Kenali 10 Selebriti Dari Absolut Management



Kenali 10 Selebriti Dari Absolut Management | Assalammualaikum semua! Industri hiburan dan media sosial bakal menjadi fenomena baharu dengan kehadiran syarikat pengurusan selebriti yang serius ingin menjaga kebajikan dan keselematan selebriti di bawah jagaan mereka. Ia sesuatu yang bagus. Ruby berkesempatan berada di sidang media Absolut Management yang memperkenalkan secara rasmi barisan selebriti serta majlis menandatangani kontrak perjanjian diantara pihak pengurusan, selebriti dan juga rakan penaja. 
Kenali 10 Selebriti Dari Absolut Management

Barisan selebiriti Absolut Management terdiri daripada Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Nabil Aqil, Najla Shamsul, Harris Annuar, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow. Menyedari akan kepentingan menjaga kebajikan para selebriti, pihak pengurusan Absolut Management mengambil initiatif dengan memperkenalkan 10 keistimewaan yang bakal kami praktikkan selama tempoh mereka bersama kami sebagai selebriti sepenuh masa. 
1. Nadiyah Shahab


Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab atau lebih dikenali sebagai Nadiyah Shahab dilahirkan pada 29 Mei 1991. Kini beliau berusia 29 tahun. Merupakan seorang model, pengacara dan pelakon wanita yang berasal dari Jurong, Singapura. Mendapat pendidikan tertinggi dalam jurusan Undang-Undang (Second Class Honors In Law Degrees) dari University of London. 
Nadiyah Shahab melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan di Malaysia dan dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Tengku Natasha dalam drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan bersama Dato' Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Drama bersiri ini menaikkan lagi nama Nadiyah Shahab dan dalam masa yang sama ia terus menjadi fenomena. Kecantikan Nadiyah Shahab seakan-akan Barbie menjadi bualan para netizen. Berikut diantara karya seni yang telah menampilkan Nadiyah Shahab.

1. Lost At Sea (2016)2. Encik Suami Mat Salih Celup (2017)3. Mr Hijab (2017)4. Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017)5. Kelip-Kelip Di Kota London (2017)6. Shah & Zam (2018)7. Lafazkan Kalimah Cintamu (2018)8. Misteri Maria (2018)9. Doa Ku Mohon (2018)10. Kek Untuk Kapten (2018)11. Mama Tak Akan Sama (2018)12. Asalkan Dia Bahagia (2019)13. Saya Jual Ye Bang (2019)14. Korban Kasih (2020)

Selain aktif dalam bidang seni. Nadiyah Shahab juga adalah usahawanita yang menjadi inspirasi kepada masyarakat. Beliau dan suaminya iaitu Ben Ali telah mengasaskan jenama Absolut Brands yang menampilkan Absolut Chocolat dan kini telah menubuhkan Absolut Management bagi membantu rakan selebriti yang menginginkan servis pengurusan selebriti. 
Ikuti Nadiyah Shahab di Instagram @nadiyah.shahab
2. Ikmal Amry

Mohd Zulikmal Amry bin Ghazali atau dikenali sebagai Ikmal Amry, dilahirkan pada 2 Julai 1994 adalah seorang pelakon dan model Malaysia. Ikmal merupakan peserta Hero Remaja 2017. Nama beliau mula melonjak selepas lakonannya sebagai Ray dalam Gantung The Series, sebuah drama horor bersiri 16 episod yang ditayangkan di Astro First dan Tribe Indonesia. Ikmal Amry mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2015, bermula dengan Telefilem dan Drama. Diantara karya seni beliau adalah:

1. Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana (2015)2. Syurgaku Tak Sempurna (2017)3. Mencintaimu Mr. Photographer (2017)4. Mama Tak Akan Sama (2018)5. Selekoh Terakhir (2018)6. Gantung The Series (2018)7. Inai Yang Hilang (2018)8. Sejuta Rasa Buat Adelia (2018)9. Aku Cinta Dia (2018)10. Cassandra (2019)11. Voice Note (2019)12. Puteri Yang Ditukar (2019)13. Bapak (2020)14. Memoir Karmila (2020)15. Bila Cupid Jatuh Cinta (2020)
Ikuti Ikmal Amry di Instagram @ikmalamry

3. Oktovia Manrose


Ikuti Oktovia di Instagram @oktoviamanrose

4. Harris Annuar


Harris dilahirkan pada 14 Mei 1993. Beliau adalah 2nd Runner Up Hero Remaja 2017 yang kini menjadi pelakon dan influencer. Anak kepada Jutawan Kosmetik Lagenda iaitu Kak Ton, adik kepada pengacara TV, Nadia Annuar dan sepupu kepada Neelofa. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan mempunyai persona karismatik yang menarik perhatian pengikutnya. Ikuti Harris Anuar di Instagram @harrisannuar
5. Scha Elinnea


Ikuti Scha di Instagram @schaelinnea

6. Nabil Aqil

Nabil adalah Finalis Hero Remaja yang berusia 22 tahun. Kini menjadi pelakon dan baru sahaja membuat tayangan perdana dalam filem pertamanya baru-baru ini. Ikuti Nabil di Instagram @kidkylo

7. Najla Shamsul

Najla berusia 22 tahun yang penuh dengan potensi. Fizikal mungil dan sikap manisnya menjadikan beliau model dan pelakon komersial yang sempurna. Ikuti Najla di Instagram @najlxsam

8. Aisar Khaleed

Aisar adalah model berusia 20 tahun dan mempunyai langganan 100k di saluran YouTube miliknya di mana dia menghasilkan dan menjadi tuan rumah rancangannya sendiri. Ikuti Aisar di Instagram @aisar_khaledd & youtube.com/c/AisarKhaledd

9. Nurin Afiqah

Nurin adalah influencer dan model yang kini terlibat dalam pengacaraan pertamanya untuk stesen televisyen. Berusia 24 tahun dan komited dan aktif melakukan kelas Zumba, menguruskan perniagaan tudung, dan perniagaan F&B sendiri. Ini menunjukkan komitmen yang sangat besar dalam semua hal yang dia fikirkan. Ikuti Nurin di Instagram @nurinafiqaaah.

10. Yasmine Ow


Yasmine adalah model berusia 19 tahun yang telah menjadi tumpuan banyak kempen fesyen dan kosmetik.  Berseri-seri dengan penampilannya seperti anak patung, dia sesuai dengan tema mana-mana pun dan diterima dengan baik oleh peminatnya di media sosial. Ikuti Yasmine di Instagram @yxsmine.ow

10 Keistimewaan Sebagai Selebriti Absolut Management
👉 Memberikan perlindungan insuran dengan kerjasama Agensi lmtiyaz Consultancy
👉 Menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah dan sebagainya. 👉 Menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja atau menghadiri acara. 👉 Menyediakan "comp cards", "talent profile" , "business card" dan "rate card". 👉 Menguruskan jadual dan kalendar serta meletakkan "Key Performance Index (KPI)' untuk setiap selebriti. 👉 Menyediakan "Public Relations" (PR) mewakili selebriti untuk menghadiri acara
👉 Membantu mendapatkan Pembantu Peribadi , Jurumekap dan juga "stylist" sekiranya diperlukan. 👉 Menghantar ke Kelas Lakonan , Pengacaraan , Vokal atau Gym mengikut kriteria dan minat selebriti. 👉 Mengadakan Program "Internship" Lakonan dengan kerjasama beberapa buah produksi tempatan. 👉 Mendapatkan serta sentiasa mencari peluang penajaan , "endorsement" , promosi iklan di media sosial dan juga lakonan. 
Mengenai Absolut Management
Ditubuhkan pada 2020 dan objektif penubuhan Absolut Management adalah untuk menjadi sebuah syarikat pengurusan selebriti yang lebih fokus kearah pembangunan serta pembentukan karier dari peringkat awal yang lebih menyeluruh. Adalah menjadi tanggungjawab kami selaku pihak pengurusan untuk cuba melonjakkan lagi nama selebriti-selebriti kami ini di dalam industri hiburan tanah air selama tempoh mereka berada dibawah naungan kami.  Selain dari pengurusan selebriti, jenama Absolut juga mempunyai perniagaan lain iaitu Absolut Chocolat di bawah syarikat Absolut Brands Sdn Bhd, Absolut Food Fest, & Absolut Grace Charity 
Pengasas bersama, Ben Ali & Nadiyah Shahab memulakan jenama Absolut Chocolat daripada minat yang biasa untuk membuat roti. Dalam 2 bulan pertama beroperasi, jenama tempatan mula mengeksport produk pertamanya ke Singapura dan Brunei. Dalam masa 5 bulan, mereka mengembangkan operasi tempatan sehingga mempunyai lebih daripada 15 ejen penjualan yang berkhidmat di Malaysia Timur dan Barat. Duo ini juga telah mengembangkan kehadiran jenama Absolut Chocolat ke lebih 50 kedai Petronas pada tahun pertama operasi, menyebarkan minat mereka untuk membuat roti di seluruh negara. Semua kek dibakar segar setiap hari di Kuala Lumpur

www.absolutmgmt.com | 
www.instagram.com/absolutmanagement |  www.facebook.com/absolutmanagement | www.youtube.com/absolutmanagement

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/08/kenali-10-selebriti-dari-absolut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Macam Mana Nak Berniaga Lagi Instagram Selebriti Digodam Kali Ini Pelakon Roy Azman Jadi Mangsa

Hiburan Macam Mana Nak Berniaga Lagi Instagram Selebriti Digodam Kali Ini Pelakon Roy Azman Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 291 hits
Kesal dan kecewa pelakon Roy Azman mendedahkan bahawa akaun Instagram miliknya iaitu royazman30 telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Akaun instagram miliknya yang mempunyai lebih kurang 261 000 pengikut itu telah digodam dan...
6 Selebriti Yang Tidak Dibenarkan Untuk Beli Kereta Bugatti

6 Selebriti Yang Tidak Dibenarkan Untuk Beli Kereta Bugatti

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 235 hits
Bugatti adalah syarikat pengeluar supercar terkemuka di dunia Seperti syarikat pengeluar kereta eksotik yang lain seperti Ferrari dan Lamborghini mereka mempunyai senarai khas individu yang dibenarkan atau tidak dibenarkan untuk membeli pro...
Ayam Salted Egg Butter Sedap Dan Mudah Tiru Resepi Selebriti Eina Azman

Ayam Salted Egg Butter Sedap Dan Mudah Tiru Resepi Selebriti Eina Azman

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 784 hits
hi there pertama kali masak resepi ayam salted egg butter selepas tertengok video masakan selebriti Eina Azman di IG dia Wah selama ni hanya tahu makan salted egg yang direbus campur dengan bubur nasi panas atau makan kuih bulan yang diteng...
10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka

10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 256 hits
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi memanglah wajah anak sama ada akan iras ibu atau ayah bukan Begitulah fungsi DNA Tapi kalau dah macam pelanduk dua serupa memang menakjubkan Lagi lagi apabila kita tengok rata anak selebriti pujaan...
Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 233 hits
Kami dimaklumkan satu berita yang menyedihkan pada pagi ini apabila chef selebriti Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam telah meninggal dunia pada pagi tadi akibat jangkitan paru paru Berita itu telah disahkan oleh sepu...
7 Selebriti Popular Miliki Wajah Bare Face Sempurna

7 Selebriti Popular Miliki Wajah Bare Face Sempurna

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 173 hits
Kecantikan yang sebenar bukan di ukur melalui ketebalan mekap yang dipakai oleh seorang wanita sebaliknya kejelitaan asli seorang wanita di lihat pada wajah sebenar mereka tanpa sebarang sentuhan mekap di kulit A true beauty is dare to show...
Beberapa Posting Khusus Selebriti Di Ig Buat Mira Filzah Raih Perhatian

Beberapa Posting Khusus Selebriti Di Ig Buat Mira Filzah Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 759 hits
Pasangan sama cantik sama padan iaitu Wan Emir Astar menjadi pengantin paling popular sejak kebelakangan ini mana tidaknya dari awal majlis akad nikah sehinggalah majlis resepsi yang kedua mereka ini menjadi bualan dan mendapat perhatian ra...
Kenali Penyebab Mahasiswa Salah Jurusan

Kenali Penyebab Mahasiswa Salah Jurusan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 252 hits
Bagi kalian yang sudah mulai masuk SMA K apalagi kamu yang kelak akan berkuliah kamu harus memastikan apakah jurusan yang kamu ambil emang sesuai kemampuan dan bakat kamu Karena kalau sempat This is a content summary only Visit my website f...
Kenali Marina Granovskaia Wanita Paling Berpengaruh Dalam Bola Sepak

Kenali Marina Granovskaia Wanita Paling Berpengaruh Dalam Bola Sepak

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 428 hits
Marina Granovskaia Siapa wanita ini Kenali Marina Granovskaia Wanita Paling Berpengaruh Dalam Bola Sepak Jika dilihat pada wajah jelita wanita berusia 45 tahun ini pastinya tiada siapa menyangka peranan yang dimainkan beliau cukup signifika...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih