Hampir Melingkup Krisis Putrajaya Redzuan Cadang Gencatan Politik Kah Kah Kah


 

Redzuan Yusof bimbang apa yang akan berlaku kepada negara jika majoriti Ahli Parlimen menyokong mereka yang sedang menghadapi kes mahkamah.





PETALING JAYA: Seorang menteri hari ini menggesa Ahli Parlimen untuk “berfikiran waras” dalam menentukan hala tuju negara tatkala pentadbiran Muhyiddin Yassin terumbang-ambing selepas dikatakan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Menteri Tugas-tugas Khas Redzuan Yusof mencadangkan “gencatan” politik, yang menurut beliau akan membolehkan usaha ditumpukan kepada pemulihan negara daripada krisis kesihatan awam dan ekonomi.

“Marilah lakukan apa yang terbaik untuk negara. Fokus kita semua harus kepada melakukan apa yang terbaik untuk negara,” kata pemimpin Bersatu itu.

Mengulas kemelut politik semasa, Redzuan mempersoalkan motif Ahli Parlimen yang mahukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur.

“Mampukah mereka (Ahli Parlimen yang menentang Muhyiddin) menubuhkan kerajaan? Bolehkan mereka bekerjasama? Siapa calon perdana menteri mereka? Bolehkah mereka menjawab soalan ini?” katanya kepada FMT.

“Kebimbangan terbesar saya adalah ada Ahli Parlimen menyokong mereka yang menghadapi kes mahkamah. Jika majoriti Ahli Parlimen sanggup berbuat demikian, saya khuatir negara akan dilanda masa depan paling buruk,” kata beliau.

Redzuan berkata, PN mahu mengadakan pilihan raya umum untuk memperoleh mandat baharu daripada rakyat, namun ini bukan masanya.

“Kita bersedia menghadapi PRU. Kita boleh memohon pembubaran Parlimen hari ini tetapi ia bukan langkah yang akan membawa kebaikan untuk negara,” katanya.

“Ia akan menjejaskan usaha kami dalam memulihkan kesihatan awam dan ekonomi. Jadi lebih baik kita adakan gencatan dan berhenti mencipta pelbagai persepsi yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi dan usaha untuk mengatasi krisis yang dihadapi negara,” kata Redzuan.

Redzuan berkata demikian ketika Muhyiddin bermesyuarat dengan pemimpin parti komponen PN.

Antara topik perbincangan adalah perancangan mengadakan sidang Parlimen minggu depan untuk beliau membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri. Sidang Dewan Rakyat sebelum ini ditetapkan bulan depan, namun mengundang kemarahan Umno dan pembangkang.

Menurut laporan, Muhyiddin kini hanya disokong 100 Ahli Parlimen dengan 115 Ahli Parlimen daripada Umno dan pembangkang mahukan beliau berundur sebagai Perdana Menteri.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/hampir-melingkup-krisis-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Politik Membentuk Kerajaan Baharu Perlu Jamin Penambahbaikan Parlimen Untuk Elak Krisis Baru

Parti Politik Membentuk Kerajaan Baharu Perlu Jamin Penambahbaikan Parlimen Untuk Elak Krisis Baru

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 311 hits
By 16 Aug 2021Kami selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini mengikuti dengan rapat ucapan Mahiaddin Yasin pada 13 Ogos 2021 tentang rangka kesefahaman merentas parti dengan beberapa cadangan pembaharuan termasuk b...
Sesi Menghadap Luar Biasa Petunjuk Gencatan Politik Kata Sumber

Sesi Menghadap Luar Biasa Petunjuk Gencatan Politik Kata Sumber

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 300 hits
Semua ketua parti akan menghadap Yang di Pertuan Agong serentak pada 2 petang ini PETALING JAYA Keputusan Yang di Pertuan Agong memanggil semua ketua parti Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara untuk saling bersemuka petang ini men...
Awang Sariyan Rayu Agong Pertimbang Umum Gencatan Politik

Awang Sariyan Rayu Agong Pertimbang Umum Gencatan Politik

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 228 hits
ASebarang rancangan pertukaran kerajaan wajar ditangguh ke waktu lebih sesuai KUALA LUMPUR Tokoh bahasa dan persuratan negara Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan menyembah maklum kepada Yang di Pertuan Agong supaya mempertimbangkan untuk mengu...
Kemelut Politik Akan Burukkan Krisis Pandemik Negara

Kemelut Politik Akan Burukkan Krisis Pandemik Negara

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Percaturan politik dan perebutan kuasa yang berlaku ketika kes harian dan kematian terus melonjak dikhuatiri mendorong krisis pandemik negara terjerumus ke tahap lebih buruk Pakar kesihatan dan badan bukan kerajaan berpandangan...
Pandemik Politik Hanya Di Putrajaya Kedah Tak Terjejas Kata Sanusi

Pandemik Politik Hanya Di Putrajaya Kedah Tak Terjejas Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 289 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan situasi di pusat sekarang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri PETALING JAYA Krisis politik ketika ini adalah pandemik yang terhad kepada Putrajaya dan tidak memberi kesan kepada...
Rakyat Penat Dikurung Mahu Krisis Politik Diselesaikan Segera

Rakyat Penat Dikurung Mahu Krisis Politik Diselesaikan Segera

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 190 hits
Gambar hiasan PETALING JAYA Pelbagai reaksi diluahkan orang ramai di media sosial berikutan persengketaan politik yang berlaku ketika ini ada yang sudah muak dengan perangai ahli politik dan tidak kurang juga mahu isu ini diselesaikan seger...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yugi Cats Cafe Kota Damansara

Karnival Kaya Dengan Emas 2025

Galeri Public Gold

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal