Batu Karang Kenali Simpton Cegah Sebelum Jadi Parah


Apakah anda merasa selalu rasa sakit setiap kali membuang air kecil? Pernah tak terfikir ia adalah antara tanda tanda batu karang! Mungkin anda tidak silap kerana ketidakselesaan ini merupakan antara tanda-tanda sakit batu karang yang wajar anda am







Apa itu penyakit batu karang?Penyakit batu karang turut dikenali sebagai renal calculi adalah kondisi di mana wujud jisim pepejal berupa seperti kristal.
Jisim ini kebiasaannya berasal daripada buah pinggang namun boleh berkembang dan terjadi pada mana-mana tempat sepanjang saluran air kencing anda.
Antara bahagian yang kerap membentuk batu karang ini adalah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter dan uretra.


Bagaimana Batu Karang Terjadi?

Batu karang terjadi akibat tiada kesempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan kapur, magnesium yang akhirnya membentuk kristal. 
Sebagai contoh, ketidak sempurnaan ini boleh berlaku kepada orang lumpuh yang tidak berupaya melakukan apa-apa gerakan atau air kencing tidak mengalir dengan baik kerana saluran kencing yang terlalu sempit.



Selain itu, individu yang terlalu banyak mengambil makanan mengandungi bahan kimia juga turut membantu membentuk batu karang. 


Antara bahan-bahan yang tinggi kandungan kimianya ialah daripada jenis makanan laut. Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik menyebabkan berlakunya pemendapan dengan lebih cepat. Metabolisme seseorang itu juga adalah salah satu faktor penyumbang terbentuknya batu karang ini. Pengeluaran asid urik yang terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan terhasilnya zat-zat tertentu dan akhirnya terjadi penyakit gaot.


Seseorang yang pernah mendapat jangkitan kuman semasa kecil juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat batu karang. Nanah yang terhasil daripada jangkitan kuman ini lama-kelamaan akan mengeras dan akhirnya membentuk nydus. Kuman-kuman ini pula akan menyerang pada bahagian-bahagian tertentu seperti buah pinggang dan ureter (saluran kencing).


Kebanyakan mereka yang tinggal di persisiran pantai berisiko tinggi untuk mendapat batu karang kerana selain kesukaran untuk mendapat air bersih, faktor makanan turut mempengaruhi. Pemakanan seseorang turut memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan seseorang seperti kekurangan vitamin dan zat-zat penting yang diperlukan dalam tubuh. Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing juga antara penyebab seseorang itu boleh mendapat penyakit batu karang.





Jenis-Jenis Batu KarangPenyakit Batu Karang boleh di kategorikan kepada empat jenis yang boleh berlaku pada sekitar organ urologi iaitu :

Calsium OxalateCalsium PhosphateBatu Karang Asid UrikCystin


Calsium Oxalate merupakan 80 peratus batu karang yang terjadi hasil campuran bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam. Manakala, Kalsium Fostat pula 10 peratus batu karang terjadi jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali. Sebahagian kecil serangan gaot boleh menyebabkan terjadinya batu karang.


Tanda-Tanda Penyakit Batu Karang Penghidap batu karang akan merasa sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang. Terdapat beberaapa tanda bagi mengenal pasti penyakit batu karangdihidapi antaranya;

Pesakit akan merasa kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat seolah-olah hendak bersalin.Loya-loya, hendak muntah dan berpeluh-peluhSerangan yang datang secara tiba-tiba.Tidak boleh kencing ( bergantung di mana letaknya batu karang tersebut )Kencing berdarah.


Peringkat SeriusJangkitan kuman akan berlaku dimana pesakit akan demam, menggigil dan jika disentuh pada bahagian tersebut penghidap akan merasa sakit yang teramat sangat. Ia kemudianya bernanah, menandakan bahawa adanya jangkitan kuman yang parah. Dalam keadaan tertentu, pesakit mungkin akan mengalami kencing yang bercampur nanah.


Peringkat Kronikpesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan dengan gejala buah pinggang telah rosak, keadaan tubuh menjadi lemah, muka menjadi pucat akibat kekurangan darah di samping muka menjadi sembab serta kulit menjadi kering. Bagaimanapun, kesakitan atau tanda yang boleh dikenalpasti bergantung kepada;
• Lokasi di mana terbentuknya batu karang samada di saluran pundi kencing atau buah pinggang.
• Saiz batu karang samada kecil atau besar juga memainkan peranan.
• Keadaan dan umur pesakit, biasanya batu karang dihidapi oleh mereka yang berusia 25 tahun ke atas.
• Jenis batu tersebut.


Walau apapun jenisnya, ia tetap akan mengakibatkan rasa sakit yang keterlaluan terutamanya ketika sedang membuang air kecil.


un begitu, bukan itu sahaja simptomnya kerana wujud lagi beberapa tanda tanda batu karang lain yang wajar diperhatikan.


Tanda-Tanda Hidap Batu KarangSekiranya anda menghidap keadaan kesihatan ini, sudah tentu gejalanya juga akan melibatkan organ-organ urologi penderita.


Berikut adalah tanda tanda sakit batu karang yang mungkin akan berlaku pada anda:


#1. Kesakitan pada sekitar alat sulit
Kesakitan yang dinamakan sebagai renal kolik ini adalah rasa sakit yang keterlaluan dan kerap dibandingkan dengan proses kelahiran bayi.


Ia akan berlaku pada kawasan di mana batu karang itu terbentuk termasuklah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter atau uretra.


Ia disebabkan oleh pergerakan batu ini yang akan mula memasuki kawasan sempit lantas mengakibatkan penyumbatan pengaliran air kencing.


Kesakitan ini juga dikatakan turut akan melibatkan pelbagai kawasan sekitar yang lain termasuklah pada ari-ari, perut, pinggang dan punggung.


#2. Kesakitan semasa membuang air kecil
Merupakan gejala yang paling umum dan biasa, penderita mungkin akan mengalami rasa sakit yang keterlaluan ketika sedang kencing.


Turut dikenali dengan nama disuria, ada pelbagai sebab yang menyebabkannya termasuklah pembentukan batu karang pada organ urologi tertentu.


Sekiranya anda tidak tahu bahawa wujud batu dalam organ urologi, maka anda mungkin akan menyangka ia adalah jangkitan salur air kencing.


Disebabkan itu, kalian juga perlu lihat sama ada wujud atau tidak tanda tanda batu karang yang lain berlaku pada diri anda.


#3. Kekerapan untuk kencing meningkat
Tanda tanda Batu karang yang terbentuk itu akan bergerak dari atas ke bawah melalui salur air kencing sehinggalah ia berada pada alat sulit.


Apabila ia sudah berlaku, maka anda akan dapati kekerapan untuk kencing akan meningkat secara mendadak tanpa mengira waktu.


Ada juga situasi di mana air kencing tertitis keluar dengan sendiri ekoran anda tidak sempat atau tidak mampu menahan untuk kencing lagi.


#4. Air kencing berdarah
Gejala ini turut dikenali sebagai hematuria dan ia merupakan antara tanda biasa jika anda terkena penyakit batu karang.


Darah yang keluar itu kebiasaannya berwarna coklat, merah atau merah jambu dan perlu diperiksa untuk mengesahkannya.




#5. Air kencing berbau
Selain berdarah, air kencing penderita penyakit batu karang juga akan berbau kuat dan busuk menandakan ada jangkitan.


Gejala ini turut dikenali dengan nama pyuria dan merupakan petanda bahawa bakteria sudah menjangkiti kawasan terbabit.


#6. Mengalami masalah kencing tidak lawas
Batu karang yang terbentuk terlalu besar boleh tersekat lantas tersumbat pada salur air kencing di alat kemaluan anda.


Ia seterusnya akan menjejaskan pengaliran air kencing sekali gus menyebabkan masalah kencing tidak lawas berlaku.


#7. Ketidakselesaan pada perut
Ketidakselesaan ini seterusnya akan membawa kepada masalah mual-mual dan muntah-muntah yang kerap berlaku pada penderita.


Ia adalah disebabkan oleh perkongsian saraf di antara organ buah pinggang serta saluran penghadaman yang terletak pada organ perut.


Ia juga adalah satu tindak balas semula jadi tubuh badan terhadap kesakitan yang dirasai akibat pembentukan batu karang ini.


#8. Demam
Akhir sekali, penderita mungkin akan mengalami peningkatan suhu tubuh badan yang selanjutnya akan menyebabkan kondisi demam.


Kebiasaannya, demam yang disebabkan oleh batu karang adalah bersuhu tinggi dengan sekitar 100.4˚F atau 38˚C malah juga mungkin lebih lagi.


Ia adalah komplikasi yang sangat serius dan memerlukan rawatan lanjutan sesegera yang mungkin.


sumber : https://hellodoktor.com/urologi/batu-karang/tanda-tanda-batu-karang/




14  Punca penyakit batu karang 

Ada banyak punca penyakit batu karang. Sebagai contoh, dehidrasi merupakan salah satu punca penyakit ini yang mungkin ramai tidak ambil peduli.


Selain itu, pesakit yang alami penyakit lain seperti gout dan tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk alami pembentukan batu karang pada masa hadapan.


Salah satu penyebab utama penyakit ini ialah apabila air kencing mempunyai kandungan kalsium, oksalat atau asid urik yang lebih tinggi daripada biasa. Kondisi ini akan menggalakkan pembentukan batu karang di dalam pundi kencing atau buah pinggang pesakit.


Tetapi, bukan itu sahaja. Ada banyak lagi punca penyakit batu karang yang mungkin anda tidak tahu. Sebagai contoh:


1. Abnormaliti dalam anatomi
Salah satu contoh abnormaliti dari segi anatomi ialah penyakit horseshoe kidney. Kebanyakan manusia dilahirkan dengan dua buah pinggang. Tetapi, kadangkala buah pinggang pesakit boleh bergabung ketika fetus masih lagi berkembang.


Penyakit ini berlaku hanya dalam 1/500 orang kanak-kanak sahaja di seluruh dunia. Apabila kedua-dua buah pinggang pesakit bergabung, ia akan membentuk huruf U seakan-akan ladam kuda.


7 dalam 10 kanak-kanak yang mengalami horseshoe kidney akan alami masalah batu karang dan juga jangkitan saluran kencing (UTI) dengan kerap.


2. Sejarah keluarga punca penyakit batu karang
Individu yang mempunyai ahli keluarga dengan penyakit batu karang lebih berisiko untuk menghidap penyakit yang sama pada masa hadapan.


Malah, menurut kajian yang dijalankan oleh Curhan, et al., mereka mendapati hampir 25 peratus pesakit dengan batu karang berasal daripada keluarga yang mempunyai penyakit yang sama.


Kajian yang dilakukan oleh Trinchieri, et al. pula mendapati wanita (45%) lebih lazim mempunyai sejarah keluarga disebabkan batu karang berbanding pesakit lelaki (31%).


Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko dan punca penyakit batu karang walaupun anda mempunyai sejarah keluarga. Salah satu daripadanya ialah dengan minum air mencukupi setiap hari.


3. Hipertensi


Banyak kajian yang dijalankan telah menemui kaitan yang positif di antara tekanan darah tinggi dan batu karang. Salah satunya ialah kajian yang dijalankan oleh Madore, et al.


Dalam kalangan lelaki yang mempunyai penyakit batu karang dan hipertensi, hampir 79.5% daripada mereka sudah atau sedang mengalami penyakit batu karang semasa didiagnosis dengan hipertensi.


Malah, pesakit yang mempunyai sejarah batu karang mempunyai risiko sebanyak 29% untuk mengalami hipertensi pada 8 tahun akan datang berbanding pesakit yang tidak mempunyai penyakit ini.


Walau bagaimanapun, lelaki yang menghidap hipertensi terlebih dahulu kurang berisiko untuk menghidap batu karang pada masa hadapan. Ini mungkin menunjukkan penyakit baru karang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap hipertensi.


Pesakit yang menghidap hipertensi selalunya mempunyai diet yang tinggi garam, rendah potasium dan mungkin pernah mengalami kegagalan buah pinggang. Semua faktor ini menjadi penyebab pembentukan batu karang dalam kalangan pesakit hipertensi.


Selain itu, menurut Borghi, et al., pesakit hipertensi mempunyai risiko lebih besar untuk membentuk batu karang jika mereka mempunyai berat badan berlebihan.


4. Gout dan batu karang
Gout merupakan sejenis penyakit yang berlaku akibat pengumpulan hablur atau kristal asid urik pada bahagian sendi. Kristal ini terbentuk apabila pesakit mempunyai tahap asid urik yang tinggi di dalam darah.


Kristal asid urik yang sama juga boleh terbentuk di dalam buah pinggang. Akibatnya, pesakit mungkin akan alami batu karang sebagai komplikasi gout.


Oleh sebab itu, penting untuk pesakit gout minum air secukupnya bagi mengurangkan simptom yang dialami dan merendahkan risiko atau punca penyakit batu karang.


5. Hyperparathyroidism
Hyperparathyroidism merupakan satu kondisi yang berlaku apabila kelenjar paratirod merembeskan terlalu banyak hormon paratiriod di dalam darah. Kelenjar ini terletak di belakang tiriod dan bersaiz lebih kurang sebesar sebutir nasi.


Kelenjar ini berfungsi untuk mengekalkan tahap kalsium dan phosphorus di dalam badan. Pesakit yang mempunyai hyperparathyroidism akan mengalami kerosakan organ disebabkan tahap kalsium yang tinggi dalam darah dan air kencing.


Kadar kalsium yang terlalu tinggi di dalam air kencing boleh membentuk batu karang kecil yang terdiri daripada kalsium di dalam buah pinggang.


6. Tidak bergerak dalam satu masa yang lama
Pesakit yang terpaksa masuk wad terlalu lama juga berisiko menghidap batu karang. 


Mereka yang terpaksa diletakkan di dalam bed rest selalunya lebih berisiko untuk membentuk batu karang dan juga mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).


Oleh sebab itu, kumpulan yang berisiko tinggi seperti orang tua, orang kurang upaya dan pesakit kronik perlu dipantau dengan rapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.


7. Batu karang disebabkan dehidrasi
punca penyakit batu karang


Pesakit yang tidak minum air secukupnya dan mengalami dehidrasi mempunyai risiko yang lebih besar untuk membentuk hablur di dalam buah pinggang mereka. Ini merupakan salah satu punca penyakit batu karang yang mungkin ramai tidak peka. 


Jika anda tidak pasti berapa banyak air yang perlu diminum, cuba perhatikan warna air kencing anda. Jika ia berwarna kuning gelap, itu bermaksud anda perlukan lebih banyak air.


Namun, jika warnanya masih lagi gelap setelah minum banyak air, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut.


8. Abnormaliti metabolik
Pesakit yang mengalami sebarang abnormaliti metabolik seperti hypercalciuria, hyperuricosuria, hypokalemia, hyperuricemia, hypophosphatemia dan jumlah urin yang sedikit lebih berisiko untuk membentuk batu karang.


Pesakit yang mengalami abnormaliti ini perlu melalui intervensi sejak kecil supaya mereka boleh melalui rawatan yang bersesuaian bagi mencegah pembentukan batu karang pada masa hadapan.


9. Kekurangan sitrat di dalam urin (hypocitraturia)
Pesakit yang mempunyai tahap sitrat yang rendah di dalam air kencing lebih berisiko untuk membentuk batu karang.


Sitrat berfungsi sebagai perencat (inhibitor) pembentukan batu karang di dalam air kencing. Sitrat akan bergabung dengan kalsium di dalam urin dan mengelakkan pembentukan hablur.


Hypocitraturia amat lazim terjadi kepada pesakit batu karang. Kondisi ini berlaku disebabkan faktor genetik, ubat-ubatan ataupun disebabkan oleh kehadiran penyakit lain.


10. Cystinuria
Individu yang menghidap cystinuria akan menghasilkan batu karang daripada cysteine. Batu ini terbentuk apabila bahan kimia semulajadi yang dikenali dengan nama cysteine hadir dalam air kencing.


Pesakit dengan cystinuria selalunya akan alami batu karang berulang kali sepanjang hayat mereka. Ia merupakan penyakit yang tidak boleh diubati, namun boleh dikawal dengan rawatan yang bersesuaian.


11. Batu karang disebabkan pengambilan ubat-ubatan
Punca penyakit batu karang boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu. Kesemua ubat-ubatan ini boleh menyebabkan perubahan dari segi metabolik yang akan menggalakkan pembentukan batu karang.


Sebagai contoh, ubat-ubatan seperti diuretik, carbonic anhydrase inhibitors dan julap (laxatives) boleh menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil dengan banyak.


Oleh sebab itu, pesakit yang alami batu karang mungkin terpaksa menghentikan pengambilan ubat-ubatan bagi menghalang penyakit ini daripada berlaku lagi pada masa hadapan.


12. Cuaca panas punca penyakit batu karang




Siapa sangka cuaca panas akan menyebabkan anda lebih berisiko untuk menghidap batu karang.


Untuk pengetahuan anda, cuaca yang panas menyebabkan kita lebih mudah mengalami dehidrasi. Oleh sebab itu, badan akan alami kekurangan cecair kerana banyak air dalam badan hilang dalam bentuk peluh.


Sebagai akibatnya, air kencing akan jadi semakin pekat disebabkan kekurangan air. Urin yang pekat akan meningkatkan risiko pesakit mengalami batu karang.


13. Status sosio ekonomi
Individu yang berasal daripada keluarga miskin lebih berisiko untuk mengalami batu karang berbanding golongan dalam kumpulan sosio ekonomi yang lebih tinggi.


Malah, dalam kajian yang sama dijalankan oleh Eisner, et al., mereka juga mendapati individu yang terpelajar akan mengamalkan diet yang lebih sihat dan mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami batu karang.


14. Pencemaran
Menurut kajian yang dijalankan oleh García López dan Quereda pada tahun 2011, mereka mendapati terdapat peningkatan penyakit batu karang dalam kalangan kanak-kanak di China disebabkan keracunan susu formula kerana bahan kimia melamine.


KesimpulanPenyakit batu karang boleh dielakkan jika anda mengamalkan diet sihat. Oleh sebab itu, pastikan anda ambil makanan yang betul dan banyak minum air. 


Dengan ubat-ubatan dan rawatan yang bersesuaian, pesakit batu karang boleh mengurangkan risiko pengulangan penyakit ini di masa hadapan.  


'MINUM banyak air, nanti tidak menderita penyakit batu karang'.
Itu antara nasihat yang sering diberikan ibu bapa kepada anak sebagai galakan untuk mengambil air minuman mencukupi.


Selain itu, ia dapat memastikan anak sihat, tubuh kekal hidrat dan fungsi badan tidak terganggu.


Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, memang benar minum air masak secukupnya dapat mencegah daripada penyakit batu karang sama ada pada buang pinggang atau pundi kencing.




Menurut Dr Zubaidi, ia dapat mengelak terjadi mendapan mineral pada buah pinggang yang disingkirkan menerusi air kencing.


Menurut Dr Zubaidi, apabila pesakit menjalani ujian imbas sinar-X, mereka dapati saiz batu karang itu sudah terlalu besar.


"Ada kalanya, apabila batu karang ini tidak dapat dikeluarkan dengan cara biasa, pembedahan terpaksa dilakukan.


"Bagi lelaki yang mengalami masalah ini, kesakitan dirasai boleh menjangkau sehingga ke kerandut zakar.


"Malah tahap kesakitan dialaminya boleh mendorong pesakit datang ke klinik bagi mendapatkan suntikan untuk mengurangkan kesakitan ditanggung," katanya.


Namun, katanya, suntikan itu hanya bersifat sementara dan kesakitan akan berulang selagi batu itu tidak dikeluarkan.


Menurut Dr Zubaidi, walaupun saiz batu karang pada buah pinggang ini kecil, sekiranya pesakit mengalami gejala seperti kesakitan di bahagian abdomen, pengeluaran air kencing semakin sedikit dan disusuli demam, ia menunjukkan berlaku jangkitan kuman.


"Satu perkara perlu difahami pesakit bahawa ada kalanya batu karang pada buah pinggang tidak boleh dikesan walaupun menggunakan imbas sinar-X.




Menurut Dr Zubaidi, kewujudan batu karang pada buah pinggang bergantung kepada jenis batunya.


"Lazimnya, batu yang boleh dilihat dalam imbas sinar-X ialah kalsium oksalat.


"Punca terbentuknya batu ini berkemungkinan kerana pesakit mengambil terlalu banyak kalsium.


"Masyarakat dinasihati supaya tidak keterlaluan mengambil kalsium kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan," katanya.


Dr Zubaidi berkata, punca kedua ialah asid urik disebabkan pengambilan makanan tinggi protein seperti daging, kekacang dan makanan laut.


"Batu karang jenis struvit pula lazimnya adalah kerana jangkitan kuman.


"Individu yang mempunyai sejarah batu karang walaupun sudah 10 tahun berlalu, ia berisiko berulang. Oleh itu, mereka perlu mengubah gaya hidup dan corak pemakanan," katanya.


Katanya, selain air masak, pesakit boleh mengamalkan minuman jus lemon dan delima.


"Jus ini mengandungi asid sitrik yang membantu memecahkan batu barang kecil dalam buah pinggang dan ia dapat disingkirkan menerusi air kencing.


"Pastikan air kencing tidak berwarna kuning, pekat dan berbau hancing kerana ini adalah tanda dihidrasi, bahkan sangat berbahaya jika berlaku pembentukan batu karang," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/11/batu-karang-kenali-simpton-cegah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Pasangan Anda Luar Dalam Sebelum Terjerat Dengan Keganasan

Kenali Pasangan Anda Luar Dalam Sebelum Terjerat Dengan Keganasan

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 295 hits
Keganasan terhadap pasangan bukan suatu isu baharu dalam masyarakat namun kebanyakan mangsa pilih untuk berdiam diri kerana bimbang seluruh keluarga akan mendapat malu selain memikirkan masa depan anak anak sekiranya perkara itu dilaporkan ...
Percakapan Terakhir Pilot Super Tucano Sebelum Jatuh Di Pasuruan

Percakapan Terakhir Pilot Super Tucano Sebelum Jatuh Di Pasuruan

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 189 hits
Pilot pesawat Super Tucano yang mengalami kecelakaan di Pasuruan Jawa Timur sempat menyampaikan mereka memasuki awan sebelum akhirnya hilang kontak
Ini Alasan Gibran Salim Ke Megawati Sebelum Pengundian Nomor Capres Cawapres

Ini Alasan Gibran Salim Ke Megawati Sebelum Pengundian Nomor Capres Cawapres

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 164 hits
Gibran Rakabuming Raka mengungkapkan alasannya salim kepada Ketua Umum PDIP Megawati Soekarnoputri
Sebelum Jatuh Pesawat Tni Sedang Terbang Latihan Formasi Rutin

Sebelum Jatuh Pesawat Tni Sedang Terbang Latihan Formasi Rutin

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 86 hits
Saat terbang kedua pesawat TNI AU dalam keadaan baik dan tidak ada masalah
Siapkan Diri Sebelum Kesempatan Datang Satu Pesan Khusus Untuk Umkm Kalbar

Siapkan Diri Sebelum Kesempatan Datang Satu Pesan Khusus Untuk Umkm Kalbar

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 157 hits
Siapkan Diri Sebelum Kesempatan Datang Jangan Tunggu Kesempatan Datang Baru Mempersiapkan Diri Dijamin Ga Akan Sempat Kalimat ini selalu Blogger Borneo sampaikan pada setiap mengisi materi di semua kegiatan pelatihan atau workshop dengan au...
Peta Palestin Sebelum 1948

Peta Palestin Sebelum 1948

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 216 hits
Trending di media sosial baru baru ni tapi sebenarnya benda ni dah lama kita tahu dari dulu Simpan peta ni baik baik Inilah peta pada tahun 1946 Jangan biar peta ini dipadam Sejarah tidak pernah menipu kita Semoga negara Palestin bebas dari...
Doa Sebelum Tidur Terjemahan Dan Amalan Sunnah

Doa Sebelum Tidur Terjemahan Dan Amalan Sunnah

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 149 hits
Tidur bukan hanya waktu rehat untuk badan tetapi ia juga adalah satu rutin diperlukan seorang manusia Oleh itu doa sebelum tidur merupakan satu sunnah Rasullullah saw amalkan dan ia merupakan satu tauladan yang perlu diikuti oleh ummatnya P...
7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco