Kenali Arabushi Hadakabushi Dan Honkarebushi Makanan Pelik Popular Jepun


Anda pernah mendengar sejenis perencah makanan daripada Jepun yang dikenali sebagai Katsuobushi? Bagaimana dengan Bonito? Tidak pernah? Jika anda peminat makanan Jepun, anda mungkin pernah merasai kelazatan makanan jalanan yang berasal dari matahari terbit itu yang kini banyak terdapat di Malaysia dikenali sebagai Takoyaki.


Di Jepun, Takoyaki adalah bebola yang berisi inti sotong kurita (tako) dan ditabur serbuk kasar rumpai laut (Aonari) dan kepingan halus Bonito kering.

Kebiasaannya ia dihidangkan bersama Mayonis dan Sos Takoyakinamun, tahukah anda bagaimana Bonito kering ini diproses.

Bonito kering diperbuat daripada ikan bonito atau tuna Skipjack (Katsuwowonus pelamis) yang disalai dan banyak terdapat di perairan laut Jepun. Ikan tuna yang telah disalai ini dikenali sebagai Katsuobushi.

Terdapat beberapa jenis Katsuobushi, bergantung kepada proses yang dilaluinya.

Arabushi

Arabushi adalah hasil pemprosesan Katsuobushi yang paling cepat dan murah.

Arabushi diproses selama lebih kurang 20 hari hingga sebulan dengan menggunakan ikan Bonito muda. Rasa dan baunya lebih kuat.

Arabushi pula dipasarkan secara meluas kerana harga yang murah. Kepala dan isi perut ikan akan dibuang kemudian ikan dipotong empat secara memanjang.

Kemudian, ikan direneh selama satu atau dua jam di dalam air panas pada suhu 85-95 darjah selsius bergantung kepada saiz ikan.

Setelah itu, ikan direndam dalam air sejuk untuk memudahkan proses mengikis kulit dan membuang tulang. Proses ini dilakukan dengan tangan secara pantas dan cermat untuk mendapatkan kualiti terbaik.

Kemudian, isi ikan yang dikisar halus akan disalut menutupi lubang yang terhasil ketika proses membuang tulang.

Seterusnya, ikan akan disalai dengan menggunakan pelbagai kayu daripada jenis oak, pasania atau casatopsis selama 4 hingga 6 jam sehari pada suhu sekitar 60 darjah bagi mengering, mendapatkan aroma yang unik serta menyahbakteria Katsuobushi.

Setiap dua jam sekali, Katsuobushi akan dikeluarkan dan disusun semula untuk memastikan kesemuanya disalai dengan baik.

Selepas semua proses ini berlangsung, ia akan dibiarkan dalam suhu bilik untuk menarik kelembapan dari dalam isi ke permukaan.

Proses ini sangat penting untuk mengurangkan kelembapan Katsuobushi dan ia akan diulang-ulang selama satu bulan.

Pada tahap ini, ia lebih dikenali sebagai Arabushi dan sudah boleh dipasarkan.

Karebushi

Manakala Karebushi kebiasaannya menggunakan ikan tuna Skipjack berkualiti tinggi yang memakan masa lebih kurang 6 bulan dan rasanya lebih sedap (savory, umami) dan baunya tidak terlalu kuat.

Hirisan Katsuobushi boleh dimakan begitu sahaja, ditabur pada makanan atau direbus sebagai stok asas sup yang dikenali sebagai Dashi.

Dashi kaya dengan Asid Inosinic (E630) dan digunakan sebagai penambah rasa makanan. Cara pemprosesan Katsuobushi sehingga kini masih sama sejak dari zaman Edo (1603-1868).

Hadakabushi

Sementara itu, Hadakabushi adalah daripada jenis Katsuobushi yang dibuat dengan mengikis lapisan luar lemak Arabushi dan mencantikkan rupa bentuknya.

Honkarebushi

Bagi mendapatkan Honkarebushi pula, Hadakabushi akan menjalani proses penapaian dan pematangan.

Lapisan luar yang telah dikikis dan disembur air yang mengandungi kulat kulinari daripada jenis Aspergillus. Beberapa hari selepas itu, kulit berwarna kebiruan akan muncul pada permukaan Hadakabushi.

Kulit ini akan menguraikan lemak kepada asid amino serta menyerap kelembapan yang akan menghasilkan rasa dan aroma yang lebih enak.

Salutan kulat ini juga akan menjauhkan micro-organisma yang lain daripada meracuni Katsuobushi.

Hadakabushi akan dijemur dibawah sinaran matahari selama dua hari dan akan disimpan selama dua minggu. Kaedah ini diulang selama beberapa bulan.

Fasa pertama kulat berwarna kebiruan, fasa kedua kulat bertukar warna kekuningan dan pada fasa terakhir, kulat sedikit keputihan seperti kayu mati yang kering.

Katsuobushi yang telah matang ini dikenali sebagai Karebushi atau Honkarebushi.

Tercipta Dari Kesilapan

Kaedah pengulatan ini sebenarnya terhasil daripada 'kesilapan' ketika penghantaran Katsuobushi pada zaman Edo.

Pada masa itu, Katsuobushi yang dihasilkan di kepulauan Kyushu dan Shikoku sebelum dihantar ke Edo yang kini dikenali sebagai Tokyo.

Perjalanan jauh yang memakan masa selama beberapa hari menyebabkan kulat mula tumbuh pada permukaan Katsuobushi.

Pada mulanya, mereka tidak mahu memakannya tetapi setelah dicuba, didapati bahawa rasa Katsuobushi yang berkulat lebih enak!

Sebelum digunakan, kulat pada Karebushi akan dikikis terlebih dahulu.

Kemudian, Katsuobushi akan dihiris halus dengan alat yang dipanggil Katsuobushi Kezuriki sebelum digunakan bagi mendapatkan rasa yang segar dan enak.

Hirisan Katsuobushi akan menjadi tidak segar dan lemau jika terdedah terlalu lama kepada udara.

Sangat Berharga

Tahukah anda, pada zaman dahulu Katsuobushi sangat berharga sehingga ianya digunakan untuk membayar cukai.

Pada asalnya Katsuobushi dihasilkan dengan teknik merebus dan dikeringkan dibawah sinaran matahari. Kemudian, proses menyalai mula diperkenalkan pada abad ke 15 untuk membolehkan ia disimpan dengan lebih lama.

Pada masa kini, teknologi pembungkusan menggunakan nitrogen diaplikasikan untuk menjamin kesegarannya. Ia juga terdapat di dalam bentuk serbuk dan cecair yang lebih popular dikalangan ibu-ibu moden.

Berkhasiat

Kandungan protein yang tinggi serta asid Docosaheaenoic (DHA) di dalam Katsuobushi membantu perkembangan otak dan kesihatan mata.

Ia juga kaya dengan vitamin B12, niacin, zat besi dan taurin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
19 Perkara Pelik Tentang Budaya Dan Orang JepunSalah Guna Istilah Makanan Sunnah, Mengeliru Dan Mencemar Khasiat Sebenar Produk
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/12/arabushi-hadakabushi-dan-honkarebushi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Anda Boleh Mendapati Makanan Dari Negara Mesir Di Jepun

Kini Anda Boleh Mendapati Makanan Dari Negara Mesir Di Jepun

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 443 hits
Restoran Pyramid bercuti di Osaka jangan pula anda terkejut jika menjumpai restoran yang menghidangkan makanan dari negara Mesir Restoran ini mendapat pengiktirafan halal dari Persatuan Halal Nippon Asia menyediakan hidangan tradisional mas...
Senarai Makanan Pelik Dimakan Secara Hidup Hidup

Senarai Makanan Pelik Dimakan Secara Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 386 hits
Pelbagai banyak makanan lazat yang diperbuat daripada daging mentah sebagai bahan utamanya Di antaranya adalah carpaccio hoe sushi steak tartare dan masih banyak yang lain yang melibatkan daging atau ikan mentah Namun para chef sepertinya b...
5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

5 Jenis Makanan Snek Halal Dan Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Jepun

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 1441 hits
Kini ada tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan snek halal di Jepun Dengan usaha komuniti masyarakat Islam di sana produk makanan mesra Muslim semakin mudah didapati Organisasi seperti Halal Japan dan Halal In Japan telah melakukan kerja ...
Hukum Berkenaan Menghidu Bau Makanan Dari Restoran Bukan Muslim

Hukum Berkenaan Menghidu Bau Makanan Dari Restoran Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 441 hits
Apa hukum kita hidu bau masakan daging babi Pejabat kami bersebelahan dengan restoran cina setiap hari bau masakan sup babi memasuki pejabat kami Kami tahu hukum memakannya memang haram tapi adakah menghidunya setiap hari juga termasuk dala...
Hanya Picit Sahaja Ini Bahan Rahsia Jadikan 5 Makanan Tradisional Lebih Enak

Hanya Picit Sahaja Ini Bahan Rahsia Jadikan 5 Makanan Tradisional Lebih Enak

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 290 hits
Untung jadi rakyat Malaysia sebab banyak pilihan makanan kita boleh dapat Bermula dari makanan tradisional sehinggalah ke makanan yang luar biasa pun kita ada Tapi anda tahu tidak sebenarnya kita boleh upgrade sendiri beberapa pilihan makan...
Berhujan Panas Demi Sesuap Rezeki Anak Bantu Ayah Hantar Makanan Walau Dalam Hujan

Berhujan Panas Demi Sesuap Rezeki Anak Bantu Ayah Hantar Makanan Walau Dalam Hujan

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 633 hits
Anak yang baik adalah anak yang menolong ibu dan ayahnya yang sedang bekerja mencari rezeki Selain daripada bagus dalam pelajaran pasti setiap impian ibu bapa yang inginkan anak yang baik dan berakhlak mulia Didiklah anak dengan baik sepert...
Tip Mencari Makanan Halal Untuk Pelancong Muslim Di Korea

Tip Mencari Makanan Halal Untuk Pelancong Muslim Di Korea

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 588 hits
Semakin ramai rakyat Malaysia mengembara ke Korea Selatan sejak akhir akhir ini Negara kimchi ini bukan saja terkenal dengan K Pop dan K Drama malah makanannya yang sedap sedap Jadi tak hairanlah kalau kita ke Seoul terutama Itaewon pasti a...
Tips Menyimpan Makanan Sisa Secara Aman

Tips Menyimpan Makanan Sisa Secara Aman

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 167 hits
Tips menyimpan makanan aisa aecara aman agar tak bahayakan kesehatan
Renungan Anak Tandanya Ada Sesuatu Yang Dipendam Jangan Pelik Dia Menjauhkan Diri

Renungan Anak Tandanya Ada Sesuatu Yang Dipendam Jangan Pelik Dia Menjauhkan Diri

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 443 hits
Cuba renung semula bagaimana kita membesarkan anak anak Adakah cukup kasih sayang dan perhatian pada mereka Ataupun setiap hari keluar suara menjerit atau marah disebabkan rasa geram Ingat anak anak membesar ikut acuan kita Kalau dari kecil...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah