Surah Al Mulk Terjemahannya Kelebihan Mengamalkannya Sebelum Tidur


Surah Al Mulk adalah merupakan surah yang ke 67 di dalam Al-Quran. Surah ini memiliki 30 ayat dan tergolong dalam surah Makiyyah. 
Surah ini dinamakan  ”Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan) kerana pada ayat pertama surah ini terdapat perkataan “Mulk”. 
Selain itu, melalui surah ini Allah Ta’ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, – menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.
Surah ini dianjurkan untuk membacanya pada setiap malam bahkan menghafalnya kerana mempunyai kebaikannya tersendiri seperti dapat menghindar daripada siksa kubur.
Berikut dikongsikan bacaan Surah Al Mulk & Terjemahannya serta kelebihan mengamalkannya.
BACA JUGA: Surah Al Kahfi (Teks Rumi, Audio & Terjemahan)
Surah Al Mulk & Terjemahannya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “

Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”. Ringkasan Kandungan Surah Al Mulk Intisari kandungan surah Al Mulk menegaskan bahawa Allah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhlukNya. 
Ia adalah untuk menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Allah menciptakan seluruh alam semesta ini dengan sangat terperinci, rapi tanpa sebarang cacat cela. 
Kemudian digambarkanNya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat dan balasan buruk yang sangat-sangat menggerunkan, yang disediakan bagi orang-orang yang kufur ingkar.
Sebaliknya, surah ini juga menyebut bahawa orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Mulk  Berikut adalah antara kelebihan surah al Mulk dan mengapa kita amat dianjurkan untuk membacanya setiap malam.
1. Mendapat Keampunan Allah Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;
 “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
2. Menghindar Siksa Kubur Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.
Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. 
Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
(Hadith riwayat al-Tirmidzi : 2890)
3. Menjadi Pembela Di Akhirat Sabda Nabi SAW:
سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ

“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ”
(Hadis Riwayat Thabrani)
4. Mencontohi Amalan Nabi SAW  Daripada Jabir beliau berkata:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ
“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ”

(Hadis Riwayat Tirmizi)
Membaca Surah Al Mulk sebelum tidur adlaah salah satu amalan mencontohi sunnah Nabi SAW.
Penutup Sesungguhnya, kelebihan mengamalkan Surah Al-Mulk sangat luar biasa. Oleh itu, marilah kita amalkannya setiap malam sebelum tidur dengan harapan semoga Allah sentiasa melindungi kita daripada siksaan kubur dan mengampuni dosa-dosa kita. 
Insha Allah.
RUJUKAN: https://www.surah.my/67 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/surah-al-mulk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=surah-al-mulk

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Kelebihan Surah Al Mukh

10 Kelebihan Surah Al Mukh

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 277 hits
Surah Al Mulk merupakan satu surah yang boleh melepaskan kita dari azab kubur kerana kelebihan surah Al Mulk ini Namun bukan itu sahaja tetapi terdapat banyak kelebihan surah Al Mulk sebenarnya Dalam artikel ini kami akan kongsikan keistime...
Doa Sebelum Tidur Terjemahan Dan Amalan Sunnah

Doa Sebelum Tidur Terjemahan Dan Amalan Sunnah

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 150 hits
Tidur bukan hanya waktu rehat untuk badan tetapi ia juga adalah satu rutin diperlukan seorang manusia Oleh itu doa sebelum tidur merupakan satu sunnah Rasullullah saw amalkan dan ia merupakan satu tauladan yang perlu diikuti oleh ummatnya P...
Siapkan Diri Sebelum Kesempatan Datang Satu Pesan Khusus Untuk Umkm Kalbar

Siapkan Diri Sebelum Kesempatan Datang Satu Pesan Khusus Untuk Umkm Kalbar

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 158 hits
Siapkan Diri Sebelum Kesempatan Datang Jangan Tunggu Kesempatan Datang Baru Mempersiapkan Diri Dijamin Ga Akan Sempat Kalimat ini selalu Blogger Borneo sampaikan pada setiap mengisi materi di semua kegiatan pelatihan atau workshop dengan au...
Video Gemes Anak Ini Nangis Dua Jam Gara Gara Mau Tidur Bareng Panci

Video Gemes Anak Ini Nangis Dua Jam Gara Gara Mau Tidur Bareng Panci

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 168 hits
Biasanya anak nangis karena mainannya tak ada Tapi lain cerita dengan pengalaman netizen ini
Aksi Sby Marah Sampai Menegur Orang Tidur Dan Ngobrol Saat Pidato

Aksi Sby Marah Sampai Menegur Orang Tidur Dan Ngobrol Saat Pidato

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 113 hits
SBY marah melihat ada kadernya yang asyik ngobrol saat dia sedang memberikan arahan
Sebelum Jatuh Pesawat Tni Sedang Terbang Latihan Formasi Rutin

Sebelum Jatuh Pesawat Tni Sedang Terbang Latihan Formasi Rutin

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 87 hits
Saat terbang kedua pesawat TNI AU dalam keadaan baik dan tidak ada masalah
Percakapan Terakhir Pilot Super Tucano Sebelum Jatuh Di Pasuruan

Percakapan Terakhir Pilot Super Tucano Sebelum Jatuh Di Pasuruan

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 190 hits
Pilot pesawat Super Tucano yang mengalami kecelakaan di Pasuruan Jawa Timur sempat menyampaikan mereka memasuki awan sebelum akhirnya hilang kontak
Selamatkan Gaza Pesanan Terakhir Wartawan Sebelum Terbunuh

Selamatkan Gaza Pesanan Terakhir Wartawan Sebelum Terbunuh

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 149 hits
Mahaizura Abd Malikmahaizura mediaprima com myRAKAN dan ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada dua wartawan Hasouna Salim dan Sari Mansour yang terbunuh dalam serangan Israel malam tadi FOTO Instagram Hani Abu Rezeq dan Abdal...
Peta Palestin Sebelum 1948

Peta Palestin Sebelum 1948

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 217 hits
Trending di media sosial baru baru ni tapi sebenarnya benda ni dah lama kita tahu dari dulu Simpan peta ni baik baik Inilah peta pada tahun 1946 Jangan biar peta ini dipadam Sejarah tidak pernah menipu kita Semoga negara Palestin bebas dari...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun