Setelah 51 Tahun Pasar Payang Akan Dirobohkan



Sebut sahaja Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang, pasti mereka yang pernah berkunjung ke Terengganu, akan terbayang suasana penuh sesak pengunjung dan kepadatan pelbagai barangan jualan produk popular di negeri itu, termasuk kain batik, sutera dan songket.

Namun, wajah Pasar Payang seperti itu yang selama ini menjadi ikon di negeri itu pasti akan berubah, apabila kerajaan negeri memutuskan merobohkan bangunan yang dibina sejak 1968 itu, untuk digantikan dengan pasar yang lebih moden, selesa dan mesra pengunjung, bermula April ini.

Kesemua peniaga telah pun diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan lain, yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, sementara Pasar Payang baharu, yang menelan belanja RM50 juta dijangka siap dua tahun lagi.

Tinjauan Bernama ke pasar yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Terengganu dan pinggir Sungai Terengganu itu mendapati, rata-rata peniaga masih dihimpit perasaan berbelah bahagi untuk berpindah, kerana pasar itu yang telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka tentunya meninggalkan pelbagai memori terutamanya, bagi peniaga asal di situ.

Ibrahim Jusoh, 65, yang berniaga sejak 1960an berkata Pasar Payang berada pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1980an, sehingga berjaya menarik pelancong dari dalam serta luar negeri.

Katanya, pasar itu menjadi tapak perjuangan lebih 500 peniaga, majoritinya melayu, yang tentunya menyimpan terlalu banyak kenangan suka duka, dalam tempoh 51 tahun kewujudannya dengan beberapa kali mengalami perubahan struktur.

“Sebelum adanya kompleks pasar seperti hari ini, Pasar Payang hanyalah terdiri dari deretan kedai kecil yang menjual barang keperluan dan di satu sudut lain diisi oleh beberapa peniaga sayur serta buah-buahan.

“Pada tahun 1964 barulah ia dibangunkan sebagai sebuah pasar, bagi menempatkan peniaga-peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang dirobohkan. Nama Kedai Payang pula dikekalkan bagi memelihara sejarah tempat asal itu sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama.

Mengimbas kenangan, Ibrahim berkata beliau mula berniaga di situ, seawal umurnya sembilan tahun dengan mengikuti ibunya yang menjual makanan ayam seperti jagung, sekam dan padi.

Menurutnya, keadaan pada waktu itu amat berbeza dengan hari ini, di mana hanya sekitar 70 hingga ke 80 peniaga, sementara barang dagangan hanyalah kuih-muih, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, lama kelamaan semakin ramai peniaga bertapak di situ dan jualan juga dipelbagaikan kepada barangan basah, batik, songket, tembaga dan sebagainya.

“Sepanjang pakcik berniaga di sini, adalah tiga atau empat kali berpindah disebabkan kerja-kerja membaiki dan membesarkan bangunan Pasar Payang.

“Malah dulu-dulu berdekatan pintu masuk Pasar Payang, ada sebuah menara jam besar yang berdiri megah di situ dan menjadi tumpuan orang ramai,” katanya yang masih menyimpan koleksi gambar lama Pasar Payang sebagai kenangan.

Lebih nostalgik, Ibrahim berkata Pasar Payang telah dirasmikan Sultan Terengganu ke-16 iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1968 yang ketika itu merupakan Yang di-Pertuan Agong keempat.

Seorang lagi peniaga asal di situ, Ibrahim Mohamad, 75, berkata memori paling diingati ketika mencari rezeki di situ ialah kesibukan peniaga serta orang ramai memunggah barangan dari perahu ke pasar.

Bermula dengan mengambil upah mengangkut barangan, Ibrahim mula berjinak-jinak berniaga buah-buahan, bagi menyara isteri serta 15 orang anak yang masih kecil.

“Sekitar tahun 1960an hingga awal 80an, perahu atau bot adalah pengangkutan utama masyarakat seperti dari Paloh, Seberang Takir, Teluk Pasu dan Kuala Nerus yang datang membawa barang dagangan masing-masing.

“Pada masa itu buah-buahan dijual secara longgok sahaja, iaitu RM1 untuk 20 biji limau yang dibekalkan oleh orang kampung. Malah ketika itu penggunaan sukatan masih dalam unit tahil, kati dan pikul bukannya kilogram seperti sekarang,” katanya yang tidak dapat menahan rasa sayu, apabila mengenangkan Pasar Payang yang bakal bertukar wajah.

Sungguhpun begitu, Ibrahim yang sudah lebih 50 tahun berniaga di situ tetap akur, dengan pelan pembangunan tersebut yang diharap dapat mengembalikan kegemilangan Pasar Payang, seperti suatu masa dahulu.

Nama Pasar Payang, yang beroperasi seawal 7 pagi hingga 6 petang itu, diambil sempena ‘perahu payang’ yang sering digunakan nelayan sejak awal proses perdagangan di negeri itu, dan pada awalnya ia hanyalah gerai berasaskan kayu dan dinaik taraf pada 1968.

Bangunan dua tingkat yang bakal dirobohkan itu, menjual pelbagai barangan di tingkat atas terutama kain batik dan songket asli Terengganu manakala di aras bawah mempunyai gerai menjual barangan basah serta pelbagai rempah ratus dan barang kemas.

Sumber berita penuh: BERNAMA
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/setelah-51-tahun-pasar-payang-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasar Payang Bakal Diroboh 51 Tahun Penuh Kenangan

Pasar Payang Bakal Diroboh 51 Tahun Penuh Kenangan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 248 hits
Sebut sahaja Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang pasti mereka yang pernah berkunjung ke Terengganu akan terbayang suasana penuh sesak pengunjung dan kepadatan pelbagai barangan jualan produk popular di negeri itu termasuk kain batik ...
Terlalu Rindu Walaupun Setelah 2 Tahun Berlalu

Terlalu Rindu Walaupun Setelah 2 Tahun Berlalu

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 423 hits
Assalamualaikum w b t 2 Tahun Sudah Berlalu Pejam celik sudah 2 tahun arwah tingalkan kami terasa baru semalam arwah pergi Terlalu rindu dekat arwah sehingga setiap kali mendoakan dan pandang Babyfh mesti teringat sangat dekat arwah Tapi ya...
Bos Skk Migas Setelah 18 Tahun Potensi Cadangan Gas Ditemukan Di Sumsel

Bos Skk Migas Setelah 18 Tahun Potensi Cadangan Gas Ditemukan Di Sumsel

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 231 hits
Menurut Dwi temuan ini sejalan dengan fokus Kementerian ESDM dan SKK Migas dalam mencari area potensi cadangan migas di mana SKK Migas telah merekomendasikan 10 titik area potensi
Setelah 13 Tahun Menunggu Dan Terus Menunggu Akhirnya Drama Diari Ramadhan Rafique Kini Kembali Menemui Peminat

Setelah 13 Tahun Menunggu Dan Terus Menunggu Akhirnya Drama Diari Ramadhan Rafique Kini Kembali Menemui Peminat

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1467 hits
Bila tiba bulan puasa pasti ramai yang ternanti nanti drama apakah yang akan ditayangkan di televisyen Salah satu drama yang pernah menjadi trending satu ketika dulu adalah Diari Ramadan Rafique yang ditayangkan di TV3 Drama yang mengamit m...
Cherrybelle Ulang Tahun Ke 8 Begini Perubahan Personelnya Setelah Jadi Emak Emak

Cherrybelle Ulang Tahun Ke 8 Begini Perubahan Personelnya Setelah Jadi Emak Emak

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 300 hits
Bahkan di reuniannya kali ini mereka menari dan menyanyi Diam Diam Suka sambil gendong anak Kocak sih
Baliklah Shila Keluarga Rayu Gadis Balik Ke Pangkuan Setelah Hilang Hampir 4 Tahun Lalu

Baliklah Shila Keluarga Rayu Gadis Balik Ke Pangkuan Setelah Hilang Hampir 4 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 341 hits
Abdul Rosle Osman 30 dari Sandakan Sabah tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya Shila atau nama sebenar Norshila Osman 22 kembali ke pangkuan keluar setelah hampir empat tahun menghilangkan diri nbsp Menuru...
Lebah Terbesar Di Dunia Ditemukan Di Indonesia Setelah Hilang Selama 38 Tahun

Lebah Terbesar Di Dunia Ditemukan Di Indonesia Setelah Hilang Selama 38 Tahun

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 362 hits
Tim pencari yang merupakan ahli biologi Amerika Utara dan Australia menemukan seekor lebah betina raksasa Wallace yang hidup di dalam sarang rayap di pohon lebih dari dua meter di atas tanah
Setelah Viral Kapolres Brebes Perbaiki Rumah Mbah Turah Nenek 90 Tahun Hidup Sebatangkara

Setelah Viral Kapolres Brebes Perbaiki Rumah Mbah Turah Nenek 90 Tahun Hidup Sebatangkara

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 371 hits
Kisah tentang kondisi Mbah Turah warga lanjut usia di Desa Klampis Kecamatan Jatibarang Kabupaten Brebes yang hidup sebatangkara menjadi viral di media sosial Kapolres Brebes AKBP Aris Supriyono lantas mendatangi rumah tak layak huni yang d...
Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Kompang Warisan Johor

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Sue Tuya Seafood And Shell Laut

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Welcome 2025 Nak Tenang

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

17 Cedera Diamuk Gajah

Top Commentators Of December 2024 Tahniah Blogger Suria Amanda