Rahsia Turun Temurun Korea Cuba 3 Petua Ini Untuk Bibir Sentiasa Kelihatan Cantik
Bibir merekah adalah masalah kecantikan biasa yang dihadapi oleh ramai gadis termasuk gadis di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN
Kongsi Pelbagai Manfaat, Ikuti 5 Pempengaruh Korea Ini 'Expert' Tentang Kecantikan
Jadi kali ini KimchiDaily nak kongsikan 3 langkah wajib, dilakukan oleh gadis di Korea untuk elakkan bibir daripada merekah.
Proses mengelupas
Sama seperti kulit muka, bibir korang juga ada mengumpul sel-sel kulit mati. Apa yang perlu dilakukan untuk hilangkan sel-sel kulit mati adalah dengan cara exfoliate atau mengelupas. Korang juga perlu menggunakan produk pengelupasan bibir dengan gosoknya secara perlahan-lahan, jangan terlalu kasar. Ini akan mencerahkan bibir dan memastikan ia sentiasa lembut, licin dan lembap. Cara untuk mengelupaskan kulit ialah pilih lip scrub yang 100% semulajadi untuk pengelupasan bibir yang lembut.
Pakai lip mask
Korang boleh menggunakan balsem bibir (lip balm) seperti biasa. Ada pelbagai jenis jenama balsem bibir yang boleh didapati di drugstore Malaysia. Produk ini akan memberikan pelbagai manfaat baik pada bibir ketika menggunakannya. Cara untuk memakainya sangat mudah, hanya sapukan dan biarkan semalaman. Selepas itu, ketika korang bangun pagi, bibir akan kelihatan bersinar dan tidak kering.
Hidrasi
Bibir merupakan salah satu aset penting untuk wanita kelihatan kekal yakin. Jadi untuk mengelakkan bibir merekah atau kering, kebiasaannya orang Korea akan memastikan mereka minum air masak yang cukup dalam sehari. Korang hanya perlu pastikan untuk minum sebanyak 2 liter air sehari. Jika diamalkan selalu petua ini, bukan sahaja bibir tidak kering, malah kulit juga akan sentiasa terhidrasi.
Selamat mencuba!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Rahsia Turun-Temurun Korea, Cuba 3 Petua Ini Untuk Bibir Sentiasa Kelihatan Cantik first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/rahsia-turun-temurun-korea-cuba-3-petua-ini-untuk-bibir-sentiasa-kelihatan-cantik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rahsia-turun-temurun-korea-cuba-3-petua-ini