Kenali Jenama Zamburger Bermula Sebagai Peniaga Burger Kini Miliki 70 Rangkaian Hotel


Taukeh Norizam berjaya mengambil alih 67 hotel butik termasuk tiga hotel di Indonesia dalam masa 15 bulan!
Norizam memberanikan diri membuka gerai burger sendiri bermodalkan RM1,500 selepas membelinya daripada pemilik asal.

Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lepas menyebabkan sektor perhotelan negara kian nazak dan banyak hotel termasuk bertaraf lima bintang terpaksa gulung tukar dan menutup cawangan lantaran tidak mampu menampung kos operasi.

Namun, berbeza keadaannya bagi pengasas Hotel Zamburger, Norizam Tukiman, 40, apabila tempoh pandemik ini membuka ruang kepadanya untuk mengembangkan rangkaian hotel itu dengan berjaya mengambil alih 67 hotel butik termasuk tiga hotel di Indonesia dalam masa 15 bulan.

Kejayaan itu lantaran ramai pemilik hotel yang menawarkan kepadanya pada harga yang murah untuk mengambil alih perniagaan perhotelan kerana tidak sanggup menanggung kos operasi dan membayar gaji staf mereka.

"Kebanyakan pemilik hotel sudah berputus asa kerana urusan perniagaan mereka menurun 99 peratus kesan daripada pandemik ini dan ada sesetengah hotel kosong, tiada yang menginap pun.

"Jadi bagi menyelamatkan industri perhotelan dan mengelakkan lebih ramai kehilangan pekerjaan, saya ambil alih hotel bajet dan butik dalam kategori tiga bintang ke bawah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Berasal daripada keluarga yang susah dan pernah tinggal di rumah setinggan, minatnya dalam bidang perniagaan mula tersemai sejak di bangku sekolah apabila terpaksa membantu ayahnya Tukiman Jasemo, 73, berniaga pisang goreng dan cakoi di tepi jalan demi menyara kehidupan.

Apabila usianya menginjak 16 tahun, Norizam memberanikan diri membuka gerai burger sendiri bermodalkan RM1,500 selepas membelinya daripada pemilik asal sewaktu tinggal di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling, Johor.

"Komisen penjualan burger saya guna untuk tampung perbelanjaan harian. Selain gerai tepi jalan, saya juga jual burger untuk dihantar ke kantin pejabat dan pernah naik turun bas semata-mata mendapatkan pelanggan di perhentian bas Larkin," katanya.

Kemiskinan keluarganya tidak menghalang beliau untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat dalam jurusan Diploma Analisis Pelaburan, kemudian bekerja sebagai pakar runding pelaburan di sebuah bank di Johor.

Terkini, beliau turut menamatkan pengajian di peringkat 'Postgraduate Diploma in Financial Strategy' dari Universiti Oxford, England pada Jun lepas.

Mengadunkan pengalaman secara langsung berniaga burger dan pelaburan saham sebagai seorang remisier sejak lebih 20 tahun, Norizam kemudian berjaya mengasaskan jenama sendiri antaranya produk makanan sejuk beku, UZ Food Berhad, patti daging burger, Zamburger sebelum melangkah ke bidang perhotelan pada 2015.

Beliau ketika itu bermula dengan hanya tiga hotel iaitu dua hotel di Senai, Johor dan sebuah di Kota Warisan, Sepang, Selangor sebelum melebarkan empayar perniagaannya dalam sektor itu ketika pandemik bermula pada awal 2020.

Ditanya bagaimana beliau boleh mengambil alih hotel dengan jumlah yang banyak dalam waktu singkat, anak jati Johor itu berkata beliau menggunakan tiga strategi perniagaan iaitu membeli hotel, membeli 'perniagaan' hotel itu dengan bangunan hotel itu masih pemilik asal dan ketiga ialah melalui pajakan.

"Contohnya, untuk mengubah suai sebuah hotel 30 bilik kos purata RM3 juta dan jumlah itu agak mahal, jadi apa saya boleh buat untuk sebuah hotel sedia ada saya pajak dengan pemilik asal dalam anggaran RM15,000 hingga RM20,000 sebulan untuk 15 hingga 20 tahun berbanding saya keluar duit RM3 juta untuk satu hotel.

"Kalau setahun saya tanggung sekitar RM240,000 untuk satu hotel, jadi perkara itu saya anggap adalah pelaburan atau kos saya membina sebuah hotel dan dengan harapan industri perhotelan ini kembali pulih tahun depan," katanya yang menyasarkan untuk memiliki 100 hotel menjelang akhir tahun ini.

Dalam pada itu, Norizam berkata rangkaian hotelnya turut menampilkan imej patuh syariah dengan syarat antaranya tiada unsur haram dalam perniagaan dan hanya pasangan berkahwin dibenarkan menginap di dalam sebuah bilik.

Mengenai nama Zamburger di hotelnya yang kelihatan mungkin tidak komersial seperti nama hotel lain, pemilik bola sepak Kelantan FC itu berpendirian pemilihan nama Zamburger dibuat bagi membuktikan peniaga burger sepertinya boleh berjaya jika mempunyai cita-cita dan keazaman.

-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/kenali-jenama-zamburger-bermula-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilantik Sebagai Pm Ke 9 Malaysia Kenali Siapa Ismail Sabri Yaakob

Dilantik Sebagai Pm Ke 9 Malaysia Kenali Siapa Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 771 hits
Foto Facebook ismailsabri60 Anak penoreh getah jadi Perdana Menteri Malaysia Tular di media sosial baru ini di mana Dato Seri Hishammuddin Hussein memberi ucapan tahniah kepada Dato Sri Ismail Sabri kerana berjaya dilantik sebagai Perdana M...
Hmd Global Melantik Team Lewis Sebagai Agensi Sosial Jenama Telefon Pintar Nokia Di Malaysia

Hmd Global Melantik Team Lewis Sebagai Agensi Sosial Jenama Telefon Pintar Nokia Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 431 hits
HMD Global Melantik TEAM LEWIS Sebagai Agensi Sosial Jenama Telefon Pintar NOKIA Di Malaysia Assalammualaikum semua Ruby rasa menggamit memori pula apabila mengetahui berita tentang NOKIA Jika anda dibesarkan semasa tahun 1990 2004 pasti me...
Dah Siap Masak Rider Otw Nak Hantar Peniaga Terkilan Kena Game Selepas Pelanggan Cancel Order 30 Biji Burger

Dah Siap Masak Rider Otw Nak Hantar Peniaga Terkilan Kena Game Selepas Pelanggan Cancel Order 30 Biji Burger

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 259 hits
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga seorang peniaga meluahkan rasa terkilan apabila pelanggan yang memesan makanan dalam kuantiti yang banyak membatalkan pesanan pada saat akhir Menerusi perkongsian oleh seorang peniaga burger dikenali sebaga...
Teka Teki Kini Bermula

Teka Teki Kini Bermula

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 158 hits
Imran Ariff August 16 2021 4 22 P Charles Santiago Fahmi Fadzil William Leong dan Ong Kian Ming menyuarakan pandangan mereka di media sosial berhubung peletakan jawatan Kabinet PETALING JAYA Susulan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional pim...
Saya Dah T4k Kisah Pemuda Ini Cek4l Jadi Runner Selepas K4ki Dip0tong Kini Kej4r Impian Sebagai Pemain Bola Sepak

Saya Dah T4k Kisah Pemuda Ini Cek4l Jadi Runner Selepas K4ki Dip0tong Kini Kej4r Impian Sebagai Pemain Bola Sepak

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 264 hits
Setiap insan tak terl3pas menerima uji4n dalam kehidupan mereka Begitu juga dengan jejaka ini yang kehil4ngan k4ki kanannya dalam satu kejadian kem4langan kira kira empat tahun lalu Menurut Daniel Ashraf Roslan 23 ujian itu cukup per1t buat...
Banpeel Fertiliser Kulit Pisang Sebagai Baja Organik Masa Kini

Banpeel Fertiliser Kulit Pisang Sebagai Baja Organik Masa Kini

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh Siti Noor Syuhada Binti Mohd Muhammad Amin Dr Siti Maisarah Binti Aziz Dr Azma Binti Abdul Malek Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin Pencemaran bahan buangan yang berlaku kini mengundang pelbagai kris...
Apakah Ambiga Kini Menentang Kerajaan Bersih Kata Ahli Parlimen Sarawak Selepas Peguam Itu Sokong Mahfuz

Apakah Ambiga Kini Menentang Kerajaan Bersih Kata Ahli Parlimen Sarawak Selepas Peguam Itu Sokong Mahfuz

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 246 hits
MALAYSIA NOW Ali Biju berkata tuntutan gabungan PN sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Mahfuz Omar dan Ambiga Sreenevasan Seorang ahli Parlimen Sarawak berkata beliau merasa tidak masuk akal seorang peguam boleh mendukung dua ahli Parl...
Taliban Kini Kuasai Sumber Mineral Bernilai Rm4 24 Trilion

Taliban Kini Kuasai Sumber Mineral Bernilai Rm4 24 Trilion

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 225 hits
Paris Taliban kini memegang kunci kepada sumber mineral yang belum diterokai dianggarkan bernilai AS 1 trilion yang dapat memberi peralihan dunia ke tenaga boleh diperbaharui Namun disebabkan perang yang tidak berkesudahan selain infrastruk...
Johor Kini Penyumbang Kematian Tertinggi Covid 19

Johor Kini Penyumbang Kematian Tertinggi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR PETUGAS Skuad Tajhiz JHEAINS ketika menguruskan pengebumian jenazah mangsa Covid 19 di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale Seremban UTUSAN MOHD SHAHJEHAN MAAMINPUTRAJAYA Johor buat kali kedua berturut turut men...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp