Kenali Kehebatan Parti Ini Yang Lahir Atas Restu Lidah Penjajah Dan Llhat Bagaimana Keberhasilannya 9813



Penjajahan minda Melayu oleh parti politik yang perlukan kesinambungan atau talian hayat untuk terus berkuasa. Agar Melayu tidak sedar dibohongi bulat-bulat dari satu genarasi ke genarasi yang berikutnya. 

Isu politik semakin meruncing. Ramai yang xdpt tahan jari. Type sesuka hati. Janji puas. Kemenangan atau kekalahan, itu milik ahli politik. Kehidupan mereka akan berubah, bukan kehidupan kita.
Apa yang milik kita ialah keluarga, sahabat, dan jiran2 kita. Jadi, apa sahaja keputusan, jangan abaikan mereka semua. Siapa sokong BN atas keyakinan dia maka sokonglah. Siapa sokong PAS atas keyakinan dia maka sokong la. Siapa sokong PH atas keyakinan dia maka sokonglah. Itulah asas demokrasi.
Jangan doakan kematian, Jangan kutuk, jangan caci. jangan maki. jangan fitnah. Raikan perbezaan dan eratkan persaudaraan. Kawan tetap kawan itu pasti, tapi Lawan tetap lawan hanya Sokong politik, 
kita sakit siapa datang ziarah? Kita mati siapa datang ziarah? Sembahyang jenazah siapa hantar ke kubur? talkin siapa amin kan? tahlil pun siapa yang datang? Yg kita sokong menang tak datang pun, jadi jgn taksub pada calon dan  parti. 
Eratkanlah ikatan Silaturahim sesama kita... Masjid selalu dikunjungi.. Elakkan sengketa di hati.. Berbaik sangka dengan Ilahi..Friday, February 28, 2020
SEBUAH ARTIKEL YANG MENARIK UNTUK DIBACA SIRI 1 .Salute you Tan Sri.
*Artikel yg sgt baik dan ditunggu2 dari org UMNO dan bekas2 UMNO sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin krn berani berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata 53% Melayu yg masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin2 korup UMNO trmsk prof2 Melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah PAS yg snggup bkerjasama dgn perosak bangsa.*

Hanya sekadar perkongsian... 

Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas: Sesekali kena dgr jugak dr pihak PH...

*SIAPA PENGKHIANAT*

Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan di tangan Melayu. Malah hingga ke penghujung 70an di antara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, *Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi,* 
Sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan *peneroka dan kini 4 generasi* Mereka terperangkap sebagai *peneroka FELDA* yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.
Hari ini kita menyaksikan bagaimana *FELDA dihancurkan oleh bukan Cina.* *Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.*
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan *bank safe deposit kuasa UMNO* yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
*Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita*. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP? 
*Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.* Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf  parti *GERAKAN* yang berkuasa disana? *Kenapa salahkan DAP* yang mengambil kuasa dari GERAKAN?
*Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP* . *Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.*Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada *ramai ahli Melayu.* Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara *MCA* dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam *bahasa Cina* menakala *DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.*

MCA didalam perlembagaanya *menolak Perkara 152* iaitu *Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan* dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik  dinegara ini dan faham matlamat mereka semua.  *Semua mereka kecuali MCA* seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita? *Jelasnya inilah manipulasi UMNO.*

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN di akhir 60an. Di akhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan *Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.* Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

*Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu* tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari *persepsi* perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya *menakutkan di benak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu.*
Cina sebagai sinonim Komunis. Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis. Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan, pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

*Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969. Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
*Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik* sekiranya sistem pendidikan dis ekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita di tahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar. 
Kluang.Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, February 28, 2020WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SEBUAH ARTIKEL YANG MENARIK UNTUK DIBACA SIRI 1 .Oleh: Nizam at-Takiri
KUALA NERUS, 26 Februari Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal mengulangi masalah dalam kerajaan Pakatan Harapan. 
Beliau berkata, sekiranya terbentuk kerajaan oleh Tun iaitu dengan penglibatan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) versi Anwar, ia hanya mengulangi masalah yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurut beliau, hal ini kerana individu dalam kerajaan PH dahulu merupakan orang yang sama dalam DAP dan PKR versi Anwar. Ujar beliau lagi, Rakyat telah bosan dengan kegagalan kerajaan PH kerana ia sebuah kerajaan yang gagal dan rapuh hubungannya dan serta saling berusaha menjatuhkan antara satu sama lain.
Sekiranya terbentuk kerajaan oleh Tun (Mahathir), ia hanya mengulangi masalah yang berlaku dalam kerajaan PH sebelum ini kerana individunya adalah sama, daripada DAP dan PKR versi Anwar. Rakyat telah bosan dengan kegagalan kerajaan PH yang telah jatuh. Ia kerajaan yang gagal dan rapuh hubungannya saling berusaha menjatuhkan antara satu sama lain, kata beliau sewaktu memuat naik kenyataannya di media sosial milik beliau siang tadi. Tegas beliau lagi, dalam suasana ketidak-tentuan seperti ini, seharusnya pembubaran parlimen dibuat ianya adalah pilihan terbaik untuk rakyat.
Menurut beliau, mandat dalam memilih kerajaan baru mesti dikembalikan kepada rakyat selepas melihat kerosakan dan kegagalan PH dan itulah yang dituntut oleh PAS dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta rakyat Malaysia di media sosial sekarang. Dalam ketidak-tentuan sebegini pilihan terbaik untuk rakyat ialah pembubaran parlimen. Mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru selepas melihat kerosakan dan kegagalan PH. Itulah yang dituntut oleh PAS dan UMNO sekarang. Dan itulah yang dituntut oleh rakyat Malaysia hari ini berdasarkan pungutan suara di media sosial, ujar beliau.
Sumber: EdisiViral : DAP Bakal Mengundang Kembali Masalah Kepada PH
Friday, February 28, 2020ARTIKEL YANG BAIK UNTUK DIBACA SIRI 2

*Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969* yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.

Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka. *YB2 Melayu UMNO* kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya. 

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan. Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola. 

Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an. Pada masa yang sama  kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

*Apakah semua ini angkara DAP?*

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa. Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha *menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.* 

*Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO* yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama bernama PERIKATAN. *Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.* Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat. Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu. 

*Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.*

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, February 28, 2020
Sumber: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: ARTIKEL YANG BAIK UNTUK DIBACA SIRI 2GPS tidak akan beri sokongan kepada pakatan yang ada DAP - James MasingAuthor pada Minda Rakyat - Sejam yang lalu*KUALA LUMPUR:* “Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menyertai pakatan yang ada Parti Tindakan Demokratik (DAP).” Itu antara perkara utama yang akan dipertimbangkan oleh pimpinan tertinggi GPS dalam memilih Perdana Menteri baharu. Perkara itu didedahkan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing ketika dihubungi secara langsung menerusi program Consider This di Astro AWANI pada Jumaat malam. Antara lain ujarnya, tindakan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan bahawa Sarawak akan bankrap dalam tempoh tiga tahun la... lagi »
ARTIKEL YANG BAIK UNTUK DIBACA SIRI 3

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina di negara ini. 

*Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.* 

Maka di atas pendekatan inilah *pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina* dan *membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.* 

Ini jelas dilaksanakan secara *halus dan sulit* di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain. 

Seterusnya *mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina* yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan *prasangka jahat terhadap Cina* untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu *menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.* 

Maka kini berjayalah *UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.* 

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu. *Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.* Bahkan *DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.* 

Dimana UMNO dalam BN? *Satu* parti politik Melayu di antara 13 parti politik bukan Melayu. Di Selangor, *Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama* yang membentuk *kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya* tidak seperti dibawah BN dahulu. 

Sedarlah *kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden* ini adalah ditentukan oleh *bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.* *Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.* 

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka. *Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.* *What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.* 

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa. 

*Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.* 

Kini telah wujud *wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.* Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar *China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.* *Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.* 

Puncaknya kini *UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China di bumi kita.* Apakah akan berlaku *transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.* Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh *kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?* 

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu.? Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA  pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor *adalah malapetaka dan angkara DAP ?* *Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara .* 

*SEBARKAN KEBENARAN INI UNTUK MENCELIKKAN ORANG MELAYU* 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, February 28, 2020
Sumber: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: ARTIKEL YANG BAIK UNTUK DIBACA SIRI 3

Jika MN dan Bersatu kuasa Negara, Selangor juga akan Jatuh. 
Author Februari 29, 2020  1
Catatan tengah malam... Ada orang kata Selangor PH sangat kuat. aku jawab mudah aje. Jika Muafakat Nasional dan Bersatu boleh kuasa Malaysia, percayalah tak sampai sebulan kerajaan Selangor akan bertukar tangan kepada Muafakat Nasional/Bersatu. Engkau orang takkan tak kenal player utama jatuhkan PH, si Azmin Ali. Engkau ingat dia diam diri. Dia dah pasang banyak Adun Di Selangor. Sekejap aje semuanya akan lompat masuk ke Bersatu dan terus Selangor tumbang. Masa itu barulah PH tahu langit tinggi atau rendah
Ku Mansor PerakMR :  Jamin ni anak didik Anwar atau Mahathir?Jika MN dan Bersatu kuasa Negara, Selangor juga akan Jatuh - Minda Rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/kenali-kehebatan-parti-ini-yang-lahir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tak Dapat Restu Parti Jadi Pm Ke 8 Kata Kadir Jasin

Muhyiddin Tak Dapat Restu Parti Jadi Pm Ke 8 Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Pemimpin PPBM A Kadir Jasin berkata pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 tidak pernah disokong Majlis Tertinggi kerana keretakan mula kelihatan dalam parti itu Wartawan veteran itu berkata Majlis Tertinggi ...
Mb Terengganu Ucap Tahniah Atas Perlantikan Tan Sri Muhyidin Sebagai Pm Kelapan

Mb Terengganu Ucap Tahniah Atas Perlantikan Tan Sri Muhyidin Sebagai Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 730 hits
KUALA TERENGGANU 29 Februari Menteri Besar Terengganu Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan Dalam catatan T...
Kodap Viii Bertanggungjawab Atas Penembakan Mulai Hari Ini Label Pasukan Keamanan Diganti

Kodap Viii Bertanggungjawab Atas Penembakan Mulai Hari Ini Label Pasukan Keamanan Diganti

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 260 hits
Komandan Operasi TPNPB Wilayah Tembagapura Gusby Waker dan Pasukannya Bertanggungjawab Atas Tembak Mati Seorang Anggota BrimobSiaran Pers Markas Pusat Tentara Pembebasan Nasional Papua Barat Per 29 Februari 2020 TPNPBNEWS Perang Pembebasan ...
Bcl Menangis Di Atas Panggung Dalam Penampilan Perdananya Usai Kepergian Ashraf

Bcl Menangis Di Atas Panggung Dalam Penampilan Perdananya Usai Kepergian Ashraf

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 318 hits
Penyanyi Bunga Citra Lestari kembali tampil di hadapan publik Meski masih dalam suasana berduka usai kepergian sang suami Ashraf Sinclair BCL menjadi pengisi acara di acara Friday Fusion yang digelar di SQ Dome Cilandak Jakarta Selatan Juma...
Tidak Ukir Atas Pasir

Tidak Ukir Atas Pasir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 285 hits
Assalammualaikum wbtTIDAK UKIR ATAS PASIRTidur malam beralaskan tikarTikar mengkuang anyaman bondaMelunas seperti bagai diikrarJangan dibiar sekadar kataJangan dibiar sekadar kataKata itu umpama kotaKota dibina teguh asasnyaBukan manisnya d...
Netizen Tersentuh Lihat Persembahan Pertama Bunga Citra Lestari Di Atas Pentas Selepas Pemergian Ashraf Sinclair

Netizen Tersentuh Lihat Persembahan Pertama Bunga Citra Lestari Di Atas Pentas Selepas Pemergian Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 374 hits
Sepertimana yang korang tahu Ashraf Sinclair merupakan seorang pelakon Malaysia dan juga Indonesia telah meninggalkan kita semua secara mengejut pada 18 Februari yang lalu akibat serangan jantung A post shared by on Feb 28 2020 at 3 03pm PS...
Terima Kasih Allah Dan Agong Atas Lantikan Hari Ini Tan Sri Muhyiddin Yasin

Terima Kasih Allah Dan Agong Atas Lantikan Hari Ini Tan Sri Muhyiddin Yasin

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 847 hits
KUALA LUMPUR Terima kasih Allah dan Agong atas lantikan hari ini kata Tan Sri Muhyiddin Yasin Demikian kenyataan pertama dikeluarkan Perdana Menteri kepada media sebaik beliau selesai Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat...
Sedih Penjual Es Keliling Ini Tiba Tiba Meninggal Di Atas Motor

Sedih Penjual Es Keliling Ini Tiba Tiba Meninggal Di Atas Motor

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 878 hits
Misyanto seorang penjual es keliling ditemukan meninggal di atas motor bebek yang digunakannya untuk berjualan Posisi Misyanto saat meninggal di atas motor sempat viral di medsos Misyanto meninggal di atas motornya di Jalan Dusun Talunongko...
Acara Gtc 2020 Anjuran Nvidia Kini Dialih Menjadi Acara Atas Talian Atas Sebab Covid 19

Acara Gtc 2020 Anjuran Nvidia Kini Dialih Menjadi Acara Atas Talian Atas Sebab Covid 19

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 252 hits
Sejak penghujung bulan Januari yang lalu terdapat banyak acara teknologi yang terpaksa ditunda ataupun dibatalkan akibat wabak koronavirus COVID 19 yang sedang menular diseluruh dunia Acara GPU Technology Conference ataupun GTC anjuran syar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord