Kenaikan Gaji Fokus Utama Setelah 20 Tahun Tidak Berubah



Pada 12 Mac 2019oleh Liew Chin Tong
Tahun lepas, sebuah video tular semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang menonjolkan Syed Saddiq, yang kini menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan
Klip tersebut menceritakan kehidupan kerja ayah beliau, Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff di Singapura. Syed Abdul Rahman yang tinggal di Johor Bharu, perlu bangun seawal 4.30 pagi dan pulang ke rumah pada jam 10.00 atau 11.00 malam, bergantung kepada kesesakan lalu lintas
Pekerjaan merupakan identiti utama seseorang. Ekonomi Malaysia memerlukan sebuah kerangka baharu berdasarkan persefahaman dan lebih empati. Klise mengenai pekerjaan, gaji dan ekonomi memerlukan anjakan perubahan dengan pendekatan yang berbeza
Klise ekonomi dalam pekerjaan dan gaji.Klise pertama, mereka yang bekerja luar negara ialah golongan profesional teratas yang perlu ditarik untuk pulang ke tanah air melalui program ‘brain gain’ ala Talent Corp
Hakikatnya, kos untuk memadankan golongan berpendapatan tinggi sebanyak SG$ 20,000 sebulan, amat tinggi dan mahal. Tetapi, usaha untuk memadankan seorang pekerja dengan gaji sebanyak SG$ 2,000 sebulan bukanlah satu perkara yang rumit
Walaupun nilai SG$ 2,000 kini bersamaan RM6,000, ramai rakyat Malaysia akan lebih gembira bekerja di negara sendiri, dengan mendapat dua per tiga daripada jumlah gaji di Singapura di atas dengan memperoleh kualiti hidup yang baik, tanpa perlu bekerja di Singapura
Pekerjaan pada tahap ini boleh dicipta melalui automasi pekerjaan yang kini telah menggantikan beberapa tugas buruh. Sebagai contoh, penggunaan automasi boleh mengurangkan kerja lima orang kepada seorang: ia meningkatkan produktiviti sebanyak lima kali ganda, tetapi gaji baharu yang dibayar hanya dua kali ganda berbanding kos buruh sebelum ini
Klise kedua, gaji hanya boleh dinaikkan sekiranya ada peningkatan produktiviti yang setimpal. Realitinya, tukang bersih jalan boleh melakukan kerja manual tambahan dengan menambah jumlah jam bekerjanya, sedangkan tindakan ini sebenarnya telah mengurangkan produktiviti pekerja tersebut setiap jam. Dengan memperkenalkan mesin, produktiviti pekerja akan bertambah baik. Itulah maksud sebenar kemajuan, apabila kita menambah pekerja berkemahiran dan mengurangkan pekerja tidak berkemahiran dalam ekonomi negara, khusunya pekerja asing
Klise ketiga, rakyat Malaysia tidak suka memilih pekerjaan 3D – (dirty, dangerous dan difficult) kotor, berbahaya dan sukar. Ini merupakan satu kisah dongeng kerana rakyat Malaysia akan mengambil pekerjaan 3D jika dibayar dengan setimpal dan saksama. Sebanyak 40 peratus rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berada dalam kategori 3D
Mereka akan gembira untuk pulang bekerja jika bayaran untuk gaji bulanan mereka RM4,000 ke atas. Masalah di negara kita ialah pekerjaan yang layak buat rakyat Malaysia dibayar kurang daripada RM1,500 sebulan, disebabkan jumlah pekerja asing tidak berkemahiran yang begitu besar, maka kadar gaji tidak berubah sejak dua dekad yang lalu. Lebih teruk lagi, graduan kita dibayar antara RM1,500 dan RM2,500 sebulan, sudah tentu pekerja buruh tidak akan dibayar dengan gaji lebih tinggi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin Nasution, dalam satu perbincangan baru-baru ini memberitahu bahawa pekerjaan pertama beliau sebagai pengurus ladang estat dibayar gaji sebanyak RM 1,680 sebulan. Itu 32 tahun yang lalu
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Radzi Jidin, berkelulusan akauntan daripada Australia, dibayar RM 2,000 sebulan, 20 tahun yang lalu
Jika kita meningkatkan kadar bayaran kepada pekerja, gaji untuk pekerjaan kelas serdahana turut meningkat. Kitaran ekonomi yang baik akan berlaku. Jika keadaan tidak berubah, graduan akan lebih rela memilih pekerjaan sebagai buruh
Krisis yang membimbangkanJika kita gagal menghadapi cabaran pekerjaan dan gaji, kita bakal berhadapan dengan krisis politik pada satu masa nanti. Kita sudah lihat beberapa petanda krisis ini
Malangnya, perdebatan mengenai kos sara hidup telah menguasai minda pemimpin politik dan orang awam. Jika kita lihat statistik, kadar inflasi pada tahun 2018 ialah satu peratus (3.7% pada tahun 2017) dan amat mengejutkan kadar inflasi negatif 0.7 peratus (tahun ke tahun) pada bulan Januari 2019. Namun, tiada siapa yang merasai faedah kadar inflasi yang rendah dan deflasi teknikal
Sebabnya mudah, kerana gaji rakyat Malaysia begitu rendah. Dengan hutang isi rumah yang tinggi beberapa dekad lalu, ini bermaksud pendapatan boleh guna juga rendah
Semenjak krisis kewangan dunia pada tahun 2008, sebahagian besar ekonomi telah dikekalkan dengan penggunaan domestik berasaskan hutang di mana pengguna bergantung kepada hutang untuk membeli barangan keperluan. Modul ini semakin tegang atau meruncing
Jika tiada sebarang tindakan dalam isu pekerjaan dan gaji, pengguna domestik akan berkurangan. Amat penting bagi pemilik perniagaan negara ini untuk melihat gaji yang tinggi untuk semua pihak, sebagai satu keutamaan nasional bagi mengekalkan ekonomi berterusan, khususnya apabila eksport ke Amerika Syarikat dan Eropah semakin rendah berbanding pra-2008
Sebagai negara, situasi gaji yang kekal rendah ini mungkin akan mewujudkan dua senario:Pertama, pengundi akan melahirkan perasaan tidak puas hati (sepertimana yang berlaku ketika PRU-14 apabila ramai telah mengundi Pakatan Harapan), dan akan terus mengeluh mengenai kos sara hidup. Perkara ini merupakan satu “bom jangka” yang sedang berdetik untuk ekonomi kita
Kedua, penghijrahan tenaga kerja ke luar negara. Rakyat yang sepatutnya boleh menyumbang dan berbakti kepada negara, tidak dapat merealisasikan potensinya kerana terpaksa berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan yang mereka ceburi di luar negara pula tidak sepadan dengan kelayakan mereka – contonhya memetik buah di Australia dan New Zealand, atau bekerja sebagai buruh di Korea Selatan
Tiba masanya kita mengubah kerangka fikiran dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan dan gaji. – Roketkini.com*Liew Chin Tong adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP, Senator merangkap Timbalan Menteri Pertahanan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/kenaikan-gaji-fokus-utama-setelah-20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Detik Detik Terakhir Kanak Kanak 2 Tahun Sebelum Mati Setelah Jadi Mangsa Prank Rakan Sepermainan

Detik Detik Terakhir Kanak Kanak 2 Tahun Sebelum Mati Setelah Jadi Mangsa Prank Rakan Sepermainan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 352 hits
Detik detik Terakhir Kanak kanak 2 Tahun Sebelum Mati Setelah Jadi Mangsa Prank Rakan SepermainanDetik detik Terakhir Kanak kanak 2 Tahun Sebelum Mati Setelah Jadi Mangsa Prank Rakan Sepermainan
Setelah 56 Tahun Dijajah Sabah Dan Sarawak Bukan Lagi Bertaraf Negeri Seperti Negeri Negeri Di Tanah Melayu

Setelah 56 Tahun Dijajah Sabah Dan Sarawak Bukan Lagi Bertaraf Negeri Seperti Negeri Negeri Di Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 617 hits
Pembentukan Malaysia bermula selepas termeterainya Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil kerajaan British Persekutuan Tanah Melayu Singapura Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963 Di bawah perjanjian ter...
Terlalu Rindu Walaupun Setelah 2 Tahun Berlalu

Terlalu Rindu Walaupun Setelah 2 Tahun Berlalu

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 416 hits
Assalamualaikum w b t 2 Tahun Sudah Berlalu Pejam celik sudah 2 tahun arwah tingalkan kami terasa baru semalam arwah pergi Terlalu rindu dekat arwah sehingga setiap kali mendoakan dan pandang Babyfh mesti teringat sangat dekat arwah Tapi ya...
Lebah Terbesar Di Dunia Ditemukan Di Indonesia Setelah Hilang Selama 38 Tahun

Lebah Terbesar Di Dunia Ditemukan Di Indonesia Setelah Hilang Selama 38 Tahun

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 361 hits
Tim pencari yang merupakan ahli biologi Amerika Utara dan Australia menemukan seekor lebah betina raksasa Wallace yang hidup di dalam sarang rayap di pohon lebih dari dua meter di atas tanah
Baliklah Shila Keluarga Rayu Gadis Balik Ke Pangkuan Setelah Hilang Hampir 4 Tahun Lalu

Baliklah Shila Keluarga Rayu Gadis Balik Ke Pangkuan Setelah Hilang Hampir 4 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 340 hits
Abdul Rosle Osman 30 dari Sandakan Sabah tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya Shila atau nama sebenar Norshila Osman 22 kembali ke pangkuan keluar setelah hampir empat tahun menghilangkan diri nbsp Menuru...
Setelah 51 Tahun Pasar Payang Akan Dirobohkan

Setelah 51 Tahun Pasar Payang Akan Dirobohkan

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 348 hits
Sebut sahaja Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang pasti mereka yang pernah berkunjung ke Terengganu akan terbayang suasana penuh sesak pengunjung dan kepadatan pelbagai barangan jualan produk popular di negeri itu termasuk kain batik ...
Cherrybelle Ulang Tahun Ke 8 Begini Perubahan Personelnya Setelah Jadi Emak Emak

Cherrybelle Ulang Tahun Ke 8 Begini Perubahan Personelnya Setelah Jadi Emak Emak

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 297 hits
Bahkan di reuniannya kali ini mereka menari dan menyanyi Diam Diam Suka sambil gendong anak Kocak sih
Setelah Viral Kapolres Brebes Perbaiki Rumah Mbah Turah Nenek 90 Tahun Hidup Sebatangkara

Setelah Viral Kapolres Brebes Perbaiki Rumah Mbah Turah Nenek 90 Tahun Hidup Sebatangkara

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 369 hits
Kisah tentang kondisi Mbah Turah warga lanjut usia di Desa Klampis Kecamatan Jatibarang Kabupaten Brebes yang hidup sebatangkara menjadi viral di media sosial Kapolres Brebes AKBP Aris Supriyono lantas mendatangi rumah tak layak huni yang d...
Hitung Hitungan Gaji Pns Dari Golongan Rendah Sampai Besar Setelah Naik 5 Persen

Hitung Hitungan Gaji Pns Dari Golongan Rendah Sampai Besar Setelah Naik 5 Persen

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 272 hits
Ini merupakan kabar gembira bagi para PNS lantaran cukup lama menanti soal kenaikan gaji
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya