sebenarnya mak ayah boleh cabut sendiri di rumah tanpa perlu ke klinik gigi Tapi mungkin ramai yang takut nak buat kerana tiada pengalaman atau tak tahu cara yang betul Dr Azila Mohd Kasim dari Klinik P...
Kejam Oknum Polisi Tembak Ibu Dan Anak Yang Jadi Tetangganya Sendiri

Kejam Oknum Polisi Tembak Ibu Dan Anak Yang Jadi Tetangganya Sendiri

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 369 hits
Sebuah video penembakan yang dilakukan oleh seorang oknum polisi beredar di jagat maya Video tersebut viral dan menghebohkan warganet Video tersebut diunggah oleh akun Twitter zythearcher Dalam video tersebut terlihat perkelahian antara seo...
Penggali Kubur Ikat Perut Demi Kelangsungan Hidup

Penggali Kubur Ikat Perut Demi Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 279 hits
Penerima bantuan ansaf Ardi Alias bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf kepada 60 buah keluarga asnaf anjuran bersama Masjid As Sobirin Lembah Keramat dengan kerjasama Penyumbang Syarikat Korporat dan Individu di D...
Elfira Loy Selesa Berada Di Rumah Elak Anak Berjumpa Orang Ramai Di Musim Pandemik Demi Keselamatan Nyawa Diri

Elfira Loy Selesa Berada Di Rumah Elak Anak Berjumpa Orang Ramai Di Musim Pandemik Demi Keselamatan Nyawa Diri

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 313 hits
Penularan pandemik Covid 19 menggusarkan banyak pihak terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak anak yang masih kecil Pelakon dan selebriti Elfira Loy juga tidak terkecuali Dalam musim pandemik ini Ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf lebih sel...
Saya Yang Bersalah Rosakkan Diri Sendiri Abaikan Keluarga Dan Anak Anak Amar Asyraf

Saya Yang Bersalah Rosakkan Diri Sendiri Abaikan Keluarga Dan Anak Anak Amar Asyraf

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 353 hits
TAHUN 2020 boleh dianggap sebagai tempoh yang mencabar buat semua individu di seluruh dunia Perkara sama diluahkan oleh pelakon Amar Asyraf berkaitan dengan tahun 2020 yang disifatkan tahun yang cukup menghampakan buat dirinya Dalam luahan ...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengidam Rumah Tanah Luas Pempengaruh Anes Ayunie Dapat Hadiah Rumah Rm2 Juta Dari Suami

Cara Mengelak Terlibat Dalam Kemalangan Bagi Penunggang Motosikal

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr