Kenal Pasti Punca Rambut Rosak Dan Rawat Dengan Miko Galere


Halus berkilat serta beralun lembut saat ditiup angin dengan keanjalan yang mempesona dalam setiap helaian menjadikan rambut sihat sebagai mahkota idaman setiap wanita. Penggayaan rambut yang sesuai bukan sahaja mampu menyempurnakan penampilan luar si pemiliknya malah turut menaikkan seri pada wajah seseorang.



Rambut yang sihat tampil mudah melentur dan beralun, kelihatan licin berkilat serta ringan dan mudah digayakan. Meski rambut terhasil daripada gabungan jutaan folikel rambut yang nipis dan halus, namun jangan dipandang enteng pada kebolehannya dalam memberikan masalah kepada si pemilik jika tidak dijaga rapi


Punca Rambut Rosak

Saya sudah buat macam-macam tapi rambut tetap rosak!

Rambut bercabang, kering, gatal dan rapuh adalah antara masalah biasa yang sering dialami oleh setiap orang. Tanpa penjagaan rapi, masalah ini bukan sahaja mencacatkan kecantikan rambut malah mampu merosakkan akar sekaligus memberi masalah berpanjangan dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pemiliknya


Berada di Malaysia dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, individu berhijab pastinya sangat terkesan saat mengalami masalah rambut rosak. Tentu sukar bagi mereka memberikan tumpuan dalam tugasan di pejabat dengan keadaan kulit kepala tidak selesa dan dilitupi tudung selama 8 jam setiap hari. Namun apa yang pasti masalah rambut tentunya akan berlanjutan dan memburuk jika tiada rawatan diambil. Oleh itu, kenal pasti punca rambut rosak bagi membolehkan rawatan segera dilakukan




Berikut adalah beberapa punca penyebab rambut rosak:

1. Pemakanan Tak Seimbang
Seperti badan, rambut juga memerlukan vitamin bagi mengekalkan kesihatan struktur seratnya. Melalui diet seimbang, vitamin ini dapat diserap oleh badan samada melalui buah-buahan, sayur-sayuran atau hidupan laut. Pengambilan makanan yang tidak sihat dan rendah nutrien boleh mempengaruhi proses pembentukan rambut sihat


Vitamin A, B, C, E dan D adalah antara vitamin penting yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut sihat dan kuat. Kehadiran antioksidan dalam buah-buahan seperti limau, kiwi dan avokado membantu melawan radikal bebas penyebab kerosakan tisu badan manakala pengambilan telur, salmon dan cendawan pula membantu pertumbuhan rambut lebih cepat. Itulah sebabnya mengapa diet seimbang memainkan peranan penting dalam mengembalikan kecantikan dan kesihatan struktur rambut dari dalam


2. Penggunaan Bahan Kimia
Rambut yang digayakan mampu membuat si pemilik tampil kelihatan lebih anggun dan menawan. Walau bagaimana pun, gemar bereksperimentasi dengan dandanan rambut yang pelbagai dan berterusan juga turut mampu merosakkan struktur dan akar rambut. Meski rambut terlihat cantik ketika digayakan tetapi kesan buruknya boleh dilihat sebaik sahaja dandanan rambut dilepaskan saat ingin dicuci


Proses dandanan rambut seperti bleaching atau highlight melibatkan penggunaan bahan kimia yang tinggi. Kemasukan bahan kimia ke dalam kutikel rambut secara langsung menghilangkan nutrien asal yang terdapat dalam folikel rambut sekaligus mengubah struktur lalu merosakkannya. Hasilnya rambut mungkin terlihat kasar, kering dan sukar dibentuk kembali seperti asal


3. Kandungan Metal dalam Rambut
Ramai yang tidak tahu mengenai kehadiran metal dalam rambut. Kehadiran metal berpunca daripada aliran air yang menghakis permukaan paip besi dalam sistem perpaipan sekaligus mengakibatkan pengumpulan dan pemendapan metal dalam serat rambut ketika mandi. Kandungan metal ini juga terdapat dalam air di lautan. Setiap individu mempunyai kadar metal yang berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti air dan keronggaan serat rambut


Kehadiran metal dalam rambut memberi kesan kepada kelembapan sekaligus mengakibatkan rambut kering, rapuh dan bercabang. Menggayakan rambut dengan cara pewarnaan juga turut menyumbang kepada peningkatan jumlah metal dalam serat rambut. Oleh itu, proses rawatan diperlukan untuk meneutralkan struktur rambut sekaligus menguatkan kembali akar daripada dasar


Miko Galere Tawar Rawatan Rambut dengan Jaminan 8 Hari

Miko Galere merupakan salun rambut unisex yang menawarkan khidmat dandanan serta perawatan rambut melalui diagnosis profesional oleh pendandan rambut pakar. Diasaskan sejak 1994 oleh Miko Au, salun rambut Miko Galere kini makin dikenali dengan pembukaan enam cawangan salun dan satu kiosk produk telah berjaya dirasmikan




Menumpukan penekanan kepada potongan rambut gaya klasik kepada pelanggannya demi memastikan kutikel rambut kekal sempurna, salun rambut yang terletak di Kuala Lumpur ini menawarkan kelebihan dengan jaminan 8 hari di mana pelanggan boleh kembali mendapatkan pengubah suaian rambut secara percuma dalam masa lapan hari selepas dandanan bagi servis potongan rambut, mewarna, perming atau rebonding


Melalui 'Program Jaminan 8 Hari' ini, pelanggan bukan sahaja mempunyai masa yang panjang untuk mempertimbangkan gaya lain sekiranya tidak berpuas hati dengan gaya terdahulu, malah pelanggan juga boleh bereksperimentasi dengan gaya dandanan baru dan pelbagai. Tawaran ekslusif ini sudah tentulah tidak ditawarkan di mana-mana salon rambut seumpamanya




Dengan misi memberi hanya yang terbaik kepada pelanggan, para hairstylist profesional di salun rambut Miko Galere akan mengkaji terlebih dahulu secara teliti tekstur rambut, warna kulit dan bentuk wajah seseorang sebelum mula mendandan demi menentukan gaya terbaik setiap pelanggannya. Bukan itu sahaja, salun rambut Miko Galere juga turut memberi bantuan dan khidmat rundingan sebelum, semasa dan selepas dandanan bagi memastikan pelanggan mencapai kehendak mereka pada tahap maksimum


Turut menggunakan rangkaian produk daripada dua jenama terkenal dan berkualiti tinggi iaitu Kerastase dan Loreal untuk sesi rawatan, setiap pelanggan akan didandan dalam ruang ekslusif dengan suasana tenang dan selesa. Senarai harga yang dikenakan juga adalah berpatutan dengan kualiti terbaik yang ditawarkan oleh para jurugaya berpengalaman. Selain khidmat potongan rambut dan basuhan biasa, pelanggan juga boleh dapatkan khidmat rawatan serta dandanan rambut yang melibatkan penggunaan bahan kimia seperti rebonding atau hair extension




Kemampuan mendandan rambut oleh para hairstylist di Miko Galere tidak dapat disangkal lagi apabila beberapa kakitangannya berjaya merangkul anugerah di Malaysia's 100 Supreme Hairstylist Award 2019 manakala Miko Galere sendiri turut dilantik secara rasmi oleh The L'Oreal Group sebagai Duta Artistik dalam usaha mengikhtiraf kehadiran dan kecemerlangannya dalam industri dandanan rambut di Malaysia


Kenal pasti punca rambut rosak dan dapatkan rawatan segera di Miko Galere untuk pengalaman dandanan rambut serba mewah dan profesional hari ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/01/punca-dan-cara-rawat-rambut-rosak-salun-miko-galere.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Balak Pahang Siasatan Diraja Kenal Pasti Punca Sebenar

Banjir Balak Pahang Siasatan Diraja Kenal Pasti Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 260 hits
MUHAMMAD RAFIQUEBencana banjir besar yang berlaku di Pahang baru baru ini terutamanya di kawasan Karak dan Mentakab adalah sesuatu yang mengejutkan Ia ibarat suatu tsunami yang rakus membadai dan mengingatkan rakyat kepada peristiwa banjir ...
Banjir 342 Menara Rosak Punca Gangguan Telekomunikasi

Banjir 342 Menara Rosak Punca Gangguan Telekomunikasi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL IZHAM HASHIMSHAH ALAM Sebanyak 342 menara telekomunikasi yang terkesan akibat bencana banjir menyebabkan berlaku gangguan liputan di Selangor sejak 18 Disember lalu Bagaimanapun 258 menara sudah beroperasi sepenuhn...
6129 Dpmm Kenal Pasti Ahli Terjejas Akibat Banjir Bernama 23 12 2021

6129 Dpmm Kenal Pasti Ahli Terjejas Akibat Banjir Bernama 23 12 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 243 hits
JOHOR BAHRU 23 Dis Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sedang mengenal pasti ahli ahlinya yang terjejas akibat banjir terutamanya di tujuh negeri yang terlibat dengan bencana itu Naib Presiden DPMM Muhammed Farhan Basheer berkata sebanyak RM10...
Jururawat Kejam Tarik Rambut Baling Bantal Ke Muka Pesakit Koma Di Icu

Jururawat Kejam Tarik Rambut Baling Bantal Ke Muka Pesakit Koma Di Icu

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 155 hits
Jururawat Kejam Tarik Rambut Baling Bantal Ke Muka Pesakit Koma Di ICU Sebuah hospital kerajaan di wilayah Phitsanulok utara mengeluarkan satu permohonan maaf secara terbuka malam tadi selepas video yang menunjukkan salah seorang daripada j...
Rambut Akan Tumbuh Juga Nanti Song Jihyo Jawab Kontroversi Rambut Shortcut

Rambut Akan Tumbuh Juga Nanti Song Jihyo Jawab Kontroversi Rambut Shortcut

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 312 hits
Meskipun sudah berminggu menjadi topik panas namun isu rambut Song Ji hyo yang dipotong pendek nampaknya masih belum reda Dalam episod terbaru Running Man seperti biasa semua ahli mula mengusik mengenai gaya pakaian masing masing Apabila me...
Saya Alami Waktu Sukar Kini Sebab Itu Saya Potong Rambut Song Jihyo

Saya Alami Waktu Sukar Kini Sebab Itu Saya Potong Rambut Song Jihyo

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 321 hits
Segala gerak geri Song Ji hyo nyata menjadi perhatian ramai memandangkan dirinya yang popular di serata Asia Bahkan isu rambutnya yang dipotong pendek turut menjadi perdebatan ramai sehingga menjadi topik trending berminggu lamanya Menerusi...
T13j23 Sumber Inspirasi Gaya Rambut Donald Trump

T13j23 Sumber Inspirasi Gaya Rambut Donald Trump

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 185 hits
Mungkin kawan kawan kenal si hartawan Amerika Syarikat pakcik Donald Trump Beliau merupakan bos dalam rancangan temuduga kerja realiti TV The Apprentice Pakcik ini sungguh kaya namun Tedi tak ambil pusing berapa kayanya dia ni Yang menghair...
Penampilan Terbaru Rambut Naura Auni

Penampilan Terbaru Rambut Naura Auni

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 425 hits
Penampilan Terbaru Rambut Naura Auni Lama dah umi nak potong rambut dia tetapi disebabkan dia sibuk sangat nak ikut gaya rambut si Elsa jadi terbantut nak memendekkan rambut dia tu Tapi bila umi tengok rambut dia dah banyak bercabang di huj...
Marahkan Hanafi Rambut Pun Jadi Mangsa Tertarik Dgn Kenyataan Peguam Muda

Marahkan Hanafi Rambut Pun Jadi Mangsa Tertarik Dgn Kenyataan Peguam Muda

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 322 hits
NORMAN RADZUANMARAHKAN HANAFI RAMBUT PUN JADI MANGSA Tertarik dgn kenyataan Peguam Muda BILA KISAH RUMAHTANGGA TURUT DIVIRALKAN Sebenarnya ramai pasangan yg curang Anda percaya tak jika saya katakan setiap hari ada sahaja pasangan yg curang...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas