Kenali Norigae Perhiasan Cantik Unik Dipakai Sejak Turun Temurun Di Korea


Bagi peminat pakaian tradisional Korea, pasti korang tahu tentang pakaian tradisional hanbok kan.

ARTIKEL BERKAITAN Hanbok Berwarna-Warni, Kenali Pakaian Tradisi Orang Korea Ini Di samping penyepit rambut, anting-anting dan rantai, wanita Korea juga memakai perhiasan tradisional penting yang dipanggil norigae.
Apa itu Norigae? Norigae bermaksud ‘benda yang cantik dan suka bermain’ atau ‘perhiasan kegemaran’. Selain itu, aksesori ini sendiri melambangkan kewanitaan, perlindungan dan kemakmuran di Korea.
Ia diperbuat daripada benang sutera yang dijalin menjadi sebuah bentuk simpulan. Dengan corak dan reka bentuk terperinci serta punyai warna yang berbeza, ia menyerlahkan lagi kecantikan pada hanbok.

Secara tradisinya, wanita memakai norigae semasa majlis perkahwinan, pengebumian, dan perayaan keagamaan. Tetapi jenis norigae, terutamanya reka bentuknya, harus sesuai dengan masa, tempat, musim, dan peristiwa.
Selain itu, selain sebagai aksesori cantik, wanita Korea menggunakan norigae untuk sangkut barang keperluan mereka seperti cermin, sikat, dan jangdo iaitu keris hiasan untuk mempertahankan diri apabila diancam nanti.
Cara pemakaian Norigae  Norigae melengkapkan rupa hanbok. Jadi, bagaimana untuk memakainya dengan betul? Ia hendaklah sentiasa digantung pada ikatan di pinggang atau pada skirt hanbok. Tetapi ia juga boleh dipakai pada kord luar jeogori goreum (pakaian atas hanbok) atau jaket hanbok.
Norigae biasanya dilekatkan pada pakaian menggunakan ddidon atau cangkuk logam yang juga terdapat dalam pelbagai bentuk. Namun, ramai anak muda di Korea memakai norigae dengan cara mereka sendiri. Contoh, ada yang menjadikannya sebagai hiasan pada beg tangan mereka.

Elemen Norigae  Norigae terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu, ddidon (cangkuk), maedup (simpul), juche (hiasan atau pesona), dan sul (jumbai). Jumbai dibuat dengan dahoe (tali), dan setiap norigae datang dengan bilangan jumbai yang berbeza. Tetapi danjak (satu jumbai) dan samjak (tiga jumbai) adalah yang popular kerana ia dikenali sebagai azimat tuah.

Simpulan dijadikan sebagai simbolik tertentu tentang agama dan unsur-unsur semula jadi. Di bawah ialah makna pelbagai bentuk itu.
Itik – keharmonian pasangan suami isteri Rama-rama – kemakmuran hidup, umur panjang, dan kebahagiaan perkahwinan Bunga seperti orkid dan teratai – mewakili keindahan dan kesucian Cili dan terung – untuk mempunyai seramai mungkin anak lelaki Harimau, kapak dan anak panah – untuk mengelakkan penyakit berjangkit Ikan mas dan loceng kecil – untuk menghalau roh jahat Wahh uniknya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Kenali Norigae, Perhiasan Cantik & Unik Dipakai Sejak Turun Temurun Di Korea first appeared on KimchiDaily.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/kenali-norigae-perhiasan-cantik-unik-dipakai-sejak-turun-temurun-di-korea/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kenali-norigae-perhiasan-cantik-unik-dipakai-sejak-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Turun Temurun Korea Cuba 3 Petua Ini Untuk Bibir Sentiasa Kelihatan Cantik

Rahsia Turun Temurun Korea Cuba 3 Petua Ini Untuk Bibir Sentiasa Kelihatan Cantik

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 280 hits
Bibir merekah adalah masalah kecantikan biasa yang dihadapi oleh ramai gadis termasuk gadis di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Jadi kali ini KimchiDaily nak kongsikan 3 langkah wajib dilakukan oleh gadis di Korea untuk elakkan bibir daripada mer...
Tentera Korea Selatan Tahan 4 Rakyat Korea Utara

Tentera Korea Selatan Tahan 4 Rakyat Korea Utara

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 283 hits
TENTERA Korea Selatan mengesan dan menahan bot yang dinaiki empat rakyat Korea Utara yang disyaki cuba berpaling tadah lapor Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap pada Selasa Menurut laporan nelayan tempatan memaklumkan kepada pihak berkuasa...
Video Hut Ke 78 Tni Panglima Para Jenderal Turun Gunung Bergoyang Prabowo Sby Tak Mau Kalah

Video Hut Ke 78 Tni Panglima Para Jenderal Turun Gunung Bergoyang Prabowo Sby Tak Mau Kalah

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 217 hits
Saat momen hiburan musik ribuan prajurit hingga pimpinan TNI ikut bergoyang mengikuti lantunan musik
Layak Dipuji 10 Selebriti Korea Ini Tunjuk Sokongan Pada Palestin

Layak Dipuji 10 Selebriti Korea Ini Tunjuk Sokongan Pada Palestin

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 589 hits
Nampaknya konflik antara Israel Palestin masih belum berakhir sehingga ke hari ini ARTIKEL BERKAITAN Selain menerima liputan dari pelbagai media seluruh dunia beberapa selebriti juga turut menggunakan pengaruh mereka untuk bersuara dan berp...
Tempat Persinggahan Artis Cuba 4 Salon Ini Jika Ingin Penampilan Seperti Selebriti Korea

Tempat Persinggahan Artis Cuba 4 Salon Ini Jika Ingin Penampilan Seperti Selebriti Korea

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 252 hits
Trend kecantikan Korea sering menekankan penampilan solekan yang minimum dan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari penampilan mudah dan kelihatan semula jadi ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 4 salon di Korea jika k...
Pelajar Sekolah Di Korea Lakukan Serangan Seksual Terhadap Wanita Berumur 40 An

Pelajar Sekolah Di Korea Lakukan Serangan Seksual Terhadap Wanita Berumur 40 An

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 235 hits
Kejadian ini berlaku berhampiran di sebuah sekolah di daerah Nonsan pada 3 Oktober 2023 ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini dilaporkan bahawa seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun telah menculik dan menyerang wanita pertengahan umur...
Nak Cari Isteri Korea Lak Lepas Ni Komen Engku Emran Tarik Perhatian

Nak Cari Isteri Korea Lak Lepas Ni Komen Engku Emran Tarik Perhatian

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 288 hits
Nak Cari Isteri Korea Lak Lepas Ni Komen Engku Emran Tarik Perhatian Engku Emran selepas gagal dalam tiga perkahwinannya di mana terdahulu pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Erra Fazira dan bercerai tidak lama kemudian Mereka ...
Bakat Diwarisi Ini Antara 5 Selebriti Korea Merupakan Anak Kepada Artis Popular

Bakat Diwarisi Ini Antara 5 Selebriti Korea Merupakan Anak Kepada Artis Popular

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 227 hits
Orang cakap bakat sebenarnya tidak boleh diwarisi kerana lain orang lain minatnya ARTIKEL BERKAITAN Namun ada beberapa selebriti Korea yang suka untuk mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka untuk menceburi dunia seni hiburan Kali ini Kimch...
1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Senarai Filem Melayu 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jemaat Gelang Patah

Inverness Castle Dan Reindeer Farm Day 3

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib