Kenali Pasangan Anda Luar Dalam Sebelum Terjerat Dengan Keganasan


Keganasan terhadap pasangan bukan suatu isu baharu dalam masyarakat, namun kebanyakan mangsa pilih untuk berdiam diri kerana bimbang seluruh keluarga akan mendapat malu selain memikirkan masa depan anak-anak sekiranya perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa

Dalam rumahtangaa, kebanyakan mangsa keganasan mengakui bahawa pasangan mereka memiliki sifat panas baran yang lazimnya telah diketahui sebelum berkahwin lagi. 

Namun adakalanya keganasan turut berlaku biarpun pada zahirnya pasangan mereka penyayang dan soft orangnya tetapi bila tiba ketikanya dia menjadi seorang yang sangat pemarah dan tiada empati. Jadi perlu tahu bahawa semasa die berada dalam mood romantik dan penyayang itu adalah saat dia cover baran dirinya. Jangan terpedaya

Terdapat beberapa cara untuk mengesan sikap panas baran pasangan di awal-awal perkenalan. Namun cara ini sukar untuk berkesan sekiranya mereka ini sejenis yang pandai menyelindung hakikat sifat sebenar mereka, waima ibu bapa mereka sendiri pun tidak tahu anak mereka seorang yang baran dan ganas

Baran yang dikenalpasti sebelum kahwin akan menjadi lebih buruk sebaik selepas mendirikan rumah tangga, sebab suami yang baran ini terlalu ego untuk sedar akan sifat keji yang ada pada diri sendiri. Plus selepas bernikah, suami cenderung unutk rasa lebih berkuasa dengan 'kuasa veto' di mana kerapkali kuasa ini akan disalahgunakan oleh makhluk munafik yang manis di depan namun hakikatnya di sebalik topeng manis itu hanyalah syaitan

Bagi Mamy, suami yang panas baran sampai sanggup mengenakan tindakan kekerasan terhadap pasangan adalah seseorang yang keji, sebab memilih kekerasan untuk menegakkan sesuatu atau 'mengajar' pasangan. Sikap buruk dan keji ini merupakan pilihan! Jadi tak perlu menyalahkan keadaan, kononnya keadaan isteri itu yang mendesak mereka untuk berkasar! Nonsense


Kenali Pasangan dan Sikap Panas Baran MerekaTerdapat beberapa tanda yang dapat diperhatikan sebelum berkahwin untuk mengenali pasangan atau bakal pasangan anda merupakan seorang yang panas baran dan kasar. Jom skrol ke bawah dan jangan tertinggal satu pun point yang Mamy senaraikan:

1. Terlalu MengawalFirst and foremost, lelaki yang panas baran ini mempunyai suatu tabiat toksik sejak azali, iaitu over-protective atau bersamaan dengan kuat mengongkong dan dahagakan kuasa. Nak tahu sama ada anda sedang 'terpenjara' akibat kawalan si dia? Semak balik dan tanya dalam diri, adakah si dia selalu berkelakuan cemburu yang terlampau hingga menyesakkan nafas dan membuatkan diri anda rasa tercekik

Contohnya: "Saya tak nak dalam mesyuarat awak duduk sebelah lelaki". "Saya nak awak jangan keluar dengan kawan-kawan perempuan lain". 
"Saya tak nak tengok awak sanyum dengan orang lain selain saya".
"Saya nak awak terus balas mesej dan jawab video call saya tak kira waktu, saya tak nak terima apa-apa alasan".
Sekiranya jawapannya ya, fikir semula, adakah berbaloi untuk anda menghabiskan 30 tahun hidup bersama dia yang menyesakkan itu? Berbaloikah? Tepuk dada, tanya selera


2. Tiada EmpatiDia terlanggar ayam, kucing atau anjing jalanan? Biasa saja, tak menggigil, tak takut mahupun rasa kesal sebab mereka ini kurang empati dan belas kasihan. Mereka ini biasanya takkan terkesan atau bersimpati terhadap orang yang dalam kesusahan mahupun kelaparan. Mereka juga cenderung untuk melakukan perkara tak berperikemanusiaan sampai sanggup memukul dan melempar binatang tanpa rasa bersalah!  Benar-benar tak berhati perut langsung. 
Baca Juga : Wanita! Kenapa Kita Mudah Memaafkan Tapi Tak Mudah Melupakan?
3. Sering Mengeluarkan Kata Kesat dan Menyakitkan HatiAnda bayangkan saja lah ya, sekiranya semasa bertemu janji pun sudah menggunakan perkataan kesat kepada anda siap pakej maki-hamun "bangang", "sial", ber "kau-aku", bila dah berkahwin nanti pastinya keadaan akan lebih keruh

Bila ada masalah pula, pasti anda akan menerima kata perlian dan ejekan sebagai cara untuk si dia untuk melepaskan geram. Kemudian dia memasang ayat perisai "bergurau jer pun tak boleh?" sedang perkara itu kerapkali dia ulang! Menyakitkan hati bukan


