Sydney Mengalami Jangkitan Covid Terburuk Lockdown Hampir 6 Minggu
Seorang pelari berjogging di hadapan bangunan Sydney Opera House pada waktu subuh di Sydney. (Gambar AP)
Sydney catat rekod baharu kes COVID-19
SYDNEY: Sydney melaporkan angka rekod baharu kes COVID-19 dan lima kematian hari ini, ketika pihak berkuasa memperluas sekatan pergerakan di bandar terbesar di Australia itu ke wilayah jiran.
6 minggu selepas lima juta penduduk Sydney diarahkan duduk di rumah, jumlah jangkitan baharu di New South Wales meningkat kepada 262 kes, angka harian terbesar sejak pandemik itu melanda.
Pegawai kesihatan berkata, hampir semua kes baharu adalah di Sydney, namun sebilangan kecil jangkitan di daerah lain mendorong Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian memperluas perintah duduk di rumah.
Lima kes positif di Newcastle, bandar pesisir pantai dengan 320,000 penduduk di utara Sydney mendorong pihak berkuasa untuk menutup sekolah dan mengarahkan penduduk untuk duduk di rumah sekurang-kurangnya seminggu.
Lima individu berusia 60-an hingga 80-an meninggal dunia di Sydney dalam tempoh 24 jam lalu, dengan tiada antara mereka sudah menerima vaksinasi sepenuhnya.
Sydney kini dikenakan perintah sekatan pergerakan selama lima minggu. - Foto AFP "Adalah amat penting untuk setiap orang pada semua peringkat usia untuk tampil dan mendapatkan vaksin," kata Berejiklian.
Hampir 20 peratus penduduk Australia sudah divaksinasi sepenuhnya, disebabkan masalah bekalan dan keraguan terhadap vaksin.
Sehingga kini, Australia berjaya membendung jangkitan akibat wabak yang terburuk itu.
Bagaimanapun, negara itu sedang berhempas pulas untuk membendung wabak itu bawaan varian Delta yang cepat merebak.
Sejak seorang pemandu di Sydney dijangkiti oleh seorang kru penerbangan antarabangsa pada pertengahan Jun lalu, New South Wales merekodkan 4,319 kes jangkitan tempatan dan separuh daripada penduduk negara itu menjalani perintah sekatan pergerakan. - AFP
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/sydney-mengalami-jangkitan-covid.html