Kenali Pengasas Norcy Beautylab Sdn Bhd
Sempena Festival Industri Kecil dan Sederhana (FIKS) yang diadakan di Pantai Badarag Sikuati yang berlangsung pada 5-8 September lalu. Saya sempat bertemu dengan seorang Pengasas Produk dan juga CEO Makmal R & D Kosmetik
Mungkin bagi anda yang berasal dari Kudat sudah mengenali beliau. Wanita cantik dan menawan yang saya maksudkan ini adalah Norsiah Binti Ahiddin. Berikut adalah serba sedikit biodata beliau
Nama: Norsiah Binti AhiddinUmur: 31 tahunKelulusan Akademik: Bac. In Clinical Lab Science (Hons)Asal: Matunggong, KudatBangsa: RungusPekerjaan: CEO/Pengasas Norcy Beautylab Sdn BhdStatus Perkahwinan: BujangHobi: Memancing
Modal RM200 Memulakan Perniagaan Dari Rumah
Minat mendalam terhadap bidang kosmetik dan kecantikan mendorong bekas Pegawai Sains ini menjual Coffee Scrub buatannya sendiri dengan hanya bermodalkan RM200 sahaja, daripada duit itu RM140 untuk membeli mesin dan RM60 untuk membeli bahan mentah. Coffee Scrub yang dihasilkan pada mulanya dijual secara pre-order. Hasil daripada perniagaan ini dikumpulkan untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau
Pernah Ditipu
Bercerita mengenai pahit manis pengalaman dalam perniagaan dalam ucapannya di festival itu, beliau berkata dia pernah ditipu dalam pelaburan sehinggakan duit hasil titik peluh lesap begitu saja. Nak menangis pun tak ada gunanya
“Bila kita dalam keadaan terdesak mahukan sesuatu, ada orang yang akan mengambil kesempatan” tambahnya lagi. Usaha untuk mendapatkan modal perniagaan musnah begitu saja. Duit hasil usaha selama ini habis tanpa ada pulangan seperti yang dijanjikan
Usaha Mendapatkan Pinjaman Perniagaan
Selepas kes tertipu, beliau kemudiannya membuat carian di google tentang bantuan-bantuan yang ditawarkan Kerajaan. Rupa-rupanya ada banyak pinjaman perniagaan yang ada boleh kita pohon. Dengan ilmu yang ada, Norsiah berkata beliau menyertai banyak pertandingan Pitching Perniagaan (Business Picthing) yang dianjurkan. Namun, usaha untuk memenanginya agak sukar. Norsiah mengaku dia pernah di tolak sebanyak 5 kali
“Kemudian saya berfikir, kenapa saya ditolak? Rupa-rupanya, produk saya sebenarnya langsung tiada inovasi, orang lain buat coffee scrub, saya pun buat coffee scrub, produk saya sama saja berbanding produk orang lain” tambahnya lagi
Berfikir tentang inovasi terhadap produk, Norsiah berkata “why not saya bekerjasama dengan Saintis di Universiti untuk membuat inovasi dalam produk saya? Memandangkan saya memang dalam bidang yang sama”
Setelah kajian dibuat, maka terhasillah produk jenama Prebiotic Skincare untuk mencantikkan kulit secara semulajadi. Produk ini satu-satunya produk yang memelihara bakteria baik didalam kulit kita
Dan, pada tahun 2018 beliau telah memenangi Geran Perniagaan berjumlah RM100,000 dalam pertandingan realiti perniagaan anjuran SEDIA Teraju.
Penubuhan Norcy Beautylab Sdn Bhd
Dengan bermodalkan geran perniagaan tersebut, Norsiah berkata beliau telah memulakan kilang kosmetik ini dengan membeli peralatan pemprosesan kosmetik dan bahan mentah
Selain itu, Norcy Beautylab Sdn Bhd juga mendapat bantuan membina premis dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Bermula pada perniagaan enterprise pada tahun 2017, kini sudah menjadi Norcy Beautylab Sdn Bhd pada tahun 2018 sehingga kini
Bercakap mengenai visi dan misi perniagaan, Norsiah menyatakan beliau mahu menjadikan makmal Norcy Beautylab sebuah makmal yang diiktiraf di rantau Borneo dan mahu membuka minda ramai founder produk diluar sana melihat bisnes kosmetik ini sebagai kerjaya yang professional dan bukan sekadar cukup makan sahaja
Kenapa Harus Memilih Norcy Beautylab Sebagai Pakar Kosmetik Anda?
Dalam tempoh 2 tahun dalam perniagaan, beliau menyatakan bahawa pasaran produknya telah menembusi pasaran Korea, Kalimantan, dan Brunei. Sehingga kini, beliau telah berjaya merecruit 4 orang pekerja tetap dan 100 lebih agen di seluruh Malaysia. Selain agen kepada produk jenama sendiri, Norsiah juga berjaya melahirkan 80 lebih pengasas produk di Malaysia
Justeru itu, jika terdapat individu diluar sana yang mahu menghasilkan produk jenama sendiri, mereka harus memahami proses penghasilan produk kosmetik tersebut. Di Norcy Beautylab, antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah.
Menghasilkan produk kecantikanKelas KosmetikUjian makmalPersijilan KKMPendaftaran Produk/Token USBMenjual bahan mentah membuat kosmetikKelas pemasaran produkDesign packaging
Apabila ditanya mengenai perbezaan makmal ini dengan kilang OEM, Norsiah menerangkan makmal ini adalah tempat untuk menghasilkan Formula (R & D) sesuatu produk kosmetik. Manakala OEM (Original Equipment Manufaturing) adalah kilang yang menghasilkan produk repacking. Token (formula R & D kosmetik) yang diperolehi dari KKM boleh dihantar ke mana-mana kilang OEM untuk penghasilan produk dan repacking
Berapakah Modal Hasilkan Produk Jenama Sendiri?
Untuk menghasilkan produk jenama sendiri, modal yang diperlukan hanya serendah RM99.00 sahaja. Manakala, MOQ (Minimum Order Quantity) adalah 10 pcs
Dalam gambar diatas, produk yang masih belum ada sticker jenama itu adalah produk yang menanti product owner baru untuk mendapatkannya
Nasihat dan Kata-Kata Semangat Untuk Bakal Usahawan
Apabila saya bertanya, apakah nasihat atau kata-kata semangat yang beliau boleh berikan kepada bakal usahawan diluar sana.
“Apapun yang kita rancang, kita perlu yakin dan jangan teragak-agak, yakinlah dan pasti akan berhasil” - Norsiah Ahiddin
“Kita harus ada niat untuk saling menambah nilai hidup orang lain, niat untuk menghasilkan produk untuk manfaat orang lain bukan keuntungan semata-mata” - Norsiah Ahiddin
Untuk pengetahuan semua, buku hasil tulisan beliau akan dijangka diterbitkan pada bulan Oktober 2019 nanti yang berjudul “Natural Cosmetic Making”. Buku ini akan banyak membuka minda kita tentang penghasilan produk kosmetik semulajadi yang diasaskannya
Bagaimana Cara Menghubungi Norcy Beautylab?
Kepada bakal usahawan yang mahu hasilkan produk sendiri seperti pengasas produk kosmetik terkenal di Malaysia Arwah Faziani Rohban (D’nars Skincare), Syma Eima (Syma Beauty), Dato’ Seri Vida (Qu Puteh), Ika Ekora (Ekora Beauty), Shaa Hassan (Syaalcious Beauty), WN Syuhada (Sobella) dan ramai lagi
Inilah peluang terbaik untuk anda memulakan empayar perniagaan jenama sendiri. Mana tau, esok-esok anda berjaya setanding pengasas-pengasas diatas
Gambar saya bersama Pengasas Norcy Beautylab Sdn Bhd - Norsiah Ahiddin
Bagi anda yang berminat mendapatkan perkhidmatan Norcy Beautylab Sdn Bhd, anda boleh menghubungi :-
Norcy Beautylab Sdn BhdPusat Keusahawanan Matunggong,Peti Surat 78, 89058, Kudat,Sabah.
Tel: 012-8365418
Facebook Fan Page: Norcy Beautylab Sdn BhdInstagram: NORCY BEAUTYLAB SDN BHD
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.elihjapahar.net/2019/09/kenali-pengasas-norcy-beautylab-sdn-bhd.html