Anak Pun Perlukan Ruang Peribadi Cepat Cepat Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tip Paling Berkesan


Bukan sahaja mak ayah, anak-anak sendiri akan meminta untuk ruang peribadi mereka bila sampai masanya. Sebagai mak ayah kitalah yang perlu mendorong anak untuk segera berdikari dan asingkan tempat tidur ketika waktu kecil.
Tak sampai hati? Penulis TheProParenting, Wan Nur Syakira berkongsi mengapa anak perlu segera di asingkan daripada tempat tidur mak ayah. Malah turut berkongsi tip berkesan. Jom praktikan pada anak.

 
Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting. Kenapa perlu asingkan tempat tidur anak dan ibu ayah ?
1. Terlalu banyak kes pornografi, ketagihan seks, sumbang mahram, rogol berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan.
2. Menjaga pandangan anak dan menjaga aurat ibu bapa dan anak.
3. Besar kemungkinan anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba lalu akhirnya terjebak. Memang ada kes begini! Bahkan memberi kesan buruk pada emosi anak tersebut.

4. Mengajar anak tentang konsep privasi, rasa malu dan had antara ibu bapa dan anak-anak.
5. Menjaga keharmonian dan maruah setiap ahli keluarga.
Islam sendiri memberi panduan tentang pengasingan bilik tidur ibu bapa dan anak.
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Begitu juga perintah menjaga dan menundukkan pandangan.
” Katakanlah kpd lelaki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yg demikian itu lebih suci bg mereka. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat “.
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yg boleh dilihat….”(Surah An-nur, ayat 30-31)

Pandangan anak perlu dijaga dan dielak daripada terlihat aurat dan hubungan kelamin ibu bapa. Kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas tidak boleh dibiasakan selesa tidur dengan ibu bapa.
Ramai ibu bapa rasa tidak sampai hati dan kasihan serta merasakan waktu tidur adalah waktu yang mampu merapatkan hubungan anak dan ibu bapa.
Menurut pakar psikologi, hubungan antara ibu ayah dan anak-anak akan lebih terjalin erat dan rapat ketika waktu jaga, iaitu waktu bermain dan meluangkan masa bersama serta berkomunikasi dua hala. Jadi, tidak ada isu hubungan jadi renggang apabila berpisah tempat tidur.
Setelah kanak-kanak bercerai susu, kanak-kanak ini sudah boleh disediakan dan dilatih untuk tidur di bilik sendiri secara berperingkat.

Bermula berpisah tilam meskipun di bilik yang sama sehinggalah berpisah bilik tidur dengan ibu bapa. Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi.
Proses yang mengambil masa dan komitmen ibu bapa serta anak itu sendiri. Tidak mengapa, bersusah dahulu , bersenang kemudian.
Emosi dan fizikal anak perlu disediakan dengan baik agar proses ini menjadi lancar tidak menimbulkan gangguan emosi dan trauma kepada anak.
Ia sangat berkait dengan persediaan emosi ( boleh berdikari ), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu dan ruang privasi ) dan fizikal anak ( sudah lulus toilet training) .
Banyak manfaatnya jika anak diasingkan tempat tidur dari ibu ayah dari usia awal, antaranya anak menjadi lebih berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berani.
Anak juga akan mempunyai rasa tanggungjawab apabila mempunyai ruang peribadi dari segi kebersihan, penjagaan dan disiplin.
Jika ibu bapa tidak mampu menyediakan rumah yang mempunyai 3 bilik tidur, sekurang-kurangnya kita mengehadkan ruang ibu bapa kepada anak-anak dalam 3 masa berikut;

* iaitu sebelum Subuh, tengahari, dan selepas Isya seperti saranan dalam firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu meminta izin (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya…”)
Setelah anak-anak sudah diasingkan tempat tidur, mereka perlu diajar tentang adab minta izin masuk bilik ibu bapa.
Ibu bapa harus tunjukkan satu persatu apa perlu dibuat dan beritahu anak caranya.

* Ketuk pintu bilik ahli keluarga dengan ketukan sederhana.
* Ibu bapa tunjukkan macam mana cara ketuk.
* Jangan diketuk terlalu kuat , ibu bapa berikan bantuan fizikal ketika mengajar.
* Pegang tangan anak-anak , kepalkan , dan ketuk. Pesan kepada anak-anak, jangan pukul pintu ini, nanti terkejut orang dalam bilik.
* Berikan salam , Assalamualaikum meskipun nak masuk bilik sahaja.
* Tanya boleh saya nak masuk. Bila ahli keluarga memberi keizinan, barulah anak-anak boleh masuk ke dalam bilik tersebut.
Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom sama-sama cakna ibu ayah! Dan kecaknaan bermula dengan ibu ayah cari ilmu!
The post Anak Pun Perlukan Ruang Peribadi, Cepat-Cepat Asingkan Tempat Tidur Anak, Ini Tip Paling Berkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-pun-perlukan-ruang-peribadi-cepat-cepat-asingkan-tempat-tidur-anak-ini-tip-paling-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Didik Anak Soleh Rajinlah Usap Ubun Ubun Anak Masa Tidur Sambil Baca Doa Ni

Tip Didik Anak Soleh Rajinlah Usap Ubun Ubun Anak Masa Tidur Sambil Baca Doa Ni

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 479 hits
Doa ibu bapa adalah doa yang amat mustajab dan kekuatan buat anak Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan buat mereka Ini bertepatan dengan sebuah hadis ...
Borak Dulu Dengan Anak Sebelum Tidur Biar Anak Tahu Mereka Ada Tempat Istimewa Di Hati Kita

Borak Dulu Dengan Anak Sebelum Tidur Biar Anak Tahu Mereka Ada Tempat Istimewa Di Hati Kita

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 278 hits
Siapa kata anak kecil kita tak pernah memahami apa yang ada dalam hati kita Jika diberikan peluang anak kecil kita ini lebih jujur dalam mengenal diri kita Itulah hakikatnya Selain bacakan buku cerita pada anak di malam hari berkongsi dari ...
Anak Dah Masuk Setahun Tapi Tak Cukup Berat Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini Pasti Berkesan

Anak Dah Masuk Setahun Tapi Tak Cukup Berat Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini Pasti Berkesan

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 365 hits
Salah satu masalah dalam aspek penjagaan anak adalah apabila bayi kurang berat Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan Garis panduan penjagaan anak Berdasarkan garis panduan umum seorang bayi harus membesar sekitar...
Menkes Budi Akan Tambah 100 Tempat Tidur Di Ruang Icu Rscm

Menkes Budi Akan Tambah 100 Tempat Tidur Di Ruang Icu Rscm

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 169 hits
Budi mengatakan penambahan tempat tidur akan dilakukan di ruang perawatan dan unit perawatan intensif Yang tidak kalah penting kata Budi adalah penambahan perawat
Kenali Personaliti Dan Rahsia Peribadi Anak Tengah

Kenali Personaliti Dan Rahsia Peribadi Anak Tengah

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 286 hits
Siapakah yang dipanggil anak tengah dalam keluarga Adakah anak kedua boleh dikategorikan sebagai anak tengah Atau anak ke empat ke lima dan seterusnya selagi dia bukan anak bongsu Bagi saya kategori anak tengah dalam keluarga mudah sahaja i...
Ada Anak Bawah 4 Tahun Sebelum Nak Pandai Baca Buat Yang Ni Dulu Baru Cepat

Ada Anak Bawah 4 Tahun Sebelum Nak Pandai Baca Buat Yang Ni Dulu Baru Cepat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 374 hits
2 3 tahun dah boleh membaca Logik tak Logik DENGAN SYARAT MEREKA DAH BERSEDIA Setiap anak kayu ukur mereka tak sama Maka jangan banding bandingkan mereka Life is about competition Compete dengan DIRI SENDIRI bukan dengan anak jiran ya atau ...
Anak Lahir Sama Bulan Raf Yaakob Syukur Hadiah Birthday Paling Bernilai Tahun Ini

Anak Lahir Sama Bulan Raf Yaakob Syukur Hadiah Birthday Paling Bernilai Tahun Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 229 hits
Umum sedia maklum bahawa pelakon cantik Mawar Rashid baru sahaja melahirkan seorang anak perempuan pada minggu lalu Bayi yang diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta itu telah selamat melihat dunia pada hari Sabtu 2 Januari 2021 Menerusi In...
Anak Dah Besar Tidur Waktu Siang Perlu Untuk Elak Drama 30 Minit Pun Cukup

Anak Dah Besar Tidur Waktu Siang Perlu Untuk Elak Drama 30 Minit Pun Cukup

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 487 hits
Makin anak besar tidur siang seolah olah dah tak jadi rutin buat mereka Biasanya apabila anak umur 3 tahun ke atas ibu bapa mula bagi kelonggaran dan tak paksa pun mereka tidur Maksudnya usia anak waktu ini mereka di beri kebebasan sama ada...
Ibu Tak Penat Dengan Karenah Anak Terlebih Penat Sebab Mahu Yang Terbaik Itu Cepat Marah

Ibu Tak Penat Dengan Karenah Anak Terlebih Penat Sebab Mahu Yang Terbaik Itu Cepat Marah

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 473 hits
Pernah tak ibu ibu rasa nak lari Rasa nak merajuk duduk dalam bilik kunci pintu tanpa fikir apa yang berlaku di luar Rasa nak pukul anak anak sambil menjerit meluah apa yang dirasa Rasa tak nak balik rumah hadap semua yang berlaku di rumah ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025