4. Serangan fizikalPerbuatan seperti menggenggam lengan secara kasar, merentap tangan anda, melemparkan barang ke arah anda, lempang, cekik, serta menarik tudung, rambut, leher baju dan sebagainya; kalau pernah alami semua ni dengan dia, Mamy pesan kalian lari lah laju-laju dan jauh-jauh hingga hilang dari radar carian si dia. Kalau boleh sekat semua channel komunikasi yang menghubungkan kalian dengan dia. Block! Block semuanya. Kalau tak lari, Mamy aci kerat jari Mamy kata, kalian akan hidup menderita dan merana


5. Meninggi suara, MenengkingBila dia panggil anda, dia panggil dengan jeritan terutamanya bila hubungan kalian sedang bergolak. Awalnya anda mungkin mendefinisikan ini sebagai bercakap kuat, tapi sebenarnya percakapan dengan nada setinggi ini lama kelamaan dia akan menjerit, membentak, menengking, memaki pula

Menjerit dan menengking anda disifatkan sebagai perbuatan keji dan tidak menghormati anda. Si dia juga tidak teragak-agak menengking anda di khalayak ramai seperti di dalam restoran, di stesen petrol, di taman awam mahupun di hadapan keluarga anda. Bagi Mmay perbuatan ini benar-benar tidak bermoral kerana si dia tidak peduli untuk menjaga air muka dan maurah anda di hadapan orang lain


Handpicked For You : Ciri-ciri Lelaki Berpesonaliti Narsisistik

6. Tak Boleh Ditegur dan Diajak BerbincangAda perkara yang tidak boleh anda tegur langsung. Namun ada yang sekejap boleh, sekejap tidak. Ini benar-benar membuat anda bingung

Ada hari bila diajak berbincang, dia akan cool dan nampak sangat rasional tetapi esoknya dia menjeling tajam terhadap anda sebaik saja anda membuka mulut. Adakalanya dia mempamerkan muka bengis dan menakutkan, mendengus dan terus marah dengan usul anda

Anda Mungkin Meminati Juga : Rahsia Untuk Menyelesaikan isu Berbangkit dalam Rumahtangga
7. Suka Menyalahkan Orang Bila masuk bab marah, makian dan memukul, dia akan menyalahkan anda atau orang lain di atas kelakuannya. "Itulah, ayang gedik sangat melayan laki tu, abang jadi hilang sabar. Maaf abang jadi macam ni sebab terlalu sayangkan ayang". 
Sedangkan dia yang terlajak cemburu dan overthinking. Pasangan dia elok normal saja, tidak menggedik pun. Sorry to say la, bagi Mamy lelaki yang sering menuding jari menyalahkan orang lain di atas tindakan dia sendiri adalah lelaki yang terlampau ego dan taknak bertanggungjawab atas tindakan dia


8. Tanda Luaran Seseorang Yang BaranOrang panas baran ini apabila menyimpan amarahnya yang meluap-luap, seluruh badannya akan menggigil-gigil, mukan dan cuping telingaya akan kemerah-merahan, uratnya akan jelas timbul. Saat itu, orang ini amat bahaya kepada orang sekeliling dan tiada siapa tahu apa yang dia mampu lakukan pada ketika itu

Tips Tangani Suami Baran Buat IsteriBuat para isteri yang tersepit dengan suami yang begini, ini tips power untuk kalian gunakan! Sumber dari Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
1. Nak Tegur Sesuatu Kesalahan, Sandarkan Kepada Orang Yang Arif Dalam Bidangnya

Nak tegur sesuatu kesalahan, sandarkan kepada beberapa orang yang lebih arif dalam sesuatu bidang

Sebelum: “Abang tolonglah saya kemas rumah ni, asyik menghadap handphone je.”
Selepas: “Abang, itu hari ayang ada baca satu kajian/sharing Prof. ABCD ni, kalau rumah bersih dan kemas, ia akan beri kesan positif pada isi keluarga. Jom bang, kita bersihkan sama-sama belakang rumah ni.”

2. Ajak Suami Solat & Mengaji Sama-SamaSeusai solat dan beribadah, bila kedua-dua dalam keadaan tenang, baru zahirkan apa yang terbuku

3. Bawa Suami Berjumpa Dengan Orang Yang Dia HormatiSebaiknya orang yang bukan dari ahli keluarga. Lebih baik orang luar. Ajak berjumpa, berbincang santai dan minta pandangan. Catat dan pastikan praktiskan segala saranan itu dalam rumahtangga

Para isteri,Memang hal ini berisiko kerana Tok Abah selalu terima kes-kes yang sehingga kepada penderaan fizikal kepada isteri. Memang menakutkan. Nauzubillah

Sandarkan segala-galanya kepada Allah SWT agar Dia melindungi dan menjaga diri kalian serta keharmonian rumah tangga kalian ya

Suami Baran Boleh Amalkan Selawat IbrahimiyahSementara itu, di perkongsian lain pula, terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh suami bersikap baran untuk mengawal nafsu amarah tersebut. Ini termasuklah, menjadikan Selawat Ibrahimiyah sebagai amalan bacaan

Soalan: "Tok Abah, suami saya panas baran dan suka memukul. Doa apa yang perlu suami saya amalkan."
Jawapan: "Panas baran sememangnya barah dalam rumah tangga. Jika sifat ini ada dalam diri kita, ia tanda kita lemah akal dan iman."
Maka perlu kita perkasakan diri, meningkatkan ilmu dan amal supaya hal ini boleh di atasi
Apabila hati mula terasa panas, cepat-cepat capai air masak.Minum 3-5 gelas untuk redakan amarah secara fizikal.Berlatih untuk tahan amarah dan beristigfar sekurang-kurangnya 11 kali.Kemudian amalkan Selawat Ibrahimiyah ini selalu.suami baran
   Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Anak cucu Tok Abah,Api kemarahan adalah sifat syaitan. Ia amat menyukai dan suka menyemarakkan lagi rasa marah dan panas dalam diri. Kena cek amalan seharian kita dan sebaiknya, pastikanlah diri kita dalam keadaan berwudhu’ selalu.Sekiranya masalah rumah tangga berlarutan dan semakin parah, hubungilah pihak berkuasa dan agensi yang berautoriti sebelum ia melarat dan teruk






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2023/11/kenali-pasangan-anda-luar-dalam-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batu Karang Kenali Simpton Cegah Sebelum Jadi Parah

Batu Karang Kenali Simpton Cegah Sebelum Jadi Parah

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 210 hits
Apakah anda merasa selalu rasa sakit setiap kali membuang air kecil Pernah tak terfikir ia adalah antara tanda tanda batu karang Mungkin anda tidak silap kerana ketidakselesaan ini merupakan antara tanda tanda sakit batu karang yang wajar a...
Cut Zuhra Ada Dia Sebelum Aku Chord

Cut Zuhra Ada Dia Sebelum Aku Chord

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 215 hits
Fm C Cm A m C C Fm untuk apa kasih C janji janji itu A m yang pernah kau ucap C kepadaku Fm dirimu berjanji C akan selalu bersama A m C sampai akhir hayat hidupmu A m Fm tapi ternyata dirimu berdusta C C kau memberiku harapan palsu A m Fm t...
Video Penampakan Kawah Gunung Marapi Sebelum Erupsi

Video Penampakan Kawah Gunung Marapi Sebelum Erupsi

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 211 hits
Begini penampakan kawah Gunung Marapi sebelum erupsi yang menyebabkan belasan pendaki meninggal dunia
Kira Dulu Untung Sebelum Balik Undi Di Kemaman

Kira Dulu Untung Sebelum Balik Undi Di Kemaman

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 216 hits
Dah invest tentu nak tahu untung ke tidak Eko sistem Quantum Metal sangat mudah dan telus
Remaja Perempuan 15 Tahun Bunuh Datuknya Di Flat Sebelum Terjun Bunuh Diri

Remaja Perempuan 15 Tahun Bunuh Datuknya Di Flat Sebelum Terjun Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 154 hits
Kisah malang tentang kehidupan yang telah hilang panduan dan tujuan nbsp Berita Harian SingapuraTEMPAT KEJADIAN Pegawai penyiasat di tempat letak kereta Blok 363 Bukit Batok Street 31 tempat Encik Teo An Nee ditemui mati di rumahnya pada Ju...
Solat Sunat Sebelum Subuh Cara Menunaikan Ganjarannya

Solat Sunat Sebelum Subuh Cara Menunaikan Ganjarannya

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 290 hits
Solat Sunat Sebelum Subuh Cara Menunaikan Ganjarannya Ramai yang terlepas pandang mengenai ganjaran solat sunat sebelum subuh dan tidak melakukannya walhal ganjarannya sangat besar Ini adalah berdasarkan sebuah hadis Daripada Aisyah RA baha...
Surah Al Mulk Terjemahannya Kelebihan Mengamalkannya Sebelum Tidur

Surah Al Mulk Terjemahannya Kelebihan Mengamalkannya Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 241 hits
Surah Al Mulk adalah merupakan surah yang ke 67 di dalam Al Quran Surah ini memiliki 30 ayat dan tergolong dalam surah Makiyyah Surah ini dinamakan Al Mulk kerana pada ayat pertama surah ini terdapat perkataan Mulk Selain itu melalui surah ...
Cerita Dari Atas Gunung Marapi Sebelum Wafat Adan Tolong Teman Yang Kakinya Patah Saat Lari Dari Erupsi

Cerita Dari Atas Gunung Marapi Sebelum Wafat Adan Tolong Teman Yang Kakinya Patah Saat Lari Dari Erupsi

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 200 hits
Adan merupakan 1 dari 4 orang mahasiswa Unirversitas Riau mejadi korban erupsi Gunung Marapi di Sumatera Barat
7 Tanda Seseorang Itu Mempunyai Aura Yang Luar Biasa

7 Tanda Seseorang Itu Mempunyai Aura Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 253 hits
Tanda bahawa seseorang itu mempunyai aura yang luar biasa Foto Shuijinjinbox1 Kalau pergi sesuatu tempat tiba tiba jadi ramai je Padahal sebelum kamu masuk sendu je tempat tu 2 Kalau tengah makan kat restoran tiba tiba kucing suka datang me...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade