Kenali Jenis Jenis Ulam Yang Kita Selalu Makan
Kenali Jenis-Jenis Ulam Yang Kita Selalu Makan. Siapa kat sini nak makan kena ada ulam? Kalau tak ada, sanggup cari timun atau pucul hijau di belakang rumah. Daun pucuk belinjo pun boleh dibuat ulam. Selamba je saya tengok kakak saya makan. Celur dengan air panas kemudian makan dengan sambal belacan.
Daun pucuk ubi lagilah sedap buat ulam. Rebus sekejap, sampai lembut. Kemudian hiris-hiris halus supaya mudah nak dimakan. Last sekali ambil sambal tumis dan cicah dengannya. Yang ini saya makan. Sedap tuuu.
Kenali Jenis-Jenis Ulam Yang Kita Selalu Makan
Add caption
Antara ulam-ulaman yang biasa kita makan:
■ Pucuk Gajus■ Daun limau purut■ Daum selom■ Daun kunyit■ Daun cekur■ Ulam raja■ Pucuk mengkudu■ Daun kaduk■ Mata itik■ Pucuk Pegaga■ Serai
Senarai ulaman ini adalah dedaun hijau yang menyihatkan dan memberi manfaat kepada kesihatan kita. Tak ada ulaman ini yang boleh menyebabkan kegemukan atau masalah kesihatan yang memudaratkan
Malahan ulaman ini menghasilkan kesan awet muda kepada penggemarnya. Terutama yang memang penggemar ulam sejati. Hehe
Tak macam saya. Makan ulam pun malas. Yang tahu ulam raja dan pucuk pegaga je
Ulam raja rasanya sedap dengan aroma baunya yang agak wangi. Makan dipadankan dengan sambal belacan. Dan, ulam raja antara ulam yang mudah diperolehi di setiap restoran yang menjual masakan ala kampung.
Daun ulam raja
Ulam apa lagi yang popular? Bagaimana dengan daun cekur? Macam mana cara anda makan daun cekur? Kalau kami potong halus daun cekur dan masukkan dalam urap, iaitu campuran beberapa jenis bahan dan daun ulaman sebagai sayur seperti salad. Makan setelah semua bahan digaul dengan kelapa parut. Kalau tak silap lah.. sedap ya Allah..
Daun cekur
Itulah antara pengalaman yang pernah saya lalui makan dengan ulam-ulaman yang menyihatkan. Jika anda penggemar ulam, memang amat bagus. Dengarnya ada kajian mengatakan, kalau rajin makan ulaman, kencing manis dan darah tinggi boleh dicegah. Tapi tak tahulah fakta ni betul atau sebaliknya
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2019/06/kenali-jenis-jenis-ulam-yang-kita.html