Kenali Ahmad Shawal Mispan Jutawan Hampir Gila Dikhianati


Ahmad Shawal yang merupakan anak kelahiran Tanjong Sepat, Banting, Selangor membuat keputusan untuk bergerak secara serius dalam bidang penternakan dan pertanian pada 2013.
Jadi jutawan tani selepas hampir gila dikhianati

Kuala Lumpur: Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir gulung tikar gara-gara dikhianati.

Ahmad Shawal Mispan yang ketika itu berusia 27 tahun dan sedang seronok mengecap nikmat bergelar jutawan muda dengan memilki pelbagai aset serta kenderaan mewah, 'terduduk' apabila kehilangan jutaan ringgit dalam sekelip mata selain dihimpit masalah hutang.

Ia menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan melampau sehingga hilang pedoman dan melakukan perkara pelik termasuk mengasingkan diri di bawah jambatan, menyebabkannya dipandang serong oleh masyarakat.

Namun, mujurlah bapanya Mispan Zaidin, 73, dan ibunya Siti Khatijah Musanif, 63, bertindak pantas 'menyelamatkannya' dan mengembalikan keyakinan sehingga beliau kembali bangkit dan bertatih menyertai bidang pertanian serta penternakan.

"Ibu bapa sedar diri saya yang mengalami tekanan mental, jadi mereka berusaha untuk 'tarik' saya kembali.

Ahmad Shawal Mispan, kini bangkit dan kini berjaya sebagai jutawan tani. "Mereka bina kandang lembu hasil daripada jualan tanah di Negeri Sembilan dan saya jadikannya sebagai satu terapi. Hari-hari hidup saya hanya dengan lembu, bercerita dengan haiwan itu sehingga saya lupa dengan dunia luar dan masalah dihadapi sebelum ini," katanya yang kini berusia 37 tahun.

Selepas lapan bulan menyendiri dalam dunia tersendiri, semangatnya akhirnya pulih dan tanpa menoleh ke belakang, Ahmad Shawal yang merupakan anak kelahiran Tanjong Sepat, Banting, Selangor membuat keputusan untuk bergerak secara serius dalam bidang penternakan dan pertanian pada 2013.

"Ketika itu saya masih mempunyai tanah yang berkeluasan lapan hektar (20 ekar) di sekitar Banting, jadi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bantu saya bangkit kembali dengan memberi pinjaman bercagar mengikut nilai pasaran tanah ketika itu.

"Dengan modal yang diberikan, saya mula membangunkan empayar dalam bidang penternakan dan pada masa sama perniagaan dalam bidang kontraktor diteruskan sehingga mendapat kembali kepercayaan daripada pelanggan," katanya yang juga merupakan pengasas Bumijaya Rezeki Sdn Bhd.

Percaturannya itu ternyata tepat apabila beliau kini bergelar jutawan halia dan lengkuas dengan memiliki ladang pertanian berkeluasan 80 hektar di Banting yang turut ditanam dengan pelbagai jenis tanaman lain seperti, kunyit, ubi kayu dan ubi keledek selain memiliki 0.8 hektar tanah untuk ternakan lembu.

Semua hasil tanaman itu, katanya dihantar ke pasar raya besar seperti Giant, Econsave, Tesco dan Sri Ternak Mart Sdn Bhd di seluruh negara serta Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat dan menjadi seorang daripada pembekal halia dan lengkuas utama di negeri ini.

Untuk perancangan masa hadapan, beliau yang banyak menerima bimbingan PPK Kuala Langat bercadang untuk mengusahakan penternakan ayam daging dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Walaupun saya hanya berkelulusan darjah enam dan pernah gagal, namun itu bukan batu penghalang untuk berjaya. Yang penting jangan putus asa, kena berfikiran positif dan mempunyai semangat kental untuk hadapi cabaran," katanya.

Enggan nikmat kejayaan itu dikecapi sendiri, Ahmad Shawal yang juga mesra dengan panggilan Boboy turut berganding bahu bersama PPK Kuala Langat dengan menjadi tenaga pengajar dalam bidang keusahawanan tani.

Ia bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan muda khususnya agar mampu berdaya saing terutamanya dalam kalangan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sehingga kini, Ahmad Shawal yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik itu mampu mengupah seramai 20 pekerja untuk menjaga ladang tanamannya dan ternakan lembunya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/kenali-ahmad-shawal-mispan-jutawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hampir Hilang Nyawa Sayang Sebelum Bersalin Lebih 1 Liter Air Ketuban Doktor Sedut

Ibu Hampir Hilang Nyawa Sayang Sebelum Bersalin Lebih 1 Liter Air Ketuban Doktor Sedut

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 440 hits
Setiap ibu pengalaman mengandung dan bersalin tak sama Ada yang dari awal kandungan sehingga bersalin semuanya lancar tetapi ada sesetengah ibu yang perlu mendapat pemeriksaan doktor disebabkan masalah kesihatan Bagaimanapun setiap ibu peng...
Asif Memang Takut Jarum Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin Video

Asif Memang Takut Jarum Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin Video

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 336 hits
Asif Memang Takut Jarum Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin VIDEO Asif memang takut jarum Dia terlalu panik sehinggalah terjadi babak begini kata YouTuber popular dan pengarah Syahmi Sazli mengenai rakaman video Asif Suhaimi...
Wanita Ini Hampir Mati Gara Gara Rahang Terkehel Lepas Makan Zinger Kfc

Wanita Ini Hampir Mati Gara Gara Rahang Terkehel Lepas Makan Zinger Kfc

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 416 hits
RAHANG seorang wanita terkehel sehingga terpaksa menjalani pembedahan selepas makan burger Zinger KFC AFP LONDON Seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan bagi memulihkan rahangnya yang cedera selepas makan burger KFC Lapor Mirror Holly ...
Projek Lebuhraya Pan Borneo Hampir 70 Siap Fadillah

Projek Lebuhraya Pan Borneo Hampir 70 Siap Fadillah

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 280 hits
Tarikh siap sepenuhnya LPB Sarawak disasarkan pada September 2022 namun ekoran pelbagai kekangan termasuk pelaksanaan PKP SIBU Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak kini sudah mencapai 69 6 peratus siap menurut Menteri Kanan Kerja Raya Dat...
Hampir Melingkup Krisis Putrajaya Redzuan Cadang Gencatan Politik Kah Kah Kah

Hampir Melingkup Krisis Putrajaya Redzuan Cadang Gencatan Politik Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 230 hits
Redzuan Yusof bimbang apa yang akan berlaku kepada negara jika majoriti Ahli Parlimen menyokong mereka yang sedang menghadapi kes mahkamah PETALING JAYA Seorang menteri hari ini menggesa Ahli Parlimen untuk berfikiran waras dalam menentukan...
Hiburan Isteri Saya Milik Allah Hampir 600k Penonton Shuib Luah Perasaan Titip Pesanan Di Ig Live

Hiburan Isteri Saya Milik Allah Hampir 600k Penonton Shuib Luah Perasaan Titip Pesanan Di Ig Live

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 506 hits
Selepas berkongsi berita mengenai pemergian isterinya Shuib Sepahtu telah menyapa peminat dan orang ramai menerusi satu live di Instagram miliknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPada permulaan siaran langsung berkenaan pelawak itu menyampai...
Sydney Mengalami Jangkitan Covid Terburuk Lockdown Hampir 6 Minggu

Sydney Mengalami Jangkitan Covid Terburuk Lockdown Hampir 6 Minggu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 256 hits
Seorang pelari berjogging di hadapan bangunan Sydney Opera House pada waktu subuh di Sydney Sydney catat rekod baharu kes COVID 19 SYDNEY Sydney melaporkan angka rekod baharu kes COVID 19 dan lima kematian hari ini ketika pihak berkuasa mem...
Pkp Terlalu Lama Hingga Bisnes Hampir Lingkup Peniaga

Pkp Terlalu Lama Hingga Bisnes Hampir Lingkup Peniaga

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 234 hits
Restoran India Gate yang sunyi tanpa pengunjung ekoran dine in tidak dibenarkan KUALA LUMPUR Seorang usahawan kesal kerana kerajaan masih belum membuat sebarang ketetapan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan sedangkan perniagaan majoriti...
Beruang Berjalan Hampir Dengan Pengunjung Saiz Yang Besar Buat Gementar

Beruang Berjalan Hampir Dengan Pengunjung Saiz Yang Besar Buat Gementar

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 222 hits
Beruang adalah seekor haiwan yang sangat comel dalam bentuk patung Patung beruang berwarna coklat adalah salah satu patung paling universal sehingga boleh dikatakan setiap rumah yang mempunyai kanak kanak memilikinya Namun oleh kerana telah...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee